CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34388|Reply: 94

Raja Bersiong -

[Copy link]
Post time 16-11-2008 07:17 AM | Show all posts |Read mode
Nik Hassan sewa hotel RM1.50 di tapak kajian - Kaji sebab Raja Bersiung gila darah
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM



SETIAP barangan yang ditemui termasuk tempayan ini perlu direkodkan


BILIKNYA dipenuhi dengan ratusan buku sebagai rujukan dan kajian ilmiah sebagai persediaan meneroka alam arkeologi. Ketelitian dan ketepatan amat diperlukan kerana segala hasil kajian bakal menjadi sumber rujukan generasi akan datang.


Namun sepanjang berbicara lelaki ini sering merenung potret beliau bersama isteri tersayang yang tergantung di biliknya. Malah ada masanya perbualan kami dicelah panggilan daripada si isteri.

Begitulah secebis kisah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman.

"Jika dikira dalam setahun enam bulan sahaja saya bersama keluarga manakala selebihnya dihabiskan dengan meredah hutan, laut dan angkasa dalam cuaca tidak menentu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bicaranya lagi, beliau telah mengembara hampir ke seluruh bahagian dunia termasuk Jepun, New Zealand, Australia dan benua Asia Tenggara untuk 'tugasan' mahupun terlibat dalam seminar antarabangsa.

Arkeologi ialah bidang yang mengkaji rahsia bumi masa lalu di perut bumi. Ia memerlukan kerja keras dalam usaha mencari bahan-bahan dan peninggalan masyarakat zaman lampau.




Seorang ahli arkeologi juga perlu mahir menggali setiap sentimeter tanah di lokasi sejarah dan mesti mencatat semua rekod dan dokumentasi kerja-kerja mereka.

"Indonesia telah menjadi rumah kedua sepanjang 30 tahun kebelakangan ini. Ini kerana saya perlu menyiapkan kajian di wilayah Sumatera Utara, Barat, Selatan dan Lampung.

"Syukur hasilnya berbaloi kerana saya berjaya menyiapkan buku Zaman Klasik di Nusantara dengan bantuan pakar arkeologi Indonesia Bambang Budi Utomo," katanya yang turut mengkaji kepentingan Lembah Bujang di Kedah.

Tegasnya, dunia arkeologi bukan sekadar mengkaji sejarah tetapi pada masa sama mencari kebenaran misteri yang tersembunyi.

"Sebagai contoh, Raja Bersiung yang dikatakan gila darah gara-gara tukang masaknya terhiris darah pada masakan yang menjadi santapan beliau.

"Perkara itu benar tetapi bukannya kerana tukang masak itu terhiris jarinya sendiri tetapi raja sebelum kedatangan Islam pada zaman dahulu perlu minum darah beserta arak sebagai amalan ritual bagi menunjukkan kekuasaan mereka," katanya.


Beliau menambah, kepentingan arkeologi penting dalam membentuk keperibadian agar sejarah masa lampau tidak dilupakan.

"Semasa menjadi penyelidik fellow di Pusat Kajian Asia Tenggara, Universiti Kyoto, Jepun, saya mengkaji perahu yang digunakan orang Melayu pada zaman lampau yang menunjukkan secara jelas bangsa Melayu ialah bangsa maritim.

"Mereka gemar berlayar untuk berdagang dan menerokai tempat baru. Cuma apabila kedatangan penjajah, tradisi itu disekat dan berubah," katanya.

Pengalaman ketika terlibat dengan dunia arkeologi pada tahun 1970-an di Indonesia tidak akan dilupakan Nik Hassan.

"Ketika itu keadaan tidak mewah seperti sekarang. Selepas menaiki kapal terbang saya perlu menaiki bas ke kawasan kajian sehingga ada yang memakan masa berhari-hari. Hotel juga murah iaitu RM1.50 sahaja untuk satu malam," katanya ketawa.

Ditanya adakah pada usia sekarang menyebabkan pergerakan beliau terbatas, balas Nik Hassan: "Lagi tua lagi bersemangat. Contohnya, baru-baru ini di Kuala Sepetang, Perak, saya perlu meredah hutan paya bakau untuk mengkaji peradaban manusia awal. Bayangkan di situ penuh dengan akar yang menjalar serta licin.

"Tetapi saya gagahkan juga. Saya tidak jatuh tetapi orang yang lebih muda pula yang terjatuh. Jangan cepat mengalah dan berputus asa. Kesabaran harus menjadi input utama," katanya.

Namun Nik Hassan berharap tapak-tapak arkeologi yang terdapat di negara ini akan terus terpelihara.

"Di Jepun mereka amat menjaga kawasan arkeologi. Walaupun terdapat pembangunan tapak arkeologi akan ditanda dengan pokok agar tidak diganggu.

"Jangan disebabkan kita terlalu mengejar ke hadapan kita melupakan masa lampau. Kerana zaman lampaulah wujudnya peradaban kini," bicaranya penuh makna.


********************************************************************************

mostly pasal dia kaji mengenai itu...
tapi nanti kita cari more pasal raja bersiong pula -
mungkin naen boleh tolong  juga -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 07:33 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 16-11-2008 07:17 AM

tapi nanti kita cari more pasal raja bersiong pula -
mungkin naen boleh tolong  juga -




pasal raja bersiong .. macam ada banyak versi & kat banyak tempat ..
tapi ada salah satu daripadanya - kat baling, kedah ..

kisah 'baling' ni dapat nama camtu adalah (dikatakan) dari cerita raja bersiong

ni antara yg terkandung dalam cerita raja bersiong + baling ni :

+ raja bersiong adalah raja ke-4 dari keturunan merong mahawangsa
+ makanan favorite raja bersiong ni ialah sayur bayam dgn kuah darah manusia
+ sekali tu, kantoi aa ngan rakyat dia yg dia ni suka makan darah .. so dia pun melarikan diri aa
+ lari punya lari punya lari, sambil2 lari tu gigi taring (siong) dia sakit .. terpaksa aa stop2 jap
+ sbb tak tahan sangat sakit gigi tu, dia pun bwat keputusan ntok cabut je gigi tu
+ tapi tak bleh nak cabut (zaman dulu mana ada dentist) .. seksa punya seksa, last2 dapat gak cabut
+ dah dapat cabut tu, dia pun BALING aa gigi siong tu jauh2
+ tempat gigi tu landing aa yg dinamakan 'BALING'



menarik kan? tak tau aa betul ataupun tak, ada kaitan ataupun tak ..
tapi rasanya ada banyak versi lagi .. kebanyakannya kat negeri bahagian utara (kedah)
nanti cuba cari lagi .. kot dapat versi yg lain pulak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 07:39 AM | Show all posts

Reply #2 naen's post

interesting...
abang ipar saya orang baling.. ha nanti saya tanya...

TAPI...
tak silap ada sorang keturunan raja bersiong kat shah alam sana -

kenal tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 07:43 AM | Show all posts

Reply #2 naen's post

mungkin.. raja bersiong la yang bagi cadangan...
kalau nak cabut gigi...

ikat kat benang... pada door knob
ikat kat gigi

KABOOM.....hentak pintu tu
tercabut gigi...

*tak sangka rupanya raja bersiong pencetus
fenomena untuk cara cara cabut gigi guna
door knob -

*saya tak pernah buat - tapi pernah buatkan
kat anak sedara   gs -
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 07:51 AM | Show all posts

Reply #4 dexa's post

rasanya dia cabut gigi tu bukan kat istana dia

kan dia tengah melarikan diri daripada rakyat dia tu

oooo yek .. mungkin dexa bleh rujuk citer zaman p ramlee
kan ada citer "raja bersiong"?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 08:01 AM | Show all posts
Originally posted by naen at 16-11-2008 07:51 AM
rasanya dia cabut gigi tu bukan kat istana dia

kan dia tengah melarikan diri daripada rakyat dia tu

oooo yek .. mungkin dexa bleh rujuk citer zaman p ramlee
kan ada citer "raja ber ...



eh.. yang jadi raja bersiong tu  Ahmad Mahmud
dia dah meninggal few months ago -

hensem juga dia masa muda2 dulu...-
best cerita tu  - saya ingat lagi pernah tengok
kat TV - tapi tak berapa ingat - yang saya ingat
dia termakan darah  yang dalam sup sayur ke apa ke
pastu dia suka
pastu dia nak makan darah sokmo -

saya rasa - sekarang ni pun ada orang yang camtu -
termakan darah.. pastu kata
whoaaaaaaa sedapnya sup kambing ini -

tapi sebenarnya dah tercampur darah mamak yang
potong  daun sop  tu  -

*tak silap  - naen yang cakap hari tu
suka sop kambeng mamak mana ntah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2008 08:22 AM | Show all posts

versi yg lain plak - gunung jerai

The ancient Malay book Hikayat Merong Mahawangsa narrates how during the time of the early kingdoms on the Malay peninsula, there was a Raja or King named Ong Maha Perita Doria in the state of Iangkasuka (today抯 Kedah). He was an ill tempered and cruel king who terrified everybody. Ills realm was believed to be at Kota Aur near the foot of sacred Mount Jerai, near Gurun district.

One day, his food was not ready when the Raja was already hungry. And a hungry Raja is an angry king. He furiously scolded the palace cook. In his haste to prepare the royal meal, the cook accidentally cut his finger and blood trickled into the ingredients. Alas, he was too scared to waste time washing the blood.

When the King ate the food, it was amazingly tastier.         

He was so fond of it that he summoned the cook demanding to know his secret. Fearing for his life, the cook admitted the incident. Thereafter, the King decreed that all his meals must have blood in it. The King became addicted to human blood and after a while. his incisors grew longer and became distinctly like fangs! He became known as Raja Bersiong or the Fanged King.

As his greed for blood continued to intensify, he ordered his guards to capture villagers for their bkxd. Local legend recounts they were kept in Gua Penjara or Prison Cave near today抯 Pantal Merdeka beach town, before being brought to the royal kitchen.

Eventually the people rebelled and Raja Bersiong抯 palace was stormed, but he escaped. He hid in the surrounding jungle. Although many tried to kill him, none could. In the end a pawang or shaman managed to turn the Fanged King into a wild boar. Until today, the wild boars reign the jungle with fangs in their mouths        

Raja Bersiong抯 dominion was near Mount Jerai, a then sacred mountain, where many Hindu-Buddhist candi or temples were built that have now been excavated and preserved at the.

Lembah Bujang Archeological Museum. Recent findings also reveiled the existence of the 慣emple of the Ninth Water Pool

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 08:32 AM | Show all posts

Reply #7 naen's post


thanks for the info  naen -
jadi.. kalau sesiapa gigi taring tetiba jadi TER panjang
mungkin sebab termakan darah .. -
ada orang yang gigi taring dia panjang
ada sorang kawan saya camtu.. tapi tak tanya pula
dia ada makan darah ke apa ke... -

saya rasa kisah raja bersiong ni  - kalau dapat gambar
dia baru orang boleh percaya sikit...
otherwise macam myth aje.. -

saya nak tengok muka dia... hensem cam ahmad mahmud tak -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 10:35 AM | Show all posts
a'ah..aku penah dgr versi yg naen citer tu la..

gg siong dia kan ade 2 btg..satu baling kat BALING, lagi satu kat mane ha?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:14 PM | Show all posts

Reply #8 dexa's post

senangnya citer

mungkin ada sesetengah orang yg gigi taring dia memang panjang kot

kalau takat ter'makan' darah, pastu bleh jadik panjang gitu, susah aa kan
camtu, kalau gi cabut gigi ataupun lidah/bibir terluka, kan berdarah ..
secara tak sedar pun kadang kita tertelan gak darah sendiri
so .. raja bersiong ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:14 PM | Show all posts

Reply #9 norrah_joe's post

satu lagi kat SIK, kot ..

SIK = SICK = SAKIT = SAKIT GIGI
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 10:21 PM | Show all posts
ada lagi satu citer pasal RAJA BERSIONG ni .. yg dikaitkan dengan RAJA JEMBAL (kelantan)
sapa orang kelantan yg ada keturunan raja jembal kat sini? hahaha

apepun, jom baca citer raja bersiong versi raja jembal plak

+++++++++


Almarhum Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16.

Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah kampung lain di dalam jajahan Kota Baharu.

Sejarah Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum Dato' Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud bin Nik Ismail (ayah Dato' Ahmad Nik Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua.

Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya itu telah dijadikan buku bacaan ilmu tawarikh bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua.

Antara ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal ialah Puteri Saadung, anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di bahagian Hulu Kelantan pada waktu ltu.

Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedat Lalat, kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu.

Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani Kemian.

Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari 'buluh betung' dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari 'buih'. Dan ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu Raja Jembal tidak memakan sayur buluh betung yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang.

Tetapi saya telah diberitahu bahawa cucu-cicit Raja Jembal zaman sekarang menyifatkan cerita itu sebagai dongeng dan sudah tidak percaya lagi dengannya.

Cikgu Tuan Mat bin Raja Kecil, seorarig guru bersara yang arif tentang sejarah Raja Jembal berkata bahawa sekarang ini tidak ada lagi orang daripada keturunan Raja Jembal itu yang percaya dengan dongeng yang mengatakan asal-usul nenekmoyang mereka dari buluh betung dan buih.

"Cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani Kenilan itu keluar dari buih hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif tentang sejarah dan salsilah Raja jembal," kata Cikgu Tuan Mat.

Walau bagaimanapun, Cikgu Tuan Mat mengakui bahawa ada wasiat daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya memakan sayur buluh betung dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betung.

Menurut Cikgu Tuan Mat lagi, anak-anak cucu Raja Jembal juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan sekacang.

Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong.

Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan.

+++++


saje nak boldkan part anak angkat tu .. sebab .. mentaliti kebanyakan daripada kita sendiri
yg suka menilai & menghukum seseorang berdasarkan keturunan

tapi part pantang makan buluh betung & ikan sekacang tu .. memang menarik
tak tau aa apa kaitannya, ataupun sebenarnya disebalik pantang larang tu ..

mungkin .. 'raja bersiong' lain kot? bukan raja bersiong yg makan darah tu kot?
tapi ada mention 'raja bersiong dari kedah' .. ntah aa pulak ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 10:50 PM | Show all posts
Originally posted by naen at 16-11-2008 10:14 PM
senangnya citer

mungkin ada sesetengah orang yg gigi taring dia memang panjang kot

kalau takat ter'makan' darah, pastu bleh jadik panjang gitu, susah aa kan
camtu, kalau gi cabut gigi  ...



padan pun gigi taring naen panjang....
termakan darah la rupanya masa tergigit lidah semua -

tapi kadang2 gigi taring panjang pun macam cantik juga -
different -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2008 10:57 PM | Show all posts
Originally posted by naen at 16-11-2008 10:14 PM
satu lagi kat SIK, kot ..

SIK = SICK = SAKIT = SAKIT GIGI



ha! - buat lawak kambeng la pulak ni -

sik tu -- maknanya tidak -- cakap sarawak -
sik makan  sik kenyang  sik tidur -
so tak ada kena mengena dengan nak baling gigi
taring tu -

saya rasa lagi satu kat - kodiang -
sebab bila dia dah baling tu -- so, dia diam la
ha - ko diam - jadi kodiang -

pandai tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 11:36 PM | Show all posts

Reply #14 dexa's post

apa orang ganu buat kat kodiang?

maybe dexa bleh join post kat thread asal usul nama tempat
http://eforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=373675

+ tadi malas nak edit .. cerita yg pasal raja jembal tu sebenarnya ..
dikatakan raja bersiong (yg baling gigi tu) dapat larikan diri
sampai aa kat negeri kelantan .. pastu dia kemudian2 mangkat kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2008 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by naen at 16-11-2008 07:33




pasal raja bersiong .. macam ada banyak versi & kat banyak tempat ..
tapi ada salah satu daripadanya - kat baling, kedah ..

kisah 'baling' ni dapat nama camtu adalah (dikatak ...

Bukan kat Siong ka...dalam daerah Baling la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2008 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 16-11-2008 22:57



ha! - buat lawak kambeng la pulak ni -

sik tu -- maknanya tidak -- cakap sarawak -
sik makan  sik kenyang  sik tidur -
so tak ada kena mengena dengan nak baling gigi
taring tu -

s ...

Main boh je letak asal nama Kodiang tu dari Kau Diam....suka suki je ubah nama kampung orang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 11:37 AM | Show all posts
baca citer ni buat ke2 gigi siong (taring) me rasa ngilu..... hehheheheh...
bapak me org kedah.
adakah me keturunan raja bersiong? hahahahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 06:20 PM | Show all posts
aku nak tau ler... naen nihhh keturunan raja bersiong ker... LMFAO... tau sumer  pasai  raja bersiong nih...

ko ada siong ke naen.... ada makan darah ker....  

   
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 06:25 PM | Show all posts

Reply #16 revolusi_30's post

ye la kat siong, pintu masuk dia ada replika siong gergasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.297978 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list