CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5568|Reply: 51

Mimpi Putih Saya sebelum menjadi saudara baru

[Copy link]
Post time 29-9-2008 01:42 AM | Show all posts |Read mode
sebelum saya jadi saudara baru (4 bulan lepas), saya sedang membaca artikel mengenai islam kat internet.. semasa saya baca, saya rasa hati telah mempercayai dalam islam dan sering membaca " tiada tuhan melainkan Allah "...

maka pada malam tu, saya termimpi berada dalam suasana warna putih (saya tidak pernah bermimpi dalam warna putih) , dan saya nampak ada bayangan kabur yang macam wap di depan saya. saya cuba sedaya upaya untuk melihatkanNya, tetapi saya masih hanya rasa kabur dan tidak berupaya melihatkanNya dengan jelas.

Dia berkomunikasi dengan saya dengan perasaan dan pemikiran dan bukan mana2 jenis bahasa, saya boleh memahamiNya dengan corak pemikiran dan perasaan. Dia memberitahu saya " Saya telah lama menunggukan kamu membukakan hati kepada Saya, maka sekarang kamu telah membuka luas hati mu. Sebelum ini Saya memberikan kamu banyak cabaran dan tanda haluan kepada saya, supaya kamu boleh menjalan menuju kepada Saya dengan dirimu.

Dan Saya yang memberikan jodohmu mengenali dia ( gf melayu saya), dan dia yang memberikan tanda haluan kepada kamu menuju kepada Saya. Dia tidak memaksakan kamu menerima saya, dia cuma menghulurkan Ibu jari ke arah Saya, dan kamu yang perlu membuka hati sendiri dan mejalan ke arah Saya. "

" Janganlah kamu menyalahkan dan benci ibu bapa kamu, mereka cuma memelukkan patung sampai terlalu kuat dan tak ingin melepaskannya. Maka mereka akan tidak melepaskan patung sampai bila2 dan enggan datang melihatkan Saya. Tetapi kamu tidak sama, kamu tidak memeluk patung dan sering jalan-jalan sendiri mencari Saya. Maka Saya memberikan kamu haluan jalan. "

" Mulai sekarang, kamu tidak akan ada apa2 cabaran dan masalah kehidupan lagi. Hargailah jodoh mu dengan dia, dan sayangi dan lindungi lah dia, dia lah orang yang memerlukan kamu melindunginya dan dia lah orang yang memberikan haluan jalan kepada Saya. "

"dan Janganlah kamu memberitahu mengenai Kedatangan Saya kepada orang yang tidak berhati suci. Kalao kamu memberitahu, maka saya tidak akan datang lagi"

Lepas tu, saya masih diam.. Saya masih tak berupaya melihat wajahNya. saya rasa Dia sentuhkan dahi saya dan naik ke atas langit. selepas itu saya bangun dan tidak boleh melupakan mimpi ini sampai bila2.

lepas 1 bulan, saya telah mendapat kerja kerajaan jawatan tetap sedangkan saya tak mampu jawab soalan langsung dalam Interview jawatan. Alhamdulillah saya telah memeluk Islam pada hari Jumaat minggu lalu, dan bersyukurnya saya telah merasai Islam dalam cara yang ajaib dan istimewa. InsyaAllah saya akan menikah dengan gf melayu saya pada tahun depan dan saya amat bersyukur kerana dia begitu tabah dengan saya selama 5 tahun untuk membukakan hati saya dan membimbingkan saya walaupun saya orang cina.


Sampai hari ini, saya masih tidak boleh melupakan suara yang sering memainkan dalam minda saya sebelum saya memeluk Islam : " If you want to look for me, Pray to me. "

[ Last edited by  darkcat at 29-9-2008 07:56 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2008 05:15 AM | Show all posts

Balas #1 darkcat\ catat

bertuahnya kamu.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 05:19 AM | Show all posts

Balas #2 ussopp\ catat

saya ini entah Tuhan pandang, entah tidak....

apa2 pun Alhamdulillah-lah......kamu dapat hidayah....syukur...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 05:19 AM | Show all posts
moga, jalan ke depan kian cerah... ahlan wasahlan....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 09:20 AM | Show all posts

Reply #1 darkcat's post

Alhamdulillah kepada darkcat.  Cuma saya pelik denghan mimpi saudara.  Adakah ia satu permainan syaitan yang cuba mengganggu darkcat?  Mungkin juga syaitan sedang cuba mendivert hidayah yang telah memang ada di hati darkcat supaya beralih ke kepercayaan lain.  Darkcat macam bermimpi berjumpa Tuhan.  Bukan nampak tuhan tapi macam hampir kepada Allah.  Dalam Islam hanya para Nabi-Nabi saja yang mendapat kelebihan tersebut.  Iaitu Nabi Muhammad s.a.w. semasa mikraj, Nabi Musa a.s. semasa di bukit Sina (sampai pengsan), dan Nabi Adam a.s. semasa di syurga.

Berjumpa Tuhan ni kebiasaannya hanya terdapat dalam keristian sampai dia orang boleh buat filem tuhan jadi manusia.  Berikut saya bagi satu contoh:

This is a considerably altered version of an article by Fr Flor McCarthy S.D.B. in one of his books published by Dominican Publications, Dublin. I found it in an edition of the 慡alesian Bulletin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2008 01:30 PM | Show all posts

Balas #5 ibnur\ catat

terima kasih atas balasan mu.. maka sekarang saya faham apa yang saya mimpi bukan apa yang saya jangka. Harap2 selepas ni tiada lagi syaitan datang lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2008 03:33 PM | Show all posts

Balas #5 ibnur\ catat

adakah mungkin kita dapat cakap dengan Tuhan?

Bukan Nabi Musa je ke yang dibenarkan bercakap dengan Allah tanpa hijab?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #7 eastrun's post

Nabi Musa bercakap direct dengan Allah. Itu kelebihan Nabi Musa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2008 04:18 PM | Show all posts

Balas #8 mnm77\ catat

Tu lah...manusia macam kita ni tak layak..BTW, sambut raya kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by darkcat at 29-9-2008 01:42 AM [url=http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=26181090&sebelum saya jadi saudara baru (4 bulan lepas), saya sedang membaca artikel mengenai islam kat internet.. semasa saya baca, saya rasa hati telah mempercayai dalam islam dan sering membaca " tiada tuhan melainkan Allah "...


Semoga Allah Kuatkan dan terus menambah Hidayah-Nya kepada anda.

Mimpi saudara ni sebenarnya banyak tanda-tanda kebaikan, disebabkan anda menerima Islam dan percaya keEsaan Allah. Cuma ada beberapa perkara yang saya musykil......

" Mulai sekarang, kamu tidak akan ada apa2 cabaran dan masalah kehidupan lagi. Hargailah jodoh mu dengan dia, dan sayangi dan lindungi lah dia, dia lah orang yang memerlukan kamu melindunginya dan dia lah orang yang memberikan haluan jalan kepada Saya. "


Disebut dalam Al Quran bahawa manusia diuji Allah. Jika saudara semakin hampir dengan Allah, atau sesiapa yang hampir dengan Allah, mereka akan diuji lebih. Para Nabi adalah manusia yang paling banyak ujian.

"dan Janganlah kamu memberitahu mengenai Kedatangan Saya kepada orang yang tidak berhati suci. Kalao kamu memberitahu, maka saya tidak akan datang lagi"


Soal hati hanya Allah saja yang paling tahu.


lepas 1 bulan, saya telah mendapat kerja kerajaan jawatan tetap sedangkan saya tak mampu jawab soalan langsung dalam Interview jawatan. Alhamdulillah saya telah memeluk Islam pada hari Jumaat minggu lalu, dan bersyukurnya saya telah merasai Islam dalam cara yang ajaib dan istimewa. InsyaAllah saya akan menikah dengan gf melayu saya pada tahun depan dan saya amat bersyukur kerana dia begitu tabah dengan saya selama 5 tahun untuk membukakan hati saya dan membimbingkan saya walaupun saya orang cina.

Sampai hari ini, saya masih tidak boleh melupakan suara yang sering memainkan dalam minda saya sebelum saya memeluk Islam : " If you want to look for me, Pray to me. "


Pada pandangan saya, apabila Hidayah Allah sampai kepada saudara, Syaitan cuba sedaya upaya mengganggu saudara dengan perkara2 yang zahirnya nampak macam sesuatu yang ajaib. Ini mungkin kerana dia putus asa untuk menyesatkan saudara dengan cara mensyirikkan Allah, tapi dia masih cuba membuatkan saudara rasa sudah hampir dengan Allah maka tiada ujian lagi.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2008 04:32 PM | Show all posts
Walaupun ada khilaf tentang mimpi melihat Allah (bukan dalam bentuk atau rupa), namun ada riwayat Imam Ahmad (Rah) bermimpi melihat Allah dan bercakap dengan Allah.

Ringkasnya:
Imam Ahmad bertanya kepada Allah, apakah yang membolehkan seseorang itu hampir kepada Allah?

Allah menjawab: Al Quran iaitu Kalam Allah.

Dalam Al Quran disebut bahawa Al Quran itu adalah Petunjuk dan Syifa kepada orang2 mukmin.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2008 12:08 AM | Show all posts

Balas #10 mnm77\ catat

tak sangka ada syaitan yang cuba menganggukan saya, bagaimanapun, selepas saya memeluk islam, saya rasa tenang dan selesa.. tiada lagi apa2 perasaan tension dan tak selesa tanpa sebab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2008 12:13 AM | Show all posts

Balas #9 eastrun\ catat

kat kampung gf.. pastu akan p melawat rakan sekerja..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 12:58 AM | Show all posts

Balas #13 darkcat\ catat

oh...ok...selamat hari raya ya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2008 01:48 AM | Show all posts
Originally posted by darkcat at 30-9-2008 12:08 AM
tak sangka ada syaitan yang cuba menganggukan saya, bagaimanapun, selepas saya memeluk islam, saya rasa tenang dan selesa.. tiada lagi apa2 perasaan tension dan tak selesa tanpa sebab


Sebenarnya dengan mengingati Allah (zikir), hati akan menjadi tenang. Setiap manusia adalah musuh kepada Syaitan. Dalam AL Quran dinyatakan Syaitan itu musuh yang nyata.

Berkenaan mimpi dan apa2 yang istimewa berlaku kepada darkcat, mungkin juga itu satu Anugerah dari Allah, sebagai insan terpilih untuk menerima Hidayah secara istimewa mungkin kerana sifat2 mulia yang ada pada saudara.

Cuma dikhuatiri Syaitan cuba memasukkan jarum racunnya melalui jalan2 tertentu. Diberitakan mimpi manusia dari Allah dibawa oleh Malaikat yang benar, namun kadang-kala ia dicampur dengan kebatilan dari Syaitan untuk mengelirukan kita, sebab kita tak terlepas dari godaan Syaitan.

Setiap manusia ada dugaannya, namun saya percaya saudara seorang yang dapat membezakan antara yang benar dan palsu.

Di kesempatan ini saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya dan semoga Allah menambah keIMANan kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 12:29 PM | Show all posts

Alhamdulillah bertambah bilangan saudara seIslam

Saya bersetuju ngan mnm 77. Tapi apa yang penting saudara telah menemukan jalan yang benar iaitu Islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2008 12:55 PM | Show all posts

Reply #1 darkcat's post

kamu betul2 insan bertuah kerana mendapat hidayah sebegitu.....
kami yg muslim disini Islam kerana keturunan kami....jika kami dilahirkan dlm keluarga bukan Islam seperti kamu entah dpt ke tidak hidayah seperti itu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 02:17 PM | Show all posts

Reply #10 mnm77's post

Disebut dalam Al Quran bahawa manusia diuji Allah. Jika saudara semakin hampir dengan Allah, atau sesiapa yang hampir dengan Allah, mereka akan diuji lebih. Para Nabi adalah manusia yang paling banyak ujian.


maaf saudara mnm, bolehkah tolong berikan ayat2 berkaitan ujian yg datang apabila semakin hampir dgn Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 05:02 PM | Show all posts

Reply #18 migdal_bavel's post

Biar saya kongsikan.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? (2)
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta. (3)"

Surah Al-Ankabut : 2-3



揂dakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 29-9-2008 03:33 PM
adakah mungkin kita dapat cakap dengan Tuhan?

Bukan Nabi Musa je ke yang dibenarkan bercakap dengan Allah tanpa hijab?


Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.  
(  سورة الشورى  , Ash-Shura, Chapter #42, Verse #51)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.068591 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list