CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156120|Reply: 826

Adakah anda seorang INDIGO?

[Copy link]
Post time 11-10-2008 04:02 PM | Show all posts |Read mode
Pernah x korang rasa xde sape pun yg paham korang?
Pernah x korang rasa korang ni sgt berbeza dari org lain?
Pernah x korang rasa korang ni mcm bersendirian kat bumi ni?
Pernah x korang rasa korang seolah2 dah dilahirkan dlm zaman yg salah/x sesuai utk korang?
Pernah x korang rasa kdg2 idea korang terlalu jauh lbh advance/abstrak utk difahami sesiapa?
Pernah x korang rasa pemikiran korang terlalu amat berbeza dgn manusia2 lain yg korang temui?
Pernah x korang rasa korang susah nak bergaul dgn org2 sekeliling, kecuali dgn yg sekepala ngn korang?

Adakah korang jenis yg x mudah dipengaruhi sesiapa?
Adakah korang jenis org yg x mudah menyerah kalah sblm berjuang?
Adakah korang jenis yg susah nak ikut peraturan yg telah ditetapkan?
Adakah korang jenis org yg lbh suka melakukan sesuatu ikut cara korang sendiri?
Adakah korang jenis yg selalu dpt memikirkan cara yg lebih baik utk melakukan sesuatu?
Adakah org2 yg mengenali korang melabel korang sebagai seorg pemberontak/rebelious?

Adakah korang merasa seolah2 ada 'SUARA' yg memanggil korang utk 'keluar' ke sana?
Adakah korang merasa seolah2 korang dilahirkan ke dunia ini utk melakukan satu misi khas?
Adakah korang selalu mempunyai bayangan yg korang sdg membantu semua manusia di bumi?

Adakah korang jenis mereka yg agak lambat membaca semasa kanak2 dulu?
Adakah korang jenis org yg sgt sensitif kpd segala yg berlaku di sekeliling korang?
Adakah korang jenis org yg mindanya suka menerawang/susah nak fokus pd sesuatu?
Adakah korang jenis org yg mudah mengesan sekiranya org lain berbohong kpd korang?
Adakah korang jenis org yg x suka dikritik, terutama apabila dilakukan secara x berhemah?
Adakah korang jenis org yg sgt mencintai kebebasan & x suka/mudah diikat oleh sesiapa/sesuatu?

Adakah korang jenis org yg suka menentang arus?
Adakah korang jenis org yg lantang bersuara/'vocal'?
Adakah korang jenis org yg x suka taklid membabi buta?
Adakah korang jenis yg suka mencabar pemikiran sendiri?
Adakah korang jenis org yg x suka terikat kpd 'tradisi'/kebiasaan?

Adakah korang jenis org yg x suka melihat sesiapa pun ditindas?
Adakah korang jenis org yg berani membela org lain yg dianiaya?
Adakah korang jenis org yg suka kpd 'thought-provoking questions'?
Adakah korang jenis org yg x kenal erti 'takut' dlm kamus hidup korang?
Adakah korang jenis org yg lbh bnyk menggunakan OTAK/RASIONAL dari HATI?

Pernah x korang mengalami Deja Vu?
Pernah x korang rasa korang mempunyai kuasa psikik?
Pernah x korang mempunyai pengalaman2 yg berkaitan dgn kuasa psikik?
Pernah x korang bermimpi tentang sesuatu, kemudian perkara tu betul2 terjadi?
Pernah x korang seolah2 dpt rasa apa yg org lain rasakan, walau pun korang x kenal org tu?

Paling penting, adakah korang seorang yg sgt mementingkan KEADILAN & KEBENARAN, lebih dari apa pun?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2008 04:04 PM | Show all posts

Jika korang menjawab YA kpd kesemua soalan2 di atas, atau korang menjawab hampir kebanyakannya dgn YA, atau tiba2 muncul bayangan seseorg dlm kepala korang ketika korang membaca kesemua soalan2 di atas, maka MUNGKIN, korang atau org yg muncul dlm bayangan di kepala korang tu, ialah seorang INDIGO. Apakah atau siapakah INDIGO?

Indigo merujuk kpd warna yg diberi oleh Sir Isaac Newton ketika beliau membahagikan warna2 dlm optical spectrum kpd Merah, Orange, Kuning, Hijau, Biru, Indigo & Violet. Apakah warna Indigo secara umumnya? Secara umumnya, warna Indigo ialah warna yg berada di antara Biru & Violet. Secara spesifik, warna Indigo adalah warna yg terbuka kpd interpretasi. Walau bagaimana pun, benda2 di bawah bolehlah dikatakan memberi 'hints' tentang warna Indigo.


    * Anggur
    * Langit Malam
    * Beri Biru



**************************************




Jadi, apa pula kaitan antara Indigo dgn korang? Good question. Pernah dgr x tentang Indigo Children/Adult?   

Terma ini dimulakan oleh seorg psikik & synesthete bernama Nancy Ann Tappe dlm bukunya yg bertajuk Understanding Your Life Through Color - 1982,  di mana Nancy mengklasifikasikan personaliti manusia berdasarkan kpd warna AURA mereka. Keupayaan Nancy utk melihat aura manusia telah memberikannya suatu kelebihan, di mana pd pertengahan 1960, Nancy mulai sedar bahwa beliau dpt melihat ada begitu ramai kanak2 yg mempunyai aura berwarna Indigo. Pd hari ini, Nancy menganggarkan bahwa 60% org yg berusia 14 hingga 25 dan 97% dari kanak2 yg berusia di bawah 10 thn, adalah INDIGO.

Tidak lama kemudian pd thn 1998, sebuah buku yg bertajuk 'The Indigo Children:The New Kids Have Arrived' telah ditulis oleh seseorg yg bernama Lee Carroll & isterinya Jan Tober, di mana dlm buku itu, Lee menyampaikan mesej yg diberikan kpdnya oleh satu entiti yg bernama Kyron. Entiti bernama Kyron ini telah menyampaikan salah satu mesej penting kpd dunia, iaitu "CINTA ialah KUASA yg PALING KUAT di seluruh alam maya."

Semenjak thn 2000, dunia telah menyaksikan kelahiran kanak2 yg rata2nya bermata besar & seakan berkaca (crystal-like), di mana kanak2 ini telah mendemonstrasikan kriteria2 yg sebahagiannya ada dinyatakan dlm soalan2 di atas. Sesetgh drpd mereka mempunyai memori yg sgt kuat, sehinggakan ada di antara mereka yg kononnya pernah mengaku telah lahir sblm ini, & sgt bijak menjwb soalan. Seolah2 mereka pernah lahir pd zaman yg mereka sebutkan tu. Mereka mempunyai kuasa psikik, di mana mereka mampu melihat masa lalu & masa depan kerana terbukanya CAKRA MATA KE 3 mereka. Mereka juga mempunyai intuition & imaginasi yg kuat, selain memiliki kemampuan spiritual yg tinggi.

Selain dari itu, org2 Indigo secara naturalnya sgt cenderung kpd perkara2 berbaur misteri, spiritual, paranormal & occults, & seringkali adalah mereka yg cenderung utk berfikir 'outside the box', x suka mengikut taklid kpd sistem lama/tradisi & lebih gemar memperbaharui cara utk melakukan sesuatu sehingga kdg2 mereka dilabel sebagai 'rebellious' atau 'system busters'. Org2 Indigo dikatakan juga memiliki WISDOM & LEVEL KESEDARAN yg jauh lebih advance dari usia mereka sendiri.

Kehadiran kanak2 Indigo pernah diramal oleh Nostradamus, yg katanya bakal membuka jln ke sebuah dunia yg baru. X mustahil, ramalan ini berkaitan juga dgn ramalan kaum Maya, yg mana mereka meramal pd 2012 sesuatu akan berlaku (samada negatif/positif). Beberapa pihak yg melihatnya sebagai sesuatu yg POSITIF, meramalkan bahwa dunia akan masuk ke suatu zaman baru yg dipanggil Zaman Aquarius, di mana pd zaman ini, manusia akan dpt melihat keajaiban2 yg sebelum ini hanya dpt dilihat di kaca2 tv/cinema. Di zaman Aquarius, manusia2 yg memiliki SUPER POWER akan muncul & kita akan dpt menyaksikan bnyk perkara2 pelik/ajaib pd zaman ini.

X mustahil, kita akan dpt melihat manusia2 yg memiliki super power sprt yg ada dlm siri The X-Men. Kanak2 Indigo ini memiliki keistimewaan2 tersebut yg selama ini x terdpt dlm kalangan org biasa. Mereka dikatakan memiliki kuasa paranormal, antaranya mampu membaca minda org, selain mempunyai rasa empathy & daya kreativiti yg tinggi. Namun demikian, org2/kanak2 Indigo ini juga seringkali didiagnosiskan mengalami antaranya Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), Attention Deficit Disorder (ADD) & Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).

Di satu pihak yg lain, ada juga yg x percaya pd kewujudan/keistimewaan kanak2 Indigo ini & menganggap bahwa tidak ada bukti kukuh bahwa kanak2/org2 Indigo ini adalah manusia2 istimewa yg bakal membawa dunia ke era Aquarius. Pakar psikiatri sprt Russell Barkley beranggapan bahwa fenomena kanak2 Indigo ini dibesar2kan utk mengaut keuntungan yg blh didapati dari jualan media cetak/elektronik. Ssetgh pihak lagi beranggapan bahwa fenomena kanak2 Indigo ini ialah hasil drpd minda kanak2 tersebut yg terlalu bnyk menonton program2 tv yg berkaitan dgn magic, sehingga mempengaruhi cara mereka berfikir.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2008 04:05 PM | Show all posts
So, camne korang rasa?
Adakah korang rasa korang ni ada ciri2 Indigo tu?
Adakah korang percaya bahwa BANGSA INDIGO ni wujud & mempunyai misi tertentu di bumi ni?
Atau korang ada pengalaman berkaitan Indigo (samada korang punya atau org lain) yg korang nak kongsi kat sini?

Aku rasa ini sesuatu yg menarik utk dibincangkan kerana ia berkaitan dgn kehidupan manusia secara amnya. Lagi pun, topik sebegini blm pernah dibuka di sini, jadi aku rasa x salah utk kita sama2 membincangkannya secara ilmiah. Kpd yg x percaya tu, berilah komen membina, jgnlah main hentam aje. Kita perlu komen membina supaya kita2 sama dpt belajar sesuatu dari semua ini. Kpd yg percaya, berilah sesuatu utk back-up claim anda. Klu ada fakta, lbh baik.

Aku plak - i'm open to any possibilites, as always.
And the possibilties are endless...
  
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 04:16 PM | Show all posts

Balas #1 mac_taylor\ catat

ehh...semua benda yang kau sebut tu kena tepat pada diri aku..takdak satu pun yg kau sebut tu tak ada dlm diri aku ..kenapa dgn indigo??
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 04:30 PM | Show all posts

Reply #4 prototaip's post

yup. aku pon sama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 04:35 PM | Show all posts
ya lor...byk jgk dgr2 budak2 bijak pndi skrg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2008 04:38 PM | Show all posts
woow dan wooooow lg...no komen
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 05:17 PM | Show all posts
Kite serupe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2008 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by prototaip at 11-10-2008 04:16 PM
ehh...semua benda yang kau sebut tu kena tepat pada diri aku..takdak satu pun yg kau sebut tu tak ada dlm diri aku ..kenapa dgn indigo??



Hah, jaga2! Jap lagik ko akan bertukar menjadik resakse huduh!   
Takutkan dier! Huahuahuahua...   


Aler... rilek arr.. xde apa yg x kena ngn Indigo..  
Lagi pun, soklan2 yg aku post kat atas tu, bukan kriteria2 Indigo yg dah dibuktikan dgn sahih..
Itu cuma soklan2 yg aku sendiri create berdasarkan pemerhatian aku terhadap Indigo...  
So semuanya berpaksikan pd 'kemungkinan...'   



Originally posted by sayangidaku at 11-10-2008 04:30 PM
yup. aku pon sama.


Sama?  

Waa...  ni mesti ada kose psikik nie..
Cite la pd kitorg...   



Originally posted by sosimple at 11-10-2008 04:35 PM
ya lor...byk jgk dgr2 budak2 bijak pndi skrg...


Agak2 budak Maths yg genius nama Adi tu, termasuk dlm kategori Indigo x?    


Originally posted by jebeng at 11-10-2008 04:38 PM
woow dan wooooow lg...no komen


Tu dah komen ler tu...    
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 05:24 PM | Show all posts
Orang Indigo ade six sense yang tidak ade pade kebanyakan orang dan kebolehan yang istimewa. Mereke lain dari yang lain kekadang people view them as weird and something wrong somewhere and end up being left behind.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 05:29 PM | Show all posts
Normally masyarakat amat prejudis terhadap sesuatu yang pelik tanpa memahami atau mengenalinye secare lebih dekat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 07:09 PM | Show all posts
org beriman lebih special di sisi ALLAH SWT ...

jadilah org yg beriman ...

nabi SAW yg begitu tinggi tarafnya di kalangan seluruh makhluk pun mendapat luka2 di dlm setiap peperangan yg beliau hadapi ...

tidak ada yg special tentang org2 indigo nih ...

WALLAHU A'LAM ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2008 07:21 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 11-10-2008 07:09 PM
org beriman lebih special di sisi ALLAH SWT ...

jadilah org yg beriman ...

nabi SAW yg begitu tinggi tarafnya di kalangan seluruh makhluk pun mendapat luka2 di dlm setiap peperangan yg ...


Hah! Kat sini pun engko ada??   

Apo ekau suko bebenor masuk thread aku nih?
Allah suruh ekau ikut aku ko?
Mod! Oooo mod! Aku diekori peminat setia... Tulun....!!!
  
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 07:49 PM | Show all posts
Agak2 budak Maths yg genius nama Adi tu, termasuk dlm kategori Indigo x?


x pasti lah tp dia tertumpu pd math jerk... bidang2 len mcmana?... adi nie mcm boleh jd ok n x ok sbb pengaruh n dipergunakan org sekeliling....

dak afrika tuh.. ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 07:51 PM | Show all posts
Originally posted by lizz_7777 at 11-10-2008 05:24 PM
Orang Indigo ade six sense yang tidak ade pade kebanyakan orang dan kebolehan yang istimewa. Mereke lain dari yang lain kekadang people view them as weird and something wrong somewhere and end up ...


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 08:04 PM | Show all posts
bley aku nak celah tanyer;  naper thread ni kat  board sini...  sejarah camana indigo nih... kalu aku pindah kan kat MISC  sana rasanya lebey sesuai??

tapi........ aku takan pindahkan... sebulum..tanya dulu.. kalu  tuan tanah bagi jawapan dan rizen wokey..  aku no hal  ajer...   kalu tuan tanah pun tarak sure...  then.. baru aku  transper  kat sana....    wokey..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2008 08:26 PM | Show all posts

Reply #17 amazed's post

mungkin lebih sesuai kat board epistemology/thinking kot mod ..

nice article, mac .. OUCHHH!!! (banyak terkena kat gue)
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 08:41 PM | Show all posts
mostly aku ader ciri2 seperti yg dinyatakan diatas...i tot i was alone...skali tengok...ader lagi org cam aku ..especially kat thread neh..
before aku sibok2 main game...and skrang i got a job now...so..aku lebey kepada keduniaan and telupak semua pasal mende2 tuh..
tapi today...kebetulan...kot...aku temu "myself" again...macam kene tarik balik ke "dunia" ni
tapi...aku salu...torn with two dilemmas...nak ikot yg jahat ker ..nak buat mende yg baik


Adakah korang merasa seolah2 ada 'SUARA' yg memanggil korang utk 'keluar' ke sana?
Adakah korang merasa seolah2 korang dilahirkan ke dunia ini utk melakukan satu misi khas?
Adakah korang selalu mempunyai bayangan yg korang sdg membantu semua manusia di bumi?

yg pasal neh...i tot...i was always alone..sekali tengok...paduhal...there are many more like me..
dari kecik lagi...sampai ke besar neh...but..bila dah besar neh ..makin kuat...'SUARA' but i always push it at the back of my thought..
i tot it was weird...and always strive to change myself..nak jadi lebih baik..but..i couldn't..

OCD tuh macam ni ker?
klu yg jenis org yg...gila bersih...or gila nak simetri?


pengalaman psikik..masa2 kecik dulu...


I just don't understand...why am I like this...sometimes... I just couldn't..

skrang...baru aku faham...

Thanx for sharing this info...








[ Last edited by  demonagirl6 at 11-10-2008 11:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 08:43 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 11-10-2008 08:04 PM
bley aku nak celah tanyer;  naper thread ni kat  board sini...  sejarah camana indigo nih... kalu aku pindah kan kat MISC  sana rasanya lebey sesuai??

tapi........ aku takan pindahkan... sebul ...


tapi...best klu letak kat sini...
sebab kat sini kat HML...byk org sama 'kepala' klu engko tengok...byk warga HML nih...ada ciri2 indigo child..

and lagi pun...pas semua org bergumpol nanti..
mesti nak tanya2 soalan berkaitan ngan ni apa sebenarnya ...
what's really going on here...
pasal misi la..psychic powers apa yg dorg ada and stuff like that..


[ Last edited by  demonagirl6 at 11-10-2008 08:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 08:52 PM | Show all posts
Originally posted by naen at 11-10-2008 08:26 PM
mungkin lebih sesuai kat board epistemology/thinking kot mod ..

nice article, mac .. OUCHHH!!! (banyak terkena kat gue)




yo jugak tu...  bod tu lebey sesuai.....   nanti aku nak beritahu tuan tanah ni... aku rasa elok pindah kat sana....  aku tak nak letak kat bod ni semata2 sbb satu kapla......

kalu satu kapla... letak pasai  ridel pun bley kat sini  ramai kawan2 aku kat ridel bod tu bley join... tapi  kalu tak sesuai... dan bagi opsyen tak aper... bukannya aku kata  topik tarak baguih....  tima kaceh naeen sbb bagi cadangang  tuh...!! :victory:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.090702 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list