View: 32137|Reply: 106
|
Kisah Bagaimana Menyelamatkan Bisnes Yang Hampir Bankrupt & Tenat
[Copy link]
|
|
Pandangan aku yang pertama:
Bagi sebuah perniagaan yang tenat tunggu masa nak bankrupt, janganlah anda inject modal tambahan dengan harapan bisnes akan naik kembali. Percayalah ia umpama mencurah air ke atas daun keladi.
Kedua:
Jika melibatkan bisnes dan produk yang lemah kerana NO SALES, cepat-cepatlah anda TUTUP KEDAI sebelum hutang semakin bertimbun dan sebelum duit cash sisa saki baki semakin licin. Barang tersebut orang memang tak mahu beli walaupon anda buat promosi.
Ketiga:
Cuba buat PERUBAHAN DRASTIK terhadap produk dan marketing
- Jika anda ada restoran yang tak laku dan takda orang masuk makan, mungkin ada beberapa faktor. Jika faktor lokasi yang takda orang, baik tutup sahaja. Anda cat kedai dan buat interior design pon orang tetap tak mahu masuk. Saya ada jumpa satu restoran mamak yang TAK LAKU kerana orang tak masuk. Di situ ada 3-4 restoran mamak yang sungguh cantik dan selesa siap plaster syiling. Maka mamak yang tak cantik ni orang tak masuk. Hampir tutup kedai. Tetiba mereka ubah menu. Mereka jual 'Chinese food' pada waktu lunch !!! Dan mereka buat mee kung fu, char kuew teow dan lain2 mee Chinese style 24 jam sehari !! Apa lagi, orang pon mulalah datang sebab mamak lain semua jual nasi dengan kari mamak sahaja. Muntah hari2 makan kari
Daripada restoran kembali menjaja di tepi jalan
- Memang ada owner restoran Melayu yang kembali berniaga di tepi jalan pakai Van dan di pasar malam kerana dia tak mampu nak maintain kos restoran. Jual kat tepi jalan lagi laris dan lagi banyak untung dik !! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pandang langit. nampak apa? langit kan.. ada kepulan awan gelap? belakang dia.. still langit kan...
kalau kita nampak halangan, kita akan jumpa halangan. kalau kita ketepikan halangan, kita akan nampai jugak dipuncaknya.
kebanyakan usahawan berjaya dah pernah mengalami keadaan tu.. dan selaluya bila mereka naik semula, mereka tak kan jatuh kerana dah belajar dari pengalaman mereka.
ayat akhir surah al baqarah - tuhan tidak membebankan hambanya dengan dugaan yang tidak terpikul oleh hamba tersebut (not exactly the translation - something like that)
so bila terduga tu, memang sakit, tapi itu maknanya tuhan sayang kat kita, tapi look at the bright side - BILA KITA HILANG SEGALA-GALANYA, PALING TIDAK KITA MASIH ADA ALLAH -
.. bila tgh tension - aku baca buku "JANGAN BERSEDIH" and it alwiz works. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 hazel23's post
hazel, suka kata2 yang hazel bagi ni.. buku "JANGAN BERSEDIH" ni sape penulis nya yer? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elle_gogo at 16-11-2008 03:32 PM
ilmu menyelamatkan business yang hampir bankrupt ni, try usha buku " Petunjuk jalan kekayaan " - oleh Dr Rusly Abdullah. penulis buku ni dulu dah bankrupt. rumah beliau di datangi oleh APK (ag ...
Kamu enggak merdeka
Kamu enggak 'in control'
Itu macam kah Elle? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 WonBin's post
hahaha... hang dah baca ke? |
|
|
|
|
|
|
|
elle buku jangan bersedih ni atau la' tahzan ni by dr aidh bin abdullah al-qarni -dulu i beli yg jilid tebal... sekarang i beli yg kecil punya warna kuning about 10.90$... antara petikan yg i suka....
An-Nahl, ayat 1, ... sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang, janganlah kalian minta untuk disegerakan....
ketika diri diliputi kesedihan, berbuat baiklah sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati!...al-araf 56. sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yg berbuat baik.
saat paling berbahaya bagi akal adalah apabila pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa2...
ujian itu ibarat penyakit, memerlukan masa untuk sembuh, kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar, menunggu datangnya jalan keluar, dan sentiasa berdoa
al baqarah 216... boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..
dan banyak lagi
i ada kawan, memang keter dah kena tarik, rumah dah nak kena lelong rumah... so dia bwk diri duduk dalam masjid sebab tension sangat the next thing we know - he got million punya projek. terus dia cashkan rumah, keter, pergi haji dan sebagainya.
bukankan Allah itu Maha lembut terhadap hamba2NYA... berbaik sangka terhadapNYA kerana pada setiap akhir ujian ada kebaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 kita pikir bisnes kurang jalan dan jalan penyelesaian belum berakhir tapi dah nak tutup kedai... ada bebrapa cara lagi...
tapi kerana anggapan tu salah.. terus tutup kedai...
nak tutup ke tak.. kalau tutup kot2 bisnes ni bleh jalan lagi... kalau tak tutup kot2 bisnes ni dah mmg tak leh jalan.... konfius.... |
|
|
|
|
|
|
|
seolah2 menakutkan ramai peniaga dlm situasi skrng... huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kadangkala usahawan masuk dalam forum ni untuk mencari ubat bagi perniagaan yang dah nak bankrupt
Dalam banyak2 buku aku pernah baca, buku yang Elle cakap tadi memberi nasihat yang paling lain daripada apa yang pernah terfikir dalam logik aku. Pendekatannya ringkas tapi tepat.
JIka kamu sendiri buat bisnes semata-mata kerana dapat peluang daripada kawan atau family, dan kamu didapati tiada keserasian dengan perniagaan itu, nasihatnya, baik kamu cepat2 tutup. Tanpa keserasian, kamu tidak mampu pergi jauh. |
|
|
|
|
|
|
|
ada betoi jugak cakap wonbin tu.. kalo nampak dah tak boleh pegi business tu.. better lagi cepat bungkus atau pindah.. baru boleh selamat byk benda..
tp sebelum nak ambil keputusan tu.. seseorang tawkey tu mmg dah fikir semasak2nya smpai hangit kepala hotak baru boleh buat keputusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #11 WonBin\ catat
i think we should have thread ' a must read' book for usahawan - besok nak gi mph cari buku yg elle cakap |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 sinar_inspirasi's post
pada pendapat aku la, ble dlm situasi mcm ni, u hv to do a bit of calculation. numbers dont lie. klu based on calculation tu, rasa2 mcm boleh truskan, truskan and vice versa. jgn just buat anggapan y hanya bersandarkan pada instinct. even sometimes insinct tu bagus, but for me numbers tu lebih konkrit. |
|
|
|
|
|
|
|
ADAKAH BADAN KERAJAAN SEPERTI MARA AKAN BANTU KITA BILA BISNES KITA NAK GULUNG TIKAR?
Atau mereka hanya bantu bisnes yang berpotensi dan untung besar sahaja? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
masa belajar dulu, pensyarah saya ada kata waktu mana kita patut tutup firma. Kalau tak salah bila kita tak dapat lagi tanggung kos tetap yang perlu dikeluarkan setiap bulan. Contoh macam sewa kedai, gaji dan lain-lain.
Sebagai langkah keselamatan agar barang2 kita tak disita jika berlaku bankrap, aset2 peribadi kita kena letak nama ahli keluarga. Ini terutama untuk syarikat enterprise. |
|
|
|
|
|
|
|
Farid dan Elle...korang berdua bertukar2 jer la bisnes hehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 17-11-2008 09:20 AM
ADAKAH BADAN KERAJAAN SEPERTI MARA AKAN BANTU KITA BILA BISNES KITA NAK GULUNG TIKAR?
Atau mereka hanya bantu bisnes yang berpotensi dan untung besar sahaja?
Mara lebih berminat bantu bisnes yg berkembang jer..sebab mereka nak tumpang nama gak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|