CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6015|Reply: 47

Mawi & Ekin Rahsiakan Majlis Risik Merisik -

[Copy link]
Post time 28-9-2008 03:19 AM | Show all posts |Read mode
Mawi & Ikin rahsia majlis risik
Oleh NIEZAM ABDULLAH
& WANDA IDRIS





MAWI dan Ekin! Selagi merpati dua sejoli ini tidak disahkan sebagai suami isteri, selagi itulah kisah mereka sentiasa menjadi bahan dan sensasi. Itulah hakikat yang terpaksa dibayar oleh tuan punya nama Asmawi Ani,27, ini apabila memilih gadis senegerinya, Nora'asikin Rahmat, 29, sebagai bakal isteri.

Hari ini timbul macam-macam spekulasi mengenai kedua pasangan tersebut. Pelbagai desas-desus mengenai tarikh dan konsep majlis perkahwinan hangat diperkatakan. Heboh dan kecoh di sana sini apabila orang asyik bertanya bilakah kedua-dua mereka hendak mendirikan rumah tangga?

Seperti kata Ekin dan dipersetujui Mawi, biarlah segalanya diumumkan pertengahan Syawal nanti semata-mata mahu berlaku adil kepada semua.

Itu keputusan Mawi dan kita harus menghormatinya. Untuk mendapatkan sesi fotografi kedua mereka pun bukannya mudah.

Tetapi kali ini sebagai membuktikan kasih dan sayang mereka, maka Mawi dan Ekin memenuhi permintaan untuk bergambar berdua dengan semua media.

Membilang hari-hari bahagia, ada orang kata kedua mereka bakal disatukan pada 20 Disember akan datang. Ada pula yang meneka pada 21 Disember majlis sanding di sebelah perempuan dan seminggu selepas itu di pihak lelaki.

Macam-macam tarikh diberikan tetapi Mawi tetap mengunci rapat mulutnya itu.

“Opss... tarikhnya dah ada tapi biarlah saya beritahu lepas raya. Barulah adil kepada semua,” ujarnya.

Bukan saja spekulasi tarikh tersebut sebaliknya ada yang mendakwa kononnya mereka berdua sudah mengikuti kursus kahwin yang diadakan secara eksklusif di sebuah hotel yang hanya dihadiri kedua-dua mereka sahaja beberapa beberapa bulan lalu.

Saat ditanya daripada mulut Ekin mengenai perkara itu, katanya ia cerita yang tak betul.

Malah macam-macam khabar angin orang sebarkan selepas mereka membuat pengumuman rasmi menjadi pasangan kekasih dan akan mendirikan rumah tangga penghujung tahun ini. Hari ini wajah bakal pengantin ini bersinar bak bulan mengambang.

Saat diundang untuk melakukan sesi fotografi di PNB Darby Park, Kuala Lumpur kedua mereka dilihat pasangan yang cukup serasi.

Benarlah kata Mawi sebelum ini, mereka berdua sebenarnya “satu kepala”. Sebab itulah hubungan itu boleh kekal sehinggalah bakal menjadi suami isteri. Mawi sering mengusik Ekin tetapi jika ada sesuatu yang tidak digemarinya, mulalah Mawi “tarik” muka.

“Dia tak suka lipstik merah ni. Merah sangat dia kata. Lebih baik kita tukar warna lain,” bisik Ekin kepada jurusolek Najeeb yang mulanya mencalit lipstik warna merah menyala.

Bukan itu saja ketika diminta menyarungkan Baju Melayu berwarna putih, Mawi awal-awal lagi minta untuk tidak mahu memakainya kerana ia kelihatan seperti orang yang hendak pergi menikah.

Bukan banyak “songeh” tetapi ujar jejaka ini petua orang lama-lama jangan ditolak tepi kerana segala-galanya boleh berlaku jika bakal pengantin terlalu ghairah dengan pakaian seperti untuk naik atas pelamin.

- Majlis risik yang sederhana


Ketika berborak panjang, banyak benda yang tidak mahu diceritakan Mawi. Tetapi selepas dipujuk akhirnya Mawi mengakui dia sudah merisik Ekin pada bulan Jun lalu.

Majlis risik itu diadakan secara sederhana dan agak rahsia tanpa pengetahuan pihak luar sebaliknya dihadiri keluarga terdekat kedua pihak sahaja.

Di pihak lelaki, rombongan hanya terdiri daripada ibu, kakak dan adik beradik Mawi. Begitulah di pihak perempuan yang hanya dihadiri keluarga terdekat mereka.

Bukan sengaja mahu berahsia tetapi kata Mawi dia tak mahu majlis itu nanti dieksploitasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Lagipun memikirkan ia hanya majlis risik, tidak perlu dihebohkan satu Malaya kerana takut nanti ada yang tak kena atau tak menjadi.

Lagipun majlis merisik tersebut tidak dilakukan dengan perancangan rapi sebaliknya hanya keputusan pada saat-saat akhir.

Kerana terlalu ringkas, hanya ibu Ekin sahaja yang menyediakan makan tengah hari tanpa ada tempahan masakan dari mana-mana katering.

Bagi Ekin pula, majlis tersebut amat bermakna kerana ia membuktikan cinta mereka yang berada pada tahap “bukan main-main lagi”.

Pada majlis itu ujar Ekin, dia menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Mawi sebagai tanda seriusnya perhubungan mereka. Bukan cincin belah rotan tetapi sebentuk cincin platinum bertatahkan tiga butir permata di atasnya.

“Ia bukan majlis yang kami jangkakan. Kebetulan masa Ekin balik Johor tiba-tiba sahaja kami merancang untuk mengadakan majlis itu,” ujar Ekin. Tidak ada wang hantaran, jelas Ekin perkara itu akan dibincangkan apabila tarikh bersejarah mereka nanti hampir tiba.

- Ada siaran langsung


Bukan sahaja perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza sahaja yang akan mencatat sejarah kerana akan disiarkan secara langsung tetapi juga majlis perkahwinan kedua-dua mempelai ini.

Tidak menafikan desas desus tersebut, kata Mawi buat masa ini banyak permintaan dari stesen televisyen yang berminat menyiarkan majlis pernikahannya itu.

Tanpa mahu menyebut stesen mana yang bertuah, keputusan itu sudah dibuat dengan teliti selepas mengambil kira beberapa perkara.

Dan Mawi sendiri akan memaklumkannya pada sidang media selepas Hari Raya nanti kerana buat masa ini pihaknya masih berbincang mengenai perkara itu.

Dengan adanya siaran langsung tak ada masalah untuk peminat-peminat Mawi melihat sendiri bagaimanakah perkahwinan mereka itu dilakukan. Ia juga sebagai hadiah Mawi untuk mereka yang banyak menyokong kerjaya seninya sehingga berjaya menjadi bintang popular pada hari ini.

Biarpun masih berahsia mengenai tarik keramat hari bersejarah mereka, Mawi bercadang mengadakan satu majlis yang meriah sebelah pengantin lelaki nanti.

Kata beliau, peminat juga dijemput datang tetapi terima sahajalah apa juga keadaannya nanti kerana jika terlalu ramai orang, beliau mengakui tidak dapat melayan semuanya dengan sama rata.

Padang bola Felda Taib Andak, Kulai, Johor, akan menyaksikan majlis itu yang dijangka meriah dengan adanya acara kuda kepang untuk tontonan umum.

- Hati semakin berdebar
Mengira hari-hari bahagia yang bakal dilalui itu, tidak menafikan sedikit sebanyak debaran itu kian terasa. Ekin tentunya bersyukur ketika melewati usia 29 tahun, ada juga insan yang sudi melamarnya untuk diangkat sebagai isteri.

Malah dia juga dapat membayangkan betapa gembiranya perkahwinan itu nanti kerana memperoleh keluarga yang saling faham memahami. Sementara bagi Mawi, debaran itu kerana beliau menempuh satu benda baru iaitu sebuah alam perkahwinan dan bakal menjadi ketua keluarga.

Tetapi tidak dinafikan semakin hampir hari itu, semakin banyak dugaan yang melanda membuatkan kadang-kala Mawi menjadi bingung memikirkan perkara tersebut.

Bukan sahaja fitnah tetapi pelbagai andaian buruk orang perkatakan mengenai cintanya terhadap Ekin tetapi dia tidak mahu ambil serius perkara itu.

“Saya membuat keputusan nak kahwin dengan Ekin, biarlah segalanya saya tanggung kerana saya lebih mengenali siapa Ekin daripada orang lain.

“Memang dugaan hubungan saya dengan dia terlalu kuat disebabkan mulut orang. Tapi saya tak ambil pusing kerana hasrat saya baik iaitu untuk mendirikan masjid,” ujar Mawi.

Menyambut Hari Raya di kediaman barunya pada tahun ini Mawi memilih untuk membawa ibu dan ahli keluarganya merasai suasana beraya di Kuala Lumpur.

Bukan mahu lari daripada peminat tetapi inilah niat untuk dia melihat keluarganya gembira dengan kejayaan yang dikecapinya selepas bergelar artis. Dan yang paling penting tidak lama lagi berakhirlah episod bujang dalam diri Mawi selepas melalui beberapa frasa hidup daripada seorang anak felda yang tak punyai apa-apa sehinggalah menjadi ternama.

Kepada Mawi dan Ekin selamat menempuh gerbang perkahwinan kerana kahwin itu adalah pelengkap kepada sebuah kasih sayang.


*************************************************************************


buat live ?  walaupun saya tak suka ekin ni.... tapi kalau jadi jodoh depa
ucapkan selamat berkahwin.. --

tak payah la nak live sana sini though -- tapi mungkin dah ada station TV offer juta jutaan
depa accept la kot...


* rasa macam 4 tahun tak buka thread kat mawi's board..-
baca juga kisah mawi... tapi  tak berapa sangat dah sejak dia nak kawin dengan
ekin ni... sebab saya tak suka mawi dengan ekin -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2008 05:17 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

live ke?
mengulangi sejarah to'ti:re: :re:
apa-apa jelah
mesti ramai peminat mawi x sabar nak tengok penyanyi pujaan mereka bersatu dgn yg tersayang
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 05:33 AM | Show all posts

Rahsia konon
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 05:39 AM | Show all posts
walau pun x suka ikin ...tgk gak la

mcm tok ti dan tok k dulu tgk sesambil kutuk
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 05:45 AM | Show all posts

Reply #4 vivirp_25's post

sama lah dgn grey
dulu konon2 tanak tgk ct sanding pastu tengok jugak
tapi x kutuk ler
rasanya mawi kawen nanti gerenti grey tgk jugak
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 05:47 AM | Show all posts
kesian dexa paste artikel tapi grey cuma baca notakakitangan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2008 06:13 AM | Show all posts
Eh eh mawi..dulu bukan ke kata tak mau bergambar ngan perempuan..ish ishhh.....guana mu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 06:28 AM | Show all posts

Balas #5 greyrose\ catat

tapi tok ti x de la tgk beria sesambil jek

malas nak dok depan tv

yg ni pun sama gak tetambah pengantin pompuan xbrapa nak cung

ingat mawi nya wife kekurang taraf Fazura
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2008 10:02 AM | Show all posts
toksah buat live larrr...  jatuhkan marua rakyat mesia aje...  mcm takde penyanyi yg betul2 berbakat kat mesia nie...

bukan bagus sgt mawas nie...  harapkan AF je...  tapi sore macam itik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 10:23 AM | Show all posts
belum buat pc lagi
tp reputz dah heboh
x sabar dah gamaknya
2 paper cover depan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 10:25 AM | Show all posts

Reply #4 vivirp_25's post

betul.. betul.. betul
wlpun x berkenan ngan pengantin pompuan
nak tengok gak la..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 10:39 AM | Show all posts
lawa and manis jer ikin nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 11:28 AM | Show all posts

Reply #7 anasue's post

yg ni bakal bini dia dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 12:26 PM | Show all posts
Salam warga bod Mawi.......nak mencelah sat......

Quote : - Majlis risik yang sederhana

Ketika berborak panjang, banyak benda yang tidak mahu diceritakan Mawi. Tetapi selepas dipujuk akhirnya Mawi mengakui dia sudah merisik Ekin pada bulan Jun lalu.

Ermmmm....lepas merisik dan sarung cincin bukan considered dah bertunang ke ?
Kenapa dulu Mawi tak mengaku dah bertunang ?.... susah sangat ke nak tell the
truth ?..... ermmmm  Mawi .... jangan suka sangat berahsia dan menafikan
kebenaran....takut ia menjadi 'habit'..... tak pasal 2 wartawan yg tulis berita
tentang tunang ni dikatakan buat cerita dan tak beretika .....whatever it is....
pada mata saya Ikin memang lawa dan pandai bergaya....meng'confirmkan'
pendapat saya yg Mawi cinta Ikin kerana tertarik dgn penampilan dia..... semoga
berbahagia....'Selamat pengantin Baru Mawi-Ikin'
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 28-9-2008 12:26 PM
Salam warga bod Mawi.......nak mencelah sat......

Quote : - Majlis risik yang sederhana

Ketika berborak panjang, banyak benda yang tidak mahu diceritakan Mawi. Tetapi selepas dipujuk akhirn ...


Merisik lain, bertunang lain. Cincin pun lain-lain.
Cam aku pulak yg nak kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 02:14 PM | Show all posts

Reply #15 kekekek's post

Ya ke ?....ermmm....mungkin lain orang lain caranya.....(anak buah saya merisik
tanpa sarung cincin...bertunang baru sarung cincin....mungkin kedua2 keluarga
dah kenal...jadi direngkaskan ).... tapi Mawi boleh aje terangkan yg dia sudah
merisik kan ?.... bukan apa...kadang2 merahsiakan perkara2 yg elok dan
menafikan sesuatu perkara yg orang dah tahu mengundang spekulasi ....dan
adalah nanti yg dikatakan tidak beretika dan suka membawa cerita.... hakikat nya
apa yg diperkatakan itu ada benarnya ... (hanya pendapat aje ya....:victory: )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2008 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by BSundayB at 28-9-2008 10:02 AM
toksah buat live larrr...  jatuhkan marua rakyat mesia aje...  mcm takde penyanyi yg betul2 berbakat kat mesia nie...

bukan bagus sgt mawas nie...  harapkan AF je...  tapi sore macam itik...


Diorang nak buat live majlis perkahwinan Mawi-Ikin la
Bukan majlis nyanyian Mawi-Ikin
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 10:00 PM | Show all posts

Reply #16 bee_fine's post

masa merisik ni
mawi kat dulbai
of course masa tu famili mawi masih suka sikin



spekku aku"
dugaan besar = 'halangan' keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 11:25 PM | Show all posts

Reply #18 niy's post

Salam Niy.......kalau baca B*POP nampak macam Mawi takut nak mengaku dah
bertunang.....ermmmm....tapi mengesahkan yg mereka bercadang nikah bulan
Dec....pelik betul dgn Mawi ni ..... takut nak bertunang ?.... ermmmm.... kalau
dah cinta dan sayang sangat dok bawa kemajlis2 resmi (macam orang sudah ada
ikatan) .... kenapa pula takut nak bertunang ? ..... kepoh pulak saya ni ya...
saje je ...tadi baca paper online ...nampak berita dalam Utusan dan BH....suka2
beezee bodi .... ada cerita menarik ke Niy ? .... 'sharing is caring' ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 11:36 PM | Show all posts

Balas #19 bee_fine\ catat

anggaplah dia phobia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.297516 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list