View: 4579|Reply: 32
|
35 Orang Warga Cari.com Diperlukan Lagi !, Cepat sebelum Terlambat !
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum warahmatullah..
35 warga Cari.com diperlukan lagi dalam usaha untuk sedekah daging qurban untuk umat islam seluruh dunia ! Usaha yang sama seperti tahun lepas, dimana 35 orang diperlukan untuk menyumbang Rm10 bagi mencukupkan satu bahagian sedekah daging qurban. Dan hasilnya ? lihatlah anak2 fakir, yatim, miskin, kurang upaya telah menerima bantuan tersebut !
Lihatlah wajah umat islam seluruh dunia yang tersenyum kegembiraan atas keperihatinan kita semua !
Apa yang anda perlu faham disini ialah bagaimana dengan duit Rm10 yang anda sumbang digabungkan kemudian ditukarkan dengan seekor kambing yang kemudian di proses dan di tinkan dengan melihat carta ini.
Apa yang anda tunggu lagi ? Bantu kami untuk meneruskan usaha ini agar seluruh umat islam di dunia ini termasuk di yang amat2 memerlukan di malaysia ini mendapat bantuan daging qurban ini.
InsyaAllah, setiap sen yang dibelanjakan pasti akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.
Hadiahkan 1 Unit ( RM10 ) kepada setiap saudara mara anda, contohnya, Untuk Mak dan ayah setiap seorang diniatkan sedekah 1 Unit, Adik beradik, kak long, abang long, 2 Unit, untuk diri sendiri 1 Unit, maka semua hanya 5 Unit / RM 50. Mudah sahaja untuk beramal sambil menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap orang yang sangat kita sayang !
Untuk yang ingin mengambil 1 bahagian penuh juga sangat dialukan. Hanya Rm350 sahaja. InsyaAllah.
Maklumat lanjut boleh didapati di web ini..
Qurban For Life
Kepada yang tidak mampu untuk menyumbang pun tak apa, doakan agar usaha ini berjaya. Terima Kasih banyak2. B)
Untuk turut sama menyumbang, boleh bankin ke akaun saya..
Hubungi - Hanif Nordan 017-3297123 ( SMS pun saya layan )
Bank in ke akaun
Maybank - Hanif Bin Nordan 1660-1007-4403
CIMB - Hanif Bin Nordan 1215-0069-4195-28
Kalau yang da bank in, sila SMS seperti ini : ( untuk tujuan rekod peribadi sahaja, bukan nak publish ke orang ramai, jangan risau B) )
SQ <nick anda> <jumlah unit sedekah> < ucapan anda > ke 017-3297123
Contohnya :-
SQ slaughters 1000 Slamat Hari Raya
Baiklah, macam biasa, Saya bikin satu list, untuk 35 Unit mewakili RM350 ( 1 Unit Rm10 ).
1)
2)
3)
Terima Kasih banyak2 !
Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:
Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."(Hadis riwayat Thabrani)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Program ini dibawah seliaan Muslim Aid Asia.
[ Last edited by slaughters at 29-10-2008 09:15 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SQ <nick anda> <jumlah unit sedekah> < ucapan anda > ke 017-3297123
nak kena letak nick cari ke? kalau tak nak letak nick takpe kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 sosimple\ catat
ni kompem tak tipu..
eheh
sebab, muka saya ade kat gambar yang kedua tu..
and saya ade buat collection kat forum2 lain.. lagi pasal saya kerja kat UM, boleh cek, name Hanif Bin Nordan.
And da selalu saya buat collection kat forum cari nie..
ape2hal leh tanya,
lupa, perlu jugak diingatkan bahawa ini adalah salah satu cara untuk kita beramal.. menunjukkan bahawa umat islam mempunyai pelbagai cara untuk menunjukkan kasih sayang semasa islam.
Tak perlu risau, kalau khuatir dengan program ni, boleh sedekah sendiri. Saya just nak tolong aje. Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 monterez\ catat
Taknak letak pun takpe. Saya tulis dalam list saya Hamba Allah aje. Takde Hal. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 slaughters's post
orait thanks so just msg n bgtau brp unit n bgtau dah bank je kan?ucapan semua tak payah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 monterez\ catat
sebenarnya tak perlu pun. saje nak bagi seronok sikit |
|
|
|
|
|
|
|
bagus....
suka tenguk kanak kanak dapat hadiah sumbangan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 slaughters's post
ko dah bagi acct no. senang nak bagi sumbangan...tqvm utk segala info.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah lebih 35 org takleh dah ker? |
|
|
|
|
|
|
|
slalau ada kat um..anta terus by hand bole ker.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah lebih 35?
rm10 jer ke?
kena wajib sms jer ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by slaughters at 29-10-2008 09:14 AM
Assalamualaikum warahmatullah..
35 warga Cari.com diperlukan lagi dalam usaha untuk sedekah daging qurban untuk umat islam seluruh dunia ! Usaha yang sama seperti tahun lepas, dimana 35 orang ...
Satu program KORBAN yang mengelirukan umat Islam !
KORBAN itu mestinya satu bahagian! Seekor Lembu/Unta boleh berkongsi 7 bahagian. Amat aneh bila Bahagian2 ini pula hendak dikongsi kepada 35 orang. Ini bermakna satu ekor lembu akan dikongsi 245 orang atau seekor kambing dikongsi sehingga 35 orang !! ..... Mazhab manakah yang mengajar ibadah korban di lakukan begini?
Kalau 35 orang nak sembelih kambing atas nama SEDEKAH .. OK buleh diterima
Tapi bila di namakah sebagai IBADAH KORBAN....... ini seperti golongan jahil atau golongan yang cuba mempermainkan2 agama !! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 Hang's post
tidak terfikir lak cemtuh...
sebaik2nya atas nama sedekah la lbh afdal kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 Hang's post
amat pedas di situ ...
tapi kata2 ada kebenaran |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 Hang's post
hang pandai.... tuan rumah... komen laaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 Hang's post
dalam gambar tunjuk tin..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|