CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11024|Reply: 80

Gila Isim

[Copy link]
Post time 20-9-2008 11:23 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum, saya baca dalam buku Dr. Amran Kasimin, SURAH YASIN UNTUK RAWATAN DAN DOA

"Kalimah - kalimah yang disebut berulang-ulang, yang mungkin jugamelibatkan sebutan-sebutan  zikir Allah, dengan kekerapan mendadak diluar kemampuan diri memudahkan makhluk2 halus meguasai diri seseorang.Hal yang demikian menyebabkan berlakunya perubahan tabiat manusia.Akibat daripadanya, orang yang berkenaan mungkin tidak dapat mengawalperasaan marah atau seumpama kehilangan akal ketika terjadi sesuatuyang menyinggung perasaan"

"Keadaan yang demikian juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalamitekanan jiwa, menyebabkannya mengasingkan diri, merasa sedih dan hibadengan tiba-tiba. Pada peringkat tertentu,ia mungkin menjadi risau yangbersangatan, membenci seseorang tanpa sebab, yang boleh melahirkandorongan untuk membunuh, biarpun kepada keluarganya senduru. Perubahantabiat seperti ini dikenali sebagai "gila isim"

Boleh siapa2 terangkan tak..macam mana gila isim boleh terjadi lak..bukan ke zikir tu menenangkan hati????.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2008 01:55 AM | Show all posts
kita kalau beramal nie... biarlah untuk dunia dan akhirat...kalau beramal...jangan sampai lupa tanggungjawab kita pada diri dan tanggungan...saranan disini ialah.... jika ingin belajar agama.... biarlah berguru....barulah betul....cth...si A nih dah lama buat dosa... gila punya banyak dosa dia.... ada bini 4 orang... anak 12 orangg....1 hari... dia tersedar kesalahannya.... dia pun mula beramal... baca jerr buku ... malu nak berguru...siang malam sembahyang, wirid dlll....anak bini langsung tak dipeduli makan/keperluan.... so... pikirlah .... lagi teruk kalau tak bercampur dgn masyarakat....dok sorang2x.... tu yang jadi gila tu.....

[ Last edited by  pintu at 21-9-2008 02:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 01:42 PM | Show all posts
gila isim sebenarnya disebabkan over doing something. terover-over dlm satu perkara boleh jadi gila. isim itu hanya ditambah utk gila yg berkenaan dgn agama. buat satu benda biar bersederhana & jgn memaksa diri. buat ikut kemampuan. budak sekolah pun boleh jadi mereng klu paksa study diluar tahap kemampuannya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 02:03 PM | Show all posts
tapi yg herannya kalau buat maksiat banyak2 x pulak gila isim ....    

sebut nama ALLAH banyak2, gila isim pulak ....

bukankah di dlm ALQURAN di dlm surah AR RO'DUU ada menyebut " dgn menyebut nama ALLAH hati akan menjadi tenang "  ? ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 21-9-2008 02:05 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2008 02:28 PM | Show all posts

Balas #4 sirri_khafi\ catat

mana la saya tahu..ini berdasarkan kajian..saudara boleh rujuk dalam buku tu, kalau tak percaya..orang scotland ni pun kadang2
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 05:51 AM | Show all posts
kenapa berlaku gila ism neh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2008 07:56 AM | Show all posts
mungkin taktik syaitan utk menjauhkan manusia dari berzikir kpd ALLAH SWT ...

saya juga biasa bercampur dgn dunia thoriqot dan x di nafi kan wujud cerita2 sebegini yg sudah menjadi sebahagian tradisi dunia sufi/tazkiyyah ...

cuma, maseh belum dapat di pastikan puca sebenarnya ...

mungkin jugak org yg berzikir @ si salik itu x jaga adab ...

kadang2, terfikir pulak saya ...

contohnya mereka2 yg mendengar lagu2 black metal seperti cradle of filth @ children of bodom hatta slipknot pun x jadi GILA ISIM .... WHY ? .....  

mungkin ada salah faham @ sebahgian taktik iblis & syitan WALLAHU A'LAM ....  
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 08:47 AM | Show all posts

Reply #7 sirri_khafi's post

Apabila seseorang salik nak mula berjalan menuju Allah, akan datanglah pelbagai-bagai halangan dan rintangan. Salah satunya syaitan. Ini sudah diceritakan oleh Imam Ghazali dalam kitab2nya. Dia juga memberikan pelbagai tips dan cara untuk menghadapi halangan2 ini. Terpulanglah kita untuk belajar tentangnya secara berhemah.

Yang jadi gila isim ni, depa ni bukan berzikir setakat dua tiga ratus, ada yang sampai 10,000 sehari dan lebih. Nak buat tu pun perlu keazaman dan semangat yang tinggi, jadi di situ akan terjadi banyak sekali cubaan dan pancaroba.

Sedangkan Harut dan Marut boleh tertipu dengan syaitan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2008 12:56 PM | Show all posts

Reply #8 always_typo's post

x setuju jugak ...

sebab ada yg berzikir sampai 25,000 ismuzzat ... x jadi gila isim pun ..

ada yg berzikir 50,000 ismuzzat campur 6,000 setiap lathoif ... x jadi gila isim jugak ....

itu dlm latihan suluk ...

yg amal2 hari2 5,000 ismuzzat campur 6,000 setiap lathoif ... pun bukan punca gila isim ...

sepatutnya mengingati ALLAH itu menjadikan kita " cool " , tenang ...

saya berpendapat, org2 yg gila isim ini x jaga adab ....

mungkin gila isim ini hanya cerita2 tradisi org2 sufi ....

punca sebenar x dapat di pastikan ...  

[ Last edited by  sirri_khafi at 22-9-2008 12:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 10:25 PM | Show all posts
Terasa nak komen dlm bab yang dikatakan gila isim ni....

Saya pernah berbicara dengan seseorang yang saya kenali yg saya percaya baik peribadinya menceritakan bahawa seorang rakannya pernah menepuhi saat-saat seolah semacam gila apabila beramal dengan amalan2 dan zikir2 tertentu...

Namun kalau nak dikatakan kerana Syaitan pun tidak boleh dipastikan. Hal ini seumpama rahsia yang susah dikenal-pasti adakah ia sebenar dari Allah, atau dari Syaitan.

Mungkin juga ada kes2 cubaan untuk menyesatkan dari Syaitan jika beramal dengan sebutan2 zikir yang tiada asas dalam Al Quran dan Hadith. Namun sukar  juga dikatakan semua yang jadi macam tu adalah dari Syaitan jika beramal dengan zikir2 yang sahih dari Al Quran dan Hadith.

Cuma satu perumpamaan, kalau seseorang itu terlalu ingin menghampirkan diri kepada Allah sehingga dia sanggup berzuhudan dan 'lupa' kehidupan dunia, dia sudah seumpama tidak lagi mempunyai keinginan hidup di dunia. Maka sampai satu tahap cintanya pada Allah, dan kasih sayang Allah padanya sehinggakan memungkinkan Allah menyelamatkannya dari sifat takabbur yang menyatakan dia sudah hampir dengan Allah, maka sebahagian akalnya dijadikan tidak berfungsi dengan sempurna. Apabila dia mengurangkan kezuhudan dan amalan2 tersebut maka dia kembali kepada kewarasan biasa.

Dan mungkin ini kadang2 berlaku kepada para Salik, maka dengan sebab itu adalah penting para2 Salik berada di bawah pengawasan Murshid (yang menurut Al Quran dan Sunnah). Bukan semua orang terjadi perkara ini sebab tak semua orang mampu menempuh jalan untuk mencapai martabat Ihsan (beramal seolah-olah melihat Allah).

Dan ramai yang tak faham perkara ni memang ada terjadi maka mereka membuat kesimpulan mudah bahawa Sufi/Tarekat tu sesat. Tambahan ada Sufi/Tarekat palsu dengan ajaran yg menyimpang.

Namun banyak juga Sufi dan Tarekat yang Haqq menurut Al Quran dan Sunnah difitnah kerana Sufi/Tarekat yang sesat, dan juga dari difitnah atas perkara2 seumpana yang dikatakan 'gila isim' tadi

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 10:40 PM | Show all posts

Reply #11 mnm77's post

Salik tu siapa...?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 11:16 PM | Show all posts

Reply #12 cahayaimani's post

Salik tu orang yg bersuluk

Bersuluk tu salah satu kaedah/amalan orang2 Sufi/Tarekat sebagai jalan untuk menuju kepada Allah

Matalamat sebenar adalah ittiba-us-Sunnah, bukan nak terbang ke, nak jadi hebat ke seperti ajaran2 tertentu yang terseleweng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 11:23 PM | Show all posts

Balas #11 mnm77\ catat

mungkin kapasiti orang tu kot..well bukan ke setiap manusia tu ada had2 tertentu dalam beramal nih...saya pernah baca satu buku yang kena berzikir sampai beribu-ribu..saya pernah try tapi sangat memenatkan, sampai hilang concentration tu..so, saya just buat sebanyak mana yang saya rasa saya mampu...well...bukan ke kualiti tu lagi bagus daripada kuantiti?...Saya juga ada kawan yang memang mempunyai kemampuan untuk berzikir panjang, dan dia tidak menghadapi masalah untuk itu..bagi saya itu adalah anugerah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 07:57 AM | Show all posts

Balas #11 cahayaimani\ catat

fashion designer
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 21-9-2008 13:42
gila isim sebenarnya disebabkan over doing something. terover-over dlm satu perkara boleh jadi gila. isim itu hanya ditambah utk gila yg berkenaan dgn agama. buat satu benda biar bersederhana & j ...


Assalamualaikum tobby,

Kalau lah benar seperti apa yg miker takrifkan GILA ISIM itu adalah 'OVER DOING' perihal Agama................
Agak agak miker laaaa............................apakah GELARAN yg akan di berikan olih oghang jaman sekarang terhadap Muhammad b Abdullah, Abu Bakar, Umar, Osman, Ali, Talha, Zubir, Saad Abi Waqas dan yg lain lain itu..............

Ada sahabat sedang solat di kebun nya, lantas solat nya terganggu dek kerana kicauan burung burung.
Lantas dier WAKAF kan kebun kurma nya!!!

Abu Bakar memberi SELURUH HARTA nya semasa tentera Islam memerlukan bantuan utk berperang!!!
Adakah Abu Bakar akan di kira sebagai GILA ISIM juga ???

GILA ISIM di ucapkan olih oghang yg TIDAK MEMAHAMI tentang KEHENDAK/TUNTUTAN/ILMU Agama.

Waallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 12:15 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by green7 at 23-9-2008 11:33
baru2 ni YB Zulkifli Nordin ada ckp
'saya bknlah org ISLAM yg baik,tp saya akan lakukan yg terbaik utk ISLAM'
dia tu gila isim gak ke? [/quote

Itu ayat MERENDAH DIRI...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2008 05:08 PM | Show all posts
sami budha & pertapa hindu pun x pernah gila isim ...

tapi org islam yg banyak berzikir pulak yg kena "  gila isim  "  ?  

heran .... mungkin ada campur tangan iblis & syaitan .. biasalah, iblis & konco2nya mana suka anak2 adam nih banyak berzikir ...   

bukankah perintah ALLAH SWT kpd org2 beriman di dlm surah al ahzab supaya banyak2 berzikir/mengingati ALLAH SWT ?   

suluk adalah kaedah latihan utk kosentrasi mengingati ALLAH SWT yg di ajarkan oleh ahli2 zikir dan maqsud, matlab dan matlamatnya ialah utk taqorrub dan keredhoan ALLAH SWT ...

bukannya nak terbang & jadi hebat ...

org yg skeptik tentang sufi nih nyatalah x pernah bergaul dgn ahlullah yg benar yg mursyid yg berpegang teguh dgn syariat & sunnah,  lantas mempercayai fitnah2 & cerita2 tradisi dunia sufi ...  senang citer, x pernah ada experience langsung tentang sufi & dunia sufi ...

tapi menganggap suluk itu satu kefardhuan & kewajipan pun adalah salah juga ...

ia hanyalah kaedah atau cara2 utk mencapai matlamat shj ...

so, kalau x faham pasal dunia sufi nih, saya syorkan anda membaca kitab fadhilat zikir karangan ro iiiieee sul muhaddisin syaikh muhammad zakariyya al kandhlawiyy RAH ....

p/s : ramai jugak karkun yg skeptik & prejudis walaupun dah bertahun2 baca & dengar kitab fadhilat zikir ...  

[ Last edited by  sirri_khafi at 23-9-2008 05:16 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 05:28 PM | Show all posts

Balas #17 sirri_khafi\ catat

seperti yang saya kata, setiap manusia dikurniakan anugerah dan kemampuan yang berbeza-beza, namun tidak ada manusia yang mampu menguasai semua...macam seorang pegawai penyelidik yang expert dalam ujian ketahanan api...bila kita tanya dia pasal mikrobiologi, mana dia tahu...begitu jugalah sebaliknya..setiap orang ada kelebihannya..

Kalau nak kuasai semua sehingga melebihi kapasiti otak, mmg tak mungkin berlaku...

Jadi, bagi saya, gila isim berlaku bila terlalu memaksa diri untuk membuat sesuatu sehinggakan diri rasa sangat penat dan tak mampu dan akhirnya bereaksi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 05:36 PM | Show all posts

Reply #18 eastrun's post

so, u pernah rasa ke gila isim tuh ?

ataupun hanya sangkaan atau pendapat atau u tahu melalui bacaan dan dgr citer org shj ?

jawablah dgn jujur & ikhlas ...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2008 06:35 PM | Show all posts

Balas #19 sirri_khafi\ catat

tidak pernah..kerana saya buat semampu saya...saya ada juga baca buku fadhilat zikir, yang mana memerlukan seseorang itu membaca zikir 4000x dan lebih..tapi bila saya rasa saya tidak boleh ikut atau tidak boleh concentrate, saya akan berhenti sebab kalau paksa diri, diri akan jadi tak ikhlas..dan bila tak ikhlas, ia akan membuka hati kepada was-was...bila dah was-was...itulah teruknya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.082468 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list