CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3320|Reply: 13

Masbuq

[Copy link]
Post time 6-10-2008 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...

Saya kurang ilmu dan kurang jelas tentang masbuq. Bagaimana kalau saya masuk surau dan ingin menjadi makmum. Ada beberapa soalan.

1. Apakah adab2 yg perlu saya buat?
2. Apakah isyarat yg perlu saya lakukan bagi memberitahu imam tersebut?
3. Berapakah jarak di antara saya sebagai makmum dengan imam?
4. Jika ada seorang lagi jemaah yg tetiba masuk dan ingin berjemaah, apakah yg perlu saya lakukan?

Buat pengetahuan semua...sesudah angkat takbir, saya dah tak ada masalah...cuma bila nak masuk masbuq sahaja saya kurang jelas...dan ingin tahu secara detail...Harap ada yg dapat membantu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2008 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by anyak at 6-10-2008 04:32 PM
Assalamualaikum...

Saya kurang ilmu dan kurang jelas tentang masbuq. Bagaimana kalau saya masuk surau dan ingin menjadi makmum. Ada beberapa soalan.

1. Apakah adab2 yg perlu saya buat?
2. Apakah isyarat yg perlu saya lakukan bagi memberitahu imam tersebut?
3. Berapakah jarak di antara saya sebagai makmum dengan imam?
4. Jika ada seorang lagi jemaah yg tetiba masuk dan ingin berjemaah, apakah yg perlu saya lakukan?



1. Sepertimana adab seorang makmum biasa dlm mana2 solat jemaah.
2. Isyaratlah dengan membaca takbiratul ihram. Selalunya itu sudah cukup untuk memberitahu orang depan yang kita mahu berimamkan dia.
Ada yang mengatakan harus hukumnya mencuit sedikit bahu imam tersebut selepas takbiratul ihram (jika dibuat sebelum takbir, haram hukumnya),
tapi bagi saya sekadar takbiratulihram dan kedudukan kita berdiri sudah mencukupi bagi banyak kes.
3. Jika ada seorang sahaja makmum, adab jamaah biasa ialah berada di sebelah kanan imam dan depan sedikit. Itu kalau ada ruang. Kalau tak ada ruang,
sebelah kiri atau tengah pun tidak mengapa, tidaklah membawa batal solat jemaah itu, cuma kurang afdhalnya.
4. Jemaah baru  itu perlu bertakbir  dan harus hukumnya menyentuh bahu saudara selepas takbirnya, jika saudara berdiri agak ke hadapan. Dengan itu jika saudara mendengar takbirnya (atau disentuh bahu) dan tahu dia mahu mengikut sama berjamaah, saudara boleh bergerak ke belakang (kurang dari 3 langkah dlm satu pergerakan) untuk bersamanya dalam saf yang biasa, jika masih berkesempatan.

Untuk pengetahuan saudara, imam yang disentuh saudara tidak perlu berniat sebagai imam untuk mensahkan solat jemaah saudara, cuma kalau dia tak berniat imam, tentulah dia tak mendapat pahala jamaah dengan saudara.

Semoga menjadi ilmu yang bermanafaat dan selamat berjemaah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2008 08:42 AM | Show all posts
Alhamdulillah...rasa syukur kepada Allah SWT dan terima kasih saya ucapkan kepada saudara always_typo....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 10:46 AM | Show all posts
Mengenai makmum masbuq nih. Imam dan juga makmum mengikut di belakang kenalah cerdik dan berilmu - tahu mcm mana nak adjust keadaan yg berlaku.

* Apabila makmum masbuq bentang sejadah tepi imam maka sertamerta secara otomatik imam tahu ada makmum yg ikut berjemaah. Dan secara otomatik gak bacaan imam utk Fatihah dan surah jika solat Subuh, Maghrib atau Isyaq disunatkan secara jahar ( kuat ) begitu juga takbir oleh imam juga dibaca secara jahar ketika mahu rukuk, sujud dsbnya.

* Makmum masbuq yg berjemaah di tepi imam apabila ada makmum lain mahu berjemaah sama maka secara otomatik gak kena tahu utk adjust posisi beralih ke belakang imam dan memastikan wujud satu saf. Jika tempat agak sempit boleh gak imam injak sedikit ke hadapan. Apa2 pun antara imam dan makmum kena pandai2 tahu mcm mana nak buat dlm situasi cm nih.

Saya sengaja sebut benda nih nih sebab kadang2 boleh tgk kat surau di PLUS, pejabat atau mana2 lagi saf sembahyang jadi cempera. Ada yg berjemaah di kanan imam dan ada pulak saf di belakang imam.

Kemudian ada pula kes di mana imam yg tahu ada makmum masbuq berjemaah bersamanya tapi bacaan Fatihah, surah dan takbir tidak kedengaran. Sehinggakan pergerakan imam dari satu rukun ke satu rukun tidak diketahui oleh makmum yg berjemaah bersamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 11:17 AM | Show all posts
Hmm...eloklah diperbetuikan ape yg x betui selama hari nie...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 08:48 AM | Show all posts

Reply #5 redliner's post

Biar saya tambah sikit adab2 bagi orang masbuq ie terlewat nak solat jemaah ni.

1) Jangan berlari atau tergesa-gesa hendak menyertai jemaah, akan tetapi perlulah berjalan pada kadar biasa menuju ke saf. Dengan berlari, jelas kita tak menjaga adab dalam masjid / surau, di samping niat sembahyang kita semasa takbiratul ihram pertama tu boleh jadi miss kerana dok termengah-mengah masa nak takbir. Fokus kepada niat solat terutama bahagian wajib (Qoshod, Ta'arudh, Ta'yin) -  contoh - aku nak solat fardhu maghrib ni.... aku nak solat fardhu maghrib ni....semasa menuju ke saf supaya takbiratul ihram kita boleh dilakukan dengan sempurna dan smooth.

2) Kalau rasa tak sure samada dapat atau tidak sesuatu rakaat itu, anggaplah tak dapat. Ini selalu bila kita takbiratulihram masa imam sudah ruku' dan semasa kita ruku' itu imam bangun dari ruku' dan kita tak dapat bersama dengan imam dengan toma'ninahnya semasa ruku'. Itu dikira tak dapat rakaat tersebut, tapi dilihat ramai orang menganggap mereka mendapat rakaat tersebut yang mana itu salah.

3) Kalau imam dah tahiyat akhir dan kita tak sempat nak berjalan ke saf (kerana jauh, almaklum masjid sekarang ni luas2 belaka), kita boleh niat makmum dan bermula takbir di tempat kita berada. Asalkan kita berada dalam satu ruang yang sama dengan imam (atau orang yang kita nak jadikan imam itu) sudah cukup. Of course kalau si imam tu belum lagi tahiyat akhir, lebih praktikal dan afdhal kita berusaha menyertai saf yang proper, kerana ketika imam sujud nanti, kalau kita tak dekat dengan imam mcm mana kita nak tahu dia dah bangun dari sujudnya?

4) Jangan dok pulun nak solat sunat pulak bila mendapati imam baca panjang dan anggap still boleh join later. Ada orang yang jahil tetapi rajin solat sunat (kerana nak cari pahala lebih) ada buat begini bila depa lewat mai masjid terutama solat subuh. Adapun keutamaan solat sunat qobliyah dengan sendirinya lupus bila qomat telah dilaungkan oleh bilal. Malah orang yang tengah solat sunat masa bilal qomat digalakkan memendekkan solat sunat qobliyahnya itu ke sunat mutlak satu rakaat (kalau dia masih di rakaat pertama) agar tidak miss solat jemaah dengan imam. Ini kerana masa yg kita spend solat berjemaah fardhu dengan imam itu (hatta sesaat pun) lebih utama dari masa yang kita spend untuk solat sunat.

Semoga menjadi ilmu yang manafaat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2008 09:26 PM | Show all posts

Reply #6 always_typo's post

bagus penejelasan ini.. terima kasih..

Saya nak tanya:

Menjadi masbuq... Untuk mendapatkan 1 rakaat, kena sempat ruku (& tuma'ninah) bersama imam kan?  Misalnya, imam sedang berdiri betul membaca surah (selepas Fatihah), then saya terus join... PADA MASA YG SAMA imam terus ruku', saya kemudian ikut pergerakan imam, i.e terus ruku' tanpa membaca Fatihah...

Adakah saya mendapat 1 rakaat?

thank u
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 08:31 AM | Show all posts

Reply #7 Naru's post

Ya inshaallah anda dapat.

Alfatihah anda ditanggung oleh imam bagi rakaat itu jadi tak perlu baca.

Apa yang saya maksudkan tak dapat tu adalah  bila imam dah habis ruku' dan mahu bangun dari ruku'. Ketika itu pula, anda baru takbir dan terus ruku'. Anda berselisih dengan imam ketika ruku' (dia bangun dan anda turun). Jika itu berlaku, tidaklah anda mendapat rakaat itu kerana anda tak sempat tuma'ninah bersama imam dalam ruku'nya dalam rakaat tersebut. Selepas imam memberi salam, jangan lupa menyambung rakaat tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2008 08:39 PM | Show all posts
Ini pula permasalahan kita yg akan diikuti oleh org lain(maksudnya jadi imam).

Sedangkan pada ketika itu kita sdg solat ba'diah zohor, tup tup ada org follow tang belakang(menyangkakan kita solat fardhu zuhur).Keadaan ini juga apply kepada mana mana situasi bilamana kita sdg solat sunat yg lain lain di surau/masjid.

Ya, memang org yg mengikuti kita itu tidak sah solatnya.
Dan habis saja solat sunat kita, kita perlu beritahu 'makmum' tu bahawa kita sebenarnya solat sunat, bukan fardhu.

Cumanya aku nak tahu ada tak cara yg diajar supaya kita ni(yg sedang solat sunat) boleh memberitahu org yg teringin jadi makmum kita tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by RedDevils at 13-10-2008 08:39 PM
Ini pula permasalahan kita yg akan diikuti oleh org lain(maksudnya jadi imam).

Sedangkan pada ketika itu kita sdg solat ba'diah zohor, tup tup ada org follow tang belakang(menyangkakan kita so ...


Jika imam solat sunat .. tapi makmum solat fardhu atau sebaliknya .. solat itu masih sah ... ... tidak ada masalah ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 09:53 AM | Show all posts

Reply #10 thedude's post

ya teruskan saja solat sunat tu, nak niat imam pun boleh, tak nak niat imam pun boleh, sbb solat sunat pun boleh berjemaah.

Memang itu cara yang dibenarkan dan ada dalam syariat, ie makmum yang lewat berimamkan kepada orang yang solat ba'diyah, jauh  lebih baik dari makmum yang lewat itu solat sendirian.

Itulah juga yang dilakukan oleh orang yang lewat solat isyak pada bulan ramadhan, jadi mereka berimamkan imam terawih untuk solat isyak mereka dan menyambung mana2 raka'at yang tak cukup bagi isyak tersebut sebelum continue solat terawih pulak selepas memberi salam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 05:51 PM | Show all posts

Balas #9 RedDevils\ catat

solat kita tetap sah.. macam yg di terangkan oleh thedude & always_typo.
tapi mcammana solat org yg qasar dan jamak? imam solat qasar & jamak, makmum solat penuh.. yg saya tahu imam solat penuh boleh diikuti oleh makmum yg berniat solat jamak/qasar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 06:20 AM | Show all posts

Balas #12 memberKawanKau\ catat

makmum solat penuh (atau tamam) tak jadi masaalah. Lepas imam salam, sambung solat utk rakaat yang tak cukup.

kalau imam solat tamam, makmum qasar, makmum boleh mufarakah.  tapi selalunya, ustaz kata tak boleh makmum qasar kepada imam tamam.  itu yang jadi di surau-surau hiway PLUS tu terjadi 2 - 3 jamaah.  Sebab semnua nak buat qasar jamak.  Bila masuk surau tengok dah ada jemaah tapi tak tau jemaah tu jemaah apa.  Kemudian dia orang pi buat satu lagi jamaah.  Terutamanya berlaku semasa waktu maghrib.  Memulanya taku tak sah solat sebab imam tamam kot.  Tapi akhirnya boleh jadi tak sah sebab berlaku 2 imam dalam satu surau.  Bukan setakat 2 imam, kengkadang 3-4 imam.  Mana pernah zaman Nabi dan sahabat mereka solat sampai lebih 2 imam.  Semuanya mari datang ikut imam yang dah ada.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 11:38 AM | Show all posts

Balas #13 ibnur\ catat

oooooooooo.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.535421 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list