CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4308|Reply: 4

Ciri-ciri Orang Beriman

[Copy link]
Post time 17-11-2008 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Salam Semua....

Walaupun semua ini aku copy...tapi ia banyak memberi kefahaman pada kita semua...Sama-sama kita renungkan ya.....

Apa ciri orang Bertakwa?
(Sekiranya kamu di takdirkan menjadi binatang, haiwan apakah pilihan hati kamu?)

Dalam suasana syaitan di lepaskan dari belenggu, serentak dengan nafsu makan yang di jamu sepanjang hari raya.., Aku juga seperti korang yang tidak di     perantauan, makan sampai tahap menketedarah dan meranggah..

Sehari sebelum hari pertama raya lagi mak mertua aku sudah bakar Lemang dan masak Rendang, dan sudah tentu aku berbuka di penghabisan ramadhan dengan Lemang tersebut..

Hari raya pertama pulak, kakak ipar aku masak Nasi Dagang Pahang, masuk hari raya ke dua kakak sulung aku masak Nasik Minyak, kemudian, hari raya        ketiga mak aku masak nasi lemak cinta daun pisang dan bila masuk raya ke empat, berkumpulah semua ahli keluarga lalu mak aku masak Nasi Dagang secara besar-besaran dan dah tentu sedap kerana al maklumlah, rempahnya di beli dari Mok Ngoh RM48 tu.., (Allah bagi sedap)

Hari raya ke enam pulak, sempena kepulangan anak bongsu lelaki yang baru pulang dari beraya di Perlis, mak aku masak lagi sekali Nasik Dagang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 03:04 PM | Show all posts

Balas #1 ieyla1979\ catat

panjangnya cerita.. saya pun ada kisah jibril myoal binatang...nk baca....

Jibril a.s, Kerbau, Kelawar dan Cacing      

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau. Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab,"Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri".

Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar. Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar"."Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing.
Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar.

Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab," Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia.

Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

P/S : Lebih beruntung jadi binatang...xkan dihisab...bbanding dgn manusia...tp antara lelaki dan perempuan plak..lebih baik jadi lelaki....sbb perempuan aurat susah nk jaga...dan krn itu ramai akan dicampakkan dlm neraka....takutnyalah........ dahlah dr 73 golongan hanya 1 golongan saya yg masuk syurga...lagilah takut.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2008 11:41 AM | Show all posts
betul kata-kata ko tu....

Semua tu kadang2 sahabat2 selalu berfikir adalah lebih baik aku jadi haiwan,remput dll..
kerana semua perkara itu x akan di hisab oleh Allah

wallahhualam
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:49 AM | Show all posts
nice story......
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 12:23 PM | Show all posts
CIRI-CIRI ORANG BERIMAN
Hiburan orang mukmin itu adalah beribadah
Mengingat Tuhan dan mengagungkan-Nya
Berkhidmat dengan manusia
Memberi, bersedekah, menolong dan membantu hamba-hamba Allah
Mengagih-agihkan harta di kalangan yang patut menerimanya
Kalau dia tidak dapat menolong orang, hatinya susah
Kerana menolong orang itu adalah hiburannya
Mendamaikan orang yang berbalah, hobinya
Dia terhibur dengan mendamaikan orang yang bermusuhan
Kalau ada orang yang memberi nasihat
Atau ada orang mengingatkannya, suka sungguh hatinya
Lantas dia sayang kepada orang itu
Kalau dia tidak boleh berkhidmat dengan orang
Lebih-lebih lagi di waktu orang perlukan khidmatnya, susah hatinya
Dia terasa sangat bersalah dan berdosa
Kerana hiburan terputus atau tidak bersambung
Kalau didapati ada orang lain mendapat nikmat
Dia pula yang terhibur
Jika ada orang yang mendapat kesusahan
Hatinya susah, jiwanya derita dan gelisah
Dia bersungguh-sungguh cuba mengatasinya
Dia merasa penderitaan orang lain itu adalah penderitaannya
Kesenangan orang lain adalah kesenangannya
Begitulah hati orang mukmin terhibur dengan berkhidmat kepada orang lain


Nukilan Ustaz Hj Ashaari Muhammad
Menjelang Maghrib
23.12.99 (16 Ramadhan)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.211027 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list