View: 1812|Reply: 2
|
Apakah Tujuan LailahailLallah?
[Copy link]
|
|
Salam semua,
Semua muslim menyebutnya. Apakah kita tahu tuntutannya? Menyebutnya saje tidak memadai kecuali saorang muslim itu tahu akan Tujuannya. Inilah Kalimah yang menjadikan manusia itu bergelar muslim. Apabila telah menyebutnya maka Haramlah Darahnya.Semua kamu tentu tahu mengenai insiden yang berlaku dizaman Nabi perihal perkara ini dan tidak payah rasanya saya ulaskan.
Saya cuma nak ulas tentang tuntutannya. Seperti mana yang kita tahu bahawa Kalimah Tauhid itu ialah Kalimah MengEsakan Allah SWT. Jika tidak memahami Tujuannya berkemungkinan kita akan terjerumus kelembah kebinasaan.
Diceritakan didalam hadis,suatu ketika Nabi bersabda sesiapa yang mengungkapkan Kalimah itu maka Syurga baginya. Para sahabat; dengan tidak menanyakan lebih detail mengenainya menyebut-nyebut Kalimah itu setiap masa dengan kurang tumpuan kepada aktiviti kehidupan. Pada suatu hari hampir terjadi pergaduhan antara seorang sahabat dengan Umar AlKhathab. Maka,perkara itu dihadapkan kepengadilan Nabi. Nabi bersabda yang bermaksud,barang siapa yang mengungkapkan Kalimah itu dan mengetahui Maksud Tuntutan itu serta Istiqamah dengannya maka Syurgalah baginya.
Oleh itu,ulamak menghuraikan tuntutannya bahawa pada Kalimah mempunyai Rukun dan Wajibnya. Rukunnya ialah Nafi dan Isbat. Dan Wajibnya pula ialah kewajipan perlaksanaannya dalam kehidupan. Lailaha itu bermaksud Tiada Tuhan dan itu adalah perkara yang perlu diNafikan. IlLallah adalah perkara yang perlu diIsbatkan iaitu bermaksud KECUALI ALLAH.
Kewajipannya,ulamak menghuraikan sesaorang muslim wajib melaksanakan didalam kehidupannya. Apakah perkara-perkara wajibnya? Seperti mana yang dikatakan Beriman dengan AlQuran mempunyai syarat-syaratnya seperti: Membacanya,Memahaminya,Mempraktiknya dan Mentabliqkannya,begitu jugak kewajipan yang dikenakan terhadap apa yang dikatakan Kewajipan terhadap Kalimah LailahailLallah.
Oleh itu, sesaorang yang memahami Tujuan LailahailLallah berjaya menjaga dirinya daripada terjerumus atau terkeluar dari landasan Islam. Dan untuk mengIsbatkannya begitu mudah tetapi untuk meNafikannya, memerlukan ilmu mengenal perkara-perkara yang boleh menyesatkan muslim itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
syukran kathiran atas info yg sgt berguna. semoga kita dapat memahami tuntutannye |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 31-10-2008 10:32
Kewajipannya,ulamak menghuraikan sesaorang muslim wajib melaksanakandidalam kehidupannya. Apakah perkara-perkara wajibnya? Seperti manayang dikatakan Beriman dengan AlQuran mempunyai syarat-syaratnyaseperti: Membacanya,Memahaminya,Mempraktiknya danMentabliqkannya,begitu jugak kewajipan yang dikenakan terhadap apa yangdikatakan Kewajipan terhadap Kalimah LailahailLallah.
Termasuklah beriman dengan perindungan Islam yang termaktub dalam AL-Quran :.
搮匓arangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. |
|
|
|
|
|
|
| |
|