CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3600|Reply: 16

SUB BOD TELAH WUJUD - ada keterangan di akhir post

[Copy link]
Post time 18-10-2008 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Komen aku, board usahawan ini macam rojak. Selaku usahawan yang tulen, aku tak puas hati bila Unit Trust, insurans malahan skim cepat kaya pun ada sekali kat sini. Begitu jugak denga MLM. Mereka ini tergolong kepada kelompok yang berlainan daripada kami yang merupakan usahawan yang tulen.

Aku seorang usahawan. Background aku ialah kontraktor. Dengan untung daripada projek, aku bukak pula perniagaan makanan dan agro. Bagi orang yang dah lama makan garam dalam perniagaan, aku tak puas hati bila skim cepat kaya pon mengaku sebagai usahawan, insurans pon mengaku usahawan, main saham pon mengaku usahawan...

Bagi aku anda hanya layak bergelar usahawan apabila:
- Anda ada produk sendiri berbentuk barang atau perkhidmatan. Anda bukak kedai sendiri, anda ada kilang sendiri, ada ada ladang sendiri. Kini orang yang menipu orang dengan skim cepat kaya pon dengan sewenang-wenangnya mengaku sebagai businessman dan usahawan padahal mereka cuma bersenjatakan kertas dan kata-kata manis sahaja.
- Anda start daripada scratch dengan idea anda, dengan produk ciptaan anda, dan sistem yang anda sendiri cipta.
- Usahawan tidak dipengaruhi kepada unsur-unsur cepat kaya. Kami jual barang ikut harga pasaran. Untung rugi kami bergantung kepada pasaran.

Unit Trust, Insurans dan investment tak layak masuk ke dalam usahawan. Mereka ini lebih kepada institusi kewangan dan perbankan. Mereka ini lebih kepada pengurusan wang dan pelaburan. Mereka ini dipanggil INVESTOR, bukan BUSINESSMAN. Ada baiknya mereka ini diletakkan kat satu sub-board yang berasingan.

Bagi group MLM pulak, ada baiknya mereka ini diletakkan kat satu sub-board yang berasingan jugak. Mereka ini pon tak layak bergelar usahawan tulen. terdapat unsur-unsur cepat kaya dalam MLM.

Aku juga meminta mederator supaya menghapuskan unsur-unsur cepat kaya di dalam board ini. Board usahawan ini bukan tempat jalan pintas untuk menjadi kaya raya tanpa ada usaha, tanpa ada sebarang premis premis perniagaan dan yang lebih teruk lagi, syarikat itu sendiri bergerak secara haram, tiada office dan tiada pendaftaran yang sah.

[ Last edited by  ctredzuan at 23-10-2008 05:47 PM ]
Single Polls, Total 11 Users voted
81.82% (9)
18.18% (2)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2008 07:29 PM | Show all posts
setuju
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2008 07:34 PM | Show all posts
Perkataan 'USAHAWAN' itu mahal......... pengorbanan yang dihadapi oleh seorang usahawan itu mahal ..... kami bergadai harta benda kat bank, buat kertas kerja setebal Quran, ikat perut sebab nak bayar gaji pekerja, tak tidur malam........ namun kini mereka ini dengan mudahnya menggunakan nama 'USAHAWAN'.... ada yang cuma perlu mendaftar dengan yuran RM15 pon secara automatik boleh self claim 'aku ni bisnesman' :@
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 08:25 PM | Show all posts
setuju...tp kalo nk promote unti trust atau investment state kan cara2 dari A-Z...cth kalo nk jual camne n so on...

kalo MLM yg melibatkan kene bayor duit then carik ahli x pyh la wat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 09:22 PM | Show all posts
alamak tuan tanah.. tadi elle nak vote untuk setuju. tapi tertekan tak setuju..
yang 1% tak setuju tu undi reject atau undi hantu yer..

[ Last edited by  elle_gogo at 18-10-2008 09:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 09:56 PM | Show all posts
setuju bangat....
kalo tak tu asyik2 thread2 yg sama berulang kembali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2008 02:31 AM | Show all posts
rasanya utk investment thread xde mslh..dah jd sub board..tp skim cepat kaya ni..asyik patah tumbuh hilang berganti....

adik2..abg2..kakak2 yg di sayangi..kalo lah dh xde apa yg nak di buat dgn duit tu..klu susah sgt nak start bisnes sendiri...laburlah duit tu kat unit trust..daripada duk labur dlm skim pelaburan yg xtau masa depanya camana...jgnla kabur n kemaruk sgt nak kejar duit bertimbun tu...sori off topic

bagi aku..title usahawan tu mmg mahal...lagi tinggi darjatnya dr segala pangkat pekerjaan....tp terpulanglah pada cara masing2 utk menginterpretkanya...

selagi dia rasa dia menggunakan daya kreativitinya utk menghasilkan keuntungan dari peluang yg ada...

selamat menjadi usahawan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:17 AM | Show all posts
saya setuju dengan wonbin dan sebelum awak kemukakan cadangan saya dah berzaman usulkan dekat admin, tapi no respon sampai sudahhhhhhhhhhh...sampai skrg takda admin menjawap, cuma satu jer saya nak cadangkan, minta sub bod utk investment / UT, pertanian / fertigrasi, perniagaan tetap shj, kalau mlm tu boleh tapi masuk kat sub perniagaan tetap spt amway, zhulian, dcl, avon dsb yg bukan dari kalangan skim cepat kayappp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 03:54 PM | Show all posts
Patutnya Admin ikut la format forum carigold.com...ada sub board utk setiap business section dgn terperinci dan sistematik.

aku setuju cakap wonbin..Thread usahawan nie bersepah cam dalam tong sampah .

kesian kat mod ct redzuan kena maki hamun dgn pm2 forummer yg tak puas hati dgn alasan yg bagai
..

[ Last edited by  amirul_nazri at 20-10-2008 03:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 07:35 PM | Show all posts
ok, admin akan ambil tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 02:52 AM | Show all posts
rasa aku semua industri di atas tu relevan dgn nama 鷖ahawan'..cuma produk aje yg beza..intangible & tangible
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 20-10-2008 07:35 PM
ok, admin akan ambil tindakan


yeah yeah hidup akak ct
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 05:52 PM | Show all posts
salam semua,
akhirnya admin approved kan sub bod yg sepatutnya dah lama di bod ini, jadi sekiranya anda menerima pm dr ct sebegini:

Re: [Discuz!] Your post has been moved.


itu bermakna posting anda bukan di edit ke, bukan di remove @ di apa2kan melainkan topik yg anda buka telah berada di sub board paling atas, sila masuk ke sana, ke susur galur sebenar hala tuju sepatutnya kita bercanda, okei!

utk topik investment / insurance / perniagaan tanpa modal tu admin combined sekali dengan MLM, jadi semua MLM yg sedang di bincangkan ct masukkan ke sana ya. harap sekiranya ada teguran, silalah berbincang dengam damai, bukan dengan memprotes dan menyalahkan pihak mod sahaja, tq..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 23-10-2008 05:52 PM
salam semua,
akhirnya admin approved kan sub bod yg sepatutnya dah lama di bod ini, jadi sekiranya anda menerima pm dr ct sebegini:

Re: [Discuz!] Your post has been moved.

itu bermakna po ...



BAGUS ct, seperi kata amirul nazri, perlu ada subboard macam cari gold yang terus popular untuk mereka yang berkecimpung dalam any business sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 18-10-2008 07:21 PM
Komen aku, board usahawan ini macam rojak. Selaku usahawan yang tulen, aku tak puas hati bila Unit Trust, insurans malahan skim cepat kaya pun ada sekali kat sini. Begitu jugak denga MLM. Mereka  ...


Unit Trust, Insurans dan investment tak layak masuk ke dalam usahawan. Mereka ini lebih kepada institusi kewangan dan perbankan. Mereka ini lebih kepada pengurusan wang dan pelaburan. Mereka ini dipanggil INVESTOR, bukan BUSINESSMAN. Ada baiknya mereka ini diletakkan kat satu sub-board yang berasingan.


panggil investors?  salah bro..
Investors untuk mereka yang melabur dengan kami..

panggil apa pon tak kisah...janji income kami pon sehebat business business lain..

Dan kami yg  selling U trust as an intangible products, we have own business plan, our own blue print, proposal walo tak setebal kitab injil because ramai Director of company  tak suka membaca, kami juga deal untuk business juta juta..

Just bagi pembetulan, because of misleading info...:handshake:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2008 12:08 AM | Show all posts
Aku tahu ramai yang sakit hati kat aku, tapi pendirian peribadi aku forum ini hanya untuk USAHAWAN & juga SME/IKS. Orang Melayu perlu ada INDUSTRI mereka sendiri selain daripada INDUSTRI CEPAT KAYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2009 10:14 AM | Show all posts
setuju
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.138031 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list