View: 26286|Reply: 57
|
serigala jadian wujud!!!
[Copy link]
|
|
Serigala jadian wujud
Oleh Nasron Sira Rahim
Lukisan mengenai serigala jadian yang dilukis pada 1512.
|
Menyalak kepada bulan, membunuh dan memakan daging manusia
PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.
Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.
Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.
Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.
| Jasad serigala jadian. (Gambar kecil) Penghidap Hypertrichosis.
|
Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian. Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa berupa haiwan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan?
Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malah ia sudah berlarutan selama ratusan tahun malah wujud dalam budaya banyak bangsa di dunia ini.
Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala. Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.
Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.
Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama. Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka.
Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit. Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud!
Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam.
Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain.
Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan penyelidik percaya kes membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada lycanthropy.
Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’, Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”
Selain sindrom lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala.
Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.
INFO: Serigala jadian
- Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 SM iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.
- Antara 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian.
- Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.
aku mmg suka baca pasal werewolf nih.... tingat citer teenwolf (michael j fox) best wooo citer tuh..!!!... aku nak minta si nixar masuk sini ler... sbb kat tread politik tu pun ada citer serigala jadian gak tuh... tee hee
wherewolf???? >>> therewolf >>>>>
loup-garou (werewolf)
aku suka lagu loup garou .. loup garou tu werewolf in french (pronunciation = lu garu) lu garu ke hulu... lu garu ke hilir... ... selalu nyanyi kat anak menakan aku.... belajar lagu ni dari kawan aku masa kat NIU dulu robert (rober)
bley dengar lagu tu sapa minat.... tajuk lagu: les zombie et les loup garous .. dl ajer ler sapa nak... ekk... fun lagu tu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bukanke srigala jadian orang panggil lycaen? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 sekngucing's post
so kalu pakai SILVER BULLET kira leh mati ler yer... tu macam nama motor ajer.. ke jenama keta tu... mcm penah dengaq ajer silver bullet nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
bunuh vampire/drakula dgn kayu tajam, bunuh werewolf dgn peluru perak, hantu cina dgn beras pulut |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 amazed's post
bukan makan la, tabur di sekelling rumah, hantu cina yg lompat toin2 tu kalau pijak buleh melecur depa |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la jadian2 nih... |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia ada harimau jadian per...
saka rimau byk! |
|
|
|
|
|
|
|
ahh...
semua ada kat thread ni -
serigala jadian (werewolf) -
nasi dagang - entah macamana boleh masuk kat sini
instead of food and recipe -
harimau jadian pun ada -
lol macam2..
speaking of werewolf - selalu juga werewolf ni di associate
dengan vampire -- dia ni kinda --- opposite juga -
sebab -- vampire tidur dalam coffin siang hari tak leh panas matahari
dan macam ala ala hantu
tapi serigala jadian ni - jadi orang biasa waktu siang -
malam aje dia bertukar - jadi serigala --
teringat cerita harry potter - ada werewolf gak tu - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 dexa's post
bukan masa bulan ngambang jer ker?
so, kalo bulan separuh mengambang x menjadik lah kan?
teringat wolverin!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JUSTcircle at 18-11-2008 01:02 AM
bukan masa bulan ngambang jer ker?
so, kalo bulan separuh mengambang x menjadik lah kan?
teringat wolverin!!
so maknanya once a month aje dia jadi werewolf? --
ehhh ye juga.. bila full moon aje... masa tu dia akan howling
teringat juga cerita THE HOWLING
saya tak suka cerita tu.. sebab seram...
dan dok howl howl...
wolverin'... best cerita ni - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 NIXAR's post
tabur banyak2 dia lompat pun tak tinggi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 JUSTcircle's post
ya saka rimau, kat kg aku kat kelantan moyang aku dulu2 ada bela saka rimau ni, orang panggil Anak Nye, ada 2 ekor, warna hijau dan belang2 oren sekor lagi, moyang aku guna buat angkat kayu dan teroka hutan. sekarang takde sapa bela, dia duduk atas pokok bacang belakang rumaha nenek aku |
|
|
|
|
|
|
|
nusantara..dengan harimau jadiannya, kat jepun/korea dengan musang jadian nya
sebelah western...dengan serigala jadian....
so makhluk jadian2 nih dah jadik macam something yg common dlm folk lore |
|
|
|
|
|
|
| |
|