View: 6204|Reply: 54
|
Jika Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengasih..kenapa Dia
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum
Tadi, saya pergi breakfast dengan colleague saya, tetiba dia tanya saya dua soalan yang membuatkan saya berfikir:
1) Jika Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengasih, kenapa Dia biarkan Iblis berlakon jadi ular (saya rasa dia cedok dalam Bible, tapi dia cuba maksudkan akan peniupan yang dilakukan Iblis) dan kemudiannya membiarkannya menipu Adam dan Hawa?. Kenapa Dia buat begitu kepada Hawa dan Adam??
2) Selepas Adam dan Hawa berjaya ditipu oleh Iblis, maka Allah campakkan mereka ke dunia..dan pada ketika itu, Allah hanya menutup bahagian kemaluan mereka berdua menggunakan daun dari syurga (ini saya keliru sikit, maybe dia ada campur dengan version Bible kot, sebab saya pun pernah terbaca dalam Bible). Tapi kenapa, sekarang, wanita kena pakai tudung dan kena 'cover' payudara mereka dan juga rambut mereka, sedangkan pada awalnya, Allah hanya cover bahagian kemaluan Hawa..Ada tak peristiwa yang mengakibatkan penurunan undang-undang tersebut??
Saya tak tahu nak jawab..takut nak jawab, takut nanti tersalah bagi pendapat
[ Last edited by eastrun at 8-11-2008 11:28 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 eastrun\ catat
1. Sebelum peristiwa Iblis derhaka kepada perintah Allah SWT supaya sujud kepada Adam A.S semuanya hidup di Syurga. Mulai saat itu Iblis telah memohon daripada Allah SWT agar diberi kebenaran untuk menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat dan permohonan ini di persetujui Allah. Maka Saat itu Iblis dan sekutunya adalah musuh yang nyata kepada manusia termasuk Adam dan Hawa. Dan janji ALLah kepada Iblis bahawa manusia tidak akan sesat jika sentiasa mengingati suruhan dan meninggalkan larangannya. ( Dalam Buku Kisah Nabi-nabi)
2. Berkaitan dengan membiar Iblis tidak timbul sama sekali kerana manusia telah dianugerahi akal dan fikiran....manakala penciptaan ADAM A.S adalah lebih istimewa dari makhluk-makluk lain manakala pengetahuan ADAM A.S adalah mengatasi mahkluk lain.
3. Berkaitan dengan penutupan aurat pula saya tidak arif bila ianya di periintahkan. Namun apa yang saya faham ialah setiap Rasul yang dutuskan adalah membawa kebenaran pada zamannya...dan dalam Bible sendiri ada menyatakan akan di utuskan seorang Rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad SAW membawa kebenaran untuk semua umat manusia.
Berhatii-hatilah dengan org-org yang sentiasa untuk melemahkan keimanan kita...terutamanya dua golongan yang ada disebut dalam Al-Quran. Di mana dua golongan ini tidak akan senang selagi org lain tidak mengikut cara mereka.
kalau saya silap betulkan saya, TQ.
[ Last edited by sayawifenikmie at 8-11-2008 12:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 eastrun\ catat
laa...masih hairan lagi ka kenapa Tuhan susahkan manusia?
kan Tuhan dah kata tujuan penciptaan manusia adalah untuk diuji siapa yg diantara kita yang membuat baik siapa pula yang memilh jalan kejahatan...ini utk soalan satu...
terjadinya kisah mereka ditelanjangkan pun ketika mereka dibuang.....sapa kata mereka kekal dgn keadaan begitu???mana ada kisah yg mengisahkan mereka terus menerus berpakaian daun.....
sebenanya baju dan seluar, kalau takdak hukum pun org akan pakai...baju adalah keperluan manusia....
tak da sapa suka pakai daun...
[ Last edited by ussopp at 8-11-2008 01:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 ussopp\ catat
ai baca sekali sahaja akan post dia, ai faham tang yang daun itu. Apa yang dia maksudkan ai rasa, dia nak tahu, memandangkan Adam dan Hawa turun dengan tidak ditutup dada (tetek) dan rambut tidak ada yang bertutup, gimana sadenli part-part yang tidak tutup itu jadi aurat pula (correctkan me if im wrong kay) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 nyahkertu\ catat
kan dah cakap, mereka ditelanjangkan ketika Allah murka, jadi itu bukan bermakna mereka boleh terus telanjang.
itu hanya akibat Allah murka.
maka kita tidak bolehlah ambil keadaan mereka telanjang ketika itu sebagai alasan bahawa manusia tidak perlu berpakaian.
kalaulah anda dihukum sebat, dan semasa disebat anda kena bukak seluar utk dirotan.....
adakah itu bermakna selepas disebat anda perlu terus tak pakai seluar....
tentu lah lepas kena sebat tu kena pakai seluar balik.
[ Last edited by ussopp at 8-11-2008 02:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 慉hlulBait抎an hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)
Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: 揫i]Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalil Menutup Aurat
Aurat ialah sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya.
Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-Qur抋n dan hadis. Antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Tafsirnya: 揥ahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup 慳urat kamu, dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.擺/size]
(Surah al-A憆aaf : ayat 26)
Firman Allah Ta慳la lagi:
Tafsirnya: 揇an katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang 慳urat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.擺/size]
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2006/ic8_2006.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 sayawifenikmie\ catat
Dalil dari Al-Quran yang mengatakan rambut perlu ditutup ada tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 eastrun\ catat
sekarang anda nak persoalkan apa.....?
dalam post satu, anda bertanya tentang tidak perlunya cover payudara kerana atau bahagian badan selain kemaluan kerana hawa turun ke bumi begitu.....
sy sudah nyatakan kita tidak boleh mengambil kira keadaan telanjang hawa ketika itu sebagai rujukan kerana ketika itu mereka sedang dihukum. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 ussopp\ catat
ussopp, ko tak faham
Sekarang kawan aku tanya aku, since hawa dulu just cover dia punya kemaluan je, habis kenapa payudara dan rambut tidak dicover?.
Kenapa tiba-tiba payudara kena cover (sayawife dah jawab)
Kenapa kena cover rambut? (ini yang aku tengah cari, tapi aku tak jumpa)
Kawan aku ni tak berapa nak ngam sangat dengan hadis, apapun dia nak Quran yang cakap benda tu wajib atau tidak. Ko patutnya membantu aku dan bukannya fikir aku nak menghentam agama aku sendiri. Aku buka lagi satu thread kat RSF, kat situ aku nak kupas pandangan agama lain, yang mungkin boleh aku jadikan bahan untuk dipersembahkan kat kawan aku tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 8-11-2008 02:27 PM
sy sudah nyatakan kitatidak boleh mengambil kira keadaan telanjang hawa ketika itu sebagairujukan kerana ketika itu mereka sedang dihukum.
...
. Sila kemukakan dalil bahawa telanjang itu adalah salah satu hukuman ketika itu.Thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 eastrun\ catat
baiklah, saya tiada dalil....
tetapi mengikut kisah Adam dan hawa, mereka ditelanjangkan selepas mereka makan buah tu.....
maknanya.....?
ketika Allah murka tu lah mereka ditelanjangkan.....bukannnya mereka siap sedia telanjang....
jadi mana boleh kita rujuk keadaan mereka "DITELANJANGKAN" sebagai sesuatu yang membolehkan kita telanjang....
bukannnya mereka yang mahu telanjang, tetapi Allah telanjangkan mereka kerana mereka melanggar perintah Allah.....menunjukkan Allah sedang murka ketika itu....
kalau Allah tak murka, adakah kamu rasa Adam dan Hawa akan ditelanjangkan?
faham dak eastrun...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 eastrun's post
KAN DAH ADA DALILNYA TUH DI DLM SURAH AN NUR AYAT 31 ...
PERHATIKAN BETUL2 AYAT BERKAITAN " TUDUNG KEPALA " TUH ...
WALLAHU A'LAM ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 ussopp's post
RASANYA DI DLM ALQURAN WUJUD ISU NABI ADAM AS & HAWA " TERTANGGAL PAKAIANYA " TUH ....
KENA MUTALA'AH ( ULANGKAJI ) BALIK DI DLM ALQURAN ANTARANYA SURAH ALBAQOROH, AL A'ROF , SURAH TOHA , SURAH SOOOD DLL ....
WALLAHU A'LAM .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 ussopp's post
SAYA BERSETUJU DGN PENDAPAT ABG USSOPP ...
ISU PAKAIAN " NABI ADAM AS & HAWA " TERTANGGAL ITU BUKANLAH DALIL UTK KITA BERBOGEL @ SEKSI @ TIDAK MAHU MENUTUP AURAT MENURUT SYARA' DLL ....
MAKNANYA KITA KENA RUJUK PD SUNNAH ( HADIS ) PULAK ... SEBAB ASAS SYARIAT HUKUM2 ISLAM ITU BERDASARKAN ALQURAN & HADIS A.K.A SUNNAH NABI SAW ....
WALLAHU A'LAM ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 sirri_khafi\ catat
biar dulu sirri khafi......
saya sebenarnya nak beritahu dia bahwa argumentnya membawa kisah adam dan hawa yang telanjang itu
untuk menunjukkan manusia tidak perlu menutup aurat adalah tidak valid langsung.....
tak berasas.....
kerana mereka ditelanjangkan oleh Allah bukan bermakna manusia boleh telanjang.....
tak perlu apa2 ayat quran pun, kita sepatutnya tahu yang cerita itu tak leh dijadikan rujukan. |
|
|
|
|
|
|
|
1. Saya tidak pasti ada atau tidak perintah menutup rambut secara khusus tetapi jika anda faham batasan aurat maka rambut termasuk dalam batasan aurat. Banyak pendapat berkaitan dengan batasan aurat ini dibincangkan oleh ulama...anda bolehlah membaca laman-laman web atau merujuk kepada ustaz/ustazah di tempat anda belajar.
Aurat wanita bagi laki-laki
[size=-1]Asy-Syafi'iyyah dan Al Hanabilah berpendapat bahwa seluruh tubuh wanita adalah aurat termasuk kukunya, Imam Ahmad berkata:" Seluruh yang ada pada tubuh wanita adalah aurat termasuk kukunya". Sedangkan Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat: "Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan."pendapat ini adalah pendapat jumhur ulama sebagimana yang dikatakan oleh DR. Yusuf al Qardhawi, dan permasalahan ini merupakan hal sudah diketahui sejak masa sahabat. [size=-1]Dalil-dalil Imam Malik dan Abu Hanifah Imam Malik dan Abu Hanifah mengambil dalil firman Allah swt. [size=-1] dalam ayat itu disebutkan tidak boleh menampakkan perhiasan mereka kecuali yang tampak, yaitu wajah dan telapak tangan. Said bin Jabir dalam menafirkan ayat ini berkata :"makna "kecuali yang tampak" ialah wajah dan telapak tangan, pendapat ini dikuatkan dengan sabda Nabi saw. Dari Aisyah ra. Ia berkata:"Sesungguhnya Asma bin Abi Bakar masuk ke kamar Rasulullah saw. sedang mengenakan pakaian tipis, maka Rasulullah memalingkan wajahnya seraya berkata :"Hai Asma sesungguhnya wanita jika telah berhaid, maka tidak boleh nampak darinya kecuali ini dan ini", sambil mengisyaratkan kepada wajah dan telapak tangan. Mereka juga menggunakan dalil aqli, yaitu dengan mengatakan: yang menunjukkan wajah dan telapak tangan bukan aurat ialah ketika shalat wanita menampakkan wajah dan telapak tangan padahal dalam shalat wajib menutup aurat, kalaulah wajah dan telapak tangan itu aurat pasti dalam shalat harus ditutup. Dan masih banyak lagi dalil-dalil yang lain. [size=-1]Dalil Imam Syafi'I dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam firman Allah ta'ala [size=-1] ditegaskan tidak boleh bagi wanita menampakkan "zina" mereka, zina itu terbagi kepada dua bagian. Pertama, zina yang berasal penciptaan dan kedua, zina yang dapat dicapai oleh manusia. Yang pertama ialah wajah, karena asalnya adalah indah dan sumber fitnah, sedangkan yang kedua ialah yang dapat dicapai dengan mempercantik diri, seperti make up dan lain sebagainya. Dalam ayat itu haram bagi wanita menampakkan zinanya dan ia harus menutup seluruh perhiasan yang ada padanya, termasuk wajah dan telapak tangan. Wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 sayawifenikmie\ catat
boleh quote tak ayat tu dari surah mana dan ayat ke berapa...thanks kerana sudi tolong |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 ussopp\ catat
Baru aku faham, dan boleh aku terangkan kepada colleague aku tu. Tapi kalau ada ayat Al-Quran lagi mantap. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 ussopp\ catat
so actuallynya, dalam syurga tu apa yang Adam dan Hawa pakai? |
|
|
|
|
|
|
| |
|