CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10931|Reply: 35

LANUN SOMALIA; update: tawan 2 lagi kapal!!

[Copy link]
Post time 11-10-2008 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 11-11-2009 20:08

Lanun Somalia terus mengganas

- Reuters

BOSASSO, Somalia 10 Okt. - Lanun di perairan Somalia telah merampas sebuah kapal yang sarat dengan muatan simen, kata Ketua Menteri wilayah autonomi Puntland, Ali Abdi Aware, hari ini.

Beliau berkata, kapal Wail yang mengibarkan bendera Panama itu dalam perjalanan dari Bosasso menuju Oman.

Katanya, ia dirampas ketika memasuki perairan antara Pulau Socotra, Yemen dan Bosasso, beberapa jam selepas kumpulan lanun itu menerima wang tebusan AS$1.6 juta (RM5.62 juta) bagi pembebasan kapal tangki Jepun, MT Irene.

"Kapal Wail dirampas malam tadi ketika berada di perairan antara Pulau Socotra dan Bosasso," katanya.

Menurut Ali Abdi, seramai 11 anak kapal terdiri daripada sembilan warga Syria dan dua rakyat tempatan, turut ditahan oleh lanun tersebut.

Kegiatan lanun semakin menjadi-jadi di perairan Somalia selepas kejatuhan diktator Siad Barre pada 1991.

Perairan Somalia menghubungkan laluan kapal perdagangan dari Asia ke Eropah melalui Terusan Suez.

Menurut kumpulan pemikir Britain, Chatham House, lebih 30 kapal telah dirampas oleh lanun setakat ini, membabitkan pembayaran wang tebusan antara AS$18 juta hingga AS$30 juta (RM63.17 juta hingga RM105.29 juta).

Tentera Perikatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam memutuskan untuk menjalankan operasi rondaan di sepanjang 3,300 kawasan pantai Somalia bagi memerangi lanun.

Rampasan terbesar lanun di perairan itu ialah membabitkan kapal Ukraine, MV Faina pada 25 September lalu, yang membawa kelengkapan ketenteraan termasuk 33 buah kereta kebal T-72.





nanti ler  aku nak carik sumer citer pasai lanun keparat somalia nih..aku satukan kat  cerita hal lanun...  baru ada kick .. nak belajaq jadik lanun pun bley..

     

[ Last edited by  amazed at 26-4-2009 17:23 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2008 01:08 PM | Show all posts
ko nak jadi lanun ke amazed.....
kalau camtu leh buka port kt selat melaka......
lawak jer jgn mare k

byk lagi ke tawanan lanun tuh....
ari tu kata ada yg nk serang lanun nih...

[ Last edited by  derose83 at 11-10-2008 01:12 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2008 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by derose83 at 11-10-2008 01:08 PM
ko nak jadi lanun ke amazed.....
kalau camtu leh buka port kt selat melaka......
lawak jer jgn mare k

byk lagi ke tawanan lanun tuh....
ari tu kata ada yg nk serang lanun nih...



shhhhhhhhh ko jgn bising2 wokey...   tu ler citer citer aku.. jaman2 aku sengkek ni.....

biler lagi nak perah gomen US$2 juta  weyyy...  

tapi.. aku macho ensem... bley ker jadik lanun....

WAIT.......johnny depp yg tak sehensem aku leh jadik..  apa lagi aku, ek...  

selat MALAKA.........here i kam!!!

         heh heh  heh.. !!!!!


p/s  pasai nak serang lanun tu...    tak berjaya ler.. sbb lanun serang depa dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 03:12 PM | Show all posts
LANUN seram nye.. aku xdpt baygkn..

adekah lanun2 tu cam dlm cter pirates of the caribbean??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2008 08:01 PM | Show all posts

Reply #4 elun's post

of kos!!  lanun2 itu cam dlm citer pirates of the caribbean   <<<<<  jack sparrow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2008 02:40 PM | Show all posts
Lanun Somalia diserbu


GAMBAR bertarikh 9 Oktober ini menunjukkan lanun-lanun
meninggalkan kapal kargo MV Faina (tiada dalam gambar)
di sebuah lokasi dekat Somalia.



MOGADISHU - Pihak berkuasa di wilayah Puntland, Somalia semalam menyerbu satu daripada beberapa kapal yang ditawan lanun di luar perairan negara berkenaan, kata beberapa pegawai.

Menteri Luar wilayah berkenaan, Ali Abdi Aware berkata, pihak tentera tersebut gagal dalam percubaan untuk mendapatkan kembali sebuah kapal yang dirampas oleh kumpulan lanun pada Khamis lalu.

Ali berkata, dua lanun terbunuh dalam insiden tersebut dan kapal yang membawa simen itu dipercayai mempunyai anak-anak kapal dari Syria dan Somalia.
"Pihak berkuasa kami masih mengejar kapal tersebut dan kami berharap untuk menyelamatkannya," katanya.

Sementara itu, kumpulan lanun yang menawan kapal kargo MV Faina dari Ukraine yang membawa 33 kereta kebal dan senjata berat lain masih menuntut wang tebusan sebelum membebaskannya.

Lanun-lanun itu turut mengancam memusnahkan kapal pada hari ini atau awal esok jika pemilik kapal enggan membayar wang tebusan sehingga AS$20 juta (RM70 juta).

Kumpulan berkenaan menawan kapal tersebut untuk tempoh lebih dua minggu sebelum dibebaskan.

Seorang jurucakap untuk kumpulan lanun itu, Sugule Ali berkata, beberapa rundingan dengan pemilik kapal diteruskan berhubung isu wang tebusan. - AP
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2008 04:04 PM | Show all posts
Giliran Korea Selatan bayar wang tebusan

SEOUL - Sebuah syarikat perkapalan di Korea Selatan membayar sejumlah wang tebusan kepada kumpulan lanun Somalia untuk membebaskan sebuah kapal kargo dan 22 krew selepas lebih sebulan dirampas, kata seorang pegawai syarikat itu semalam.

Anak-anak kapal yang terdiri daripada lapan warga Korea Selatan dan 14 warga Myanmar itu dibebaskan kelmarin bersama-sama kapal Bright Ruby yang dirampas di perairan Somalia pada 10 September lalu.

"Kumpulan kelasi itu dibebaskan selepas wang tebusan dibayar kepada lanun-lanun Somalia," kata pegawai syarikat J&J Trust itu.

Sumber yang mahu dirahsiakan identiti berkata, wang tebusan tersebut diberikan secara tunai melalui orang tengah bagaimanapun, nama agensi berkenaan serta jumlah wang tebusan tidak didedahkan.

Kapal dan anak-anak kapal yang semuanya dalam keadaan selamat dibawa terus ke sebuah pelabuhan di Sri Lanka sebelum dibawa pulang ke Korea Selatan dan Myanmar pada hujung bulan ini.

Insiden tersebut menyebabkan kerajaan Korea Selatan mempertimbangkan penghantaran kapal-kapal ke perairan Somalia berikutan berkemungkinan berlakunya rampasan kapal.

Sehingga kini sebanyak 29 kapal telah dirampas di Teluk Aden. - AP




tu ler aku cakap  mmg kureng asem  betui!!!  :@
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 09:04 AM | Show all posts
lanun2 nih semakin kaya....yg pemilik kapal ni plak duk menanggung kerugian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2008 10:09 AM | Show all posts
Minggu lanun paling sibuk


MOGADISHU - Lanun Somalia menghadapi minggu yang paling sibuk dan menguntungkan apabila mereka menawan sebuah kapal Korea Selatan pada Rabu lalu dan membebaskan sebuah lagi kapal kargo negara berkenaan pada Khamis lepas.

Kumpulan lanun berkenaan turut membebaskan sebuah kapal Thailand yang dirampas selepas mendapatkan wang tebusan kelmarin. Menteri Luar Negara Somalia, Ali Abdi Aware melaporkan kapal Thailand tersebut dibebaskan selepas diberikan wang pendahuluan bagaimanapun berkata semalam, maklumat masih kabur berhubung jumlah wang yang dibayar.

Beliau berkata, sebagai langkah berjaga-jaga pihak berkuasa wilayah Puntland di Somalia akan memburu lanun-lanun itu.

Pada awal minggu ini, anggota-anggota keselamatan Puntland membebaskan sebuah kapal kargo Panama daripada kumpulan lanun tersebut dalam satu serangan yang mengorbankan seorang askar.

Biro Marin Antarabangsa berkata, sebanyak 73 serangan berlaku pada tahun ini di Teluk Aden yang membentuk pantai utara Somalia manakala kira-kira 29 buah kapal telah dirampas. - AP



lanun lagi sebok dari pres usa nih!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 05:56 AM | Show all posts

padan muka: lanun somalia kena tangkap ngan french navy

malaysian navy - bila nak dpt balik duit tebusan puluh2 juta RM tu?
---------------------------------------

French navy arrests suspected Somali pirates

MOGADISHU (AFP) — The French navy has arrested nine suspected pirates and handed them over to authorities in the breakaway Somali region of Puntland, French officials said Thursday.

http://afp.google.com/media/ALeq ... kDYpr7fIs-lQ?size=s

French marines in the Gulf of Aden arrested the men when their patrol intercepted two boats on Wednesday in international waters about 100 nautical miles (185 kilometres) off the Somali coast, Paris and local Puntland officials each said.

They found small arms and anti-tank weapons and equipment used to board ships on the vessels, said a statement from the French military in Paris.
Puntland's deputy fisheries minister Abdukadir Muse Yusuf said that "the pirates... dropped all their weapons in the water before they were caught."
The French statement said nine suspects had been arrested, while Somali officials gave the number as eight.

Ths suspects were handed over to Somali authorities who said they would be prosecuted and would be treated according to international conventions, French officials said.
France launched a rescue operation to free a French luxury yacht, Le Ponant, and its 30 crew on April 11, and in September dispatched commandos to release a a French couple seized by pirates aboard their yacht.

Twelve suspected pirates are currently being held in custody by French authorities, although lawyers have argued that Paris has no jurisdiction to try their cases.
France's latest military intervention -- implicitly authorised by a UN Security Council resolution earlier this month -- was welcomed by the authorities in Puntland, where in April a court sentenced 11 people to life imprisonment for piracy.

In a report released Thursday, the International Maritime Bureau said 63 of the 199 piracy incidents recorded worldwide in the first nine months of this year occurred in the waters off war-ravaged Somalia.

IMB director Pottengal Mukundan said piracy in the Gulf of Aden -- an important sea route for oil exports -- was of particular concern.
"It is clear that pirates in the Gulf of Aden believe that they can operate with impunity in attacking vessels -- some of which have included tankers and large bulk carriers," Mukundan said.

Seven NATO ships including several frigates are set to start patrols off the coast of Somalia in the next few days to combat piracy and escort aid ships to the nation, an alliance spokesman said Wednesday.

Aid agencies say at least 2.6 million people in Somalia are facing acute food shortages and warn that the figure could climb to 3.2 million by year-end.
The European Union has also announced plans to send a dozen ships to the maritime region, which are intended to relieve the NATO contingent in December.
The UN Security Council on October 7 urged states to commit naval and air assets to the fight against rampant piracy off lawless Somalia.
The 15-member Council unanimously adopted the French-drafted resolution under Chapter Seven of the UN Charter, which is invoked in cases of threats to international peace and security.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 08:17 AM | Show all posts
bagus la kalau cam gitu...pasni xde la kapal2 kena hijack lagi...drg pun rasa selamat bila belayar kt teluk aden tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 08:33 AM | Show all posts
padan muka... dah kena tangkap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 07:59 PM | Show all posts
Kapal perang India musnahkan kapal lanun Somalia
19/11/2008

MOGADISHU 19 Nov. – Sebuah kapal perang India melepaskan tembakan yang memusnahkan sebuah “kapal induk” lanun Somalia.

Kapal frigat India, INS Tabar melepaskan tembakan ke arah kapal lanun itu malam tadi selepas diserang, kata jurucakap tentera laut India, Nirad Sinha hari ini.

“INS Tabar menghampiri kapal induk lanun dan mengarahkannya berhenti untuk disiasat.

“Bagaimanapun arahan itu tidak dihiraukan, sebalik kapal lanun itu mengancam untuk meletupkan INS Tabar jika kapal perang itu mara lebih dekat,” kata jurucakap itu.

Kapal lanun itu kemudian menyerang INS Tabar yang melepaskan tembakan balas untuk mempertahankan diri.

“Tembakan tersebut mencetuskan letupan yang dipercayai berpunca daripada peluru yang disimpan di dalam kapal lanun itu,” menurut Sinha. - AFP




patutnya   lagi banyak negara kena bersatu  musnah lanun kaparat nih... cissssssssssss :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2008 07:44 AM | Show all posts
Kapal lanun Somalia dimusnah


GAMBAR fail ini menunjukkan sebuah kapal tentera
laut India, INS Tabar di Mumbai, India.



MOGADISHU - Sebuah kapal perang tentera laut India berjaya memusnahkan sebuah kapal lanun di Teluk Aden, Somalia, kelmarin.

Walaupun dengan kehadiran sejumlah besar tentera laut asing di perairan tersebut, kumpulan lanun di Somalia telah merampas dua buah kapal lagi.

Kumpulan lanun tersebut merampas sebuah bot nelayan dari Thailand, sebuah kapal pengangkut dari Greece dan sebuah kapal Hong Kong yang dalam perjalanan ke Iran.

Rampasan tersebut berlaku selepas kumpulan lanun merampas sebuah kapal tangki dari Arab Saudi yang membawa minyak mentah bernilai AS$100 (RM361 juta) pada Sabtu lalu.

Kejadian rampasan kapal tangki tersebut mengejutkan dunia kerana ia merupakan kapal terbesar dalam sejarah yang pernah ditawan.

Tentera laut India berkata, sebuah kapal perangnya, INS Tabar yang berada di Teluk Aden itu berjaya memusnahkan sebuah kapal milik kumpulan lanun selepas berlaku satu pertempuran pada lewat kelmarin.

"Kapal lanun itu terbakar dan letupan juga kedengaran kemungkinan berpunca daripada letupan peluru yang disimpan," katanya.

Biro Maritim Antarabangsa memberitahu bahawa kumpulan lanun dari Afrika telah menawan sebuah bot nelayan dari Thailand yang membawa 16 anak kapal.
Kejadian itu diikuti dengan penawanan sebuah lagi kapal dengan muatan bijirin dari Hong Kong yang dalam perjalanan ke Iran.

Sebuah kapal pengangkut dari Greece juga dilaporkan dirampas tetapi seorang pegawai di Kementerian Perdagangan Marin Greece menafikan perkara itu berlaku.

Kegiatan lanun yang semakin menjadi-jadi di perairan Somalia pada tahu ini mengakibatkan kos insurans dan kos operesi meningkat kerana sebilangan syarikat perkapalan mengambil keputusan untuk memesongkan laluan.

Kejadian itu juga menyebabkan beberapa buah negara termasuk Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menghantar kapal perang di Teluk Aden bagi memerangi lanun.

- Reuters


lanun2 kaparat kat somalia tu mmg patut kena bom ajer.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 12:09 PM | Show all posts
Lanun tuntut AS$25 juta

KAPAL tangki MV Sirius Star kini berlabuh di luar pantai Somalia kelmarin.



MOGADISHU - Lanun-lanun Somalia yang merampas kapal tangki Sirius Star milik Arab Saudi menuntut wang tebusan AS$25 juta (RM90.6 juta) semalam.
Mereka juga memberi tempoh 10 hari untuk diserahkan ketika meningkatnya gesaan supaya tindakan lebih keras dikenakan terhadap kumpulan lanun.

"Kami menuntut AS$25 juta daripada pemilik kapal tangki itu. Kami juga tidak mahu perbincangan berpanjangan bagi menyelesaikan isu tersebut," seorang lanun yang memperkenalkan diri sebagai Mohamed Said memberitahu sebuah agensi berita antarabangsa dari kapal berkenaan yang kini berlabuh di kubu lanun Somalia di Harardhere.

" Pihak Arab Saudi diberi tempoh 10 hari untuk memenuhi syarat tersebut atau kami akan mengambil tindakan yang bakal mendatangkan kecelakaan," tambahnya.

Kapal gergasi yang berupaya membawa dua juta tong minyak mentah itu dirampas pada hujung minggu lalu di Lautan Hindi kira-kira 800 kilometer dari Kenya dan merupakan kapal terbesar pernah dirampas lanun setakat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Rusia mengumumkan bahawa ia akan menghantar lebih banyak kapal perang bagi memerangi kegiatan lanun di perairan sekitar Somalia.

Pengumuman itu dibuat ketika rasa kecewa berhubung kegiatan lanun yang disifatkan sebagai tidak terkawal oleh Biro Maritim Antarabangsa semakin meningkat.

"Selepas pemergian kapal tentera Neustrashimy, kapal-kapal dari armada lain milik Tentera Laut Rusia akan bergerak ke rantau tersebut," kata seorang pegawai tentera Rusia, Laksamana Vladimir Vysotsky yang merujuk kepada sebuah kapal frigat yang dihantar ke lokasi berkenaan pada September lepas. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 06:31 PM | Show all posts
21 November, 2008

  

Somali pirates demand 25 million dollars for Saudi oil tanker



Gambar AFP A graphic on piracy off the Somali coast. Somali pirates who hijacked a Saudi oil super-tanker demanded a 25 million dollar ransom Thursday amid calls for tougher action to end threats to one of the world's key maritime routes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 08:32 AM | Show all posts
nape lanun ni kaki die jongket sebelah


xpon mata butaseparuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2008 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by azz_azza at 22-11-2008 08:32 AM
nape lanun ni kaki die jongket sebelah


xpon mata butaseparuh



sbb hensem ler  camtuh.....   kalu azza nak tau  abg amazed pun... kaki jongket sebelah dan pakai patch satu kat mata tau....  hensem kan??

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 06:03 PM | Show all posts
Sirius Star: Lanun beri amaran tangkis sebarang campur tangan ketenteraan
22/11/2008

MOGADISHU 22 Nov. – Lanun Somalia yang merampas sebuah kapal tangki minyak Arab Saudi, Sirius Star memberi amaran mereka akan menangkis sebarang campur tangan tentera untuk membebaskan kapal itu.

Pemilik Sirius Star kelmarin diberi tempoh 10 hari untuk membayar wang tebusan AS$25 juta (RM87.5 juta) sebagai syarat pembebasan kapal itu dan rundingan masih diteruskan antara kedua-dua pihak.

“Saya berharap pemilik kapal tangki itu cukup bijak dan tidak akan membenarkan sebarang campur tangan ketenteraan kerana akibatnya sangat buruk bagi semua pihak.

“Kami di sini bersedia untuk mempertahankan kapal tangki itu jika diserang,” kata seorang anggota kumpulan lanun terlibat, Abdiyare Moalim di kampung tepi pantai Haradhere.

Sirius Star yang membawa minyak mentah bernilai AS$100 juta (RM350 juta) dilaporkan berlabuh di kawasan perairan kubu kuat lanun itu. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 10:15 AM | Show all posts
Lanun diberi amaran






MOGADISHU - Pejuang-pejuang Islam Somalia semalam mendesak lanun-lanun yang menawan sebuah kapal tangki Arab Saudi supaya membebaskannya dengan segera jika tidak mahu menghadapi serangan.

"Jika lanun-lanun mahu keamanan, mereka perlu membebaskan kapal itu," kata jurucakap kumpulan pejuang-pejuang Islam yang dikenali sebagai Shebab, Sheikh Ahmed.

Kapal tangki milik Arab Saudi, Sirius Star yang membawa sejumlah bekalan minyak mentah bernilai AS$100 juta (RM360 juta) dirampas lanun Somalia di Lautan Hindi pada 15 November lalu.

Lanun-lanun itu menempatkan kapal itu di pangkalan mereka di Harardhere dan menuntut wang tebusan sebanyak AS$25 juta (RM91 juta).
Kumpulan pejuang Islam itu mengawal hampir keseluruhan kawasan selatan dan tengah Somalia dan menempatkan sejumlah anggotanya di sekitar Harardhere sejak beberapa hari lalu.

Beberapa pemimpin Islam menegaskan bahawa aktiviti lanun adalah kesalahan dalam ajaran agama itu sekali gus mengutuknya.

Sementara itu, seorang anggota kumpulan lanun yang menawan kapal tangki Arab Saudi itu menyatakan dia tidak bimbang dengan ancaman pejuang-pejuang Islam.

"Jika ada sesiapa yang mahu menyerang, ia akan menjadi satu perbuatan membunuh diri," kata anggota lanun itu, Mohamed Said. - AFP
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.060551 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list