Program Latihan Etika Perniagaan Islam ini dianjurkan oleh Kementerian dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen. Program latihan ini dikhususkan kepada Usahawan-Usahawan Islam Malaysia untuk menyalurkan pengetahuan serta meningkatkan kefahaman para usahawan Islam tempatan tentang konsep etika perniagaan yang sebenar.
Program latihan ini juga diharapkan dapat menjadi wadah dan medan diskusi tentang keperluan amalan etika perniagaan yang murni dikalangan usahawan serta dapat membantu usaha Kementerian untuk membangunkan persekitaran perniagaan yang sejahtera di negara yang terdiri dari pelbagai budaya, agama dan bangsa.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah seperti berikut:
Menyalurkan ilmu serta maklumat tentang Etika Perniagaan Islam kepada usahawan-usahawan Islam tempatan.
Meningkatkan kefahaman dikalangan peserta tentang prinsip, falsafah dan asas-asas Rukuniaga.
Meningkatkan kesedaran di kalangan peserta tentang keperluan dan kepentingan perlaksanaan tanggungjawab sosiol dikalangan ahli perniagaan.
Mendedahkan para peserta dengan isu dan cabaran perlaksanaan Etika Perniagaan Islam dalam dunia perniagaan.
Pertanyaan lanjut mengenai projek ini, bolehlah dibuat kepada Urusetia Etika Perniagaan Islam seperti alamat berikut:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Aras 5, Lot 2G3, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya
Tel : 03-8882 5826
Sila hubungi : Encik Zainal Abidin Othman
Ada sesiapa yg dah pernah ikuti?sila share kat sini