|
Alangkah bertuah 10 sahabat nabi saw kerana telah confirm bakal masuk syurga....
Mereka mengetahuinya ketika masih hidup...bertuahnya mereka.
Namun kita belum tahu lagi alamat kita..syurga atau neraka...
Semua inginkan syurga,namun bukan mudah ke sana....
Semua takutkan neraka,namun kdg2 alpa dan lalai...
Tiada seorg pun yakin dia akan ke syurga....
Jadi,bgmana mendapatkan keyakinan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 saatcham\ catat
ciri ciri calon penghuni surga
Ada beberapa nama surga yang disebutkan dalam AlQuran, antara lain firdaus, Aden, Na抜im, ma抴a, dan darussalaam. Masing-masing memiliki kriteria penghuninya. Sebagaimana yang diterangkan di dalam AlQuran. Berikut adalah ciri-ciri orang akan memasuki surga firdaus :
Beriman
Khusu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 saatcham's post
Golongan Yang Masuk Syurga
Sebuah hadis diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa Baginda S.A.W. bersabda
Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan (ihda wa sab'ina firqatan). 1 golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang 70 dalam neraka. Orang-orang Nasrani pula berpecah menjadi 72 golongan, 71 golongan mereka dalam neraka, dan 1 golongan dalam syurga. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam tangan kekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada 73 golongan, 1 golongan berada dalam syurga dan 72 dari mereka dalam neraka'
Menurut hadis tsebut hanya 3 golongan sahaja akan masuk syurga , 1/71 dr kaum yahudi, 1/72 dari kaum nasrani dan 1/73 dari umat Nabi Muhamad.
Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar manusia berada dalam kesesatan seperti dalam firmanNya.
揇an jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak golongan yang berada dia tengah2 antara syurga dan neraka. Iaitu timbangan amal dan jahatnya sama berat. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 pepasir\ catat
pernah x dgr 1 kebaikan pahalanya bersamaan dgn 10 dan 1 kejahatan dosanya tetap 1 . Jadi klu timbangan amal baik dan jahat sama berat. Itu sbnarnya kejahatan yg dilakukan adalah lebih byk dari kebaikan. Betul x ? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 syazmin_husna\ catat
Rasa ada hadislah pasal kisah duk tengah2 antara syurga dan neraka ni yang akhirnya manusia ni masuk syurga jugak kesudahannya. Tapi tak tau pulak akak hadis mana. Pernah dengar kat majlis ilmu lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syazmin_husna at 10-11-2008 02:31 PM
Golongan Yang Masuk Syurga
Sebuah hadis diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa Baginda S.A.W. bersabda
Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada 71 golongan (ihda wa sab ...
Kalau tak silap pernah terdengar dan terbaca bahawa semua org Islam akan akhirnya masuk ke syurga, KECUALI org Islam yg syirik/menyekutukan Allah.
Soalannya;
Kalau berpandukan apa yg aku dengar & baca tu, maksudnya lagi 72/73 umat Nabi Muhammad yg masuk ke syurga tu AKHIRNYA akan masuk ke syurga setelah menerima balasan di neraka?? Ok, dlm 72/73 tu, tolak la sedikit bilangan yg menyekutukan Allah dan tidak bertaubat.
Soalan kedua;
Boleh jelaskan lebih lanjut bagaimanakah mereka itu (Nasrani & Yahudi) yg terdiri drpd 1/72 & 1/71 respectively boleh masuk syurga?
Adakah mereka ini benar2 ahli kitab yg beriman dgn kitab terdahulu?
Pernah terdengar kupasan tafsir al-quran oleh ust zahas..something kat radio IKIM tentang Yahudi yg masuk syurga. Mereka ini sebenarnya asal Bani Israil..keturunan yg bagus..SEKARANG INI SAHAJA YAHUDI MENYALAHGUNAKAN NAMA ISRAEL utk negara mereka..
Minta penjelasan dprd yg tahu..
Thanks.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pepasir at 10-11-2008 07:22 PM
Rasa ada hadislah pasal kisah duk tengah2 antara syurga dan neraka ni yang akhirnya manusia ni masuk syurga jugak kesudahannya. Tapi tak tau pulak akak hadis mana. Pernah dengar kat majlis ilmu lah.
Bukan hadis,tapi ayat Quran rasanya,Tuan boleh rujuk dalam Surah Al-A'raaf 7:46-
"Dan di antara keduanya (Syurga danNeraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding dan di atastembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenaltiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan Neraka) itu, dengan tandamasing-masing dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam,katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu). Sedangmereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangatmemasukinya. "
"Dan apabila dialihkan pandanganmereka ke arah ahli Neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhankami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim."
"Dan orang-orang yang berada di atastembok Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang merekakenal dengan tandanya, dengan berkata: Nampaknya kumpulan kamu yangramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamusombongkan dahulu tidak dapat menolong kamu."
"(Mereka bertanya pula kepadaketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): Itukah orang-orang yangkamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akanberoleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka): Masuklahkamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatuyang tidak baik) terhadap kamu dan kamu pula tidak akan berdukacita."(Surah Al-A'raaf 7: 46-49) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 RedDevils\ catat
Hadis di atas saya jumpa dlm sebuah artikel. Asalnya artikel tu panjang saya hanya paste separuh sahaja. Ini adalah sambungannya. Tapi bukankah umat Nabi Muhammad (s.aw) adalah seluruh umat akhir zaman tdiri drpd org islam dan bukan islam ?? maknanya 73 golongan bkn hanya org islam tp tmasuk org bkn islam. Betul kan??
Rasullullah (SAW) ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?". Jawab Baginda "Jama'ah"
Termasuk ke dalam golongan yang selamat ini ialah jumhur ummat Islam dan golongan terbanyaknya (al-sawad al-a'zam) yang terdiri daripada para pengikut Imam-imam Malik, Shafie, Abu Hanifah Auza'i, Thauri dan Daud Zahiri.
Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakantujuh puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan.
Pertama, kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja'Ali dan keluarganya; mereka sampai tidak mengakui khalifah-khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman. Mereka ini berpecah menjadi 22 golongan.
Kedua, golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Sayyidina 'Ali r.a. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. Pada pandangan mereka, orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir. Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi 20 golongan.
Ketiga,kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai sifat-sifatnya, dan bahawa manusia melakukan amalnya sendiri dengan bebas merdeka, dan bahawa Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga, dan bahawa orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka; mereka juga beranggapan bahawa Mi'raj Nabi S.A.W. adalah dengan roh sahaja. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi 20 golongan.
Keempatnyaialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa, maka itu tidak mendatangkan mudarat bila ia sudah beriman, sebagaimana katanya bila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada 5 golongan.
Kelimanyaialah golongan Najjariyah yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifat-sifat. Mereka berpecah kepada 3 aliran
Keenamnyaialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa; usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. Mereka terdiri daripada 1 golongan sahaja.
Ketujuhnyaialah kaum Musyabbihah, iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia, umpamanya Tuhan ada tangan, ada kaki, duduk atas 'Arsy, naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Mereka terdiri dari 1 golongan sahaja.
Dengan itu maka jumlah mereka semua adalah =22+20+20+5+3+1+1 = 72 golongan.
Golongan yang selamat ialah golongan yang satu sahaja iaitu golongan Ahli' Sunnah wal-Jama'ah.
Sebagai reaksi daripada apa yang timbul itu yang membawa kepada timbulnya berbagai firqah itu, maka timbullah golongan Ahli's-Sunnah wal-Jama'ah yang diketuai oleh dua orang ulama' besar dalam Usulu'd-din iaitu Syaikh Abu'l Hasan al-Ash'ari radiya'Llahu 'anhu dan Syaikh Abu Mansur al-Maturidi radiya'Llahu 'anhu. Dari segi 'aqidah seseorang itu boleh dipanggil Sunni sahaja, yang menunjukkan bahawa ianya adalah tergolong ke dalam golongan Ahli's-Sunnah; ataupun ia boleh dipanggilkan Asy'ari atau Asya'irah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 RedDevils\ catat
Bani israil tdiri daripada 12 suku merupakan keturunan anak-anak Nabi Yaakob yg tdiri drp 12 org. Sbb tu org yahudi bangga krn mrk dr keturunan Nabi dan kebanyakan nabi-nabi dipilih dr keturunan bani israil. Sehingga mrk mnolak kerasullan Nabi Muhammad(s.aw). x hairanlah klu ada golongan diantara mrk yg benar2 beriman krn apa yg kita tahu salah seorang anak nabi yaakob adalah nabi Yusuf. Dan Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman adalah dari keturunan bani israil dan ramai lagi yg nama mereka x disebut dlm Al-Quran tp diangkat sbg Nabi diantara Nabi Samuel dan Nabi Yushak.
[ Last edited by syazmin_husna at 11-11-2008 10:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks syazmin_husna for the explaination. |
|
|
|
|
|
|
| |
|