CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6738|Reply: 7

Bolehkah zakat diberikan kepada adik beradik?

[Copy link]
Post time 26-9-2008 03:45 PM | Show all posts |Read mode
diambil dari www.ustazamin.com


Pada kesempatan kali ini, kita akan mengupas, bolehkah zakat diberikan kepada adik beradik? Kita akan memulakan perbincangan kita dengan membahas mengenai 5 golongan yang tidak boleh menerima zakat.

1. Orang kaya di atas asnaf fakir miskin.
Orang kaya tidak boleh menerima zakat di atas asnaf fakir dan miskin. Walaubagaimanapun mereka boleh menerima zakat di atas asnaf lain seperti amil, fi sabilillah atau ibnu sabil (orang yang terputus bekalan di dalam perjalanan) (Mustafa Khan, et.al, al-Fiqh al-Manhaji 'ala mazhab al-Imam as-Syafie, Damsyik, Dar al-Kalam, hal 324)

2. Golongan yang masih kuat berusaha tetapi malas
Zakat tidak boleh diberi kepada orang yang malas berusaha. Ini kerana, ia akan membuatkan seorang yang malas berusaha itu terus menjadi malas. Malas adalah sikap yang terkeji di dalam Islam. Oleh itu, jika seorang miskin itu mampu berusaha tetapi ia malas, dia tidak layak menerima zakat. (Mustafa Khan, et.al, al-Fiqh al-Manhaji 'ala mazhab al-Imam as-Syafie, Damsyik, Dar al-Kalam, hal 324)

3. Orang kafir muharab (yang diperangi)
Ulama bersepakat, orang kafir yang diperangi tidak layak menerima zakat pada setiap masa dan tempat. Walaubagaimanapun, mereka boleh menerima zakat jika tergolong di dalam asnaf Muallaf iaitu hatinya semakin jinak dengan Islam. Jika dengan pemberian tersebut semakin menghampirkannya pada Islam, maka dia boleh menerimanya (as-Syeikh Muhamad Mutawalli as-Sya'rawi, al-Fatawa, Kaherah, dar al-fath li Imam al-'Arabi, hal 642)

4. Golongan yang berada di bawah tanggungan nafkah seseorang.
Tidak boleh memberi zakat kepada orang yang di bawah tanggungan nafkah kita. Seperti anak ke bawah iaitu cucu, ayah ke atas iaitu datuk dan juga kepada isteri. Ini kerana, jika mereka susah mereka sepatutnya menerima nafkah bukannya zakat(Mustafa Khan, et.al, al-Fiqh al-Manhaji 'ala mazhab al-Imam as-Syafie, Damsyik, Dar al-Kalam, hal 325).

Oleh yang demikian, zakat boleh diagihkan kepada saudara mara yang tidak bersabit hak nafkah seperti abang, adik , bapa saudara dan emak saudara. Pemberian kepada saudara mara lebih utama kerana ia mendapat pahala sedekah dan menghubung silaturrahim (Abdullah nasikh 'Alwan, al-Ahkah az-Zakah 'ala Dhau'i al-Mazahib al-'Arba'ah, Kaherah, Dar as-Salam, hal. 77)

5. Keturunan keluarga baginda Nabi saw.
Keturunan Rasullullah saw tidak layak menerima zakat kerana mereka mempunyai bahagian di dalam harta rampasan perang (ghanimah) dan juga harta yang diperolehi daripada perdamaian dengan orang kafir (fay). Ia berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, "sesungguhnya zakat tidak boleh diberi kepada ahli keluarga Muhamad"

Walaubagaimanapun, oleh kerana mereka sekarang tidak mendapat bahagian "fay" dan "ghanimah" maka para ulama mengharuskan mereka untuk menerima zakat.

-kesimpulan-
Daripada perbahasan ini, jelaslah bahawa zakat boleh diberikan kepada adik beradik yang susah kerana mereka bukan dibawah tanggungan nafkah kita

diambil dari www.ustazamin.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2008 04:18 PM | Show all posts
katakan adik tu dia susah tapi dia mampu bayar zakat.... boleh kah dia terima zakat dalam masa yang sama....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by JERONG_GERGASI at 26-9-2008 04:18 PM
katakan adik tu dia susah tapi dia mampu bayar zakat.... boleh kah dia terima zakat dalam masa yang sama....


susah...tapi tidak miskin atau tergolong dlam 8 asnaf... maka tak boleh terima zakat....

itu yang saya faham la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2008 05:04 PM | Show all posts
try tanya kat ustaz dlm blog tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 04:00 PM | Show all posts

Reply #2 JERONG_GERGASI's post

kalo dia mampu bayar zakat..x susah namanya..
zakat diberi bukan utk menyenangkan tp secukup kadar shj utk kesinambungan hidup esok
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 05:18 PM | Show all posts
dia tidak mempunyai pendapatan tetap tetapi mampu bayar zakat yang bernilai tak sampai RM10 dan hanya sekali setahun.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2008 05:55 PM | Show all posts
ada pendapat yang menyatakan bantu ahli keluarga kita dahulu..jika tiada bantulah orang yang lain.. jika cukup syarat untuk adik-beradik itu kita menerima zakat.. maka menjadi kewajiban kita ahli keluarga yang terdekat yang membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 10:19 PM | Show all posts
kata kan adik baradik tu dah berumahtangga,mempunyai anak,rumah,tapi hidup tidaklah senang sangat.
boleh ke kita memberizakat atau sedekah kepada mereka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.472966 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list