View: 1956|Reply: 0
|
Apakah Tujuan Berpuasa? - Ingat Tujuan Dan Faedah Adalah Berlainan!
[Copy link]
|
|
Salam semua,
Saya telah menerangkan tentang Tujuan dijadikan Jin dan Manusia. Dan diikuti dengan Tujuan solat 5 waktu.
Sekarang ini saya akan bercakap tentang Tuijuan Berpuasa. Perlu diingat bahawa Tujuan mempunyai maksud yang berlainan dengan Faedah. Oleh itu,para forumners yang akan memberi buah fikiran perlu mengenal pasti sema ada perkara yang akan diperkatakan itu adalah Tujuan atau pun Faedah.
Sesuatu yang Allah wajibkan keatas manusia itu mempunyai Tujuan. Untuk ibadah khusus seperti ini jugak Allah SWT mengenakan kewajipan ini pada setiap tahun di Bulan Ramadhan.Setiap kanak-kanak dididik oleh ibubapanya supaya berlatih untuk berpuasa. Ini adalah usaha murni ibubapa agar apabila besar kelak kanak-kanak itu boleh menerima dan berkeupayaan untuk melakukannya. Jika tidak perkara ini sangat memberi keaiban kepada ibubapa.
Tujuan solat untuk melahirkan KETAATAN kepada Allah SWT. Ini bermakna solat untuk Allah SWT. Jika dibandingkan dengan Tujuan Berpuasa,ianya mempunyai hubung-kait dengan manusia.Dengan melakukan ibadah puasa akan melahir bibit keinsafan terhadap manuisa yang dhaif,fakir dan miskin. Manusia yang mengetahui akan Tujuan berpuasa akan lebih bersedia untuk mengerluarkan rezekinya kepada manusia yang memerlukannya.
Apakah buktinya sesaorang itu memahami Tujuan berpuasa itu apabila mereka menginfakkan sebahagian rezekinya kepada yang memerlukannya. Oleh yang demikian,golongan fakir dan miskin ini terbela dimuka bumi ini untuk dapat menjalankan kehidupan mereka sepereti manusia lain.
Sebenarnya,tidak perlu Allah SWT mewajibkan berpuasa untuk tujuan membantu dengan mengerluarkan rezeki yang kita ada kerana kewajipan Allah SWT menjaga golongan fakir dan miskin ini telah termaktub perintahNya dalam AlQuran iaitu Kewajipan zakat harta dan kewajipan zakat fitrah. Inilah yang kita katakan bahawa Tujuan berpuasa itu melahirkan bibit keinsafan; bagi manusia yang tahu akan TUJUAN BERPUASA,bersedia menginfakkan rezekinya pada bila-bila masa tatkala mereka itu diuji atau pun tidak.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|