CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6986|Reply: 25

Berkaitan Solat Jamak

[Copy link]
Post time 21-10-2008 12:39 AM | Show all posts |Read mode
saya ada persoalan mengenai jamak dan qasar...

saya tinggal di kedah. jadi apabila pulang ke rumah ibu bapa di melaka bolehkan saya jamak kan solat
saya sepanjang 3 hari berada di sana. ada pendapat mengatakan tidak sebab itu rumah saya juga dan ada mengatakan boleh sebab saya tidak lagi tiggal bersama ibu bapa (kira saya melawat).

saya juga mempunyai beberapa buah rumah di kuala lumpur, kedah, port dickson. tetapi saya tiggal di kedah. bila saya pergi ke kuala lumpur saya akan tinggal beberapa hari di rumah saya itu. boleh kah saya jamak atas alasan saya tinggal di kedah?

[ Last edited by  antiQue at 24-10-2008 10:41 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 06:18 AM | Show all posts
Saya pernah tanya imam kat tpt saya dan dia kata boleh sbb rumah2 tu bukan rumah tpt tinggal kita.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 06:41 AM | Show all posts
Tiada masalah utk mendirikan solat jamak di Kuala Lumpur atau Port Dickson walaupun ianya adalah rumah sendiri, kerana syarat jarak ( lebih 2 marhalah/ 91 km ) dan masa ( tidak lebih dari 3 hari berada di tempat destinasi ) telah dipenuhi.

Cumanya, jika sdr balik semula ke Kedah - misal kata sdr tinggal di Kulim maka tempat terakhir utk sdr melakukan solat musafir adalah sebelum sampai di qariah sdr. Maknanya tidak boleh melakukan solat musafir di rumah sdr di Kulim atau mana2 tempat di kawasan anak qariah sdr di Kulim itu. Tetapi boleh solat musafir misal kata di Juru, Bukit Merah dan sbgnya.

Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 09:52 AM | Show all posts
terima kasih. faham le saya. sebab ada pendapat mengatakan tidak boleh dan ada yg boleh. walaupun kita tidak tinggal lagi di rumah ibu bapa tetapi itu tempat kita membesar selama 30 tahun.

begitu juga dengan rumah. sebab rumah tersebut dikatakan rumah saya (even tak menetap di situ) so takboleh jamak apabila berada di rumah tersebut.

lagi satu ada tak konsep sedemikian.....
saya tinggal di oversea selama 2 tahun. so sepanjang berada di oversea..saya merasakan itu bukan temapt tinggal saya. saya hanya tinggal sementara..adakah boleh saya sepanjang tinggal di oversea menjamak kan  solat saya selama 2 tahun tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 11:14 AM | Show all posts
lagi satu ada tak konsep sedemikian.....
saya tinggal di oversea selama 2 tahun. so sepanjang berada dioversea..saya merasakan itu bukan temapt tinggal saya. saya hanyatinggal sementara..adakah boleh saya sepanjang tinggal di overseamenjamak kan  solat saya selama 2 tahun tersebut?


Batas masa yg membolehkan sesaorang itu menjadi mukim di satu2 tempat ialah dgn berniat utk menetap selamat 4 hari atau lebih. Maknanya selagi tak sampai 4 hari maka dibolehkan utk mengerjakan solat musafir. Kalau dok kat luar negeri dah sampai 2 tahun masakan boleh dianggap sebagai musafir lagi !!!

Ini boleh dirujuk pada Hadis Nabi SAW yg memberi kelonggaran utk kaum Muhajjirin menetap di Mekah selama 3 hari padahal pada masa itu menetap di Mekah diharamkan utk mereka :

Dari Al-Ula' bin Al-Hadrami r.a yg berkata bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda :
Telah tinggal kaum Muhajjirin di Mekah selama 3 hari sesudah membayar rukun hajinya.

( Riwayat Bukhari & Muslim )

Dari Umar r.a : Bahawasanya beliau pernah membawa orang2 Yahudi dari Hijaz, kemudian diizinkannya orang2 yg datang di antara mereka utk bermukim selama 3 hari.

( Riwayat Imam Malik dari Kitan Muwattaq )

Ringkasnya orang yg dlm perjalanan dan menetap pada satu2 tempat selama tidak lebih dari 3 hari masih dianggap sebagai musafir dan belum boleh digelar sebagai bermukim.

Imam Nawawi juga menegaskan :
Telah berkata Syafie dan para sahabat : Jika sesaorang itu berniat utk menetap 9 tinggal ) selama 4 hari maka jadilah ia mukim dan dgn itu maka putuslah rukhsah ( tidak boleh melakukan qasar )

( Dari Kitab Majmuk )
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 12:37 PM | Show all posts

Reply #3 noriabdullah's post

maksudnya ku dok kedah, p kl blh buat solat jama' ms kt kl ye.Bila da blk kedah xblh wat solat jama' kt rmh la eh? kena buat kt luar qariah la ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2008 03:31 PM | Show all posts
Pokoknye, kalo dah sampai kt rumah yg memang kita BERMASTAUTIN (tempat tinggal yg permanent), x boleh buat jamak. Kene buat b4 sampai rumah kita, sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 03:53 PM | Show all posts
maksudnya ku dok kedah, p kl blh buat solat jama' ms kt kl ye.Bila dablk kedah xblh wat solat jama' kt rmh la eh? kena buat kt luar qariahla ye?


Cam nih. Hang la nih dok Aloq Staq. Nak pi KL dok hotel sebab ada mesyuarat selamat 2 hari. Dari sini 3 syarat penting utk solat musafir dah tertunai :

i.) Jarak antara Aloq Staq dan KL dah lebih 2 marhalah ( 91km )
ii.) Dah pasang niat utk dok KL cuma 2 hari sahaja.
iii.) Pi KL tu bukan kerana tujuan maksiat tapi kerana urusan keje

Maka nak buat solat musafir tu lepas2 Ipoh dah leh buat ( kira2nya dah lepas 2 marhalah ), masa kat KL pun boleh buat. Masa perjalanan nak balik Aloq Staq pun leh buat. Okay contohnya hang nih anak qariah Masjid Sultanah Bahiyyah Aloq Staq. Tempat terakhir utk buat solat musafir nih ialah di luar qariah Masjid Sultanah Bahiyyah. Kat rumah sendiri lagi2 tak leh buat sebab dah kira masuk kawasan qariah hang dah tu.

Nak senang sebelum sampai rumah, buatlah solat musafir....jika dah masuk waktu....kat mana2 tempat di hiway nu mcm kat Sungai Petani ker dll.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 12:08 AM | Show all posts
Bab dah sampai tempat bermastautin ni, mungkin elok juga kalau cek-cek sikit hadith ni sebelum kita pukul rata:

Ibn 'Abbas reported: The Messenger of Allah (may peace be upon him) observed the noon and afternoon prayers together in Medina without being in a state of fear or in a state of journey. (Abu Zubair said: I asked Sa'id [one of the narrators] why he did that. He said: I asked Ibn 'Abbas as you have asked me, and he replied that he [the Holy Prophet] wanted that no one among his Ummah should be put to [unnecessary] hardship.) (Sahih Muslim : 1516)

Dan boleh juga rujuk syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi pasal hadith ni.

[ Last edited by  antiQue at 24-10-2008 12:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:20 AM | Show all posts

Solat Jamak Setiap Hari..

Assalamualaikum W.R.B

Sahaja Baru Sahaja Balik Dari Negeri China(Guangzhou)..Saya Berada Disana Selama 10Hari...Diatas Urusan Kerja..Selama Saya Berada Disana..Saya Hanya Melakukan Solat Jamak (Zohor Dengan Asar) Dan (Maghrib Dengan Isyak)...Ini Kerana Saya Keluar Dari Hotel Pada Pukul 0900hrs Dan Kembali Semua Pada Pukul 2100hrs....Dan Untuk Maklumat...Masalah Untuk Solat Disana Seperti Biase Adalah Sukar Kerana Tiada Musollah..Masjid Pula Agak Jauh Dari Tempat Saya Menginap..Jadi Cara Senang Saya Melakukan Solat Jamak Sahaja..

Pesoalannya..Bagaimanakah Dengan Solat Saya Tersebut...????
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:39 AM | Show all posts

Balas #1 revolusi_30\ catat

bukan solat jamak ni boleh buat 3 hari je ke??
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:54 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 24-10-2008 11:39
bukan solat jamak ni boleh buat 3 hari je ke??

Itulah..Tapi Sekarang Masalahnya..Kesukaran Mencari Tempat Solat Di China..Kalau Kat Padang Pasir Lain La...Ni China...Kotor Dengan Najis(Anjing, Kencing, Air Ludah merata2)
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:55 AM | Show all posts

Balas #3 revolusi_30\ catat

kat tempat keje tu takkan tak ada surau..i tot...Guangzhou, kuat juga komuniti Muslim dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:56 AM | Show all posts
setau saya solat jamak adalah dr 1st day sampai...then 3 ari stay kat sesuatu tempat...pastu hari nak balik... (kira total 5 ari)....tp xtau la kalau tersilap...kalau mcm kes jamak 10 hari ni x tau la cmne status nya...

wallahualam...kena tanya org yang lebih arif...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:56 AM | Show all posts
setau aku solat jamak nie 3 ari aje..lepas tu kene solat mcm besa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 11:58 AM | Show all posts
tp rasa-rasanya cm x bule la jamak sampai 10 ari tu...coz kalau kita stay lebih 3 ari kat sesuatu tempat tu...kita dh x kira musafir...tp dh kira bermukim.. ye ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 24-10-2008 11:55
kat tempat keje tu takkan tak ada surau..i tot...Guangzhou, kuat juga komuniti Muslim dia..

Saya Keje DiLuar...Bukan Di Ofis...Berjalan Kaki, Naik MRT, Bas...Sampai Malam Setiap Hari..Nak Buat Solat Jamak Zohor Dan Asar Ni Pun Curi2...Gi Toilet Amik Wuduk..Lepas Tu Cari La Exit Kecemasan Yg Takde Orang Lalu Tu...Semayang La Kat Sana(Bawah Tangga)... ..Negeri2 Selatan China Kurang Orang Islam Dia...Guangzhou Yg Besar Dari Selangor Tu Pun Hanya Ade 3 Biji Masjid Je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by ndh_elly at 24-10-2008 11:58
tp rasa-rasanya cm x bule la jamak sampai 10 ari tu...coz kalau kita stay lebih 3 ari kat sesuatu tempat tu...kita dh x kira musafir...tp dh kira bermukim.. ye ke??

Tapi Masalah DiSini Adalah Kesukaran Mencari Musollah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:06 PM | Show all posts
Bukan Kita Ade Rukshah Ke...Kalau Dalam Kesusahan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 12:16 PM | Show all posts

Reply #10 revolusi_30's post

saya rasa bole kut sbb sdgkan dr yang kesempitan waktu pun dibenarkan solat jamak..ni saya dengar dalam kuliah jumaat kat tv3 hari tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.068646 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list