CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5126|Reply: 23

Berniaga Kongsi Adik Beradik

[Copy link]
Post time 13-11-2008 12:14 AM | Show all posts |Read mode
ada sesape nak share experience?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 12:21 AM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 13-11-2008 12:14 AM
ada sesape nak share experience?


Ada baik dan ada yang buruk. Ada baiknya kita cerita yang baik dahulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 12:31 AM | Show all posts

Balas #2 WonBin\ catat

set company, niat nak tolong adik beradik, fikir bila adik beradik kerja dengan orang, kena tunggu hujung bulan baru boleh dapat duit (gaji), tapi kalau berniaga sendiri, anytime agak2 nak pakai duit, pakailah.."apasalahnya, sama2 berniaga, sama2 senang (sebab tengah senang), sama2 susah (opps, masa cakap tu belum susah lagi).

bila senang, mak abah pun senyum, balik kg, kalo berkumpul, citer pasal bisnes yg positif ajee... mak abah seronok, anak2 tak bergaduh...

ada kerja kat luat, boleh tinggalkan company pada adik beradik... alah adik beradik mestilah jaga company tu baik2, bukan company orang lain, company dorang juiga, dan kita pergi dengan penuh senang hati

dude - indah nya berniaga beginikan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 12:49 AM | Show all posts
pada saya banyak baiknya. banyak dapat sumbang idea, especially klu semua otak biz. ini pemerhatian saya pada keluarga mertua. biz adik beradik, ada jadi ingineer, jadi manager, arcitect even accountant dalam co sama. (pandai pulak tok diorg atur suruh amik bidang beza2 ek) bila untung share sama2. maknanya bukan kaya sorang2. contohnya, sorg pakai kereta merc, semua adik beradik dapat hadiah sama.walaupun bukan semua menyumbang pada keuntungan syarikat. bila anak nak belajar, tak kira anak sapa, company boleh tolong support. every year bila ada untung bagi adik beradik walaupun yg dah tak kerja. bila kurang untung pun sesama tolong, bantu membantu.
bila ada peluang tak lokek share dengan sahabat handai. tak makap sorg2. tak lupa anak yatim, org miskin, dll. tapi mungkin pasal didikan kekeluargaan buat diorg rapat sesama sendiri. dan diorg selalu kata apa yg diorg dapat akan diguna semula untuk tolong org lain pulak. mungkin sbb ni allah selalu bg diorg rezki.

belah saya pulak lain, ada jer yg tak kena. biz gerai makan pun boleh nak iri hati sama sendiri. ntahlah apa nak jadi. mungkin kami bukan dibesarkan dgn budaya berniaga.
tapi ini semua ada hikmah, buat saya nampak, kita semua berbeza2.yg baik jadikan teladan, yg tak elok jadikan pengajaran untuk didik anak2 kita pulak supaya jaga hubungan kekeluargaan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 01:11 AM | Show all posts
Adik biasanya sanggup kerja untuk abang atau kakak walaupon dengan gaji yang sedikit rendah. Kalau bisnes kecik2, baik berpakat dengan adik beradik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 02:38 AM | Show all posts
saya tak pernah kongsi adik beradik, tapi berhasrat nak tolong adik beradik, tanpa derang bayar apa2, kita dahulukan barangan kita utk mereka jualan, apa yg boleh di katakan........


serikkkkkkkk!!!



banyak rugi!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2008 08:12 AM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 13-11-2008 02:38 AM
saya tak pernah kongsi adik beradik, tapi berhasrat nak tolong adik beradik, tanpa derang bayar apa2, kita dahulukan barangan kita utk mereka jualan, apa yg boleh di katakan........


serikkkk ...


setuju!!!!
nk tau nape?
aritu masa bln puasa, aku try la meniaga kuih raye ngn akak ipo aku..
masa sblm puasa tu dia dok pung..pang..pung..pang dok usya aku join dia meniaga..
mcm2 laaa ayat manis dia..
penyudahnye, kuih x laku...
sakit ati aku smpi skang nih :@   :@   :@
tahun depan jgn harap leeeee aku nk meniaga ngn ko lagik!!!

pastu ada ati lakkkk ajak laki aku meniaga bukak warung ngn dia..
baru ku tau dia tu 'meniaga buluh kasap...dapat ujung, pangkal lesap!!'
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:26 AM | Show all posts
Tengok juga. Kalau saya mmg saya elakkan berkongsi dgn adik beradik. Banyak buruk dari baiknya. Kalau sehaluan, mahu bertolak ansur tak apa, maksud saya yang mahu menerima teguran. Yelah, berniaga tak semestinya smooth jer, bila timbul masalah, kalau dgn pekerja kita boleh tegur, habis kat situ jer. Tapi kalau dgn adik beradik bila terasa hati, silap2 nanti mengadu dgn org tua macam2, benda kecil boleh jadi besar. Elok2 happy satu family dah berpecah belah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2008 09:31 AM | Show all posts
lagi satu kebaikan adik beradik,

bila perniagaan kecil2an, kedua2 adik dan abang bersungguh2 berniaga.

masalah akan timbul bila, kedua2 mempunyai impian perniagaan berlainan

seorang masih nak playsafe, buat kecil2an, lagi seorang nak membesarkan perniagaan, mula2 akan timbul, ko nak membesar ko kerjalah siang malam, aku comfort berniaga kecil, so pukul 10masuk, pukul 2ptg hilang... bila susah, "tulah pasal, nak berniaga besar, modal tak de", tapi bila senang, "mana buku cek, aku nak pakai duit"...

ada sesape yg pernah kena senario macam ni tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:32 AM | Show all posts
so far tak pernah ade pengalaman niaga adik beradik ni
tapi nampak, dengan mata kasar sahaja sebab dia customer elle,
satu kilang besar.. dan owner dia 2 rakan kongsi melayu.
bos nya punya la berhemah tinggi dan berbudi pekerti tinggi... bak kata org.. ikut resmi padi.. makin berisi makin tunduk... mmg elle tabik spring dengan bos2 dia org ni...
after client ni singn up the package dengan service yang elle tawarkan..
elle pun tanya lah.. after this nak deal dengan siapa.. sebab tak kan la hal2 small matter nak deal dengan MD.
kalau boleh elle nak deal dengan admin or hr je.. berkenaan dengan benda2 kecik.
owner company ni pun jawab.. takpe.. benda2 tu boleh gak deal dengan dia..
tup tap tup tap.. hari silih berganti... si adik kepada abg "MD" ni mula nak tunjuk kuasa..
jawatan HR Executive je.. tapi dia punya tunjuk kuasa mengalahkan MD!
mula lah payment kena hold... mulalah ape2 pertukaran, ape2 kertas kertas kerja.. dan ape2 sahaja semua deal dengan si HR executive ni...
payment elle di hold berbulan tanpa sebab yang munasabah..
elle di paksa keluarkan credit note atas sebab2 yang bongok..
mulalah elle rasa tidak puas hati dan buat temujanji dengan bos kelmari..
Si bos punyalah terkejut atas segala aduan yang elle beritahu..
terpancar dekat muka MD segala kebodohan si adik yang nak tunjuk kuasa tak kena tempat..
sebab geram punya pasal..
just imagine.. dia minta segala maklumat mengenai chemical.. ape jenis.. berapa harga..
kalau jenis chemical tu elle tak kisah.. tapi ttg harga tu... that is our costing.. margin untung mana boleh
tunjuk... tak pernah dia buat org!
after discuss dengan MD terus payment elle keluar minggu ni jugak..
pelik kan..  adik yang cuba nak tunjuk kuasa...
heheh.. kepada korang yang nak ambik adik beradik ni.. kalau boleh make sure adik2 anda tu betul2
bertauliah utk handle sesuatu tugas yang diberikan..
kalau tak pun lantik jadik assistant dulu...
memalukan company dan nama sendiri nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 09:42 AM | Show all posts
lagi satu kebaikan berniaga adik beradik...

agak2 bisnes dgn abang tak boleh makan banyak, lepas pukul 2ptg - buat bisnes sendiri, untuk masyuk sendiri, tak yah bagitau abanag, allaaaa, abang sibuk, takkan kena red handed kot! kalau kena pun, kelentong je kata tu utk company, kalau abang marah, balik mengadu kat mak, apa susah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 09:44 AM | Show all posts
lagi satu kebaikan berniaga adik beradik

boleh pakat dengan supplierr, up kan price, invois 2k, jadikan 5k, balik ofis, suruh aje abang sign cheque untuk payment. bila dah clear, balance 3k tu masuk poket sendiri... tulah bole melancong luar negara tiap-tiap tahun.


...oooooo..... bestnya berniaga adik beradik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:50 AM | Show all posts
tgk jenis perangai adik ebradik gak......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2008 10:13 AM | Show all posts
anyway, mana2 perniagaan pun akan ada orang2 yg bermain silap mata dengan wang syarikat.

lebih senang untuk kita ambil tindakan kalau orang tu bukan adik beradik kita

tapi kita akan lebih banyak makan hati, kalau yg aniaya kita tu adik beradik kita sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 10:28 AM | Show all posts
sy berniaga adik beradik.. tapi bukan perkongsian modal la

abah dah siap pesan... nak buat apa apa... takyah join sedara mara ke adik beradik ke kawan2 ke ...

so... nampak mcm bisnes adik beradik tapi sebenarnya bisnes sy sorang...

kepalanya sy, pekerjanya adik, adik ipar, laki...

untung dan rugi mmg total kat sy.. diorang ada keje ada gaji... sbb diorang tak kuar modal dan tak tau sy rugi ke tak ke

Alhamdulillah... ini adalah yg terbaik kot bg sy... kalau ada untung, meskipun mereka tak de hak kat untung tu, mereka tetap sy berikan sbg hadiah... samada elaun, bonus, travelling... mak bapak dan MIL pun tumpang sekaki

sebaik sahaja kedai siap... InsyaAllah taun 2009 nak start buat utk resort lak.. yg ni perlukan adik beradik nyer komitmen sebab diorang ada hak atas tanah tu... so nak tak nak mmg dinamakan bisnes adik beradik.. cuma... kena buat paper... semua kena sain setuju ke tak setuju

bukan mudah nak bisnes dgn adik beradik... esp kalau dapat jenis yg pemalas... angin ribut... org tengah sibuk2 dia tak nak buat keje... tu semua dah rasa... so... setiap pekerjaan kena sediakan plan B dan C... utk atasi... sambil2 tu kena selalu brainwash mereka yg sengal nih... yg bestnya... adik2 dan iparku ku tak mata duitan... tak dpt gaji pun mereka tak kisah dan sanggup berkorban... cuma masalah kalau tiba ribut taufan tropika jer.. masa tu... ahkak yg jadi puting beliung la...

[ Last edited by  tuna_sandwic at 13-11-2008 10:30 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:35 PM | Show all posts
aku partner dengan kakak dan abang.yang trading aku uruskan semuanya.diorang just dapat elaun bulanan je.tak leh kacau apa yang aku buat untuk kedai.semua urusan ditangan aku.aku bagi report every months.jika idea tu baik aku akan pertimbangkan dan masukkan dalam perancangan bulanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 08:58 AM | Show all posts
Aku ada bisness, adik berdik aku yg lain2 pun bisness juta2an...aku ribu riban aja, kecik aja...tapi kalu nak tahu...aku TAK AKAN SHARE bisness ngan adik beradik aku..sebab adik beradik aku semua dah kawen...well..kami adik beradik OK la..tp bila dah ada campur tangan dari bini/suami atau anak anak ...hubungan adik beradik yg akrab pun boleh jahanam. So the moral is...jgn la buat bisness adik beradik...kalau nak jugak...buat perjanjian dan sain kontrak bisness. Dah byk terjadi, org hilang sedara mara hanya kerana duit.......ingat la sebelum bergaduh di kemudian hari
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:28 AM | Show all posts
Salam..

Saya telah mencuba berniaga adik beradik selama 2 thn. Alhamdulillah OK.Berniaga adik beradik nie saya start untuk jualan Aidilfitri selam 2 thn berturut-turut..hasil nya OK.Yang involved abg dan adik. mereka menguruskan jualan saya di Melaka. So far masa ni tiada masalah. Masing 2 semangant utk teruskan pada thn2 akan dtg. kami ada pernacangan yg akan dtg insyaallah. pada sebelah keluarga mertua saya pun ada feedback yg Ok. Mereka berminat nak join bisness yang saya ceburi..Insyaallah saya dan adik beradik tgh membuat perancangan utk maju kedepan lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 12:03 PM | Show all posts
payah.  kudrat keluar, sengkang mata sampai kul 3,4 pagi.  barang laku, tapi bahagian tak dapat.  hilang camtu aje. sampai la ni dah dekat 2 tahun lebih.  bila mintak, manjang takde jawapannya.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 12:13 PM | Show all posts
aku tak buat bisnes adik beradik pun.. sebab adik beradik ada bisnes sendiri..depa dammnn modal je... tapi betul kata badai... tgk jenis adik beradik gak... ad ayg ok ada yg tak ok...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.265502 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list