View: 58878|Reply: 110
|
Tamadun Islam dan Kegemilangannya
[Copy link]
|
|
Thread camne dah ade kat bod religion, spiritual and faith lima tahun lepas dan last post juge tahun yang same tapi x pe lah Lizz buke gak untuk tatapan kite semua kat sini. Info ni di petik dari wikipedia(copy&paste je).
Rencana ini merupakan rencana kecil Sejarah Islam dan Sains Islam.
Pendahuluan
Salah satu faktor umat Islam terdahulu menempa sejarah kegemilangan adalah kerana mereka mempunyai kekuatan ilmu serta meletakkan keutamaan ilmu pada susunan yang tepat. Sudah tentu ilmu yang tertinggi adalah ilmu Tauhid, dan diikuti ilmu Fiqh. Kedua-dua ilmu ini membawa insan mengenali Penciptanya dan seterusnya mengajar manusia tatacara bagaimana seseorang insan berhubung dengan Tuhannya dan juga antara insan itu sendiri.
Sesudah itu ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan bagaimana mengenali diri sendiri. Ilmu ini adalah ilmu yang berkaitan kedoktoran dan perubatan. Seterusnya ilmu yang utama pula adalah ilmu yang mengajar insan mengenali alam sekeliling termasuk alam semesta.
Di sini seseorang insan itu dapat menilai, menghargai kedudukan dan martabatnya berbanding makhluk-makhluk lain yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Ilmu yang mengkaji alam semesta ini telah dikenal sekian lama sebagai ilmu falak atau astronomi.
Semasa Zaman Keemasan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan Abbasiyah; bahasa Arab:حضارة إسلامية , para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan
mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.
Asas
Kerajaan Islam mewarisi "pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah kuno, Yunani , Parsi dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari luar, contohnya seperti penomboran kedudukan dari India," tulis Bernard Lewis dalam bukunya What Went Wrong? (Apakah Silapnya?).
Satu lagi pembaharuan ialah kertas - asalnya rahsia yang dijaga ketat orang Cina . Seni pembuatan kertas diperolehi daripada dua tawanan di Pertempuran Talas(751), hingga kilang kertas dapat dibina di Samarkand dan Baghdad . Orang Arab memperbaiki teknik orang Cina dengan menggunakan kain linen berbanding kulit pokok mulberi .
Kebanyakan pembelajaran dan kemajuan ini dapat dikaitkan dengan geografi. Sebelum kedatangan Islam lagi, bandar Makkah telah menjadi pusat perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim ~ 37 juta, sebahagian besarnya orang Uyghur Turki yang tanahnya dirampas China), India, Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan
kekayaan mereka untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan.
-Bersambung-
[ Last edited by lizz_7777 at 21-11-2008 05:21 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesenian Islam
Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke-16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati, dan lukisan potret kenit berkembang maju di Parsi. Seni khat, salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.
Botol kaca dari Iran
Koleksi kurun ke 12
Tile dari Syria atau Mesir
Kurun ke 15
Ottoman Turkey, Istanbul, 1845 AD | | |
KhatTughra
Seni Tulisan khat Tughra adalah unik sehingga menjadi cop mohor di raja dan pilihan para pegawainya.
| |
AlQuran dalam bentuk manuskrip berhias
-bersambung-
[ Last edited by lizz_7777 at 23-11-2008 11:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Falsafah
Hanya dalam bidang falsafah para cendekiawan dilarang mengemukakan idea-idea bukan ortodoks. Bagaimanapun, ahli sains Parsi, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd memainkan peranan yang utama dalam penyimpanan karya-karya Aristotle yang idea-ideanya menguasai pemikiran bukan agama bagi dunia-dunia Kristian dan Muslim. Mereka juga menyerap idea-idea dari China dan India, dan menambahkannya pada pengetahuan mereka yang luas yang diperoleh daripada kajian-kajian sendiri. Tiga orang pemikir spekulatif, al-Kindi, al-Farabi, dan Ibnu Sina, menggabungkan Aristotelianisme dan Neoplatonisme dengan idea-idea lain yang diperkenalkan melalui Islam.
Di Sepanyol, kesusasteraan falsafah Arab diterjemahkan kepada bahasa Ibrani, Latin, dan Ladino. Penterjemahan falsafah ini telah menyumbang kepada kemajuan falsafah Eropah moden. Tokoh-tokoh utama dalam Zaman Keemasan termasuk:
Constantine sedang memeriksa pesakit
Moses Maimonides
|
|
|
|
|
|
|
|
Sains
Perbezaan antara sikap ahli-ahli sains Byzantine dengan sikap orang-orang Muslim zaman pertengahan yang setara adalah nyata. Byzantium tidak menambah atau hanya menambah sedikit pengetahuan baru kepada sains perubatan Yunani-Rom. Ini mungkin boleh dijelaskan melalui fakta bahawa perkembangan permulaan Islam ke luar Semenanjung Arab telah menawan tiga buah kota Byzantine yang paling produktif: Iskandariah, Carthage dan Antioch. Akibat kehilangan kerajaan pusat yang amat mahir, serta serangan-serangan Arab yang berterusan terhadap Anatolia, kebanyakan kota Byzantine tidak dapat menyokong seni dan sains. Banyak penduduk kembali beramai-ramai ke perladangan sara diri. Kebanyakan ahli sains Islam yang paling terkenal hidup pada Zaman Keemasan Islam.
Astrolab Masyarakat Katalan Abad Ke-10
Ini merupakan model astrolab Latin yang tertua berdasarkan sebuah model Arab.
Antara pencapaian-pencapaian cendekiawan Muslim semasa zaman ini ialah rekaan trigonometri sfera, kemajuan dalam bidang optik (lihat Ibnu al-Haitham), serta kemajuan dalam bidang astronomi (termasuklah pembinaan balai cerap pertama serta penciptaan astrolab).
[ Last edited by lizz_7777 at 24-11-2008 01:46 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Perubatan
Perubatan merupakan sebahagian utama kebudayaan Islam zaman pertengahan. Bergerak balas kepada keadaan masa dan tempat, pakar perubatan dan cendekiawan Islam mengembangkan sebuah kesusasteraan perubatan yang besar dan rumit yang memeriksa dan mensintesiskan teori dan amalan perubatan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat).
Hippocrates
Perubatan Islam dikembangkan berdasarkan tradisi, terutamanya pengetahuan teori dan amalan yang dikembangkan di Parsi, Yunani, dan Rom. Bagi cendekiawan-cendekiawan Islam, Galen dan Hippocrates merupakan tokoh-tokoh cemerlang yang berwibawa, diikuti oleh cendekiawan-cendekiawan Yunani di Iskandariah. Para cendekiawan Islam menterjemahkan karya-karya Yunani kepada bahasa Arab dan kemudian menghasilkan pengetahuan perubatan yang baru berdasarkan teks-teks tersebut. Untuk membolehkan tradisi Yunani lebih senang difahami dan diajar, cendekiawan-cendekiawan Islam menyusun pengetahuan perubatan Yunani-Rom yang luas dan kekadang tidak tekal dengan lebih sistematik melalui penulisan ensiklopedia dan ringkasan (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).
Melalui terjemahan-terjemahan Arab inilah dunia Barat mendapat tahu tentang perubatan Yunani, termasuk karya-karya Galen dan Hippocrates. Karya-karya menyeluruh seperti Daftar Karya Perubatan yang ditulis oleh Ibnu Sina dan yang diterjemahkan kepada bahasa Latin dan disebar dalam bentuk manuskrip dan bercetak ke seluruh Eropah mendapat pengaruh yang sama, jika bukan lebih besar, di Eropah Barat. Pada abad ke-15 dan ke-16 sahaja, Daftar Karya Perubatan telah diterbitkan melebihi 35 kali (dari arkib digital Perpustakaan Perubatan Negara AS).
Hospital Divrigi
Dibina oleh Puteri Turan di Divrigi yang terletak di tenggara Sivas pada tahun 1228.
Hubungan di antara hospital dan masjid ditemui oleh koresponden Eropah 200 tahun selepas pembinaan masjid ini iaitu perhubungan di antara rumah sakit dan rumah ibadah.
Di dalam dunia Islam zaman pertengahan, hospital-hospital telah dibina di semua kota yang utama; umpamanya di Kaherah, Hospital Qalawun mempunyai kakitangan-kakitangan yang termasuk pakar perubatan, ahli farmasi, dan jururawat, yang boleh merawat 8,000 orang pesakit. Terdapat juga dispensari dan kemudahan penyelidikan yang menyebabkan kemajuan-kemajuan dalam pemahaman penyakit berjangkit, serta penyelidikan optik dan mekanisme mata. Malah doktor-doktor Islam telah membuang katarak dengan jarum-jarum geronggang lebih 1,000 tahun sebelum orang-orang Barat berani mencuba tugas ini.
[ Last edited by lizz_7777 at 22-11-2008 03:14 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Perdagangan dan kehidupan bandar
Sejak awal-awal lagi, asas tamadun Islam adalah berdasarkan kehidupan bandar dan perdagangan, dan pertambahan penduduknya dan kemajuan pertaniannya dicerminkan melalui rangkaian perdagangan sedunianya. Bandar-bandar Islam yang berkembang secara tidak terkawal menghasilkan jalan-jalan yang sempit serta berliku-liku di bandar dan kawasan-kawasan perumahan dipisahkan oleh perbezaan latar belakang etnik dan hubungan keagamaan. Kualiti-kualiti ini ternyata cekap untuk menghantar barangan ulang-alik dari pusat komersil besar sambil mengekalkan kebersendirian yang dititikberatkan oleh kehidupan keluarga Islam. Subbandar-subbandar yang berada di sebelah luar dinding kota terdiri dari kawasan perumahan komuniti orang-orang kaya hingga ke kawasan separa sesak kelas pekerja. Kawasan pembuangan sampah bandar terletak jauh dari bandar, begitu juga dengan tapak perkuburan yang sering dijadikan kediaman untuk penjenayah dan pelacur. Satu tempat menunaikan solat dapat dijumpai berhampiran salah satu pintu-pintu utama untuk perayaan keagamaan dan pelaksanaan hukuman bunuh awam. Serupa dengannya, tempat latihan tentera juga dapat dijumpai berdekatan satu pintu utama.
Walaupun berbeza dari segi rupa muka bumi akibat iklim dan tradisi setempat sebelumnya, bandar-bandar Islam hampir selalu dikuasai kelas pertengahan saudagar. Kesetiaan sesetengah orang terhadap kawasan kejiranan mereka amat kuat, membayangkan etnik dan agama, manakala rasa kewarganegaraan kadang kala bukan sesuatu yang biasa. Keluarga luas menyediakan asas untuk program sosiol, urusan perniagaan dan perundingan dengan pihak berkuasa. Sebahagian unit ekonomi dan sosiol ini sering kali merupakan penyewa kepada bangsawan kaya.
Kuasa negeri biasanya tertumpu di Dar al Imara iaitu pejabat gabenor di dalam istana. Istana-istana ini mencuar tinggi melampaui kota yang dibina hasil daripada ribuan tahun penempatan manusia. Fungsi utama gabenor kota adalah untuk memberi perlindungan dan mengekalkan keteraturan undang-undang. Sistem ini adalah bertanggungjawab atas berlakunya percampuran pemerintahan autokrasi dengan pemerintahan autonomi di dalam kota. Setiap kawasan perumahan dan kebanyakan blok rumah pangsa besar telah melantik seorang wakil untuk berurusan dengan pihak berkuasa bandaraya. Kawasan-kawasan perumahan ini juga dijangka untuk membentuk pemuda-pemudi mereka menjadi militia untuk melindungi kawasan perumahan mereka sendiri, dan juga sebagai bantuan kepada tentera profesional untuk mempertahankan kota secara menyeluruh.
Ketua sesebuah keluarga diberi kuasa dalam pengurusan rumah tangganya tetapi kadi atau hakim boleh membincangkan dan menyelesaikan masalah dalam isu permasalahan sesama keluarga dan dengan keluarga lain. Dua wakil kanan kuasa perbandaran ialah kadi dan muhtasib. Mereka bertanggungjawab atas kebanyakan isu termasuklah kualiti bekalan air, penyelengaraan jalan raya, mengawal peletusan wabak penyakit, mengawasi pasar-pasar, dan pelaksanaan upacara pengebumian.
Lagi satu aspek kehidupan bandar Islam ialah wakaf, sesuatu amal kebajikan keagamaan yang terus berurusan dengan kadi dan imam. Melalui derma, kebanyakan tempat mandi awam dan kilang dibina dan hasilnya digunakan untuk membiayai pendidikan serta membekalkan pengairan untuk dusun luar bandar. Mengikuti pengembangan, sistem ini diperkenalkan kepada masyarakat Eropah Timur oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Kecuali semua yayasan agama atau kepercayaan yang tidak membayar perlu cukai dalam dunia Islam, orang awam perlu membayar cukai kepada majlis perbandaran, askar kepada pemerintah tertinggi dan tuan tanah kepada bendahari negeri. Cukai juga dikenakan keatas lelaki bujang sehingga dia berkahwin. Ini berbeza dengan zakat, zakat merupakan derma kebaikan yang wajib terhadap seseorang Muslim kepada golongan-golongan tertentu, manakala orang bukan Islam perlu membayar jizyah, seperti cukai kepala.
Binatang ternakan yang dibawa ke bandar untuk penyembelihan dihadkan pada kawasan di luar bandar sahaja, begitu juga dengan industri lain yang dianggap kurang bersih. Manakala barang berharga diletakkan berdekatan dengan pusat bandar. Hal ini menyebabkan penjual buku dan tukang emas tertumpu di sekeliling masjid utama di pusat bandar.
Persatuan-persatuan (seperti kesatuan pekerja yang melindungi hak pedagang) tidak diiktiraf secara rasmi oleh kota Islam zaman pertengahan, tetapi urusan perdagangan dikawal-selia oleh penyelia yang diiktiraf oleh majlis perbandaran. Setiap urusan perdagangan dijalankan dengan identiti tersendiri, ahli-ahlinya akan mengunjungi masjid yang sama, dan berkhidmat bersama dalam ketenteraan. Hamba pula kadang-kala diupah dalam perladangan tebu gula dan perlombongan garam, walau bagaimanapun terdapat juga hamba yang diupah lebih kepada menjadi pembantu di rumah atau askar upahan.
[ Last edited by lizz_7777 at 24-11-2008 01:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Alembic Berkembar
Alembic berkembar ini kekal terpelihara dalam terjemahan bahas latin bagi kitab al-Asrar dalam bidang kimia, tulisan Abu Bakar al-Razi.
Nama (dalam bahasa Arab dikenali al-inbiq) dan bentuknya menunjukkan asal usulnya dalam model berunsur Islam.
Peralatan Penyulingan Air Mawar
Huraian tentang peralatan penyulingan air mawar yang tersebar secara meluas di dunia Islam terdapat dalam Kitab al-Tafsir yang ditulis oleh ahli perubatan ternama, Abu al-Qasim al-Zahrawi.
Al-Zahrawi hidup pada kurun ke-10 Masihi di negara Sepanyol Arab. Peralatan tersebut dikenali dengan nama berchille.
Model ini berasaskan huraian yang dibuat oleh al-Zahrawi.
Teknologi dan perindustrian tamadun Islam amat maju sekali. Teknik penyulingan telah membantu meningkatkan mutu industri minyak wangi, terdapat juga bahan kimia sepuh seramik* yang dibuat dengan giat untuk bersaing dengan seramik-seramik yang diimport daripada China. Pendekatan saintifik dalam bidang kaji logam memudahkan kerja menyerap dan meningkatkan mutu teknologi besi daripada India dan China. Eksport utama terdiri daripada perusahan dan perkilangan barangan mewah, seperti ukiran kayu, logam dan kaca, tekstil, dan seramik.
Sistem kontrak telah digunakan oleh pedagang-pedagang amat berkesan. Pedagang akan membeli dan menjual untuk komisen, dengan wang yang dilaburkan kepada mereka oleh pelabur-pelabur yang kaya, atau perkongsian perlaburan bersama beberapa pedagang, yang terdiri daripada Muslim, Nasrani, dan Yahudi. Baru-baru ini, dokumen-dokumen yang ditemui dalam tinggalan sinagog di Mesir menyatakan dengan terperinci tentang pedagang-pedagang dan kehidupan manusia yang gemilang pada zaman pertengahan di Timur Tengah. Perkongsian perniagaan dipupuk untuk tujuan usaha perniagaan komersil, dan ikatan yang erat antara pedagang-pedagang telah membolehkan rangkaian urusan perniagaan yang luas di tempat-tempat yang jauh. Rangkaian ini dibangunkan semasa wang boleh didebitkan di Baghdad dan dikreditkan di Sepanyol, mewujudkan sistem cek yang ada pada hari ini. Setiap kali barangan melalui bandar, barangan akan dikenakan cukai, hal ini meningkatkan harga barang dengan tinggi sebelum tiba ke destinasi akhir. Walau bagaimanapun, dalam dunia Islam ketika itu, umat Islam mempunyai sumber yang mencukupi tanpa bergantung kepada pasaran luar pada zaman ini.
Pengangkutan adalah mudah tetapi sangat berkesan. Setiap bandar mempunyai tempat di luar gerbang masuk untuk haiwan dihimpunkan, iaitu tempat pusat membeli-belah atau pasaraya di bandar dengan kemudahan gudang-gudang yang selamat, terdapat juga kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang di bandar, di samping tempat-tempat untuk berurus niaga di sepanjang jalan perdagangan seperti rumah penginapan zaman pertengahan.
Selain daripada sungai Nil, Tigris dan Furat, sungai lain yang dilayari amat kurang, maka pengangkutan adalah tertumpu kepada pengangkutan laut. Sains-sains pengemudian telah dimajukan menggunakan sekstan asas yang dikenali sebagai kamal untuk mengukur ketinggian bintang, dan kompas magnet. Dengan penggunaan semua kelengkapan ini dengan bantuan peta, pelayar dapat melayari lautan berbanding daripada pelayaran sebelum ini yang hanya tertumpu pada persisiran pantai. Pelayar Muslim juga telah memperkenalkan kapal layar bertiang tiga kepada penduduk Mediterranean. Malah kapal layar (caravel) Christopher Columbus sebenarnya direka bentuk mengikut rekaan kapal layar orang Islam Andalusia. Terusan buatan untuk menghubungkan sungai Nil dengan Teluk Suez telah dibina, dan sebaliknya terusan ini juga menghubungkan laut merah dengan Mediterranean walaupun ia dinaiki lumpur beberapa kali.
Mengikut tradisi, Nabi Muhammad s.a.w. telah bernasihat kepada umatnya supaya "menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China". Tidak lama selepas kewafatan Muhammad s.a.w., iaitu ketika Zaman Keemasan Islam, telah wujud pengembaraan dan penghijrahan ke tempat yang jauh. Sebagai contoh, Ala'eddin, telah diberi penghargaan dalam sejarah rasmi dinasti Yuan China, kerana telah membina manjanik berpengimbang (counterweight trebuchet) untuk Kublai Khan.
Umat Islam telah mempelajari teknik pembuatan kertas daripada China hasil daripada hubungan yang sedia terjalin ini, tetapi umat Islam telah membuat keputusan untuk menggunakan linen sebagai bahan mentah untuk membuat kertas berbanding daripada penggunaan kulit kayu mulberi, atau bahan organik yang lain. Pemindahan teknologi cina dan inovasi dalam penggunaan linen dalam kertas dapat membuat bahan tulis yang lebih murah dari segi ekonomi daripada penggunaan kayu pokok lontar (papyrus) yang mudah rosak. Daripada Islam juga, dunia mempelajari pembuatan kertas daripada bahan mentah linen (sumber diambil daripada arkib Perpustakaan Perubatan Negara AS).
[ Last edited by lizz_7777 at 24-11-2008 01:51 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Seni bina dan kejuruteraan
Masjid Agung Samarra di Sammara Iraq
Pembinaan Masjid Agung Samarra di Iraq yang disiapkan pada tahun 847 menggabungkan seni bina hipostail yang terdiri daripada baris-baris tiang yang menyangga sebuah tapak datar yang mempunyai menara pilin yang besar di atasnya.
Orang Moor memulakan pembinaan Masjid Agung Cordoba pada tahun 785 dan menandakan permulaan seni bina Islam di Sepanyol dan Afrika Utara. Masjid ini terkenal dengan gerbang-gerbang dalaman yang ketara. Seni bina Moor mencapai puncaknya dengan pembinaan Alhambra yang merupakan istana/kubu Granada yang indah dan mengagumkan, dengan ruang-ruang dalaman yang terbuka dan berangin dan yang dihias dengan warna merah, biru, dan emas. Dinding-dindingnya dihias dengan motif-motif dedaun, inskripsi-inskripsi Arab, dan reka-reka bentuk awan larat, dengan dinding-dindingnya dilitupi oleh jubin-jubin berkaca. Masjid Qolsharif di Rusia disiapkan sekitar tahun 1000. Ia masih lagi merupakan masjid yang terbesar di timur Eropah kini.
Masjid Kulsharif,Kazan Russia
http://www.youtube.com/watch?v=UYhUMcY5VOQ
http://www.youtube.com/watch?v=ufJXHm4yLqc
Taj Mahal di Agra India
Tanda peringatan Shah Jahan tahun 1648 untuk isteri beliau Mumtaz Mahal, yang dipuji sebagai "permata kesenian Islam di India" dan salah sebuah karya agung yang dikagumi ramai dalam warisan dunia pada tahun 1983."
Satu lagi subgaya yang tersendiri ialah seni bina Empayar Mughal di India pada abad ke-16. Menyepadukan unsur-unsur Islam dan Hindu, maharaja Akbar membina sebuah kota diraja di Fatehpur Sikri yang terletak 42 km (26 batu) di barat Agra pada akhir dekad 1500-an. Makam Taj Mahal pula dibina pada 1650-an.
-Kredit to Wikipedia-
[ Last edited by lizz_7777 at 24-11-2008 01:49 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
------------------------
[ Last edited by lizz_7777 at 22-11-2008 06:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jabir bin Hayyan : Ahli Kimia
"Jabir bin Hayyan", cendekiawan muslim yang hidup 1200 tahun lalu. Beliau adalah ahli kimia yang mencipta kaedah amali kimia. Beliau menganalisis proses campuran kimia dan hasil tindak balasnya.
Jabir banyak memperkatakan tentang kandungan logam, unsur kimia dalam logam dan menemui hasil proses kimia lalu mengasaskan ilimu Balmazat, kimia berwarna, kimia pembersih dan seterusnya disambung oleh generasi selepasnya.
[ Last edited by lizz_7777 at 30-10-2008 11:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ibn Al-Baitar pakar botani unggul kurun ke-16
Ibn al-Baitar
"Ibnu-Baitar", seorang pakar botani muslim yang hidup 800 tahun lalu. Beliau menanam tumbuh-tumbuhan yang sukar didapati di kebunnya. Beliau pergi ke seluruh Andalus, Maghribi, Asia, Yunan dan Syam untuk mengenali tumbuh-tumbuhan. Beliau mengenali 1400 jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan ubat. Akhirnya beliau dilantik menjadi ketua farmasi di Mesir dan Syam. Ibnul- Baitarmenulis dua buah buku tentang perubatan dan daripada tumbuh-tumbuhan, galian dan haiwan. Bukunya menjadi rujukan ahli-ahli farmasi, doktor dan ahli botani.
ABU Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi adalah salah seorang saintis terulung Muslim Sepanyol. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan.
Lebih dikenali sebagai Ibn Al-Baitar, beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12.
Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. Perkara pertama yang dilakukannya ialah mengumpul tumbuh-tumbuhan dari seluruh Sepanyol.
Pada tahun 1219, beliau meninggalkan Sepanyol untuk menjalankan kerja-kerja mengumpul tumbuh-tumbuhan menerusi pengembaraan di bahagian utara susur pantai benua Afrika.
Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Cara beliau mengembara sama ada di darat atau laut tidak diketahui sehingga hari ini.
Bagaimanapun antara tempat-tempat yang beliau singgah dan lawati ialah Bugia, Qastantunia (Constantinople), Tunis, Tripoli, Barqa and Adalia.
Selepas tahun 1224, beliau menyertai perkhidmatan al-Kamil kerajaan Gabenor Mesir dan dilantik sebagai ketua pakar herba.
Pada tahun 1227, al-Kamil telah meluaskan kuasanya sehingga ke Damsyek manakala Ibn al-Baitar mengiringinya ke sana yang mana ia turut menyumbang kepadanya untuk mengumpul tumbuh-tumbuhan di Syria.
Penyelidikannya mengenai tumbuh-tumbuhan ketika itu turut diperluaskan ke beberapa kawasan lain termasuk Arab Saudi dan Palestin.
Di kedua-dua negara itu, beliau berpeluang melawat stesen penyelidikan dan mengumpul tumbuh-tumbuhan yang terdapat di situ. Beliau meninggal dunia di Damsyek pada tahun 1248.
Sumbangan utama Ibn Baitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan di Arab Saudi.
Statusnya sebagai pakar botani terus unggul di kalangan ahli botani lain sehingga kurun ke-16. Ini ada kaitan dengan kerja-kerjanya yang penuh sistematik terutama pada awal penglibatannya dalam dunia botani.
Kritikan yang diterimanya ketika itu tidak mematahkan semangat beliau, sebaliknya menyuntik semangat kepadanya untuk menyumbang dalam bidang botani.
Ensiklopedianya itu mengandungi kira-kira 1,400 pelbagai perkara yang sebahagian besarnya mengenai tumbuhan perubatan dan sayur-sayuran.
Lebih mengagumkan, ensiklopedia itu mendedahkan kira-kira 200 jenis tumbuh-tumbuhan yang sebelum itu tidak dikenali.
Buku itu ditulis hasil rujukannya daripada 150 penulis lain yang kebanyakannya dari Arab Saudi dan ia turut memetik kenyataan 20 ahli sains terawal Greek.
Ensiklopedia itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan diterbitkan pada tahun 1758. Hasil karyanya yang kedua ialah Kitab al-Mlughni fi al-Adwiya al-Mufrada iaitu sebuah ensiklopedia perubatan.
Beberapa jenis dadah telah disenaraikan mengikut kesesuaiannya dengan nilai-nilai terapeutik atau ilmu perubatan mengenai cara merawat atau mengubati penyakit.
Selain itu, terdapat 20 bab berlainan mengenai tumbuh-tumbuhan yang mempunyai signifikan dengan penyakit berpunca dari kepala, telinga, mata dan lain-lain.
Beliau turut memetik kenyataan daripada pakar bedah Muslim terkenal, Abul Qasim Zahrawi untuk dimuatkan ke dalam bab berkaitan pembedahan.
Selain menggunakan bahasa Arab untuk menamakan tumbuh-tumbuhan yang ditemuinya, Ibn Baitar turut menggunakan bahasa Greek dan Latin untuk tujuan itu.
Sumbangan Ibn Baitar dalam bidang ini lebih kepada karakter hasil pemerhatian, analisis dan klasifikasinya terhadap tumbuh-tumbuhan. Ia turut dilihat memiliki pengaruh dari Barat dan Timur dalam ilmu botani dan perubatan.
Sejak kitab Jami diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa berkenaan, ramai ahli sains lain mula mengkaji isi kandungannya dan seterusnya menjadikannya sebagai bahan rujukan.
FAKTA RINGKAS
1. Saintis terulung Muslim Sepanyol2. Dilahirkan di Malaqa, Sepanyol
3. Belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati
4. Dilantik sebagai ketua pakar herba Mesir pada tahun 1224
5. Meninggal dunia di Damsyek pada tahun 1248
[ Last edited by lizz_7777 at 21-11-2008 01:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ibn Batuttah: Pengembara Islam
"Ibn Battutah", seorang pengembara Islam yang hidup 600 tahun lalu. Beliau mengembara dari dari barat Maghribi ke timur China. Dari pesisir pantai Volga, laut Oral dan Padang rumput Turki di Timur ke India Timur dan ke pesisir pantai Oman, Tanzania dan Niger di Selatan. Tempoh pengembaraannya mengambil masa 25 tahun dan 570,000 batu. Sepanjang pengembaraan, Ibn Battutah menemui pelbagai peristiwa dan ragam kehidupan seperti kekayaan, kemiskinan, kekejaman dan sebagainya. Di Akhir pengembaraannya, beliau kembali ke Fas dan meriwayatkan kisah Sindbad yang penuh dengan khayalan dan keajaiban.
[ Last edited by lizz_7777 at 30-10-2008 11:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ibn Sina: Pakar Perubatan
"Ibn Sina", salah seorang cendekiawan muslim yang hidup sekitar kurun ke-11 Masihi. Panggilan yang masyhur baginya, "Sheikh Rais". Manakala orang Barat menggelarnya "Bapa Perubatan Manusia". Beliau mengarang kitab perundangan dan perubatan. Kedua-duanya membuka jalan kepada ilmu-ilmu lain.
Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibni Sina
Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Sumbangan
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).
[ Last edited by lizz_7777 at 21-11-2008 10:51 PM ]
[ Last edited by lizz_7777 at 21-11-2008 10:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Al Farabi: Ahli Falsafah Islam
"Al-Farabi", ahli falsafah Islam yang pertama serta pakar falsafah kedua selepas Aristotle. Hidup pada kurun ke-10 masihi. Pada zaman kemasyhurannya, beliau terkenal di Asia Tengah, Iraq, Syam dan Mesir. Al-Farabi telah mewariska buku muzik dan mengembangkan ilmu falsafah yunani serta membezakan falsafah dan agama kepada generasi selepasnya. Beliau menyeru masyarakat supaya mengamalkan hidup yang sejahtera di bandar Fadilah. Selain itu beliau hidup sebagai petani di negerinya.
[ Last edited by lizz_7777 at 30-10-2008 11:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Jahiz ahli zoologi Islam pertama
Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri
"Al-Jahiz", ahli sastera yang hidup dalam dua kurun iaitu kurun ke-8 dan ke-9. Hasil karyanya berbentuk ilmiah, sastera dan falsafah. Beliau telah mewariskan 350 buah buku yang mencakupi pelbagai bidang kepada generasi selepasnya. Hasil dan corak penulisannya menggunakan gaya bahasa prosa Arab yang bercampur aduk antara ilmu, agama, falsafah dan sastera. Kitab Haiwan merupakan hasil karyanya yang bermutu.
DALAM setiap generasi dan di setiap negara, terdapat beberapa individu yang mempunyai azam untuk belajar dan bekerja dalam bidang berkaitan alam semula jadi. Jika mereka tidak wujud maka dunia pastinya akan musnah.
Antara individu tersebut termasuklah Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri yang lebih dikenali sebagai al-Jahiz.
Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku The Book of Animals. Beliau lahir pada tahun 776 iaitu 14 tahun selepas Baghdad diasaskan oleh Abbasid Caliph al-Mansur.
Al-Jahiz belajar membaca dan menulis pada awal usia dan menceritakan bagaimana ibunya memberinya 憇edulang |
|
|
|
|
|
|
|
Ibnu Khaldun: Ahli Sosiologi dan Sejarah
Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.
Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406
di Kaherah, Mesir.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosiol moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (揚engenalan |
|
|
|
|
|
|
|
Al Idrisi
Al Idrisi
"Al-Idrisi adalah seorang ahli geografi dan kartografi Islam terkemuka di Zaman Pertengahan. Keturunan Rasulullah ini telah menghasilkan banyak peta yang hampir menyamai peta-peta hari ini. Christopher Columbus sendiri menggunakan peta yang dilukis berdasarkan peta al-Idrisi semasa pelayarannya."
Al-Idrisi paling terkenal di Barat sebagai seorang ahli geografi yang membina sebuah glob sfera perak berukuran berat 400 kg untuk Raja Roger II dari Sicily. Sesetengah sarjana menganggap beliua sebagai ahli geografi dan pelukis peta terhebat semasa Zaman Pertengahan. Beliau juga membuat sumbangan tulen dalam tumbuh-tumbuhan perubatan. Abu 慉bd Allah Muhammad ibn Muhammad ibn 慉bd Allah ibn Idris al-Sharif dilahirkan pada tahun 1099M di Ceuta, Sepanyol. Beliau juga dikenali dengan nama pendek beliau iaitu al-Sharif al-Idrisi al-Qurtubi. Beliau adalah keturunan langsung Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Idrisi mendapat pendidikan di Cordova. Seperti apa yang lazim bagi ahli geografi Muslim, beliau mengembara ke banyak tempat yang jauh termasuklah Eropah untuk mengumpul data geografi. Ahli-ahli geografi Muslim pada zaman beliau sudah pun membuat pengukuran tepat bagi permukaan bumi, dan beberapa peta dunia telah tersedia ada. Al-Idrisi menggabungkan apa yang tersedia ini dengan penemuan beliau sendiri. Disebabkan pengetahuan beliau mengenai semua bahagian dunia yag diketahui ini, beliau menjadi terkenal dan mula mendapat perhatian pelayar-pelayar Eropah dan perancang-perancang ketenteraan.
Kemasyhuran dan kecekapan al-Idrisi akhirnya membawa kepada perhatian Roger II, Raja Sicily berketurunan Norman yang menjemput beliau untuk menghasilkan peta dunia terkini. Adalah patut disebutkan bahawa Sicily pernah berada di bawah pemerintahan Muslim sebelum Raja Roger, yang hasil karya orang-orang Islam tersedia dengan bebas untuk dihantar ke Eropah melalui Barat Latin. Al-Idrisi menghasilkan sebuah bola perak berukuran berat 400 kg dan dengan teliti mencatatkan di atasnya tujuh benua berserta laluan-laluan perdagangan, tasik dan sungai, bandar-bandar utama, dataran dan gunung-ganang. Beliau juga memasukkan maklumat seperti jarak, panjang dan ketinggian yang sesuai. Glob beliau disertakan dengan buku beliau al-Kitab al-Rujari (Buku Roger). Beliau juga membuat satu perlambangan dunia yang diketahui di atas sebuah ceper.
Buku al-Idrisi Nuzhat al-Mushtaq fi Ikhtiraq al-Afaq (Hiburan Bagi Mereka yang Inginkan Pengembaraan Merentasi Ufuk) adalah sebuah ensiklopedia geografi yang mengandungi peta dan maklumat terperinci mengenai negara-negara Eropah, Afrika dan Asia. Kemudiannya, beliau menyusun sebuah ensiklopedia yang lebih komprehensif berjudul Rawdat al-Nas wa Nuzhat al-Nafs (Taman Manusia dan Hiburan Jiwa). Pengetahuan al-Idrisi mengenai Niger sehingga ke Timbuktu, Sudan dan kepalair Sungai Nil adalah istimewa kerana ketepatannya.
Al-Idrisi juga membuat sumbangan besar dalam sains tumbuh-tumbuhan perubatan dan telah menulis beberapa buah buku. Yang paling popular ialah buku yang berjudul Kitab al-Jami |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Farghani - Astronomi dan kontroversi terusan
Al-Farghani
ABU扡-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Kathir al-Farghani lahir di Farghana, Transoxiana. Beliau merupakan salah seorang ahli astronomi yang terkenal ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun.
Al-Farghani juga telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang lengkap.
Kitab ini juga turut membincangkan hal mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.
Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli astronomi Eropah.
Al-Farghani menerima teori Ptolemy dan nilai-nilainya yang dicatatkan berlaku lebih awal.
Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini.
Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.
Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan.
Menurut Ibn Tughri Birdi, Al-Farghani telah menyelia projek pembinaan Great Nilometer di al-Fustat (Cairo lama).
Projek itu siap sepenuhnya pada tahun 861 Masehi iaitu selepas al-Mutawakkil yang mengarahkan pembinaan itu meninggal dunia.
Sungguhpun beliau telah mencipta beberapa kejayaan dalam bidang kejuruteraan, ia masih belum boleh mempopularkan Al-Farghani sebagai mana yang digambarkan dalam cerita yang disampaikan oleh Ibn Abi Usaybi抋.
Mengenai pembinaan terusan tadi, Al-Mutawakkil telah mengamanahkan dua anak lelaki Musa ibn Shakir iaitu Muhammad dan Ahmad untuk menjalankan projek yang dikenali al-Ja抐ari.
Dua beradik itu kemudiannya telah mengadakan perundingan dengan Al-Farghani yang sekali gus meminggirkan jurutera terkenal ketika itu, Sind ibn Ali.
Sind merupakan seorang profesional tetapi mencemburui kejayaan Al-Farghani.
Oleh kerana itu, Sind telah dihantar ke Baghdad - jauh dari tempat kediaman Al-Mutawakkil di Samarra.
Terusan yang dibina itu melalui kota baru iaitu Al-Ja抐ariyya iaitu sebuah kota yang Al-Mutawakkil bina berdekatan Samarra di Tigris.
Bagaimanapun berlaku sedikit kesilapan dan Al-Farghani telah diarahkan membetulkan kesilapan.
Beliau kemudian memulakan kerja dengan mengorek lebih dalam terusan berkenaan.
Dengan itu, air yang cukup akan melalui terusan `baru |
|
|
|
|
|
|
|
Omar Khayyam: Pakar algebra, ahli astronomi dan penyair
OMAR KAYYAM
SEORANG lagi ilmuan Islam yang terkenal ialah Omar Khayyam. Kepakaran Omar Khayyam, seorang rakyat Parsi, adalah dalam bidang matematik, astronomi, falsafah, perubatan dan puisi. Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada tahun 1044. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah.
Sebenarnya, tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah awal hidupnya kecuali fakta bahawa dia mendapat pendidikan di Nishapur dan tinggal di sana dan juga di Samarqand sepanjang hidupnya.
Melihat perjalanan hidupnya, Omar Khayyam adalah seorang yang sangat sukakan kesederhanaan. Beliau pernah ditawarkan untuk bekerja di istana.
Beliau sebaliknya menolak dan memilih hidup secara sederhana dan tenang untuk menimba ilmu. Beliau mengembara ke pusat-pusat ilmu ketika itu seperti di Samarqand, Bukhara, Balkh dan Isphahan untuk mendalami ilmunya dan juga bertukar-tukar fikiran dengan para ilmuan di sana.
Semasa di Samarqand, beliau diletakkan di bawah seliaan seorang pembesar - Abu Tahir. Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.
Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga.
Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.
Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by lizz_7777 at 18-4-2010 03:51
Ibnu Firnas
Tokoh Abbas Ibn Firnas merupakan salah seorang pakar sains Islam yang meninggal pada tahun 888.
'Abbas Ibn Firnas, atau 'Abbas Qasim Ibn Firnas (Tidak diketahui-c. 887 A.D.) merupakan Berber Spanyol kemanusian (humanitarian), teknologis, dan ahli kimia.
Pada abad ke sembilan AD, kesemua kecuali jalur utara Sepanyol masa kini dan Portugis membentuk Andalusia Khalifah Cordova. Ini merupakan mercu Kesenian dan Sains Islam. Cordova dan Baghdad merupakan pusat kebudayaan kembar di dunia.
Pada 822, seorang Khalifah baru dilantik bernama 'Abd al-Rahman II menaiki takta dan dia mula mengumpul orang yang berkebolehan. Dia bermula dengan ahli muzik Iraq bergelar Ziryab. Ini bererti Burung hitam (Blackbird)梘elaran yang menghormati kebolehan menyanyinya, dan perwatakan dramatiknya. Nama sebenarnya adalah Abu al-Hasan 'Ali ibn Nafi'. Guru muzik yang cemburu telah mengusir Ziryab keluar dari Baghdad. Oleh itu Khalifah menggajinya dengan gaji yang mewah.
Di Cordova, Ziryab mencipta bentuk muzik baru. Dia memperkenalkan lute kepada Spanyol, dan menambah julatnya dengan menambah tali kelima. Tetapi dia juga merupakan penaung bagi bidang sains. Dia menggalakkan perkembangan astronomi, perubatan, dan banyak teknologi baru. Salah seorang daripadanya adalah seorang astronomi Berber yang muda dan penyair bernama 'Abbas Ibn Firnas.
Pada tahun 852, di bawah Khalifah baru, a daredevil bernama Armen Firman memutuskan untuk terbang dari menara di Cordova. Dia melayang kebumi, menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya. Dia terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas yang masih muda hadir dan menyaksikannya.
Seperti Ziryab, Ibn Firnas terbabit dalam pelbagai usaha. Dia mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Dia menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata. Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir, dan dia menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia juga memajukan proses bagi memotong kristal batu. Sehingga masa itu, hanya orang-orang Mesir tahu cara mengilap kristal. Dengan itu, Sepanyol tidak lagi perlu mengeksport kuartz ke Mesir, tetapi mampu menyiapkannya sendiri.
Pada tahun 875, Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dia tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu. Kematiannya, hanya dua belas tahun selepas itu, mungkin sedikit sebanyak diakibatkan oleh kecederaannya.
"Ibn Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying."
桺hilip Hitti, History of the Arabs. Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam mengajar anak-anak mereka mengenai Ibn Firnas, seribu tahun sebelum Wright. Libya mengeluarkan stem sebagai menperingatinya. Iraq membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya.
Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya.
[ Last edited by lizz_7777 at 22-11-2008 01:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|