CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3255|Reply: 24

Mari kita bincang mengenai fatwa yang baru ini....

[Copy link]
Post time 13-11-2008 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Mufti Perlis: Boleh nasabkan anak kepada suami ibu sekalipun perkahwinan kurang daripada enam bulan
PETALING JAYA: Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut:


揂nak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 02:32 AM | Show all posts

Hmmm...

Originally posted by dongor at 13-11-2008 11:33
Mufti Perlis: Boleh nasabkan anak kepada suami ibu sekalipun perkahwinan kurang daripada enam bulan
PETALING JAYA: Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. M ...




Aku ingat lagi kes ni ada pernah dibincangkan satu masa dahulu... Memang boleh nampak pro and kon lar jugak... Tempoh kurang dari 6 bulan tu diberikan atas alasan masa tu janin belom lagi ditiupkan rohnya... Dan itulah jugak alasannya aku ingat satu ketika dahulu kenapa ada pendapat yang 'membenarkan' kandungan digugurkan...

Memang... Jika ini dibenarkan ia dapat menutup aib bukan ajer kepada sesetengah pasangan yang 'terbabas'... Tapi jugak 'anak' mereka... Lagi pong itu kan keturunan mereka jugak... Jadi kira takde lar salahnya... Tapi aku jugak takot jika ini dibenarkan takot nanti makin ramai pulak pasangan yang 'terbabas' sebelom kaweng... Jika ini berleluasa mana lagi 'keturunan' yang 'unggul'...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 08:25 AM | Show all posts

Reply #2 AceHand's post

Pasal ruh ditiupkan tu 4 bulan la ikut hadith.

6 bulan tu saya taktau mai mana, tapi ni kes kahwin tak sampai 6 bulan dah nak beranak sure la anak tu anak luar nikah, tak kira la bapa sebenar bayi tu siapa....

Persoalannya, nak 'bin'kan siapa? tu masalahnya dan fatwa pun dikeluarkan.... kalau bapa mengaku anaknya mudah cerita dibinkan, tapi malu la nak ngaku terang2 dah 'buat' sebelum kawen.

* Jadi kalau anak tu perempuan tetap haram bersentuhan dengan suami ibu nya itu, jadi dalam bab ini macamana pulak nak di buat, nak biarkan begitu saja ke sebab nak tutup aib yang lalu, yang haram sekarang buat tak tau je.....


kalau bapa tiri pula macamana hukumnya dengan anak perempuan si ibu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by AceHand at 14-11-2008 02:32 AM


Aku ingat lagi kes ni ada pernah dibincangkan satu masa dahulu... Memang boleh nampak pro and kon lar jugak... Tempoh kurang dari 6 bulan tu diberikan atas alasan masa tu janin belom lagi ditiupkan rohnya... Dan itulah jugak alasannya aku ingat satu ketika dahulu kenapa ada pendapat yang 'membenarkan' kandungan digugurkan...

Memang... Jika ini dibenarkan ia dapat menutup aib bukan ajer kepada sesetengah pasangan yang 'terbabas'... Tapi jugak 'anak' mereka... Lagi pong itu kan keturunan mereka jugak... Jadi kira takde lar salahnya... Tapi aku jugak takot jika ini dibenarkan takot nanti makin ramai pulak pasangan yang 'terbabas' sebelom kaweng... Jika ini berleluasa mana lagi 'keturunan' yang 'unggul'...?


pasangan terbabas sebab NAPSU ke sebab FATWA...?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 09:54 AM | Show all posts

Hmmm...

Originally posted by mnm77 at 14-11-2008 08:25
Pasal ruh ditiupkan tu 4 bulan la ikut hadith.

6 bulan tu saya taktau mai mana, tapi ni kes kahwin tak sampai 6 bulan dah nak beranak sure la anak tu anak luar nikah, tak kira la bapa sebenar ...




Bulan 4 yer...? Aku kurang ingat lar step dia... Dah lar buku rujukan aku takde kat sini... Ko ingat lagi tak step alaqah mudgahh hapa tu semer...?


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:01 AM | Show all posts

Hmmm...

Originally posted by Hang at 14-11-2008 09:47


pasangan terbabas sebab NAPSU ke sebab FATWA...?   




Itu lar... Nanti karang takot ramai lak take advantage...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2008 12:00 PM | Show all posts
Bulan 4 yer...? Aku kurang ingat lar step dia... Dah lar buku rujukan aku takde kat sini... Ko ingat lagi tak step alaqah mudgahh hapa tu semer...?



Surah Al-Mukminun:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. [12]
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. [13]
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi 'alaqah (sebuku darah beku) lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi mudghah (seketul daging); kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. [14]


`Abdullah bin Mas`ud (May Allah be pleased with him) reported: Messenger of Allah (PBUH), the truthful and the receiver of the truth informed us, saying, "The creation of you (humans) is gathered in the form of semen in the womb of your mother for 40 days, then it becomes a clinging thing in similar (40 days), then it becomes a lump of flesh like that (40 days), then Allah sends an angel who breathes the life into it; and (the angel) is commanded to record four things about it: Its provision, its term of life (in this world), its conduct; and whether it will be happy or miserable. By the One besides Whom there is no true god! Verily, one of you would perform the actions of the dwellers of Jannah until there is only one cubit  between him and it (Jannah), when what is foreordained would come to pass and he would perform the actions of the inmates of Hell until he enter it. And one of you would perform the actions of the inmates of Hell, until there is only one cubit between him and Hell. Then he would perform the acts of the dwellers of Jannah until he would enter it.''
[Al-Bukhari and Muslim].

[ Last edited by  mnm77 at 14-11-2008 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 12:16 PM | Show all posts
Kalau dia kawin 7 bulan sebelum meahirkan kerana melakukan zina sebelum nikah & janin masih belum ditiupkan roh ke dalamnya, status anak tu tetap anak luar nikah jugak kan?

Fatwa itu hanya untuk menutup aib keluarga tanpa menghalalkan status anak itu ya tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 02:18 PM | Show all posts

* Jadi kalau anak tu perempuan tetap haram bersentuhan dengan suami ibu nya itu, jadi dalam bab ini macamana pulak nak di buat, nak biarkan begitu saja ke sebab nak tutup aib yang lalu, yang haram sekarang buat tak tau je.....


- kalau anak pompuan tu memang anak lelaki tu, tapi sebab dia status anak luar dikira sebagai mahram... ini bermakna anak tu boleh berkawen dengan bapa sendiri...
- apakah ko nak menghalalkan anak itu berkawen dengan bapa sendiri ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 12:16 AM | Show all posts
Maka mengikut fatwa Imam Syafie bahawa anak luar nikah itu boleh berkahwin dengan bapanya sendiri.
Bolehlah pikir sendiri kot??
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 12:37 AM | Show all posts
dari kitab imam shafie mana kata anak luar nikah boleh kawin dengan bapak dia sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 01:09 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 15-11-2008 12:37 AM
dari kitab imam shafie mana kata anak luar nikah boleh kawin dengan bapak dia sendiri?


Cuba tanya kat mufti Perlis tu yang menolak pendapat Imam syafie bahawa boleh mengahwini anak luar nikahnya sendiri. Wahabi memang tak mengikut 100% mazhab Shafi'i.

...Umpamanya, pendapat mazhab al-Syafii, yang membolehkan bapa berkahwin dengan anak zinanya, barangkali tidak wajar dipertahankan terutama ketika menerangkan Islam kepada dunia....
http://drmaza.blogspot.com/2007_07_01_archive.html

Heheh...kalau dikatakan ada dalam Fatawa al'Majmu' mungkin nak tahu juga mukasurat berapa, cetakan mana, berapa harga dsbnya kan...
Tanya sajalah kat mufti yang akan tamat kontrek tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 11:45 AM | Show all posts
kawan,
kau hanya twist ayat-ayat sahaja.  asalnya kau kata fatwa imam shafie.  yang bermaksud, imam Idris Muhammad al-Shafie memberi pendapat bahawa.....
Maka mengikut fatwa Imam Syafie bahawa anak luar nikah itu boleh berkahwin dengan bapanya sendiri.


pastu kau letak pulak statement MAZA.  Tapi dua-dua statement tu tak sama.  MAZA cerita pasal pendapat ulamak di dalam mazhab shafie.
Pandangan mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untuk dinilai pihak lain. Maka kita berhak mengambil pandangan lain yang pada nilaian kita lebih dekat kepada fakta dan mampu menterjemahkan wajah Islam. Umpamanya, pendapat mazhab al-Syafii, yang membolehkan bapa berkahwin dengan anak zinanya, barangkali tidak wajar dipertahankan terutama ketika menerangkan Islam kepada dunia. Apakah Islam yang mengharamkan mengahwini seseorang wanita hanya kerana susuan akan menghalalkan anak zina? (lihat: Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 3/200, Beirut: Dar al-Kutub al-慖lmiyyah 1987).

Demikian juga jika pendapat awal ulama al-Syafii dikekalkan yang mensyaratkan urusan jual beli mempunyai lafaz, tentu sukar untuk kita membeli minuman atau makanan dari mesin-mesin canggih yang ada. Bahkan di sana banyak perkara yang menuntut seorang Muslim melihat luar dari kerangka mazhabnya terutama tentang hubungan dengan bukan Muslim, zakat, wakaf, perkahwinan dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 06:56 PM | Show all posts
Janin berusia enam bulan sudah pun bersifat malah ada setengah tu boleh hidup jika dilahirkan dan dijaga dengan baik di hospital.

Persoalannya, jika anak tersebut perempuan dan dibinkan dengan nama bapanya yang telah disahkan dengan ujian DNA yang bayi tersebut memang sah anak dari benih lelaki tersebut, maka membesar anak itu dengan bapa yang boleh dinikahinya. Persoalah lagi, bagaimana dengan aurat anak tersebut dengan bapanya? Bagaimana pula pergaulan anak tersebut di dalam rumah mereka? wajarkan anak tersebut bergurau senda seperti anak-anak yang lain dengan bapa sah mereka?

Berbalik dengan ujian DNA yang memang tidak disentuh dalam fatwa tersebut. Saya mengatakan di sini kerana banyak kejadian wanita selaku ibu kepada bayi yang dikandung tidak sah tersebut ada sesetengahnya melakukan persetubuhan dengan lain-lain lelaki juga. Sebab itulah majlis fatwa harus mengambil kira ujian DNA harus dijalankan terhadap bayi pasangan yang menikah dan melahirkan anak setelah enam bulan berkahwin.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 08:34 PM | Show all posts
Itu maknanya pegangan negeri perlih bapak TAK boleh menikah dengan anak, walau anak zina sekalipun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 08:43 PM | Show all posts

Balas #15 kupia\ catat

...Tapi boleh dibinkan...??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by pepasir at 16-11-2008 08:43 PM
...Tapi boleh dibinkan...??
[quote]Di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islamsecara dibinkan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurangdaripada enam bulan. Dalam ertikata lain anak tersebut dianggap anakluar nikah.

"Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkankepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapatihanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yanglain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidakberdosa dalam perkara tersebut," jelas Dr Asri.

Pihak ibubapa pula, amat sukar untuk menerangkan masalah tersebutkepada anak berkenaan kerana itu akan membuka aib yang telah cubaditutup.


Pandangan mazhab sebahagian besarnya adalah ijtihad yang terdedah untukdinilai pihak lain. Maka kita berhak mengambil pandangan lain yang padanilaian kita lebih dekat kepada fakta dan mampu menterjemahkan wajahIslam. Umpamanya, pendapat mazhab al-Syafii, yang membolehkan bapaberkahwin dengan anak zinanya, barangkali tidak wajar dipertahankanterutama ketika menerangkan Islam kepada dunia. Apakah Islam yangmengharamkan mengahwini seseorang wanita hanya kerana susuan akanmenghalalkan anak zina? (lihat: Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra,3/200, Beirut: Dar al-Kutub al-almiyyah 1987).

[/quote]

Yang tak boleh dibinkan tu "mazhab Syafie", bapak tu boleh kawin dengan anak zinanya....

Maksud Fatwa ini: "Seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anaksekalipun tempoh perkahwinannya kurang kurang daripada tempoh 6 bulantetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminyadengan syarat si suami tidak membantahnya."


fatwa negeri perlis - boleh dibinkan maknanya bapak tu tak boleh kawin dengan anak zina dia...

Kalau se lelaki tu membantah dan tak mengaku anak tu anak dia, ni dah jadi lain kes, pihak perempuan boleh lah menuntut ujian DNA dilakukan di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 16-11-2008 10:23 PM


Yang tak boleh dibinkan tu "mazhab Syafie", bapak tu boleh kawin dengan anak zinanya....


Adakah tak boleh di'bin'kan tu bermaksud 'boleh' berkahwin?

Lain macam je bunyinya.... ataupun tak boleh di'bin'kan tu maksudnya anak tu tak pasti anak siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 16-11-2008 10:40 PM


Adakah tak boleh di'bin'kan tu bermaksud 'boleh' berkahwin?

Lain macam je bunyinya.... ataupun tak boleh di'bin'kan tu maksudnya anak tu tak pasti anak siapa?


Begitulah apa yang saya faham maksud fatwa mazhab Syafie, betulkan kalau salah fahaman saya.

Dalam masalah ni saya anggap fatwa ni bagi kes si lelaki mengaku anak itu adalah anak dia dan dia telah pun berkahwin dengan perempuan yang dimaksudkan. Bernikah ketika peempuan ini sedang beberapa minggu mengandung akibat perbuatan sumbang.

Tarikh perempuan ini melahirkan adalah dalam tempoh 6 bulan atau kurang dari tarikh mereka berkahwin.

Betul tak ini kes yang dimaksudkan  dalam artikel SS Mufti Perlis di atas?

Yang saya faham, mengikut mazhab Syafie anak yang dilahirkan ini tidak boleh di nasabkan (binkan) kepada bapanya (kurang 6 bulan).  Sekiranya anak yang dilahirkan itu jantinanya perempuan, anak itu merupakan bukan mahram kepada bapanya, maksudnya bapa tadi boleh menikah dengan anak ini apabila ia dewasa kelak.  

Sekiranya anak yang dilahirkan lelaki saya tak tau apa fatwa tentang status anak dengan ibunya?

SS Mufti Perlis membantah fatwa ini, boleh menjejaskan imej agama.  Telah diputuskan di negeri Perlis anak itu boleh dinasabkan (dibinkan) kepada bapanya dan status adalah mahram kepada bapanya (haram nikah).

Jelas atau tidak apa yang saya sampaikan?

Saya kira fatwa ini bukan untuk menyelesaikan masalah sekiranya anak itu tidak dapat dipastikan anak siapa....

Wallahu'alam...

[ Last edited by  kupia at 17-11-2008 12:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 12:38 AM | Show all posts
Nak senang citer lagi...tak kiralah sama ada fatwa ataupun pendapat dari mazhab Syafie mengatakan bahawa bapa bolehlah mengahwini anak luar nikahnya sendiri manakala mazhab Asri Zainal Abidin (dia sendiri pun tak berbinkan bapanya) yang lebih pandai sikit daripada ulama2 Syafeiyah mengatakan bahawa haram dan tak boleh kahwin.
Kalau anak lelaki pula dah tentulah tak payah fatwa. Common sense saja dah jelas ia adalah anak kandung perempuan tersebut dan kalau keluar daripada rahimnya sendiri maka tentulah dari air maninya juga.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.091203 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list