View: 10908|Reply: 92
|
Melayu perlu berniaga jika mahu kuasai ekonomi
[Copy link]
|
|
Oleh Nassrul Hakim Md. Jani - utusan
MOTTO Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MeCD) "Keusahawanan Kerjaya Pilihan" jelas menunjukkan komitmen dan visi kementerian dan kerajaan ke arah melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera pada masa akan datang. Tetapi kebanyakan mahasiswa Melayu masih mengharapkan kerja makan gaji dengan swasta atau kerajaan.
Pada masa ini banyak program keusahawanan dijalankan. Jika di sekolah kita ada Program Usahawan Muda (PUM) sementara di Institusi Pengajian Tinggi pula ada Program Siswaniaga (PSN). Ini ditambah dengan program 'kemahiran insaniah' (softskill) yang sedang dilaksanakan di pusat-pusat pengajian tinggi yang berasaskan kepada beberapa teras utama. Dan salah satu terasnya ialah keusahawanan.
Nilai-nilai keusahawanan seperti kreatif, berdaya saing dan sentiasa mencari peluang merupakan contoh nilai keusahawanan yang bagus diterapkan di kalangan pelajar dan mahasiswa.
Apa yang ingin diterapkan melalui nilai-nilai keusahawanan ini sebenarnya bukanlah semata-mata untuk menjadikan seseorang sebagai usahawan tetapi ia boleh digunakan dalam kehidupan seharian dan dalam kerjaya mereka suatu hari nanti. Dan pelajar yang aktif dengan program keusahawanan semasa di sekolah atau IPT ini akhirnya menjadi eksekutif syarikat swasta atau pegawai kerajaan.
Mungkin kerana hanya menerapkan nilai keusahawanan sahaja menjadikan pelajar-pelajar yang pernah aktif dengan PUM atau yang menyertai PSN akhirnya tidak juga memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka. Ini kerana mereka tidak diprogramkan untuk menjadi usahawan tetapi sekadar untuk mengambil nilai keusahawanan itu sahaja.
Tetapi pada masa sekarang kita sebenarnya menghadapi masalah kurangnya minat di kalangan orang Melayu untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Mengapa kita tidak menerapkan terus kepada pelajar-pelajar Melayu bahawa mereka mesti menjadi usahawan? Dengan itu menjadikan objektifnya lebih jelas dan mereka betul-betul faham hasrat sebenar arus perdana bangsa.
Masalah penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu harus diberi perhatian yang amat serius. Mungkin ramai yang berkata taraf hidup orang Melayu sekarang sudah meningkat berbanding dahulu. Orang Melayu kini ramai yang berpendidikan tinggi dan memegang jawatan sebagai pegawai tinggi kerajaan atau eksekutif di syarikat-syarikat swasta.
Sebenarnya orang Melayu harus berfikiran jauh ke arah menguasai ekonomi. Memegang jawatan tinggi dalam syarikat-syarikat swasta sebagai pengurus atau CEO sekali pun tidak dikira sebagai menguasai ekonomi. Begitu juga dengan sesetengah orang Melayu yang menjadi ahli lembaga pengarah atau pengerusi syarikat atas keperluan kuota Melayu tetapi tidak mempunyai apa-apa saham dalam syarikat juga tidak boleh dikira sebagai menguasai ekonomi. Menguasai ekonomi bermakna memiliki aset dan perniagaan. Perniagaan tersebut milik kita, bukan kita hanya sebagai pekerja.
Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum. Malangnya sehingga sekarang orang Melayu masih leka dan tidak bersungguh-sungguh untuk menguasai ekonomi dan bidang perniagaan, walau pun sudah banyak usaha dilakukan dan pelbagai agensi ditubuhkan untuk membantu orang Melayu dalam bidang keusahawanan.
Ramai siswazah Melayu yang ingin menjadi usahawan sebenarnya tidak diberikan kefahaman yang jelas mengapa mereka perlu menjadi usahawan.
Sekadar menyatakan bahawa dengan menjadi usahawan mereka 'boleh jadi kaya' sahaja belum mencukupi.
Dan lebih menyedihkan apabila penceramah-penceramah dalam program keusahawanan untuk siswazah menyatakan "kalau tak dapat kerja jadilah usahawan". Kenyataan ini seolah-olah menggambarkan bahawa keusahawanan ini hanyalah pilihan terakhir sekiranya gagal mendapat pekerjaan dan bukannya keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Siswazah Melayu seharusnya diberikan kefahaman yang jelas bahawa mereka perlu menjadi usahawan adalah untuk memastikan survival Melayu pada masa akan datang. Mereka ini sebenarnya penyelamat kepada bangsa Melayu.
Mereka juga harus diberikan kefahaman bahawa perniagaan adalah fardu kifayah. Sekiranya tidak ada orang Islam yang menjalankan sesuatu perniagaan untuk memenuhi keperluan umat Islam setempat maka semua orang Islam di sesuatu tempat itu akan berdosa. Dan mereka yang terlibat dengan perniagaan telah menyelamatkan orang Islam yang lain daripada menanggung dosa.
Pada masa ini pemikiran mereka harus dibentuk untuk meminati kerjaya sebagai usahawan. Mereka harus diterapkan rasa yakin dan berani untuk mengambil risiko melibatkan diri sebagai usahawan apabila menamatkan pengajian kelak. Agar mereka tidak mengulangi kesilapan generasi Melayu sekarang yang terlalu mengagung-agungkan kerja makan gaji dan takut rugi jika menjadi usahawan.
Kita semua tahu bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kerana itu kita harus mengubah strategi daripada hanya menekankan kepada nilai keusahawanan semata-mata ke arah menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan kepada para pelajar Melayu. Jika tidak, orang Melayu akan terus menjadi bangsa makan gaji dan yang menguasai ekonomi adalah orang lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gud info bro... |
|
|
|
|
|
|
|
aku kata dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
dan kita tgk gak laaa kuota perumahan kat kedah baru2 nih... riuh rendah.. kerjaan kedah nak tmbh 50% kuota melayu..... dibangkang oleh bangsa lain....
so tgk... nape?... developer takut tak laku kalu buka kat melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
ehh korang nih share PC ko lagu mano?? |
|
|
|
|
|
|
|
pc ada byk.. ada 3.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ha ha ha
kementerian keluar kenyataan "copy an paste" jer...
aku rasa perkataan "USAHA"wan tu macam "usaha atok (wan lelaki) hang"...
perkataan "USAHA" tu menakutkan/badi bagi org yang malas. dlm konteks bahasa, sebab "USAHA" tu bahasa malaysia maka sasarannya adalah bangsa melayu yang mengamalkan bahasa malaysia.
cuba tukar "USAHA" tu dari"AYAT KENA BUAT" kepada "AYAT ANGKAT MEMBANGUN" cth.... (eee kenapa tetiba aku rasa miskin je perkataan melayu ni-atau aku yg tidak sensitif)
kalau word "NIAGA", "BISNES", yg berbau, berbunyi perniagaan... mungkin kementerian tukar nama dulu, pastu mforum pulak... habis mod marah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Melayu ramai berpendidikan tinggi dan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan atau di syarikat-syarikat swasta seperti jadi manager mahupun CEO tapi hanya berkerja dan tidak ada share dalam syarikat, tapi dah belagak macam dah berjaya....aduss...aku berharap moga2 forumer semua yang kalau dah jadi ceo atau manager atau apa2 yang patut dalam syarikat...pastikan lah share kita ada....at least kita berkerja di syarikat yang kita ada share....maka iklas la lagi kita buat kija dan elak daripada makan gaji buta,,...hehee.
jadi kenalah ada share barulah dapat dikira sebagai menguasai ekonomi. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi beranikan diri la semua upgrade la dari enterprise dengan buka atau setup la syarikat sdn bhd..........ini lebih dikatakan nampak jelas dan kukuh yung boleh bersaing menguasai ekonomi..... |
|
|
|
|
|
|
|
masalah birokrasi dalam menyalurkan pinjaman dan bantuan kpd usahawan menyebabkan ramai yg ambil langkah dgn mulakan bisnes dgn modal sendiri...
dan tidak mengharapkan pihak kementerian...yg gah pada motto nya sahaja... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba korang tanya budak2 kecik..."dik, cita2 nak jadi ape dik?"
majoriti doktor, guru, juruterbang, wartawan, saintis. Ramai ke yang nak jadi usahawan ni?
Kalau korang tgk zaman2 dulu... mak2 akan cakap "Kau nak jadi usahawan?? bukan mudah nak jadi usahawan ni... nanti bangkrupt..."
Korang tau kat mana akar umbi dia?? Knp ramai yang lebih suka kerja makan gaji? Sebab takut nak ceburkan diri dalam perniagaan kerana takut dikatakan org bila gagal! Ramai yang masih ragu2. "Nak jual apa" , "Boleh h laku ke", " mana nak carik modal" , org macam kita bukan senang nak dapat pinjaman" , "nak cagar apa" Orang - orang kita suka meletakkan syarat yang ketat utk berniaga. Kita sendiri yang menghalang diri kita dari berniaga.
Ramai org kita yang malu nak mulakan dari bawah.. Pada elle, biar benda tu kecik tapi berhasil.. Daripada berniaga besar2.. last2 kena bubar... Berkayuh perlahan... asalkan sampai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elle_gogo at 28-11-2008 06:56 PM
cuba korang tanya budak2 kecik..."dik, cita2 nak jadi ape dik?"
majoriti doktor, guru, juruterbang, wartawan, saintis. Ramai ke yang nak jadi usahawan ni?
Kalau korang tgk zaman2 dulu... mak2 a ...
dorg maybe xleh nk ckp nak jadi usahawan...sbb usahawan xde dpn mata dia...mak bapak pon x berniaga...sanak saudara pon sama..suma mkn gaji..melainkan kalo mak bapak berniaga..klu tanya bila besar nk jadi apa..maybe dia ckp nak jadi mcm papa,mama,ayah,ibu dll...tu pon klu parents supportive..xnak anak2 dorg mkn gaji...
kita buang apa yg berlaku masa lampau..buang jawapan2 tu sume...kalo kita dulu tak boleh jawab nak jd usahawan bila org tanya bila besar nak jadi apa.....
biarlah anak2 cucu cicit kita nanti...bila org tanya dah besar nak jadi apa...mereka akan jawab....
nak jadi " USAHAWAN ".....usahawan yg jutawan...dermawan... |
|
|
|
|
|
|
|
best nyee bincang..... sakit palo nih pokcik.. br bgn weiii... |
|
|
|
|
|
|
|
kita sudah ada ramai usahawan Melayu, tetapi kita kurang 'jaguh' usahawan Melayu yang MENGUASAI PASARAN.
Otai Burger adalah jaguh, Maideen adalah jaguh. Saya harap Encik Sinar akan jadi Sinar Otai satu hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Matlamat saya dan Miju adalah sama sahaja iaitu mahu melihat Melayu menguasai EQUITY dan menguasai INDUSTRI |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 WonBin\ catat
tabik spring wonbin.. jom kita sama2.. berganding bahu... menuju ke arah matlamat yang serupa |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 WonBin\ catat
insyaALLAH... itu lah yg diidamkan skrng nih....
memerlukan masa sikit lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
tidak terlalu cepat.. dan tidak terlalu lama....
insyaALLAH ku akan usaha sebaik mungkin... doakan.... dn bantu dari segi ilmu dan motivasi..... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa yeK
kenapa melayu perlu berniaga untuk kuasai ekonomi sedangkan;
orang kita lebih cenderung makan gaji daripada berniaga
orang kita lebih suka menguasai Kabinet dalam kerajaan
orang kita lebih suka jawatan tinggi dalam GLC
orang kita menuntut kemerdekaan kerana semangat membebaskan negara.
orang asing berniaga kerana semangat membebaskan diri (yg datang sehelai pinggang dari tanah besar)
orang kita melihat berniaga sesuatu yang asing.
orang cina melihat dan memandang tinggi kepada mereka yang berniaga.
Orang berniaga dianggap lebih matang daripada yang makan gaji.
orang makan gaji bekerja untuk mendapat pengalaman sementara menunggu masa sesuai memulakan perniagaan.
Orang lama berniaga untuk menguasai ekonomi.
orang muda keluar sekolah berniaga "sementara" untuk medapat kerja tetap makan gaji
Apa beza orang cina dgn kita, dua tangan dua kaki - sama dgn kita.
yg berbeza orang kita tahu Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri. TAHU TAPI TAK BUAT.
orang cina berjaya kerana mereka bekerja keras dan sanggup mengambil risiko membabitkan diri dalam dunia perniagaan. Sesuatu yang dorang TAHU DAN BUAT.
Ok, kerajaan komited, ada insken, tekun walaupun TAK TELUN, mara,uda, bank rakyat, punb, deb, dll.. dan tak lupa bank SME.
saper yg didik generasi baru - tak payah lah suruh kerajaan - sebab kerajaan (walaupun komited dgn dasar) tetapi lebih lantang bercerita pasal kuasa politik (semua parti pun).
so, kita kita ni, nasihatkanlah generasi kita, jgn harap kerja makan gaji lepas belajar, jangan buat kesilapan macam kita (sayalah - kerana lambat sangat memulakan perniagaan - patut umur 25 tahun dulu dah mula). Buang semua hasad dengki dan tunjukkan jalan dan peluang yg ada dalam bidang usahawan.
Tidak jemukah kita bercakap benda sama sekian lama?
jomlah sama-sama kikis persepsi BERNIAGA ITU SUSAH, BERNIAGA PERLU MODAL BESAR, BERNIAGA TAK DAPAT PENDAPATAN TETAP.
Merdekakan bangsa kita yang sinonim sebagai penghuni rumah kos rendah dan setinggan. miskin di tanah air sendiri. inikah hasil perjuangan nenek moyang kita. citer2 perjuangan dan susah lara atuk nenek kita patut diperturunkan kepada mereka.
bukankah dulu orang Melayu menjadi pedagang terkemuka berniaga sehingga ke Asia Barat membawa barang dagangan mereka.
Kembalikan keagungan bangsa kita. Tak mudah. tetapi jika datuk nenek moyang kita kental dengan semangat memerdekakan negara dari jajahan bangsa asing, pinjamlah semangat yang sama dan merdekakan ekonomi negara kita dari terus dipegang oleh bangsa lain.
Insyaallah, tangan tangan forumer yang menaip keyboard
mampu mengoncangkan ekonomi dunia, (betul tak farid?)
tidak kira jantina (betul tak wonbin),
tidak kira siapa dibelakang mereka (betul tak sinar)
|
|
|
|
|
|
|
|
tak malu ker masa berjalan ke sana ke sini tgk sing board kedai-kedai tepi jalan, kedai-kedai bangunan besar-besar tepi jalan.............banyak nye bahasa orang lain..............adusss....kalo yang ada bahasa melayu, itu pun kalo ada kedai makan.....tu pun nasib.....kalo tak kedai mamak laaaaaaaaaa......
bagi aku sekarang melayu tak akan dapat kejar atau tangkap bangsa lain yang datang ke malaysia ni......tapi aku harap orang melayu ada la keinginan untuk masuk pertandingan kejar - mengejar dan kejar mereka walaupun mereka dah jauh tinggalkan kita...........
tapi keinginan masuk pertandingan itu adalah perlu dan sentiasa perlu..................untuk generasi akan datang...........
contoh la.....generasi kita sekarang ada lah ramai sket berbanding dulu yang bisness enterprise................tapi dia orang dah sdn bhd, berhad, holding.........
tapi secara rumusanya...................kita hendaklah sentiasa kejar dan kejar...........insyallah sesuatu hari nanti at least dapat check and balance...........
k.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 WonBin's post
THANKS ...............................go on WonBin's |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|