CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3337|Reply: 5

INDONESIA Catastrophe: banjir besar, lebih 15,000 kena pindah!!

[Copy link]
Post time 18-11-2008 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Sulawesi dilanda gempa, empat terbunuh

penduduk mengangkat dinding sebuah rumah yang runtuh dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter di Tolitoli, Sulawesi Tengah, semalam.
- AFP


PALU 17 Nov. - Empat orang terbunuh, ratusan buah rumah musnah dan ribuan penduduk lari ke kawasan lapang apabila satu gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda kawasan perairan dekat Pulau Sulawesi, timur Indonesia awal hari ini.

Gempa bumi itu mendorong pegawai geologi Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa tetapi amaran serupa yang dikeluarkan oleh Indonesia ditarik balik tidak lama kemudian.

Pegawai pusat krisis Indonesia, Rustam Pakaya berkata, seorang lelaki berusia 56 tahun terbunuh di Kampung Kwandang, wilayah Gorontalo.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 60 orang cedera dalam kejadian itu di Gorontalo dan wilayah berdekatannya, Sulawesi Tengah.

Gabenor Sulawesi Tengah, HB Paliuju berkata, tiga orang maut, puluhan lagi cedera dan ratusan rumah runtuh.

"Mangsa terbunuh akibat dihempap dinding dan bumbung yang runtuh," katanya.
Lebih 700 rumah ranap di daerah Buol, 600 kilometer ke utara Palu, ibu kota Sulawesi Tengah, manakala 500 rumah lagi rosak.

Pusat Kajian Geologi AS (USGS) melaporkan, gempa bumi itu berpusat 136 kilometer dari pekan tepi pantai Gorontalo pada kedalaman 21 kilometer di bawah dasar laut.

Beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah dan lari ke kawasan lebih tinggi kerana bimbang berlakunya tsunami tetapi tidak ada ombak besar berlaku, lapor agensi berita Antara.

"Beberapa penduduk melihat paras laut naik setinggi dua meter dan menyangka tsunami akan melanda kawasan mereka dalam masa beberapa minit," kata pegawai di Buol, Nasir Maroto.

Gempa bumi itu berlaku kurang seminggu selepas Indonesia melancarkan sistem amaran tsunami berteknologi tinggi sebagai langkah untuk mencegah berulangnya tragedi pada 26 Disember 2004.
- AFP



tak leh nak rule out tsunami nih.... mcm2 leh jadik nanti..

              


[ Last edited by  amazed at 26-12-2008 09:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2008 09:25 PM | Show all posts
Sulawesi dilanda gempa
ORANG ramai berdiri di luar bangunan selepas Gorontalo
dilanda gempa bumi awal pagi semlaam.



JAKARTA - Satu gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud menggegarkan timur Indonesia semalam mengakibatkan empat penduduk terbunuh dan beratus-ratus kediaman musnah serta mencetuskan amaran tsunami serantau, kata para pegawai.

Gegaran kuat itu menggegarkan pinggir pantai kepulauan Sulawesi awal pagi semalam menyebabkan beribu-ribu penduduk meninggalkan kediaman mereka, hotel termasuk pesakit hospital.

Sejumlah penduduk menyelamatkan diri sambil memegang tangan anak masing-masing dan barangan berharga.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa gempa berpusat 135 kilometer dari bandar Gorantalo pada kedalaman 26 kilometer di bawah dasar laut.

Sebanyak dua gempa susulan kuat juga tercetus selepas kejadian itu yang masing-masing berukuran 5.5 magnitud dan 5.1 magnitud.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik memberi amaran bahawa gempa bumi kuat itu berpotensi untuk mencetuskan tsunami dalam lingkungan 1,000 kilometer.
Seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Rustam Pakaya berkata, 77 penduduk cedera manakala sejumlah 800 rumah musnah.

Seorang penduduk, Robert Bano berkata, rumahnya bergegar selama dua minit sehingga menyebabkan bingkai gambar di dinding tercampak.

Menurutnya, dia terus mendukung anaknya yang menangis dan terus menyelamatkan diri dengan berlari ke tempat selamat. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2008 09:45 PM | Show all posts
Tiga gempa bumi berlaku di Indonesia, Pulau Caroline
23/11/2008

KUALA LUMPUR 23 Nov. — Tiga kejadian gempa bumi, berukuran 6.5, 6.2 dan 5.7 pada skala Richter, berlaku di Indonesia dan di kawasan Pulau Caroline di Laut Pasifik awal hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut kenyataan jabatan itu, kejadian gempa bumi pertama dengan kekuatan 6.5 berlaku di selatan Sumatera, kira-kira 732km baratdaya Johor Baharu pada 12.01 pagi.

Keduanya dengan kekuatan 6.2, berlaku tiga minit kemudian di kawasan Pulau Caroline, kira-kira 2,985km timur Kunak, Sabah, manakala yang ketiga, berukuran 5.7, juga berlaku di selatan Sumatera, kira-kira 724 km baratdaya Johor Baharu, pada 12.11 pagi, menurut kenyataan itu.

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan berikutan kejadian gempa bumi itu. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2008 11:41 AM | Show all posts
Gempa kuat jangka berlaku dekat Sumatera

SINGAPURA 12 Dis. - Ahli- ahli sains mengingatkan penduduk Sumatera supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan ramalan satu gempa bumi kuat dijangka berlaku dalam waktu terdekat ini.

Menurut mereka, ramalan itu berdasarkan kajian yang dijalankan selepas berlaku tsunami di Acheh pada tahun 2004.

Kajian selama empat tahun itu mendapati gempa bumi itu berpotensi menyebabkan gelombang lebih besar serta membawa kemusnahan kepada kehidupan di sekitar kepulauan itu.

Semasa gempa bumi pada 26 Disember 2004 itu, gempa berukuran 9 pada skala Richter telah melanda luar pantai Acheh sehingga ke utara Pulau Andaman di Lautan Hindi yang berlaku pada pukul 7.59 pagi (8.59 pagi waktu Malaysia).

Gegaran kuat itu telah menyebabkan berlaku tsunami yang menyebabkan lebih 220,000 orang terkorban di pesisiran lautan Hindi termasuk 168,000 di kepulauan Sumatera.

Sementara itu, Pengarah Program Pemerhatian Gempa Bumi, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Kerry Siah Sieh berkata, pada tahun lepas gegaran berukuran 8.4 pada skala Richter telah berlaku dan dalam tempoh beberapa saat menyebabkan berlaku gempa bumi di sekitar pantai barat Sumatera termasuk di Bandar Padang.

"Gegaran itu akan mewujudkan pergerakan pusingan seismos yang ketara dan menyebabkan berlaku gelinciran dikenali sebagai Mentawai.

" Proses seperti itu telah berlaku sejak kira-kira 700 tahun lalu dan memberi kesan terhadap struktur geologi serta membentuk pergerakan tanah dan menghasilkan gempa bumi di kawasan tersebut," katanya.




kalu kat sumatera...  MOSTI  terasa kat mesia gak..... mmg gerun nih...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 01:46 PM | Show all posts
Gempa 5.6 skala Richter landa Banda Acheh


JAKARTA: Gempa berukuran 5.6 skala Richter melanda Bandar Acheh di barat daya Sumatera, malam tadi, tetapi tiada laporan segera mengenai kerosakan yang mangsa yang terbabit.

Agensi Penyelidikan Gelogi Amerika Syarikat melaporkan, gempa berlaku jam 8.47 malam (1347 GMT), di 75 kilometer barat daya Banda Aceh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik, di Hawaii bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran mengenai bahaya tsunami di wilayah berkenaan. - AFP





bila sebut banda acheh ajer.... MOSTI tingat tsunami dulu...     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2008 09:04 PM | Show all posts
December 26, 2008   
Over 15,000 Displaced By Floods In Indonesia



JAKARTA, Dec 26 (Bernama) -- More than 15,000 people have escaped floods in Lampung province of Sumatra island in Indonesia following consecutive days since Thursday, a local disaster management agency said here Friday.

Consecutive days of heavy rains have caused rivers overflow and submerged thousands of houses in South and East Lampung since Thursday, China's Xinhua news agency quoted a local official of the agency who only gives his name as Ridwan as saying here.

He told Xinhua over phone from the province that "14,728 people have fled homes in South Lampung and 176 others in East Lampung."

The official said that the evacuees had taken shelters in their relatives houses and other buildings at the higher ground.

The waters also inundated hundreds hectares of shrimp ponds and rice fields and were predicted to cause hundreds millions of financial loss, he said.

The floods also paralyzed transportation as the water submerged roads, said Ridwan.

Aids for the floods victims have so far been sufficiently supplied by the local administration, he said.

Indonesia has been frequently hit by floods due to lack of forest covered areas caused by deforestation and forest destruction. Illegal logging and opening of illegal plantation have been blamed for the forest loss in Indonesia, the world's third largest rain-forest country, which has 120,000 hectares of rain forest.

The government is struggling to cope with the problem by re- planting over 100 million trees and strictly implementing law enforcement.

-- BERNAMA



4 taon lepas.... hari yg sama... tsunami  serang.... hari ni... kena mengena ngan air gak... banjir besar pulak... aku simpati pada mangsa2 banjir nih..... berjuta2 kerugian nih..!!  
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.098443 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list