CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54426|Reply: 213

asas perakaunan untuk semua...

[Copy link]
Post time 14-11-2008 01:02 PM | Show all posts |Read mode
saya mencadangkan agar ada satu bahagian khas untuk pendidikan asas perakaunan perniagaan khas untuk forumer ini.topik yang di buat nanti adalah khusus kepada forumer cari dot com aja.amacam?

ini merupakan satu langkah yang bukan sahaja membantu forumer mahir dalam perakaunan malah mempromosikan laman diskus ini ke peringkat dunia..ceewaah

so...apa pandangan anda???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 02:43 PM | Show all posts
ok gak...cam ne nak mula...
1) mula2 skali citer pasal-kos perlaksanaan projek
2) sumber
3) cash flow
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by monashis at 14-11-2008 01:02 PM
saya mencadangkan agar ada satu bahagian khas untuk pendidikan asas perakaunan perniagaan khas untuk forumer ini.topik yang di buat nanti adalah khusus kepada forumer cari dot com aja.amacam?

...



pandangan yg bagus..ceeewahhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 03:08 PM | Show all posts
Panduan menguruskan uwang?

Bagus sekali nih.

Prinsip pengurusan wang yang bagus sememangnya menekankan masuk untung besar, perbelanjaan keluarnya kecil

Prinsip ini boleh dipakai tak kira anda jual nasi lemak 50 sen ataupon anda merupakan CEO besar seperti Idris Jala yang berjaya menyelamatkan MAS daripada rugi beratus-ratus juta menjadi untung beratus-ratus juta

Jika anda untung besar RM10 ribu sebulan, anda tetap tak akan kaya raya jika berbelanja besar seperti BMW 5 Series mata helang RM2500 sebulan, sewa kondo ala resort RM2200 sebulan, bayar kad kredit RM3000 sebulan, itu ini, licin semua pendapatan anda.

Sebaliknya orang yang untung RM10 ribu sebulan, tapi naik Kancil dan sewa teres murah RM300 sebulan akan jadi benar2 kaya dengan wang di dalam akaun bank
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 03:26 PM | Show all posts
Originally posted by monashis at 14-11-2008 01:02 PM
saya mencadangkan agar ada satu bahagian khas untuk pendidikan asas perakaunan perniagaan khas untuk forumer ini.topik yang di buat nanti adalah khusus kepada forumer cari dot com aja.amacam?

...


bukan mudah utk mengajar subjek prisipal account ni dalam forum
account bukan subjek membaca...
kalau yg simple2 mungkin boleh
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 03:59 PM | Show all posts
Originally posted by elle_gogo at 14-11-2008 03:26 PM


bukan mudah utk mengajar subjek prisipal account ni dalam forum
account bukan subjek membaca...
kalau yg simple2 mungkin boleh


kena 1 semester kat university atau kolej
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2008 04:31 PM | Show all posts

dont worry

saya dah kaji agar ia mudah di fahami...

saya tengok rata2 enterprise kan...so ngajo jo lah.xpaham leh tanyo...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by monashis at 14-11-2008 04:31 PM
saya dah kaji agar ia mudah di fahami...

saya tengok rata2 enterprise kan...so ngajo jo lah.xpaham leh tanyo...



Syarat paling penting: kena ada file untuk simpan semua resit & bank statement dan kena ada JOURNAL. From Journal baru posting ke ledger.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2008 04:51 PM | Show all posts

ok ok

insyaallah dalam masa terdekat saya akan mulakan topik asas k
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 06:52 PM | Show all posts

Balas #9 monashis\ catat

teruskan usaha anda
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 09:56 PM | Show all posts
ok gak.. pink bab2 akaun nie mmg lemah... bab pengurusan kewangan lg fail...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:45 PM | Show all posts
bagus idea tu
Kalau ada sesape yg ada link ke e-book pasal ni boleh la share kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:43 PM | Show all posts
salam,

bagus idea ni. tahniah!

sapa2 yg ada authority & suara dlm gov patutnya kaji supaya benda practikal mcm ni diajar masa sekolah lagi....ajar basic & biar practical...tak payah la micro macro ekonomi semua tu...

& kalau boleh nnti ajar guna bahasa laymen...elakkan jargon econs ya !
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 06:22 AM | Show all posts
setuju! jom share,
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 10:40 AM | Show all posts
nak tanya..kalau kita outsource org lain utk wat akaun kita... ada cons x? contoh cam dia leh tau profit margin kita etc...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2008 06:46 PM | Show all posts
Originally posted by khai149 at 15-11-2008 10:40 AM
nak tanya..kalau kita outsource org lain utk wat akaun kita... ada cons x? contoh cam dia leh tau profit margin kita etc...


xda cons-sebab dalam etika perakaunan konsep kerahsiaan adalah penting untuk menjadi seorang akauntan.
selain itu director leh save bajet dari segi pembayaran gaji,kwsp,socso..

bayangkan gaji untuk hire akauntan @ exec paling sikit aku dengar 1500 sebulan.

so, rm1500x12=rm18,000

bayar pada outsource je paling kuat dan paling mahal aku dengar baru rm10,000 setahun...(member aku keja big 4 gtau)

lagipun berbaloi dengan bayaran fee tsbt sebab kalo xkena cara penjara jawabnya si director tu....  

korang tau tak

dulu ada kes di hongkong,auditor sebuah firm kena bunuh sebab xnak bocor kan rahsia company...bila ditanya si pembunuh tu apa sebab bunuh..jawabnya cuma nak tau compeny tu untung ke rugi...bengong tollll

sebab tu gaji para akauntan atau yang berkaitan tinggi sebab depa ni orang terpenting selepas director...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2008 06:54 PM | Show all posts

topik arini bahagian 1

Tanggapan umum mengenai 'syarikat'
Apa itu syarikat? Jika soalan ini ditujukan kepada umum, secara rambangnya anda pasti boleh membuat kesimpulan awal bahawa kebanyakan orang menganggap syarikat itu sebagai, apa sahaja bentuk struktur perniagaan yang dianggotai atau diusahakan oleh dua atau lebih orang yang bermuafakat untuk menjalankan perniagaan bagi memperoleh keuntungan. Sememangnya tanggapan demikian tepat sekali jika dilihat daripada makna perkataan ‘syarikat’ itu sendiri. Walau bagaimanapun tanggapan itu adalah tidak selari dengan sudut pandangan undang-undang, kerana undang-undang tidak menganggap sesuatu pemuafakatan perniagaan oleh dua orang atau lebih itu secara mutlaknya boleh terus dianggap sebagai syarikat. Perkongsian juga adalah satu bentuk pemuafakatan dua atau lebih orang yang membentuk sesuatu firma perniagaan tetapi tidak dianggap oleh undang-undang sebagai syarikat. Sebenarnya yang mencirikan sesebuah struktur perniagaan itu sebagai sebuah ‘syarikat’ bukanlah kerana bilangan anggota yang membentuknya, tetapi kerana ‘kewujudannya’ sebagai suatu ‘entiti’ dan ‘mekanismenya’.

Konsep 'orang' di sisi undang-undang

Undang-undang merujuk 'syarikat' sebagai 'orang. Bukan 'orang biasa' seperti manusia, tetapi adalah 'orang buatan' atau lebih tepat lagi, 'orang buatan undang-undang'. Mengapa undang-undang menganggap syarikat sebagai 'orang'? Apakah yang dimaksudkan dengan 'orang'? 'Orang' di sisi undang-undang mempunyai dua ciri utama: mempunyai hak untuk bertindak, dan mempunyai hak untuk memiliki harta.

Sesiapa sahaja yang mempunyai kedua-dua ciri itu, sama ada 'dia' seorang 'manusia biasa' atau sebuah 'persatuan yang diperbadankan', undang-undang menganggapnya sebagai 'orang'. Dalam zaman mutakhir ini, barangkali semua manusia mempunyai kedua-dua ciri tersebut. Kita sebagai manusia mempunyai hak untuk bertindak di sisi undang-undang untuk mempertahankan hak kita, dan boleh juga diambil tindakan oleh orang lain atas perkara yang sama. Kita juga mempunyai hak untuk memiliki harta sekiranya kita mampu. Barangkali di zaman dahulu, ada manusia yang tidak boleh dianggap sebagai 'orang', iaitu hamba abdi! Seorang hamba abdi tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut; tidak boleh bertindak dan tidak boleh memiliki harta atas namanya sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2008 06:54 PM | Show all posts

sambungan dari bahagian 1

Syarikat sebagai 'orang buatan undang-undang'

Syarikat sememangnya mempunyai hak untuk bertindak dan hak untuk memiliki harta ataas namanya sendiri. Syarikat boleh bertindak untuk menguatkuasakan haknya, dan dalam masa yang sama boleh diambil tindakan oleh orang lain yang mempertahankan hak mereka dalam hubungan mereka dengan syarikat, dengan mengambil tindakan unadng-undang ke atas syarikat. Syarikat juga boleh memmiliki harta atas nama syarikat sendiri. Jika syarikat misalnya memiliki sekeping tanah, tanah berkenaan adalah dimiliki atas nama syarikat sendiri, bukannya atas nama pemegang-pemegang syer, pengarah-pengarah atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan atau kepentingan dengan syarikat. Biarpun anda 'memiliki' keseluruhan syer dalam syarikat, tanah berkenaan misalnya, bukanlah tanah anda, tetapi sebaliknya adalah kepunyaan syarikat.

Peruntukan seksyen 16(5) mengenai konsep 'syarikat'

Barangkali konsep syarikat akan lebih terjelas dengan meneliti peruntukan seksyen 16(5) seperti yang berikut:

"Pada dan mulai dari tarikh pemerbadanan yang dinyatakan dalam perakuan pemerbadanan itu, tetapi tertakluk kepada Akta ini (Akta Syarikat 1965 -p), penandatangan-penandatangan memorandum (Memorandum Persatuan -p) besama-sama dengan mana-mana orang lain yang akan, dari masa ke semasa, menjadi anggota syarikat itu hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan (badan korporat -p) dengan nama yang terkandung dalam memorandum itu, yang boleh serta-merta menjalankan segala fungsi sesuatu syarikat yang diperbadankan, dan yang boleh mendakwa dan didakwa, dan yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa dengan kuasa untuk memegangmilik tanah (termasuk harta -p) tetapi dengan apa-apa liabiliti di pihak anggota-anggota itu untuk menyumbangkan kepada aset-aset syarikat sekiranya ia digulung sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini."

Tabir pemerbadanan

Syarikat adalah suatu entiti undang-undang. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘entiti’? Pada amnya sesuatu itu dianggap sebagai mempunyai ‘entiti’ jika ianya wujud secara sendiri, berasingan daripada orang yang membentuknya, mengurusnya dan menganggotainya. Syarikat adalah suatu entiti yang wujud secara sendiri dan berasingan daripada penaja-penaja yang membentuknya, pengarah-pengarah yang mengurusnya, dan pemegang-pemegang syer yang menganggotainya. Apabila sesebuah syarikat diperbadankan, seolah-olah suatu tabir direntang, yang mengasingkan di antara syarikat dengan penaja-penaja, pengarah-pengarah, pemegang-pemegang syer dan sesiapa sahaja yang berkepentingan dalamnya. Tabir itu mewujudkan suatu 'entiti'. Suatu 'entiti undang-undang yang berasingan'!

Menyingkap tabir pemerbadanan

Apakah sesebuah syarikat itu dianggap sebagai mempunyai 'entiti undang-undang yang berasingan' dalam semua hal-keadaan? Apakah 'tabir pemerbadanan' itu benar-benar kebal? Jawapannya tentulah tidak! Jika dalam semua hal-keadaan, syarikat dianggap sebagai berasingan, pastinya prinsip 'entiti undang-undang yang berasingan' itu akan dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan sendiri dan mengeruhkan senario sektor korporat. Kes-kes mahkamah , baik di luar negera mahu pun di negara kita sendiri telah menjadi bukti betapa prinsip itu telah disalahgunakan. Dengan yang demikian, dalam beberapa hal keadaan, undang-undang telah 'menyingkap tabir pemerbadanan' dan melihat realiti di sebalik personaliti korporat setiap syarikat dan mengenal pasti anggota-anggotanya secara individu atau pengarah-pengarahnya daripada syarikat atau menafikan terus 'personaliti berasingan' syarikat, misalnya dengan mengganggap syarikat-syarikat dalam 'syarikat kumpulan' sebagai satu entiti sahaja.

Beberapa peruntukan tertentu dalam Akta dan Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyingkap tabir pemerbadanan, dalam beberapa hal keadaan yang berikut:

Pertamanya, apabila bilangan anggota syarikat menjadi kurang daripada dua orang (kecuali syarikat subsidiari kepunyaan keseluruhan) selama enam bulan atau lebih. Mana-mana anggota yang menyedarinya adalah bertanggungan untuk membayar semua hutang syarikat yang dikontrakkan selepas tarikh tersebut.

Keduanya, semasa di ambang pembubaran, jika kelihatan bahawa perniagaan syarikat dijalankan dengan niat untuk memfraud pemiutang atau untuk tujuan fraud yang lain, mahkamah boleh, dengan permohonan pelikuidasi, mengisytiharkan bahawa mana-mana orang yang secara disedarinya melakukan fraud berkaitan, adalah bertanggungan untuk membuat sumbangan (jika ada) kepada aset syarikat sebagai mana yang difikirkan patut oleh mahkamah.

Ketiganya, semasa di ambang pembubaran, jika kelihatan bahawa pegawai-pegawai syarikat merupakan pihak yang berkontrak dalam hutang syarikat sedangkan mereka mengetahui yang syarikat tidak mungkin mampu membayarnya, mahkamah boleh mengisytiharkan pegawai yang terlibat untuk bertanggungan membayar kesemua atau sebahagian daripada hutang tersebut.

Keempatnya, apabila seseorang pegawai syarikat menandatangani atau membenarkan supaya ditandantangani bagi pihak syarikat apa-apa bil pertukaran, nota janji hutang, cek atau pesanan barangan atau wang, dan nama syarikat tidak dinyatakan dalam huruf yang mudah dibaca atau tidak dinyatakan dengan lengkap, maka pegawai berkenaan adalah melakukan kesalahan dan bertanggungan kepada pemegang dokumen yang tersebut jika syarikat mungkir. Misalnya, jika nama syarikat tidak mempunyai perkataan 'berhad' sebagai sebahagian daripada namanya.

Kelimanya, pengarah-pengarah yang membenarkan pembayaran dividen sedangkan syarikat tidak membuat keuntungan, akan bertanggungan kepada pemiutang hutang syarikat setakat amaun dividen yang melebihi keuntungan berkaitan.

Keenamnya, apabila syarikat adalah berkaitan di antara satu sama lain dan membentuk suatu 'syarikat kumpulan', maka undang-undang dalam hal-keadaan tertentu menganggap syarikat-syarikat dalam kumpulan berkenaan sebagai 'satu entiti' dan bukannya sebagai 'entiti yang berasingan'.

Ketujuhnya, Akta Cukai Pendapatan 1967 menyingkap tabir pemerbadanan sesebuah syarikat apabila 'personaliti korporat' digunakan untuk mengelakkan daripada membayar cukai atau mengelakkan daripada menanggung liabiliti berkaitan dengan pemabayaran cukai.

Selain daripada campur tangan statut, terdapat beberapa kes mahkamah yang membentangkan hal keadaan yang mana tabir pemerbadanan disingkap, antara lainnya sebagai yang berikut:

Pertamnya, apabila mahkamah ingin memastikan sesebuah syarikat itu diperalatkan oleh syarikat lain.

Keduanya, apabila syarikat membeli syernya sendiri dalam suatu cadangan pengambilalihan.

Ketiganya, apabila syarikat induk mengelakkan daripada membayar gaji pekerja syarikat subsidiarinya yang sepatutnya dibayar olehnya.

Keempatnya, apabila syarikat diperbadankan dan didaftarkan untuk tujuan fraud.

Kelimanya, apabila syarikat digunakan sebagai 'selubung' untuk melindungi pengarah-pengarah atau pemegang syernya daripada memenuhi sesuatu kontrak penjualan.

Keenamnya, apabila syarikat diperalatkan untuk mengelakkan seseorang daripada didakwa menjadi pesaing kepada syarikat yang dia menjadi pengarah.

Ketujuhnya, syarikat bersekutu dianggap sebagai entiti ekonomi yang tunggal.

Kelapannya, dalam hal keadaan tertentu, 'pemunya baru' sesebuah syarikat dianggap sebagai bersekutu dengan 'syarikat yang dipunyainya'.

Kesembilannya, apabila terbukti yang sesebuah syarikat subsidiari bertindak sebagai ejen syarikat induknya.

Kesepuluhnya, apabila mahkamah perlu menentukan pemunya sebenar sesuatu aset yang telah ditukarkan pemilikannya kepada syarikat untuk tujuan yang fraud atau lain-lain tujuan yang menyalahi undang-undang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 08:52 PM | Show all posts

Balas #15 khai149\ catat

normally i simpan all resits. masuk lejer expenses. ada 2 main expenses - 1. semua expenses yg dibuat utk produk kita cth main supplier raw material yg kita paggil cost of sales, 2. semua expenses yg tak related dgn produk cth sewa kedai, utilities, mktg, payrol ect.

kemudian rekod all sales (revenue).

simple calculation - utk income/loss statment - revenue 100k, less cost of sales 70k, so gross margin 30k, less other expenses 20k, so net margin 10k.

utk balance sheet tu semua - cth deposits, asset, hutang vendor, customer hutng kita - i simpan je dokumen and my accountant will do it for me.

my brother ada buat acounts programme. so i key in je rekod2 ni. only 500$ je program ni.

every mth i outsource accountant - 3k per year. tapi i pay every mth 200. just nak tgk perjalanan akaun so 12 mths 2.4k. lepas dia round upkan setahun i pay 600 dan lepas submit audit i pay the balance 600.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 12:25 AM | Show all posts

Reply #19 hazel23's post

mana nak beli program tu...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067360 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list