View: 1741|Reply: 18
|
Bila Ulamak Bisu,Kelu Dan Lesu,Umat Jadi Tak Tentu!
[Copy link]
|
|
Salam semua,
Mukaddimah:
Menjadi Ulamak Kerajaan - Bercakap mengikut keadaan
- Memastikan kurang tekanan
- Cukup bulan ambil bayaran
- Dapat kenderaan,dapat layanan
Menjadi Ulamak Politik - Bercakap mengikut kesempatan
- Caci-makian jadi panduan,pedoman
- Memastikan mantap sokongan
- Kekuasaan,jawatan jadi igauan
Semua kita tahu bahawa ulamak pewaris Nabi. Jadi,mana satu yang kita nak anggap ulamak! Didalam hadis Nabi ada diberitakan tentang ulamak jahat. Oleh itu,berdasarkan hadis itu,yang mana satu ulamak baik dan ulamak jahat!
Selain daripada menjadi penasihat kepada pemerintah,ulamak jugak mengeluarkan fatwa bagi mententeramkan umat Islam dengan isu-isu semasa. Masa berubah,zaman pun berubah sepatutnya ulamak zaman sekarang lebih mantap ilmu pengetahuannya yang membolehkan ianya mengerluarkan fatwa.
Ulamak sekarang tidak berdaya untuk mengeluarkan fatwa mengenai isu semasa. Isu semasa yang dapat dilihat ialah:
1. Isu perpecahan umat Islam.
2. Isu Pengeboman berani mati.
3. Isu pengeboman tak berani mati.
Ketiga-tiga isu ini bersangkutan antara satu dengan yang lain jika tidak diselesaikan oleh ulamak,agar-agarnya siapa yang boleh! Umat Islam menjadi tak tentu,meneka-neka suatu yang tidak ada kepastian.
Bersambung sebentar lagi kerana hujan lebat...................
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan......................................
Dalam isu perpecahan umat Islam dimana umat Islam itu menjadi majoriti dalam sesabuah negara,isu perpecahan umat ini tidak dilihat sesuatu yang penting tambahan pulak ianya seperti tidak boleh ditangani lagi atau pun impossible untuk ditangani. Kerana apa? Perpecahan yang berlaku disebabkan perbezaan fahaman Mazhab. Seperti di Timur Tengah,perbezaan antara Sunnah dan Syiah. Tapi mereka tidak khuatir akan kehilangan kuasa memerintah jatuh ke tangan yang bukan Islam.
Di Palestine contohnya,perpecahan umat Islam lebih kronik iaitu antara Fatah dan Hamas. Bukan saje perpecahan Mazhab dikeruhkan lagi dengan perpecahan politik. Tetapi masih lagi mereka tidak khuatir akan jatuhnya peperintah itu kepada yang bukan Islam.
Kamu namakan saje negara Islam dimana majoriti umatnya beragama Islam kesemuanya berpecah seperti Pakistan,Afganistan,Bobostan,Titistan,Goheadgostan dan Tanjungrambutan. Kekhuatiran umatnya perihal kekuasaan pemerintahan jatuh ke tangan yang bukan Islam agak kurang. Tetapi,lihatlah kehidupan umat Islam dinegara-negara yang disebut itu,kebanyakannya agak mundur dari segi pembangunan Insan dan Infrastruktur. Lain-lain negara Islam lebih mundur lagi termasuk tidak cukup keperluan makanan.
Oleh itu,kesilapan bagi yang mengatakan jika sudah jadi pemerintah sememangnya pemerintah mesti buat semuanya itu. Buktinya telah nyata bahawa pemerintah dinegara-negara Islam begitu jauh majunya daripada negara-negara yang bukan Islam. Apa taknya? Jika perpecahan menjadi routine kehidupan,siapa pun yang jadi pemerintah menghadapi masalah yang rumit walaupun pemerintahnya orang Islam.
Negara Malaysia ini,istimewa sedikit. Majoriti umat Islamnya berMazhab Sunni dan komposisi penduduknya berbilang bangsa. Tapi masalah besar yang dihadapi ialah perpecahan politik. Negara yang dikatakan baru 51 tahun merdeka sepatutnya dapat ditangani masalah perpecahan umat islam. Umat Islam di negara ini sepatutnya sedar sekiranya mereka tidak bersatu besar kemungkinan kekuasaan akan jatuh ketangan yang bukan Islam. Ini kerana, Sistem Demokrasi yang diguna-pakai memberi ruang untuk ianya berlaku sedemikian.
Ulamak sepatutnya bercakap mengenai perpecahan umat Islam ini secara lantang agar umatnya sedar akan bahaya yang mereka akan hadapi kalau tidak pun sekarang,anak-cucu merekalah yang akan menanggungnya.
Kenapa mereka tidak mahu mengeluarkan fatwa mengharamkan kewujudan parti umat Islam lain,selain yang terawal sekali? Inilah yang dikatakan ulamak bisu,kelu dan lesu. Tambahan pulak ada ulamak politik yang mengfatwakan isu-isu perihal syahid jika mati menentang pemerintah. Bukankah ini lebih mengelirukan umat Islam yang rata-rata telah dikelirukan oleh mereka dengan kewujudannya.
Trajedi Memali adalah contoh terbaik mengenai perkara ini. Mengenai isu pengebom berani mati jugak difatwakan oleh ulamak mereka sebagai mati syahid. Yang terbaru sekali ialah isu pengebom tak berani mati yang akan dijatuhkan hukuman tembak dalam masa terdekat.Apakah ada fatwa untuk mereka ini, ataupun bisu,kelu dan lesu? Sama-samalah kita nantikan. Berkemungkinan ulamak tidak mahu mengeluarkan fatwa untuk menjaga hati mereka kerana hukuman belum lagi dijalankan. Mungkin setelah itu kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Islam adalah agama yang praktikal,mudah,tepat. Islam itu dikatakan ada penyelesaian terhadap semua masalah. Tetapi kenapa keadaan umat Islam tidak seperti yang disebut? Berbalik kepada umat Islam itu sendiri,umarak dan ulamak yang menjadi penyebabnya bukan agama yang dianuti mereka.
Yang berperanan dalam agama ini adalah ulamak,merekalah menjadi punca umat Islam jadi tak tentu.
Contohnya,fatwa yang dikeluar oleh pemimpin PAS;pengikutnya kata ulamak jugak,perihal kematian di Memali bahawa mereka itu syahid.Sesetengah umat Islam berpendapat disebalik. Siapakah yang benar fatwanya?
Mari kita menganalisa!
Pemimpin PAS mengatakan mereka itu syahid berdasarkan kematian mereka menentang pemerintah yang 'zalim' ! Walhal jelas didalam AlQuran dan Hadis ada menerangkan bagaimana sepatutnya hubungan rakyat kepada pemerintah. Kepada pemimpin dan para pengikutnya dan jugak orang-orang yang menyokong mereka berpegang dengan apa yang diyakini oleh pemimpin atau ulamak mereka tanpa membuat selidikan yang mendalam ataupun pengetahuan. Sebenarnya kebenaran mengenai sesuatu yang menjadi perbalahan akan terungkai permasalahannya jika umat Islam itu sedar dan faham.
Senang saje nak faham,semoga kamu baca dengan teliti dan fikirkan.
Yang dikatakan ulamak atau pemimpin PAS mengatakan syahid kerana menentang pemerintah yang 'zalim' tetapi tidakkah kamu semua berfikir bahawa ulamak yang mengeluarkan fatwa itu menjadi sebahagian daripada pembuat undang-undang pemerintah yang dikatakan 'zalim' itu! Sudahlah pulak seperti itu malahan segala kemudahan yang disediakan oleh pemerintah yang 'zalim' itu dibalunnya termasuk gaji serta allowance sebagai pembuat undang-undang.
Apa! Tak dak percaya ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 2-11-2008 05:53 PM
Islam adalah agama yang praktikal,mudah,tepat. Islam itu dikatakan ada penyelesaian terhadap semua masalah. Tetapi kenapa keadaan umat Islam tidak seperti yang disebut? Berbalik kepada umat ...
Biasak larrrr...ularmak ameno..mana berani nak keluarkan fatwa kalau benda tu bercanggah dgn pendapat pemimpin ameno...jgn jadi mcm Arwah bekas mufti selangor bila kuarkan fatwa yg betul..kena pecat...kena gam.....itulah kenyataannyerrrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
ulamak wababi eh wahabi pun bahaya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 bangauhitam's post
mcm mana ulamak nak bagi komen kalu awal2 lagi dah bagi warning.........sbb tu org yg alim tak mahu makan gaji takut pd Yang Maha Berkuasa....... |
|
|
|
|
|
|
|
siapa ulama' dlm UMNO, Pak Lah ker? |
|
|
|
|
|
|
|
ADE KE ULAMAK LAGI ? KALAU ADE PUN RASE AKU MENYEMAK SAJA...KALAU SETAKAT AMEK GAJI BULAN TAPI TAKUT UTK MENEGUR PEMIMPIN BUAT APE ? LU PIKIRLAH SENDIRI |
|
|
|
|
|
|
|
ni nak politik ke apa ni? kalau nak politik, kena transfer ke bod LP. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm... neh kena tengok dulu sebelum campak ke MM neh.. board MM tak accept thread yg ada unsur-unsur politik macam neh... tajuk thread dah OK, but kena kawal sket supaya tak meleret pegi masuk politik
[ Last edited by antiQue at 3-11-2008 08:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Mod MM kenalah PM kepada Mod CI,kenapa mesti pindahkan ke MM!
Agarnya,dia tak baca dulu hanya tengok tajuk saje kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
pening baca kalau agama di politik kan |
|
|
|
|
|
|
|
salah satu tanda akhir zaman.. |
|
|
|
|
|
|
|
afat lisan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|