CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2290|Reply: 12

Pengalaman pertama yang berHARGA...

[Copy link]
Post time 24-10-2008 09:29 AM | Show all posts |Read mode
aku menulis ini dgn tujuan untuk kongsi cerita ini dgn geng2 P&V sini semoga bermanafaat. bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali mengaku sendiri ni terrer ke hapa...  

tanggal 18 Oktober (Sabtu lepas) kawan ku telah bertunang. Majlis pertunangan yang diadakan bolehlah tahan meriahnya. 3 hari sebelum itu kwn ku tersebut telah meng-approach aku menyatakan hasrat untuk mengupah aku jadi jurufotonya mlm tersebut. Mulanya aku menolak sebab aku tak mahu memikul tanggungjawab itu yang abgi aku agak berat untuk aku yang tak seberapa berpengalaman dan gear yang tak secanggih ini. aku cadangkan dia upah jurufoto sebenar. dia enggan, katanya bukan kerana budget semata-mata, tapi katanya dia percaya dgn kebolehan aku. dia kata gambar-gambar yg aku ambil untuk majalah dan buletin dan untuk dijadikan banner di syarikat kami bekerja meyakinkan dia yang aku berkemampuan kalau setakat gambar bertunang itu katanya. (kembang jugak lah hidung aku masa itu bila dia puji gambar2 yg aku ambik utk syarikat punya events etc tuh.. ) Aku rasa rendah diri juga pasal aku punya senjata hanyalah sebuah Nikon D60 saja dan bukannya D200 ke D300...  

Kemudian dia tanya berapa aku caj harga etc. Lepas aku bagitau dia semua itu dan ini akhirnya rasmi lah aku jadi jurufoto mlm pertunangan nya.

senjata aku:
Camera: Nikon D60 (entry level dSLR)
Flash unit: Nikon Speedlight SB600 + omnibounce
Lens: 18-55mm kit lens, 50mm 1.8D prime
2 memory card 2G
bateri kamera - 2 bijik
bateri flash - 2 set

majlis mula pukul 8:30mlm, aku sampai awal... kamera, lens, spare battery, flash semuanya sudah ku sedia awal di rumah lagi. setting kat kamera aku dah set awal2 agak2 dia punya situation supaya tidak kelam kabut.

bila rombongan datang, aku shoot satu persatu pembawa dulang disambut oleh tuan rumah.

aku shoot, majlis berlangsung, tetamu, gelagat budak2 kecik, gelagat org tua, org2 yang sibuk, penandatanganan surat, brg2 hantaran, org berborak kemudian tiba masa memasang cincin. Yang ni aku shoot banyak2 sampai flash aku pitam sekejap. Bila flash aku pitam (sebab tak sempat recycle) aku mula menggelabah pasal aku takut ter-miss event2 penting e.g bersalaman, berpelukan antara ibu & anak etc tu. Bila aku gelabah, setting kamera aku dah tak terfikir dah... Sepatutnya aku pakai setting berbeda-beda sikit supaya aku boleh study jugak balik nanti. Kemudian aku terlupa dah nak shoot RAW beberapa gambar yang penting.

Kemudian dlm kelam-kabut aku itu majlis jadi semakin meriah dengan ramai sanak-saudara di rumah itu, aku nak carik angle dah makin susah... mulalah berasak sikit dan aku sempat menyiku kepala beberapa org warga tua..

Untuk memastikan tak ada event yang miss, aku tiba2 teringat pesan seseorang dlm internet iaitu "when in doubt, shoot like there's no tommorrow". Apa lagi, aku tembak2 cuma beri masa untuk flash aku recycle... balik rumah nanti baru aku pilih mana yang best.

Akhir sekali aku ambil gambar org makan kat canopy di luar rumah.. then aku balik. Sepanjang perjalanan pulang bermacam2 soalan berlegar di kelala lutut aku?  "apasal sikit sangat ambik RAW?"... "apasal pakai 'A' saja... apa salahnya pakai 'P' mode, AUTO mode juga dsbgnya supaya ada pelbagai setting ditangkap?".

Sampai rumah aku check gambar yang diambil....  lega , gambar okay, aku sendiri puashati... tinggal nak PP saja lagi.

Masa aku tulis ni sekarang gambar2 semua dah bagi kat kwn aku dan pembayaran dah diterima.


Daripada pengalaman itu dapatlah aku simpulkan bahawa.... tak senang ambik gambar org majlis.... apatah lagi gambar org kawin! Bukan nak melemahkan semangat kwn2 semua mana yg baru-baru itu. Tapi kalau yang punya majlis tu ialah kwn baik sendiri, berterus-teranglah akan kemampuan anda atau wlaupun mampu merendah-diri sajalah supaya org tidak memberi harapan terlalu tinggi. Kalau majlis tu agak besar, nasihatkan dia upah pakar, kalau dia tak nak... nak kan kita juga... okay teruskan. bagus sebagai titik permulaan untuk dimensi baru hobby photography anda. tapi pastikan anda mahir menggunakan alatan anda bila menerima kerja tersebut.

Pelajaran paling berharga bagi aku mlm itu ialah:-
1. Cari angle sebaik mungkin, jgn segan, biar sampai tertolak org lain. Gambar tu lama nak simpan tu - sepanjang hayat.
2. Walaupun aku biasa ambil gambar indoor family, indoor office events, majlis ini guna flash banyak kali dgn rapid pasal sarung cincin, tepung tawar, berlangsung dengan cepat dan berturut-turut... hati2 next time flash pitam.
3. Jangan biarkan 'nervous' menguasai anda. Aku sendiri nervous di awal majlis (mengalahkan org yg dipinang ) lepas tu baru rentak aku okay... kemudian masa flash aku pitam tu... aku sendiri rasa nak pitam jugak.
4. Kena kenal betul dgn kamera yang diguna supaya pantas.


terima kasih kerana sudi membaca coretan ini (mcm novel pendek lah pulak ). lepas melalui pengalaman pertama ini aku sekarang lasa lebih konfiden. moga ada rezeki lagi.

kalau tak kisah, korang cerita jugalah pengalaman pertama korang, sama-samalah kita belajar..

[ Last edited by  mo-mo at 24-10-2008 09:34 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 09:47 AM | Show all posts

Balas #1 mo-mo\ catat

terima kasih kirana berkongsi dengan kami huhuh..

i turned down two job offers sebab aku tak cukup equipment...

next year kena upgrade nih  tsk tsk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:12 AM | Show all posts
aku pernah gi kursus...cikgu tu cakap kena sediakan kamera kompak satu sebagai spare..kot2 kamera utama hang....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:21 AM | Show all posts
aku pernah ditegur masa cover satu majlis kat hotel.... kata 1 pakcik tu "dik camera lens flash semua dah ok tapi apasal diffuser buat sendiri nie pelik sgt.... beli la 1 dik... baru nampak pro sikit...."

aku terpikiaq yer tak yer jugak daaaa....

kadang kadang kita pikiaq hasilan DIY kita cukup bagus tapi kita lupa kita caj org tapi kita pakai equipment dr kertas putih jer hehehehhe

ingat ingatlah yer... org d sekeliling anda yg hadir sebagai tetamu lagi dasat dr anda...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:23 AM | Show all posts

Balas #4 alongarts\ catat

panass....  
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 10:28 AM | Show all posts
Satu example of a properly equipped photog yg bertugas untuk wedding function..

pinjam gambar forummer kat pm.com (http://www.johnpoh.com)



dalam gambar nih, satu lagi body hantar servis..

Camera
Canon DSLR 40D
Canon DSLR 400D

Lenses
Canon 24 – 70mm f/2.8 USM L
Canon 50mm f/1.8 II
Canon 70 – 200mm f/2.8L IS USM
Tamron 17 – 50mm f/2.8 SP Di II XR
Tamron 18 – 250mm f/3.5-6.3 Di II
Sigma 150mm f/2.8 Macro

Accessories
Canon Speedlite 580EX flash
Canon Speedlite 430EX flash
High Speed memory storage 14GB

Kalau tengok betul2, kalau kita sebagai customer, mesti rasa senang hati, sebab photog nih ada backup untuk segalanya.. lens dengan focal length berbeda-beda..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2008 10:33 AM | Show all posts
Fulamak.. equipment....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 10:50 AM | Show all posts

Reply #4 alongarts's post

benda ni lah yg aku selalu terfikir bila bab-bab majlis nih... di kalangan tetamu tu entah ada yg jauh lebih berpengalaman dr segi equipment dsbgnya....   


kat company aku kerja, bila ada event melibatkan org2 kenamaan maka ramailah reporter dan fotographer dtg, segan siottt   bila tengok kamera dorang... tapi nasib baik dari pakaian kerja aku diorang tau aku in-house photographer, masa berasak2 ambil gambar ceremony etc mmg aku ada tempat kat depan tu... dorang bagi aku ruang.

tengok dorang punya lowepro yg disandang tu pun aku dah kecut rasa... belum bukak lagi beg tu... heheheh...  

entah2 org mcm ni ada dtg majlis yang kita ambik gambar...    mahu tak bertambah nervous
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 10:53 AM | Show all posts
pic mana momo???citer je tp takde pic x besh lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2008 10:57 AM | Show all posts

Reply #9 caripasal's post

pulakkk doh    cukuplah sudah dengan 'kemaluan' yang aku dah rasa...  hihihihi.. jangan lah ditambah lagi menjadi semakin besar 'kemaluan' itu dgn menempek gambor yang tak seberapa tu... hihihihihihihi...

nanti-nantilah aku tempek.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 03:21 PM | Show all posts
gambar please .... bukan apa ... kami nak belajar ... sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 03:41 PM | Show all posts

Reply #8 mo-mo's post

bro .. ko keja company apa bro?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 07:25 PM | Show all posts
thanx to momo coz sedikit sebyk pasni sape2 newbie yg dpt job leh la stanby sungguh2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050840 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list