CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3566|Reply: 8

Qari muda julang Malaysia

[Copy link]
Post time 22-9-2008 11:02 PM | Show all posts |Read mode
DUBAI: Muhammad Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila
      menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah al-Quran
      Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12 yang berakhir di sini kelmarin.

      Lebih membanggakan, hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan
      memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis penyampaian hadiah oleh Putera
      Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammad Rashid Al Maktoum.
      Berbaju Melayu dan bersongkok, Muhammad, dari Sekolah Darul Hikmah,
      Ampang, Selangor, gembira serta tidak putus-putus tersenyum menerima
      tahniah daripada pegawai kerajaan, peserta dan hadirin yang membanjiri
      Pusat Persatuan Kebudayaan dan Sains, Al Mamzar.

      Muhammad, yang mengambil masa tiga tahun menghafal kitab suci itu,
      menerima hadiahnya pada upacara berasingan.
      Johan keseluruhan Dihqa yang bermula awal bulan ini ialah Fares Al Aagam
      dari Yaman, naib johan, Noor Al Deen Al Younsi (Libya) dan ketiga, Khalid
      Al Ainati (Kuwait). Sebanyak 85 peserta mengambil bahagian.
      Tiga pemenang utama itu masing-masing menerima 250,000 dirham, 200,000
      dirham dan 150,000 dirham, manakala pemenang dari tempat keempat hingga
      ke-10 menerima antara 65,000 dirham dan 35,000 dirham. Satu dirham
      bersamaan kira-kira 95 sen.
      Muhammad kelihatan yakin sebaik saja naik ke pentas memperdengarkan
      bacaannya di hadapan hadirin yang membanjiri dewan itu. Sebuah akhbar
      tempatan menyifatkan bacaan Muhammad sebagai 'amat mempesonakan'.
      "Alhamdulillah," kata Muhammad apabila ditanya mengenai pengalamannya
      sebelum keluar dari dewan bersama rakan barunya selepas selesai majlis
      penyampaian hadiah yang turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Dubai, Syed
      Mohamad Hasrin Tengku Hussin.
      Terdahulu, dalam temubual dengan Bernama, Muhammad berkata, dia mula
      berlatih menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan amat terhutang
      budi kepada bapanya, yang bertugas sebagai penasihat undang-undang dan
      ibunya, seorang doktor gigi, atas dorongan mereka.
      "Pada mulanya, ia memang amat susah, tapi lama-kelamaan, ia semakin mudah.
      Minat yang mendalam dalam bidang ini juga banyak membantu saya," kata
      Muhammad yang berasal dari Kuala Lumpur.
      Selain Dubai, bakat dan kebolehan yang dimiliki pernah membawa Muhammad ke
      banyak tempat, termasuk Austria, apabila dijemput memperdengarkan bacaan
      al-Quran pada 2006. Muhammad juga sering dijemput mengimamkan solat di
      pelbagai masjid di Malaysia.
      Remaja itu berkata, dia menghabiskan sebahagian besar bulan Ramadan di
      sini dan tidak sabar untuk pulang ke tanah air bagi menikmati suasana
      berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya.
     
p/s: sorry kalau dah ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2008 11:03 PM | Show all posts
ni pulak petikan dari Gulf news .......

Malaysian teenager's Quran recitation wins hearts
By Siham Al Najami, Staff Reporter
Published: September 19, 2008, 23:42
Dubai: The young Malaysian participant who was eventually declared the winner of the recitation event at the Dubai International Holy Quran Award (DIHQA) event had the jam-packed audience in a thrall.
The contest began at midnight on Thursday after the conclusion of programmes associated with the event. The prizes will be announced on Saturday at 9.30pm in the presence of His Highness Shaikh Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, Vice-President and Prime Minister of the UAE and Ruler of Dubai, at the Cultural and Scientific Association.
There were seven participants in all who vied for the top three prizes. A Turkish contestant and a Kuwaiti participant were adjudged second and third respectively in the recitation event.




Thirteen-year-old Mohammad Bin Ahmad Zahid's performance moved some members of the audience to tears.

His recitation of verses from Surat Ar-Rahman (The Beneficent, The Mercy Giving) of the Quran during the stage of the competition when each participant was given seven minutes to showcase his talent went down especially well with those assembled.


[ Last edited by  biggirlduncry at 22-9-2008 07:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 08:27 AM | Show all posts
Tahniah... kpd adik Muhammad Ahmad Zahid... Tahniah juga kpd kedua ibu bapa adik Muhammad Ahmad Zahid yg berjaya mengasuh dan mendidik anaknya sehingga mengecapi kejayaan sedemikian rupa...

Aku teringin juga ler nak jadi ayah yg anaknya memperoleh kejayaan sedemikian rupa..! tak payah sampai tahap antarabangsa, dapat tahap johan kampung pun dah pada dah...!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 08:41 AM | Show all posts
Ini dia gambar adik Muhammad Zahid
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2008 10:16 AM | Show all posts
jeles weh, apa kah permakanan adik ni terjaga oleh orang tua dia....sebab klu makan minum yg masuk ke badan kita itu terjamin halal dari segala hal, terang la hati dan minda kita kan?...
secara jujur, aku tak terer bab konvert $$ tu,.
so brapa RM adik ni dapat??
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 10:57 AM | Show all posts
adik muhammad ni pun pelajar lam "Mari Bertarannum" kat tv9 tu kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2008 09:36 AM | Show all posts
baru ada intw kt tv9 pagi ni. kalau tak silap mak bapak dia bukan calang2 org. sorang doc gigi sorang lagi penasihat undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by lebaimandraguna at 23-9-2008 08:27 AM
Tahniah... kpd adik Muhammad Ahmad Zahid... Tahniah juga kpd kedua ibu bapa adik Muhammad Ahmad Zahid yg berjaya mengasuh dan mendidik anaknya sehingga mengecapi kejayaan sedemikian rupa...

AkAku teringin juga ler nak jadi ayah yg anaknya memperoleh kejayaan sedemikian rupa..! tak payah sampai tahap antarabangsa, dapat tahap johan kampung pun dah pada dah...! ...


tak payah jadi johan mana2 pertandingan kampung takpa.... dapat hafal Quran dan amalkan isinya pun dah terlalu berharga sgt....
btw tahniah adik Muhammad....:pompom:

p/s: suka nama Muhammad....nama milik seorang lelaki yg sempurna Rasulullah.... orang kata klau mahu anak menjadi cantik, nama Yusuf, klau mahu cerdik nama Luqman, tapi semua sifat ni juga ada pada insan bernama Muhammad.....swt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2008 01:25 PM | Show all posts
Alhamdulillah bukti daulah Islam boleh bermula dari Nusantara bumi Melayu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.769370 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list