CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15193|Reply: 37

4 kompeni mlm kena serbu - Buluhmas , Jazmeen, Noradz Travel dan Eastana

[Copy link]
Post time 14-10-2008 01:15 AM | Show all posts |Read mode
selanjutnya buka sini ...

http://forum.mykmu.net/modules.p ... &t=22279#573977

atau baca ni ...

13 Oktober, 2008 20:01 PM
Bank Negara Serbu Empat Syarikat Disyaki Terlibat Dalam Kegiatan Pengambilan Deposit Haram


KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia menyerbu empat syarikat hari ini yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata empat syarikat itu ialah Buluhmas Enterprise Sdn Bhd, Jazmeen (M) Sdn Bhd, Noradz Travel and Services Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd, yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat itu dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.

Bank Negara akan menjalankan siasatan ke atas operator syarikat terbabit mengikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.

Denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan ke atas pesalah mengikut Seksyen 4(1) AMLATFA 2001.

Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan wang yang dianjurkan menerusi Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak berlesen atau dibenarkan oleh Bank Negara untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing.

Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 07:12 AM | Show all posts
Melayu....tak pernah serik2 dengan syarikat skim cepat kaya....
mana ada cara senang nak jadi kaya dalam dunia ni...

even kawin dengan jutawan pun susah gak..
kawin dengan anak jutawan..lagi la susah nak kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 07:54 AM | Show all posts

adik aku ada msuk buluhmas ni..
jenuh larang..
kan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 08:08 AM | Show all posts
dgr org cite buluhmas ni dpt support dgn gomen, tul tah idak, tau tau le....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 08:20 AM | Show all posts
dpt gak email suh masuk buluhmas neh...sib baik ...fuhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 09:11 AM | Show all posts
Originally posted by peahjamboo at 14-10-2008 08:08 AM
dgr org cite buluhmas ni dpt support dgn gomen, tul tah idak, tau tau le....


semua tukang pomot skim auta cakap gomen support.... tak penahnya dlm sejarah takde skim2 auta org cenggini takder gomen sapot....

Hanya pelaburan2 bona fide jer gomen tak sapot :re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2008 09:40 AM | Show all posts
Mana ada cara mudah nak dapat duit???? Kan ke dah jd kes naya Melayu nie mmg mudah lupa... hee hee
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 09:41 AM | Show all posts
Mana ada cara mudah nak dapat duit???? Kan ke dah jd kes naya Melayu nie mmg mudah lupa... hee hee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 09:44 AM | Show all posts

Reply #6 kasibiman's post

gomen sapot,tp bank negara x sapot...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:06 PM | Show all posts
Alahai... org melayu sedarlah jgn asyik kena tipu aje...gunakan tulang 4 kerat dan akal yg dberi ALLAH tu Berfikiralah secara waras.. mana ade duit dtg bergolek
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:42 PM | Show all posts
nasib baik aku tak terpengaruh...

kesian member aku.. sampai loan nak masuk noradz tu.. 1st payment pun belum dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 12:48 PM | Show all posts
tak terucap aku dibuatnya.... baru je kawan2 war warkan itu ini yg bagus....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 14-10-2008 01:15 AM
selanjutnya buka sini ...

http://forum.mykmu.net/modules.p ... &t=22279#573977

atau baca ni ...

13 Oktober, 2008 20:01 PM
Bank Negara Serbu Empat Syarikat Disyaki Terlibat Dalam Kegiata ...



bukan ke tauke Noradz masuk paper last week..kisah kejayaan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 01:02 PM | Show all posts
Kita x terpengaruh sbb atas kehendak ALLAH   dan diberi akal supaya berfikir lagi.. yg terpengaruh tu minda mereka spara sedar..mata dikaburi RM RM RM  aje...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 01:13 PM | Show all posts
Originally posted by haziq_97 at 14-10-2008 01:02 PM
Kita x terpengaruh sbb atas kehendak ALLAH   dan diberi akal supaya berfikir lagi.. yg terpengaruh tu minda mereka spara sedar..mata dikaburi RM RM RM  aje...


betul. pengalaman adalah sesuatu ilmu yang tidak ada nilainya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 04:36 PM | Show all posts

Reply #13 kirawang's post

gamaknye sebab keluar paper yg BNM usha tu.. dan terus serbu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2008 04:39 PM | Show all posts
aku rasa BNM ni dah usha lama dah keempat2 kompeni ni. takkan hari ni dapat cerita, esok terus serbu. Aku rasa depa dah ada bukti yang cukup untuk 'menyiasat' dengan lebih terperinci kompeni2 ni.

Aku?? nasib baik tak join, walaupun kawan aku offer masuk EFI dgn BM.

Huhhh! sib baik....!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 04:40 PM | Show all posts

Reply #14 haziq_97's post

mana ada cara senang nak dapat duit.. aritu siapa yg bukak topik.. labur berapa ribu tah.. bulan-bulan confirm dapat pulangan fixed % dari company.. org meniaga ni ada turun naik tahap keuntungan..

klu org dah biasa involve dgn biz.. tau perit jerih nak dapat duit.. takkan suka suki labur kat skim camni.. usaha sendiri lagi berbaloi.. memang tak mudah.. tapi lebih memberikan kepuasan..

kesian plak baca.. utk sekian kalinya.. bangsaku terpedaya lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 05:07 PM | Show all posts
Aku memang dari memang susah nak percaya benda-benda ni..masuk ASB lagi bagus

[ Last edited by  masros at 14-10-2008 05:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 03:26 PM | Show all posts
walaupun banyak kes2 tipu mcm ni tapi kenapa stil ada orang melayu percaya jugak?? ingatlah wahai pada merka yang belum terkena, mereka ni ada macam2 helah untuk menipu...nama syarikat dan cara berniaga jer yang berbeza..walau apapun helah/offer, jangan lah terpedaya...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072405 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list