CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21062|Reply: 5

~MANDI WAJIB UTK KAKI BERSIMEN~

[Copy link]
Post time 1-11-2008 08:04 PM | Show all posts |Read mode
girl keretakan tulang kaki n currently disimen....

ditakdirkan, hari yg girl simen tu, girl piyed

so, camner caranyer nak mandi wajib pasni?

b4 simen, mmg girl solat cam biasa, even juz solat duduk....

ni dah bersimen, haku buntu...:kant:

mmg, ada dah baca kat  1 thread lama tuh.....surah maidah ler sgale bagai tu kuor

yang tak paham, katernyer kalo takleh kena air, kena tayamum....

Originally posted by fleurzsa at 13-6-2006 02:38 PM

Tayamum dibolehkan bagi seseorang yang tidak boleh menyentuh air disebabkan oleh kecederaan tubuh badannya.

Cara bertayamum ialah sebagaimana ajar Nabi saw dalam hadith berikut:

"Sesungguhnya cukuplah engkau mengerjakan sebegini - Nabi saw menepuk tanah dengan kedua tapak tangannya kemudian meniupnya kemudian menyapu muka serta tangannya dengan kedua tapak tangannya itu.  "
(HR Bukhari & Muslim)

Tayamum hendaklah dengan menggunakan debu tanah yang bersih yang berasal dari bumi.  Berdasarkan Firman Allah swt,

[quote]Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.


(surah al Maidah ayat 5 & 6)

Juga Sabda Nabi saw,

"Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikanbarisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air. "
(HR Muslim)

Daripada dua dalil di atas telah ditentukan bahawa agen penyuci yang dibolehkan bagi etika tayamum ialah debu-debu tanah mukabumi. Ulama-ulama fiqh telah memperluaskan maksud debu tanah mukabumi ini kepada tanah dan jenis-jenisnya, pasir, kerikil, debu arsenik dan kapur.

Apabila hendak bertayamum seseorang itu perlu memastikan bahawa yang akan digunakan itu adalah debu tanah mukabumi dan bukannya debu-debu habuk partikel udara yang kebanyakkannya merupakan sisa kumuhan kimia yang terapung lalu melekat di dinding, perabut atau tingkap bangunan.

wallahua'lam
[/quote]

1) girl tak reti nak tayamum (yeah...time PAFA ada belajar, tapi tak poraktikkan,haruslah tak reti)  Yang girl bold kan tuh, ditulis muka n tapak tangan, apakah yg dilakukan itu?

2) Kat mana nak cari debu tu?  Kalo kat ipoh ni, takut pasirnya ada bekas2 taik anjing

3) Tayamum- tepuk tangan kat debu tu, pastu sapu kat bahagian anggota kan? kalo utk wuduk, me tau ler anggotanyer, kalo nak mandi wajib, camner?

4) As kaki girl bersimen, nak sapu debu tu kat simen tu ker?

Nota penting

~ Nasihat praktikal yg diperlukan....
~Yeah, me dah baca segala hadis sume tuh, yang girl nak mintak tolong, is step by step utk ku mandi wajib ngan keadaan kaki bersimen ni

*Kaka mod, jangan merge dulu eh, nanti dah setel , girl akan PM utk mintak dimergekan   TQ:flower:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2008 08:24 PM | Show all posts
pesal kaki gugurl bersimen?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 09:25 PM | Show all posts

Balas #1 auntie_girl\ catat

tayamum tu ganti mandi wajiblah.

debu kat tangga umah pun boleh (teringat guru quran ajorlah)

just sikit je.. cam tekapkan tangan pastu renjiskan, tak mboh ada banyak kat tapak tangan tu, then sapu muka xdenye kena rata2 sampai kat kelopak mata bagai. syarat sapu je.

lepas tu tekap lagi tapak tgn kat debu tangga tadi renjiskan kasi buang lebihan2 tu.. mulakan sapu dari belakang tangan naik ke siku dan kembalikan semula ke tapak tangan. mulakan dgn tangan kanan. tu aje cara bertayamum.

ju buat ni sebab pernah patah tangan dulu. kalau infi ju salah harap ada orang perbetulkanlah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2008 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 1-11-2008 08:24 PM
pesal kaki gugurl bersimen?



tulang kakiku retak akibat terjatuh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2008 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by zulyusoff at 1-11-2008 09:02 PM
cuba pergi youtube & search tayamum, ada video yg ajar secara praktikal



tq zul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2008 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by juwita_s at 1-11-2008 09:25 PM
tayamum tu ganti mandi wajiblah.

debu kat tangga umah pun boleh (teringat guru quran ajorlah)

just sikit je.. cam tekapkan tangan pastu renjiskan, tak mboh ada banyak kat tapak tangan tu, t ...



ic

nanti girl nak tgk you-tube dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.033762 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list