CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5845|Reply: 45

Yoga pesong akidah

[Copy link]
Post time 29-10-2008 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Yoga pesong akidah: Zakaria   
                               GEORGETOWN:Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkanunsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islamjika mengamalkan senaman itu.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti KebangsaanMalaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yangmengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya.

"Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkanunsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga bolehmenyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahanyang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam.
        
Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan prosespenuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakitberkaitan jantung.

Difahamkan, isu   yoga  sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan sajauntuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencarikeseimbangan selepas sehari di pejabat.
  
                            "Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yangdilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhanyang berupaya mengatasi tekanan," katanya.

Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agamamengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkanakidah mereka.

Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam sepertisolat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur limakali sehari.

“Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalahpilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badansambil berzikir dengan ayat al-Quran.
                                “Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam danketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah keranapergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2008 11:19 AM | Show all posts
time aku join yoga sekejap sulu.. tak de lak bace2 mentera ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 01:33 PM | Show all posts

Balas #2 True-X\ catat

betul2...
even mcm ade perbuatan tu ala2 mcm 'pray to the sun' ke apa nama tah.. tapi klau niat kita nak lentur kan badan kasi flexible n biar kuar peluh... salah gak ke?

++honestly cakap, senaman lain jrg kuar peluh. dulu2 join yoga, xsampai 30min leh kuar peluh.

n mmg la solat pun senaman... hmmmm, ntah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by fezy at 29-10-2008 01:33 PM
betul2...
even mcm ade perbuatan tu ala2 mcm 'pray to the sun' ke apa nama tah.. tapi klau niat kita nak lentur kan badan kasi flexible n biar kuar peluh... salah gak ke?

++honestly cakap, se ...


yoga banyak guna strength sebab tu cepat kuar peluh

x pernah plak ada baca2 mentera selain daripada pergerakan badan
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 04:50 PM | Show all posts

Balas #4 greyrose\ catat

betol tu...

tapi kan ada sesetengah tempat di sroh bunyi mcm 'ommm......' ini ke di kata mentera
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 10:42 PM | Show all posts

Balas #5 kesuma_jon\ catat

yg tu mentera
x tau plak pasal tu sebab x pernah jumpa lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2008 01:40 AM | Show all posts
aper yoga pakai mentera plak ni? x pnah denga plak.....kalu kawan hindu dok bertapa siap baca2 tu pnah la tertgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 01:42 AM | Show all posts

Reply #8 zulyusoff's post

oooo........  pnah baca kat mana tah...ommm ni cm ntuk kekal kan konsentrasi aaa..ada kaitan ngan BETA punye frequency

[ Last edited by  reez54 at 30-10-2008 01:44 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2008 02:30 AM | Show all posts
buatlah apa2 senaman yg menyihatkan dan jangan kreditkan pada yoga....
senaman adalah milik semua....bukan hindu saja.....

kalau ada apa2 yg nak serupa cam yoga tu kebetulan....

kita bukan nak ikut depa , kita nak bersenam....

melenturkan badan, menenangkan fikiran, menghembus nafas adalah milik semua orang.....

tak payahlah kata yoga, tapi katalah senaman....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 02:33 AM | Show all posts

Balas #12 ussopp\ catat

kekadang kita buat Islam tu nampak macam tak indah..ini tak boleh itu tak boleh..padahal..kalau mendalami isu tersebut,biasanya, terdapat sebab2 yang membolehkan dan tak membolehkan. Dan sebab yang paling utama sekali takut jatuh syirik..itu yang paling kena jaga..tapi, kalau buat senaman yoga pun dilarang, hanya namanya yoga, itu bodo namanya..paranoid..suka berburuk sangka..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 02:47 AM | Show all posts

Balas #13 hashimsamsul\ catat

jikalau perkara2 begini tidak disebarkan, asalnya orang Islam akan mengamalkan yoga tanpa sebarang syak wasangka....

ada yg  tahu ianya tentu saja ada kaitan dengan agama hindu, namun mereka membuatnya dengan niat senaman dan tiada niat mensyirikkan Allah....

jadi umumnya, tanpa artikel2 macam nie....orang akan buat yoga macam biasa.....dan tidak mensyirikkan Allah pun....tak terlintas pun niat mensyirikkan Allah....
itulah yg kita expect jika ada antara kita mengamalkan yoga.....

nah, sekarang timbul pula artikel2 begini. Yang sensitif dgn Islam pasti akan menolak yoga mentah2.....kerana ada unsur2 hindu di dalamnya.....

apa yg sy cakap dalam post saya tu supaya golongan2  yg sensitif ni dapat jugak bersenam.....

kalau anda rasa tidak paranoid dgn nama yoga dan ingin buat macam biasa buatlah, kerana saya tau anda tidak seperti mereka melihat yoga itu syirik....
saya hanya nak setel kan bagi yg sensitif2 nie....

sy juga bukan seorang yg berfikiran tertutup mahu menyekat itu ini.....namun selepas membaca artikel ini, timbul jugak syubhah.....
jadi ambil jalan mudah saya jauhi jelah apa2 yg kait ngan yoga since dia ada kena mengena ngan hindu....

yang saya ambil utk panduan saya senaman ialah ilmu melentur badan dari yoga itu dan buat cara saya sendiri utk kegunaan sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 02:52 AM | Show all posts

Balas #14 ussopp\ catat

maaf sebab saya quote Tuan, padahal pandangan saya bersikap universal..manusia paranoid ni terlalu ramai..kealiman pun belum tentu dapat membersihkan sikap paranoid dalam kepala hotak diorang..:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 03:00 AM | Show all posts

Balas #15 hashimsamsul\ catat

itulah, kadang2 kekeliruan melanda, dan nak meng"explain" jugak bukan perkara yg mudah....

saya juga mengamalkan kaedah2 menenangkan/menyihatkan tertentu yg mana kalau kita lihat tak banyak lari dari kaedah2 senaman macam yoga/kaedah meditasi.....tapi bukanlah buat selalu pun....

bagi saya bukan mereka(kaum2 tertentu) saja yg mengamalkan benda2 nie, tetapi ia adalah fitrah manusia.....ia milik semua....

fitrah ni semua orang pun rasa selesa bila buat, maka kaedah2 ini adalah ilmu.....cuma yg terkenal contohnya tentulah senaman yoga....padahal kata asasnya ialah melenturkan badan....

jadi, yang mana berguna dalam yoga tentulah kita buleh amalkan pada masa yang sama tak payah lah ambil sampai bab tuhan2 tu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 03:03 AM | Show all posts

Balas #16 ussopp\ catat

mungkin Tuan boleh sokong saya di thread Pesona Arjuna dalam Misteri, Paranormal and Supernatural..perbincangan saya dengan kupia
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 07:00 AM | Show all posts

Balas #17 hashimsamsul\ catat

orait tp sy x janji lantaran sibuk, namun sy akan jenguk2 gak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 09:06 AM | Show all posts
dulu ustaz aku masa skolah rendah pon ckp yoga ni haram...

1. sbb ianya berasal dr agama hindu...takut syirik...
2. sbb dlm yoga utk tenangkan jiwa kena kosongkan minda dr segala2nya...jgn fikir apa2...tp dlm islam setiap masa kita kena mengingati Allah...kan lebih menenangkan...

wallahualammm....tu ustaz aku yg ckp...dan pada aku ianya make sense...tp kpd sesapa yg dh blaja yoga ni mesti kurang senang bila ada org ckp yoga ni haram, evn yg ckp tu ulama...kat mesir pon dh kluar fatwa yg ckp yoga ni haram...mesti la ada yg bg alasan mcm2...even bila fatwa yg mengatakan arqam tu haram pon msh yg nak argue sampai skrg...so, lu pikir la sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2008 09:12 AM | Show all posts

Balas #19 toaster\ catat

takpa, boleh je buat senaman2 lain sebab dalam senaman regangan pun ada serupa yoga jugak.....

gimnastik lagi laa....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 09:21 AM | Show all posts
biasa nya yoga ni ia menyuruh org tersebut kosongkan fikiran..., ketika kosong kan ni lah jin x2 akan mengambil kesempatan utk menyesatkan manusia,

kan ada kan org yg buat yoga ni ada kelebihan luar biasa....mcn tarik kereta dgn rambut...., kebal dll.... sihat lah...,

kena tipu di syaitan sesaja...

tau tak...cara tangan yg di kehendaki ketika yoga tu... adalah simbol syaitan.


cara Islam ada dalam senaman mcn ni....senaman yg sentiasa menginati Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 07:53 PM | Show all posts

Balas #23 zulyusoff\ catat

Solat tu sendiri yoga..percaya tak percaya..tapi yoga yang didalamnya memuji Allah:

http://www.islamonline.net/english/Science/2001/01/article6.shtml
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2008 12:33 AM | Show all posts
senang citer... dlm Yoga yg asal, ada unsur2 yg Haram. so bg sesiapa yg practice Yoga, sile la elak part2 yg Haram tu. Movement2 tu xde masalah. Gantila sebutan2 ritual Hindu tu dgn sebut 'Allah' ke... aku penah baca sebut 'Allah' ni pon ade Beta wave gak yg bleh tenangkan jiwa.

Nama movement tu pon kalu boleh tukar la. Pray to the Sun for example. Tuka jadik Pray to the God jek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.094875 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list