CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4173|Reply: 41

Pilih Ketaatan atau Pendurhakaan/Pengkianatan - Bukti

[Copy link]
Post time 17-10-2008 01:16 AM | Show all posts |Read mode

Salam semua,

Jika dizaman pemerintahan Saidina Abu Bakar ada 2 insiden besar berlaku iaitu Musailamah al Kazzab nabi palsu dan orang yang tidak mahu bayar zakat(murtad) diperangai oleh Amirulmukminin Saidina Abu Bakar. Perpecahan umat Islam ketika itu jelas dan senang dibenteraskan tanpa ragu-ragu.

Zaman Saidina Umar adalah detik permulaan fitnah.Semasa saat-saat pemergiannya,sempat beliau mengarahkan 6 sahabat untuk bermusyawarah bagi memilih penggantinya. 6 sahabat ini ialah Ali,Usman,Zubair,Thalhah,Saad Abi Waqqas dan Abdurrahman bin Auf. Usman terpilih.

Jika dibandingkan apa yang berlaku dizaman Saidina Usman ini agar berlainan sedikit. Ketidakpuasan hati umat Islam ketika itu disebabkan rasa irihati,dengki sesetengah pihak terhadap Saidina Usman yang dikatakan melantik kaum kerabatnya menjawat jawatan tertinggi dalam pemerintahannya. Ini dikeruhkan lagi dengan pelbagai fitnah yang akhirnya membawa kepada pembunuhan Saidina Usman.Sebahagian berpendapat bermotifkan politik,sebahagian kata ekonomi dan ada pula yang kata keagamaan. Walau bagaimana pun sekelompok umat Islam yang tidak berpuas hati dengannya.Sememangnya Khalifah Usman dalam hal ini banyak mengikuti garis politik yang pernah dijalankan dimasa Khalifah Umar serta banyak memberikan kebebasan-kebebasan kepada rakyat kerena jiwa toleransinya. Jiwa toleransi yang besar justru dimanfaatkan oleh orang yang rakus,guna memanfaatkan setiap kesempatan untuk menerkam lawannya.

Dizaman Saidina Ali perpecahan umat Islam menjadi terang-terangan iaitu umat Islam dah mula ambil sides sama ada memihak kepada Ali atau pun pihak yang lagi satu yang diketuai oleh Muawiyah. Semasa pemerintahan Saidina Usman,fitnahnya pelbagai tetapi semasa pemerintahan Saidina Ali masalahnya tertumpu kepada pembunuhan Saidina Usman. Mereka menuduh Saidina Ali bersekongkol dengan pembunuhan itu dek kerana Saidina Ali tidak mengambil tindakan terhadap pembunuhan Saidina Usman.

...............................................................................................................................................

Persoalannya,dipihak manakah kita sebagai seorang muslim berada? Dipihak Ali atau pun Muawiyah? Disinilah kedudukan yang ingin saya huraikan dengan menghubung-kaitkan dengan sirah sahabat bagi menentukan ketaatan atau pendurhakaan atau pun pengkianatan. Pembuktian ini berdasarkan pertunjuk Rasulullah.

Kenapa boleh jadi begini? Apakah umat Islam tidak memahami AlQuran yang menyuruh umatnya bersatu-padu dan jangan berpecah belah? Apakah mereka tidak memahami perintah AlQuran yang menyuruh penganutnya mentaati Allah,mentaati Rasul dan Penguasa(Ulilamri) yang berkuasa dikalangan mereka?

Penguasa disaat itu ialah Saidina Ali. Mustahil bagi orang yang cintakan agama,cintakan kasih sayang sesama Islam mahu berlepas diri dari mentaati Ulilamri Saidina Ali! Jika tidak berpihak kepada Saidina Ali iaitu orang yang berkuasa dikalangan umat Islam,mereka sebenarnya berpihak kepada perpecahan sekali gus melanggar perintah Allah dan RasulNya. Apakah gelaran yang patut bagi mereka ini?

Bagi mencari kebenaran ini, teruskan baca penjelasan mengenainya berpaksikan sirah sahabat tertera pada sambungannya......


[ Last edited by  Amir at 17-10-2008 01:21 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2008 03:06 AM | Show all posts

Salam,

Ini adalah sambungannya.

Saya akan memaparkan sirah sahabat besar Nabi iaitu Ammar bin Yasir, Thalhah bin Ubaidillah dan Zubair bin Awwam. Apakah ucapan Nabi kepada ketiga-tiga sahabat ini? Apakah ucapan para sahabat terhadap mereka ini? Apa hubung-kaitnya mereka ini yang saya ingin bawakan sahingga terbukti ialah bahawa umat Islam yang memilih perpecahan sesama umat Islam ataupun umat Islam yang tidak taat akan pemerintah/Ulilamrinya iaitu Penguasa yang berkuasa dikalangan kamu adalah Pendurhaka/Pengkianat. Pada pendapat saya daripada hasil penyelidikan,sesiapa yang berada pada pihak yang berpecah dari kesatuan induknya mereka ini adalah tergolong daripada Pendurhaka/Pengkianat.

Ikutilah penjelasan sirah ini.

Apa ucapan Nabi pada Ammar bin Yasir(seorang tokoh penghuni Syurga)

Rasulullah saw bersabda: Sabar wahai keluarga Yasir,tempat yang telah dijanjikan bagi kalian adalah Syurga.

Kata-kata itu diucapkan bukanlah hanya sebagai hiburan belaka tetapi benar-benar mengakui kenyataan yang diketahuinya dan menguatkan fakta yang dilihat dan disaksikannya...

Orang-orang Quraisy menjalankan siasat terhadap kaum muslimin sesuai suasana.Seandainya mereka ini golongan bangsawan dan berpengaruh,mereka hadapi dengan ancaman dan gertakan.Tetapi sekiranya yang beriman itu dari kalangan penduduk Mekah yang rendah martabatnya dan yang miskin atau dari golongan budak belian maka mereka didera dan disalut denga api bernyala. Keluarga Yasir termasuk dalam golongan yang kedua. Keluarga Yasir dibawa ke padang pasir Mekah yang demikian panas lalu didera dengan berbagai adzab dan siksa.

Rasulullah saw tidak lupa mengunjungi tempat-tempat yang diketahuinya sebagai arena penyiksaan bagi keluarga Yasir. Pada suatu hari ketika Rasulullah mengunjungi mereka,Ammar memanggilnya,katanya: Wahai Rasulullah,adzab yang kami derita telah sampai ke puncak. Maka seru Rasulullah saw: Sabarlah,wahai Abal Yaqdhan...Sabarlah,wahai keluarga Yasir..Tempat yang dijanjikan bagi kalian ialah Syurga.

Siksaan yang dialami oleh Ammar dilukiskan oleh kawan-kawannya dalam beberapa riwayat. Berkata Amar bin Hakam: Ammar itu disiksa sampai-sampai ia tak menyadari apa yang diucapkannya.

Berkata pula Ammar bin Maimun: Orang-orang musyrik membakar Ammar bin Yasir dengan api.Maka Rasulullah saw lewat ditempatnya lalu memegang kepalanya dengan tangan beliau,sambil bersabda: Hai api,jadilah kamu sejuk dingin ditubuh Ammar,sebagaimana dulu kamu juga sejuk dingin ditubuh Ibrahim.Ammar menghadapi cobaan dan siksaan itu dengan ketabahan luar biasa hingga pendera-penderanya merasa lelah dan menjadi lemah dan bertekuk lutut dihadapan tembok keimanan yang maha kukuh.

Setelah pindahnya Rasulullah ke Medinah,kaum muslimin tinggal bersama beliau bermukim disana,secepatnya masyarakat Islam terbentuk dan menyempurnakan barisannya.Maka ditengah-tengah masyarakat Islam yang beriman ini Ammar pun mendapatkan kedudukan yang tinggi.Rasulullah saw amat sayang kepadanya dan beliau sering membanggakan keimannan dan ketaqwaan Ammar kepada para sahabat.

Bersabda Rasulullah saw: Diri Ammar dipenuhi keimanan sampai ketulang punggungnya. Dan sewaktu terjadi selisih faham antara Khalid bin Walid dengan Ammar,Rasulullah saw bersabda: Siapa yang memusuhi Ammar maka ia akan dimusuhi Allah dan siapa yang membenci Ammar maka ia akan dibenci Allah. Maka tak ada pilihan bagi Khalid pahlawan Islam itu selain segera mendatangi Ammar untuk mengakui kekhilafannya dan meminta maaf.

Suatu peristiwa terjadi pula ketika Rasulullah saw bersama para sahabat mendirikan mesjid di Madinah.Imam Ali menggubah sebuah bait syair yang didendangkan berulang-ulang diikuti oleh kaum muslimin yang sedang bekerja itu dan biatnya adalah sebagai berikut:

"Orang yang memakmurkan mesjid nilainya tidak sama ..
Sibuk bekerja sambil duduk disini berdiri disana..
Sedang pemalas lari menghindar tertidur disana..."

Kebetulan waktu itu Ammar sedang bekerja disalah satu sisi bangunan.Ia juga turut berdendang,mengulang-ulangnya dengan nada tinggi. Salah seorang kawan menyangka bahwa Ammar bermaksud dengan nyanyian itu hendak menonjolkan dirinya hingga diantara mereka terjadi pertengkaran dan keluar kata-kata yang menunjukkan kemarahan. Mendengar itu Rasulullah murka,sabdanya: Apa maksud mereka terhadap Ammar..? Diserunya mereka ke Syurga tapi mereka hendak mengajaknya ke Neraka...! Sungguh,Ammar adalah biji mataku sendiri...!

Rasulullah menyatakan kesucian imannya dan mengangkat dirinya sebagai contoh teladan bagi para sahabat, sabdanya:

"Contoh dan ikutilah setelah kematianku nanti Abu Bakar dan Umar...dan ambillah pula hidayah yang dipakai Ammar untuk jadi bimbingan."

Apa kata Umar(semasa pemerintahannya): Saya kirim kepada tuan-tuan Ammar bin Yasir sebagai Amir dan Ibnu Masud sebagai Bendahara dan Wasir...Kedua mereka adalah orang-orang pilihan dari golongan sahabat Muhammad saw dan termasuk pahlawan-pahlawan Badar.

Tak ubahnya mereka bagai anai-anai yang sedang sibuk bekerja maka ditengah-tengah khalyak ramai yang sedang hilir mudik itu kelihatanlah Ammar bin Yasir sedang mengangkat batu besar dari tempat pengambilannya ke perletakannya. Tiba-tiba "rahmat kurnia Allah" yakni Muhammad Rasulullah melihatnya dan rasa santun belas kasihan telah membawa beliau mendekatinya, dan setelah berhampiran maka tangan beliau yang penuh barkah itu mengipaskan debu yang menutupi kepala Ammar lalu dengan pandangan yang dipenuhi nur Ilahi diamat-amat wajah yang beriman diliputi ketenangan itu kemudian bersabda dihadapan semua sahabatnya:

"Aduhai Ibnu Sumayyah,ia dibunuh oleh golongan pendurhaka" Ramalan ini diulangi oleh Rasulullah sekali lagi.....

Sampai disini saya dapat terangkan perihal Ammar bin Yasir...........

Saya akan bersambung menceritakan perihal Thalhah dan Zubair.......


[ Last edited by  Amir at 17-10-2008 03:09 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 09:19 AM | Show all posts

Salam,

Sambungan perihal 2 lagi shahabat.

Zubair bin Awwam (Pembela Rasulullah saw)

Setiap tersebut nama Thalhah,pastilah disebut orang nama Zubair! Begitu pula setiap disebut nama Zubair,pastilah disebut orang pula nama Thalhah.Maka sewaktu Rasulullah saw mempersaudara para sahabatnya di Mekah sebelum Hijrah,beliau telah mempersaudara antara Thalhah dengan Zubair.Sudah semenjak lama Nabi saw memperkata, keduanya secara bersamaan....seperti kata beliau: Thalhah dan Zubair adalah tetanggaku didalam Syurga. Dan kedua mereka berhimpun bersama Rasul dalam kerabat dan keturunan.

Thalhah dan Zubair,kedua mereka banyak persamaan satu sama lain dalam aliran kehidupan.Persamaan diantara keduanya sangat banyak;dalam pertumbuhan dimasa remaja;kekayaan;kedermawaan;keteguhan beragama dan kegagah-beranian. Keduanya termasuk orang-orang angkatan pertama masuk Islam dan tergolong kepada 10 orang yang diberi kabar gembira oleh Rasul masuk Syurga. Keduanya juga sama termasuk kelompok sahabat ahli musyawarah yang 6 yang diserahi tugas oleh Saidina Umar memilih khalifah sepeninggalnya.

Pada hari-hari pertama dari Islam,sementara kaum muslimin waktu itu sedikit sekali hingga mereka selalu bersembunyi sembunyi dirumah Arqam,tiba-tiba pada suatu hari tersebar berita bahwa Rasul terbunuh. Seketika itu,tiada lain tindakan Zubair kecuali menghunus pedang dan mengacungkanya,lalu ia berjalan dijalan-jalan kota Mekah laksana tiupan angin kencang,padahal ia masih muda belia! Ia pergi mula-mula meneliti berita tersebut dengan bertekad seandainya berita itu ternyata benar,maka niscaya pedangnya akan menebas semua pundak orang Quraisy sehingga ia mengalahkan mereka atau mereka menewaskannya.

Disuatu tempat ketinggian kota Mekah,Rasulullah menemukannya lalu bertanya akan maksudnya.Zubair menyampaikan berita tersebut. Maka Rasulullah memohonkan bahagia dan mendoakan kebaikan baginya serta keampuhan bagi pedangnya.

Sekalipun Zubair seorang bangsawan terpandang dalam kaumnya,namun tak kurang ia menanggung adzab derita dan penyiksaan Quraisy.Yang memimpin penyiksaan itu adalah pamannya sendiri. Mengenai keperwiraannya,seorang sahabat berkata: Aku pernah menemani Zubair bin Awwam pada sebagian perjalanan dan aku melihat tubuhnya,maka aku saksikan banyak sekali bekas luka goresan pedang, sedang didadanya terdapat seperti mata air yang dalam, menunjukkan bekas tusukan lembing dan anak panah....Maka kataku kepadanya: Demi Allah,telah kusaksikan sendiri pada tubuhmu apa yang belum pernah kulihat pada orang lain sedikit pun...! Mendengar itu Zubair menjawab: Demi Allah,semua luka-luka itu kudapat bersama Rasulullah pada peperangan di jalan Allah..!

Kecintaan dan penghargaan Rasul terhadap Zubair luar biasa sekali dan Rasulullah sangat membanggakannya,katanya: Setiap Nabi mempunyai pembela dan pembelaku adalah Zubair bin Awwam.

Sahabat Thalhah bin Ubaidillah (Pahlawan Perang Uhud)

AlQuran:Al Ahzab ayat 23: "Di antara orang-orang mu'min itu terdapat sejumlah laki-laki yang memenuhi janji-janji mereka terhadap Allah. Diantara mereka ada yang memberikan nyawanya,sebagian yang lain sedang menunggu gilirannya.Dan tak pernah mereka merubah pendiriannya sedikit pun juga.."

Setelah Rasulullah saw membacakan ayat yang mulia ini,beliau menatap wajah para sahabatnya sambil menunjuk kepada Thalhah sabdanya: Siapa yang suka melihat seorang laki-laki yang masih berjalan dimuka bumi,padahal ia telah memberikan nyawanya,maka hendaklah ia memandang Thalhah..!

Apa kata sahabat yang lain,

Jabir bin Abdullah menggambarkan pula kepemurahan Thalhah dengan
berkata: Tak pernah aku melihat seseorang yang lebih dermawan dengan memberikan hartanya yang banyak tanpa diminta lebih dulu,daripada Thalhah bin Ubaidillah..

Bahagian ini adalah kemuncak dari penjelasan saya mengenai hubung-kait diantara ketiga-tiga sahabat besar Nabi yang membawa kepada rumusan saya mengenai KETAATAN dan PENDURHAKAAN  atau PENGKIANATAN.

Sila baca dengan teliti,

Timbul fitnah yang terkenal pada masa khalifah Usman. Thalhah menyokong alasan mereka yang menentang Usman dan membenarkan sebagian besar tuntutan mereka mengenai perubahan dan perbaikan sehingga membawa kepada terbunuhnya Saidina Usman. Seandainya ia mengetahui bahwa fitnah itu akan berakhir dengan pembunuhan seperti itu,pastilah ia akan menentangnya bersama sahabat-sahabat yang mula-mula menyokong Saidina Usman kerana dia anggapan dan dugaan bahwa gerakan itu hanyalah sebagai gerakan perbaikan dan peringatan semata tidak lebih...!
Maka pendirian Thalhah ini berubah menjadi kemelut hidupnya,yakni sesudah terjadinya cara kekerasan dan kekejaman dimana Usman dikepung lalu dibunuh orang.

Tak lama setelah Imam Ali menerima bai'at dari kaum Muslimin di Madinah diantaranya Thalhah dan Zubair,keduanya telah meminta izin pergi melaksanakan umrah ke Mekah. Dari Mekah mereka menuju Bashrah dan disana telah berhimpun banyak kekuatan yang hendak menuntutkan bela kematian Usman. "Waq'atul Jammal" atau peristiwa perang Berunta adalah perang dimana bertempur dua pasukan,yang satu menuntut bela atas terbunuhnya Usman dan yang lain pasukan pemerintah dibawah Khalifah Ali.

Adapun Imam Ali dalam memikirkan situasi sulit yang sedang melanda Agama Islam dan kaum muslimin,timbullah murung hatinya,melelehlah air matanya,dan terdengar isak tangisnya..Dalam kedudukannya selaku Khalifah muslimin,tak ada jalan lain,dan tidak sepantasnya ia bersikap lunak terhadap pembangkangan atas pemerintahan,atau terhadap setiap pemberontakan bersenjata melawan Khalifah yang telah dikukuhkan syariat.

Ali menangis mencucurkan air mata sewaktu ia melihat Ummul Mu'minin Aisyah dalam sekedup untanya,bertindak mengepalai balatentera yang hendak memeranginya. Dan ketika dilihatnya pula Thalhah dan Zubair;pembela-pembela Rasulullah itu berada ditengah-tengah pasukan,Ali lalu memanggil Thalhah dan Zubair agar keduanya muncul menghadapnya;keduanya pun tampillah hingga leher kuda-kuda mereka bersentuhan,Ali berkata kepada Thalhah: Hai Thalhah,pantaslah engkau membawa-membawa isteri Rasulullah untuk berperang,sedangkan isterimu sendiri kau tingalkan dirumah...? Kemudian katanya kepada Zubair: Hai Zubair,aku minta kau jawab karena Allah! Tidakkah engkau ingat,disuatu hari Rasulullah lewat dihadapanmu sedang ketika itu kita sedang berada ditempat Anu. Beliau(Rasulullah) berkata kepada mu: Wahai Zubair,tidakkah engkau cinta kepada Ali..? Maka jawabmu: Masakan aku tidak akan cinta kepada saudara sepupuku,anak bibi dan anak pamanku,serta orang yang satu Agama denganku..? Waktu itu Ali berkata lagi: Hai Zubair demi Allah,bila engkau memeranginya,jelas engkau berlaku zalim kepadanya..! Waktu itu berkatalah Zubair r.a.: Yah, sekarang aku ingat,hampir aku melupakannya! Demi Allah aku tak akan memerangimu..!

Climax duduk persoalan pendurhakaan:

Thalhah dan Zubair menarik diri dari perang saudara ini..Mereka menghentikan pernentangan,setelah mengetahui duduk persoalan dan demi melihat Ammar bin Yasir berperang difihak Ali. Mereka teringat akan sabda Rasulullah saw kepada Ammar: Yang akan membunuhmu ialah golongan orang yang durhaka...! Seandainya Ammar terbunuh dalam peperangan yang disertai mereka ini,tentulah ia termasuk dalam golongan orang yang durhaka...!

Thalhah dan Zubair mengundurkan diri dari peperangan,dan mereka terpaksa membayar harga pengunduran itu dengan nyawa mereka,. Tetapi mereka beruntung dapat menemui Allah dengan hati yang senang dan tenteram,disebabkan kurnia yang telah dilimpahkanNya kepada mereka,berupa pertunjuk dan fikiran yang benar....Akhirnya mereka dibunuh oleh pendurhaka jugak.

Kesimpulan:

Saya berpendapat, barang siapa yang berpecah daripada kesatuan umat islam walhal ketika itu kesatuan umat Islam bersatu-padu maka mereka tergolong kedalam manusia pendurhaka atau pun pengkianat.



[ Last edited by  Amir at 17-10-2008 09:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 11:44 AM | Show all posts
maybe peristiwa yg tjadi di zaman sahabat hanya lah ujian Allah. Jika x diuji mana nak tahu tahap keimanan kita. Setiap org ada kekhilafannya. itulah penting beristigfar.
Brsyukur wpun pelbagai rintangan dharungi sejak zaman jahilliah kpd zaman Nabi sehingga zaman sahabat, islam tetap bkembang shingga ke pelusuk dunia.
Siapa sangka Allah juga mmilih kita org melayu di malaysia ni juga mganut agama islam. Inilah nikmat paling besar dan syukurilah diatas pemberian nikmat itu....tapi dgn cara apa kita nk bsyukur???tepuk dada tanyalah iman...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 01:58 PM | Show all posts
UMAR BIN ABD AZIZ ( SEORG KHALIFAH YG SOLEH LAGI WARAK DRPD BANI UMAYYAH @ UMAR YG KEDUA )  BERKATA MENGENAI PEPERANGAN YG BERLAKU DI ANTARA PARA SAHABAT RA :   

"  DRPD DARAH YG MEREKA ALIRKAN, ALLAH MENCUCI TANGAN - TANGAN KITA.   JADI, MENGAPA KITA PERLU MENGOTORKAN LIDAH KITA DGN NYA ? ( YAKNI MENGUNGKIT, MENGUMPAT SEPERTI GOLONGAN RAFIDHAH/SYIAH DLL ) ..... "



FIKIR2KANLAH ....



WALLAHU A'LAM ....   
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 03:21 PM | Show all posts
ya, anggaplah itu ujian Allah.....

salah satu doa nabi yang tidak dimakbulkan ialah perpecahan di kalangan umat....Tuhan mahu uji kita dengan perpecahan, maka semua orang pun kena bertindak dengan terbaik.....

jangan ikut flow perpecahan tu....

tapi semua pun kena berusaha....

lumrah lah bumi ujian......

kalau diikut kan kisah peperangan nie, punca utama ialah salah faham.....dan kedua2 pihak tak buat salah.....

dan dalam satu skala besar, sedikit api saja boleh cetuskan peperangan dan itulah yg terjadi apabila dua bala tentera dikumpulkan dan berlaku salah faham....maka susah nak elak perang.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2008 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 17-10-2008 01:16 AM




Salam semua,

Jika dizaman pemerintahan Saidina Abu Bakar ada 2 insiden besar berlakuiaitu Musailamah al Kazzab nabi palsu dan orang yang tidak mahu bayarzakat(murtad) diperangai oleh Amirulmukminin Saidina Abu Bakar.
...


tak mahu bayar zakat tu murtad ker...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 08:53 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 17-10-2008 07:00 PM


tak mahu bayar zakat tu murtad ker...



Tak mahu membayar zakat adalah mengingkari perintah ayat AlQuran agar membayar zakat. Mereka ini;orang murtad menerima kewajipan-kewajipan Islam dan tidak menerima kewajipan zakat.

Contoh lain,sesaorang yang menerima kewajipan solat tetapi tidak menerima kewajipan zakat. Inilah yang dikatakan murtad.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2008 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 17-10-2008 08:53 PM



Tak mahu membayar zakat adalah mengingkari perintah ayat AlQuran agar membayar zakat. Mereka ini;orang murtad menerima kewajipan-kewajipan Islam dan tidak menerima kewajipan zakat.

Co ...


Tu bukan murtad la Ostad Amir. Tu namanya kufur...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:30 PM | Show all posts
Tak mahu membayar zakat adalah mengingkari perintah ayat AlQuran agarmembayar zakat. Mereka ini;orang murtad menerima kewajipan-kewajipanIslam dan tidak menerima kewajipan zakat.


Tetapi kan...tolong perjelaskan kpd saya ini hamba rakyat yg serba jahil, bagaimana pula halnya dari segi hukum hakam sekiranya isteri2 pak menteri yg pernah, sedang dan bakal menjadi amirul mukminin negara sewenang2nya mengingkari perintah ayat Al-Quran dlm bab aurat ?





[ Last edited by  noriabdullah at 17-10-2008 10:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:39 PM | Show all posts


Kejap lagi MM ni jadi CI la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 17-10-2008 08:53 PM



Tak mahu membayar zakat adalah mengingkari perintah ayat AlQuran agar membayar zakat. Mereka ini;orang murtad menerima kewajipan-kewajipan Islam dan tidak menerima kewajipan zakat.

Co ...


senangnya nk murtadkan org... kalo cmtu org tak solat murtad sbb depa mengingakari perintah ayat al Quran...

adakah di zaman Rasulullah saw, Beliau memerangi org yang tak bayar zakat? bg satu cerita kat In apa yg berlaku kpd sahabat yg tdk membayar zakat itu... maksud In pd zaman Nabi saw..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 09:41 PM | Show all posts
Originally posted by noriabdullah at 17-10-2008 09:30 PM


Tetapi kan...tolong perjelaskan kpd saya ini hamba rakyat yg serba jahil, bagaimana pula halnya dari segi hukum hakam sekiranya isteri2 pak menteri yg pernah, sedang dan bakal menjadi amirul  ...







Mereka ini tidak mengingkari ayat perintah menutup aurat tetapi mereka belum nak mengikutinya.

Dapat faham tak!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:41 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 17-10-2008 08:57 PM


Tu bukan murtad la Ostad Amir. Tu namanya kufur...


ntah pe2 ... senang jek duk bg ayat murtad...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 17-10-2008 09:39 PM


Kejap lagi MM ni jadi CI la...


nampaknya kena panggil OD mai sini....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:43 PM | Show all posts

Balas #13 Amir\ catat

Kalau "belum nak mengikuti" perintah bayar zakat....cemana pulak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2008 09:44 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 17-10-2008 09:39 PM


Kejap lagi MM ni jadi CI la...



Sebab apa? Jika berbincang bab agama sahaje,lain yang dia tak nampak selain daripada aurat dan yang luaran saje....Itu sebab jadi macam itu!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 09:47 PM | Show all posts
Originally posted by matamata at 17-10-2008 09:43 PM
Kalau "belum nak mengikuti" perintah bayar zakat....cemana pulak?



Yang Saidina Abu Bakar memerangi orang-orang murtad itu kerana mereka menafikan ayat membayar zakat itu. Bukan tak mahu bayar zakat itu yang menyebabkan mereka itu murtad.

Jelas! Susah jugak yeee...nak terangkan bagi yang.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:48 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 17-10-2008 09:41 PM







Mereka ini tidak mengingkari ayat perintah menutup aurat tetapi mereka belum nak mengikutinya.

Dapat faham tak!

Originally posted by matamata at 17-10-2008 09:43 PM
Kalau "belum nak mengikuti" perintah bayar zakat....cemana pulak?





Best gak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:52 PM | Show all posts

Balas #18 Amir\ catat

Maknanya...dgn alasan "belum nak mengikuti" tp "tak menafi", takleh nak jatuh hukum la ek....iskh...kurang paham aku...

Kalau camtu bolehla aku tak bayar zakat tp aku tak nafi ttg ayat zakat...cuma belum sampai seru utk bayar zakat je.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.197736 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list