|
Minda: Bendung penularan Oleh Nasharuddin Muhammad
[email protected]
SEBELUM ini jika kita membaca akhbar atau menonton siaran televisyenmengenai kes bunuh diri atau cubaan bunuh diri yang dilaporkan, bolehdikatakan hampir semuanya membabitkan sebilangan pihak.
Puncaberlakunya kejadian itu juga pelbagai sama ada membabitkan soalremeh-temeh mahupun masalah agak kompleks, termasuk hutang perniagaan,judi, masalah keluarga, angkara putus cinta atau menghidap penyakitkronik yang tiada harapan sembuh.
Bagaimanapun, kebelakangan ini trend mengakhiri nyawa sendiri itu seolah-olah sudah mula menular di kalangan masyarakat Melayu.
Berdasarkanpaparan beberapa kes dilaporkan media, baru-baru ini, kebanyakan pelakumembabitkan golongan muda berusia bawah 30 tahun walaupun terdapat jugakes membabitkan golongan agak berusia termasuk yang sudah berkeluargadan beranak-pinak.
Yang pasti jika tidak dibendung segera sejak peringkat awal lagi,pasti akan menjadi fenomena membimbangkan masyarakat seperti gejalapengkid, masalah penyalahgunaan dadah, seks bebas serta kegiatan lumbaharam atau Mat Rempit.
Di Terengganu saja, dalam tempoh dua bulan lalu, terdapatsekurang-kurangnya empat kes membabitkan kejadian bunuh diri ataucubaan bunuh diri yang dilaporkan media.
Kejadian pertamaberlaku di Chendering membabitkan seorang wanita orang kurang upaya(OKU) yang membunuh diri dengan menggantung diri dalam bilik airdiikuti tindakan seorang remaja lelaki di Kampung Bukit Guntung yangmenamatkan riwayat hidup dengan menggantung diri dalam bilik tidur.
Jumaatlalu, seorang remaja wanita berusia 18 tahun menggemparkan orang ramaiyang pulang menunaikan solat Jumaat apabila cuba terjun dari tingkat 10sebuah hotel di Kuala Terengganu.
Dia menyusup masuk ke bangunanitu sebelum diselamatkan anggota keselamatan termasuk Polis DirajaMalaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Insidenyang bermula kira-kira jam 1.30 tengah hari itu dan berakhir kira-kirasejam kemudian turut menyebabkan laluan berhampiran hotel berkenaanterpaksa ditutup semata-mata untuk memudahkan pihak berkuasa memujukdan menyelamatkan gadis itu yang dipercayai merajuk kerana dimarahiteman lelaki.
Kejadian Ahad lalu pula di Kampung Batu 24, KualaBerang, Hulu Terengganu, membabitkan seorang wanita lapan anak berusia38 tahun.
Dia cuba terjun dari tingkat atas sebuah bangunan empat tingkat.
Bagaimanapun,kecekapan pasukan penyelamat, termasuk PDRM dan JBPM menyelamatkannyayang dipercayai mengalami masalah dianggap remeh selepas berselisihfaham dengan suami.
Berdasarkan senario berkenaan, gejala tidaksihat yang bukan sahaja bertentangan dengan norma kehidupan masyarakatMelayu, malah turut ditegah agama itu jika tidak diambil tindakanpenyelesaian konkrit sudah tentu boleh mengundang malapetaka lebihbesar.
Lebih membimbangkan, gejala itu kini tidak hanya berlakudi bandar dan kota raya seperti Kuala Lumpur, malah menular di kampungdan pedalaman yang sebelum ini secara relatifnya tidak begitu terjejasdengan ancaman sedemikian.
Justeru, tindakan pelbagai lapisanmasyarakat bermula dari institusi keluarga hingga ke peringkattertinggi lebih daripada diperlukan.
Betapa tidak, dalamkebanyakan kes seperti dipaparkan media, punca utama tragedi ituterutama membabitkan golongan muda hanya kerana alasan remeh yangsebenarnya boleh dielak dan dicegah seperti dimarahi teman lelaki,berselisih faham dengan pasangan masing-masing atau masalah putus cinta.
Ternyataakibat kedangkalan pemikiran dan kecetekan ilmu agama menyebabkanmereka lebih rela mengikut kata hati, perasaan dan nafsu mudamasing-masing dengan mengambil jalan mudah menamatkan riwayat hiduptanpa memikirkan implikasi akibat perbuatan mereka itu, bukan sahajakepada diri sendiri, malah keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Bagigolongan itu, mungkin dengan berbuat demikian, segala masalah dihadapiakan selesai dan berkubur bersama jasad disemadikan tanpa memikirkannatijah lebih besar sebenarnya turut menanti mereka bukan sahaja didunia ini, malah juga di akhirat kelak.
Seseorang Islam mahumenamatkan riwayat hidup dengan membunuh diri dilarang keras dalamIslam berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapamembunuh diri tanpa hak, sesungguhnya tempat mereka adalah di neraka.”
Begitujelas sekali larangan agama terhadap perbuatan berkenaan. Untukmengambil nyawa seseorang secara sah pun masih memerlukan prosestertentu berdasarkan peraturan dan undang-undang.
Ketika dimintamengulas fenomena berkenaan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama danPenerangan Terengganu, Muhammad Ramli Nuh mengakui keadaan berlaku itujika tidak dibendung memang akan mendatangkan kebimbangan ibu bapa,masyarakat, malah kerajaan sendiri.
“Kita bimbang jika perbuatanitu akan terus menjadi ikutan dan amalan golongan remaja sebagai jalanterakhir untuk menyelesaikan masalah mereka memandangkan kini, ramairemaja yang tiada kekuatan jiwa serta cetek ilmu agama.
“Sayacukup sedih dengan gejala itu yang semakin menular di kalangan remaja,khususnya Melayu. Sepatutnya sebagai makhluk berakal, mereka perlumeletakkan martabat diri di tempat tinggi, bukan kepada martabat palingrendah seperti haiwan,” katanya.
Beliau berkata, jangkaan sipelaku yang beranggapan tindakan mereka memilih menamatkan riwayathidup dengan cara membunuh diri dapat menyelesaikan masalah sebenarnyameleset sedangkan azab lebih pedih sedia menanti mereka di alam kuburdan hari akhirat kelak.
Menurutnya, sesetengah masalah dihadapiseseorang itu perlu diterima sebagai dugaan Allah yang kadangkalamemang berat untuk ditanggung, namun perbuatan membunuh diri bukanjalan penyelesaian masalah, malah tidak mendatangkan sebarang kebaikandan faedah kepada diri sendiri dan orang lain.
“Perbuatanmembunuh diri itu bukan sahaja menjatuhkan maruah diri, malahmenconteng arang di muka ibu bapa dan keluarga selain merosakkan namabaik agama Islam dan bangsa,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
aku belum sampai lagi nk bunuh diri |
|
|
|
|
|
|
|
saya ada kawan,tp berbangsa cina.Dia pernah bagitau yang dia nak bunuh diri kalau saya xnikah ngan dia..(sebenarnya dia gurau jew).. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah tgk mayat student bunuh diri kat UTM... masih tergantung lagik... cina aa tapi.... dua minggu aku tak lena tidur.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 khoirulfatihin's post
ish3x.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnye dgn keadaan skrg nih...
iman dah semakin menipis.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by QAX at 28-11-2008 04:57 PM
aku pernah tgk mayat student bunuh diri kat UTM... masih tergantung lagik... cina aa tapi.... dua minggu aku tak lena tidur....
nape dier bunoh diri? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 makcikmengamok's post
tak tau cara detail sbb sebenar... tapi ramai yg kata sbb pointer... tp setau aku pointer die 2.9++... aku grad pon 2.7 je... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
saudari,
mmg lah mudah bagikita untuk mengecam tindakan ini, tapi then bila kita terbaca kisah bunuh diri kita
a) dengan mudah mengecam lantas bersikap "judgemental' pada mereka ni
b) kadang kala saya bila terbaca hal ini , bertanyalah diri saya sendiri , adakah adil kita TERUS mengecam mereka?
apa sebenarnya isu , apa penyebabnya
adakah kita juga patut mengecam diri kita juga sebab ...
a) sebagai sdr se ISLAM kita tak mampu nak kenalpasti keadaan psikiatri org org ini untuk cuba mengambil langkah pencegahan / preventatie measure ?
TERUTAMANYA - KEMURUNGAN - depression sebagai salah satu punca utama - kekadang depression ni org tak nampak tau, hanya kawan kawan terdekat atau yg paling rapat - do you know how it is to feel depress?to feel really in the low mood ..almost every single hour?
really feel mmg down really really down? masa tu ALLAH and your solat penting and kawan kawan yg bijaklah yg u know open mind ni penting lah
b) kita tak leh judgmental lah sebab kita kena tahu apa itu punca, the barulah go and search for it and then tackled
Setakat nak mengecam tak selesaikan apa apa pun, rasanya.Sebab saya percaya manusia itu baik, mesti ada sebab but you have to know that BEFORE kecaman dilemparkanand kita jugak kena be fair to that person so komuniti ni kena faham, well inform yg kekdanag ada sesetenga penyakit mental / pskiatri yg teruk, tak trekawal menyebabab kan benda ni berlaku
dan masalah masyarakat pula tak membaca ..tak peka hal hal ni uknow
semuanya saling org kata "compliment" u know
so i tak keen sangat lah mereka ni dikecam ...
because kiat tak tahu pun seba musababnya know, tak berada dalam situasi itu
and hanya bila kita melihat mereka, dan berkesempatan didedahkan dgn dunia psychiatry u know
that
syukurklah nikmat iman dan akal yg ALLAH bagi ...do not take that for granted
wassalam
[ Last edited by mbhcsf at 29-11-2008 01:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bayk sebab antanya:
org sekekeliling/keluarga/majikan/rakan2 yang x adil menumbulkan stress. yg mementingkan mutu, wang,keperluan kehidupan, mana tahan asik kena maki hamun, laki x bertanggungjawab,ponter nak tinggi, periksa nak cemerlang. akibatnya kehidupan tidak menggembirakan @ spt diharapkan
hidup mesti terima seadanya, kalau dah sedaya usaha tetapi x mencapai target, biarkan saja, cari peluang baru, x semua org perfek.
kalau tinggal bersama org2 mental (suka maki hamun,emosi,dll) tinggalkan saja @ tenangkan fikiran jogging shoping wayang,katakan kpd mereka sy x suka sikap mereka
dekatkan diri pada ajaran agama. jgn pendam perasaan, enjoy ur life |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 ninja boy's post
yang pentingnya terutama sekali bab bab exam stress ni - u need to be with positive people tu jer yg cakap i know u have worked hard and whatever it is , we accept you. that's fine, u have tried , we knew it.
tapi kalau dapat yg suka hamun etc etc mmglah depress lagi lah |
|
|
|
|
|
|
|
sebab itu penting tahu peranan kaunselor |
|
|
|
|
|
|
|
Memprofil Mangsa Bunuh Diri
Oleh Melati Mohd Ariff
Rencana ini ialah bahagian pertama daripada tiga siri
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Hakikat satu kajian! Daripada 113 kes bunuh diri yang dilaporkan di Malaysia dalam tempoh Julai-Disember 2007, 82 ialah lelaki dan 41 daripadanya sudah berumah tangga.
Bilangan yang mengejutkan ini didokumenkan oleh Daftar Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM) untuk tempoh enam bulan itu.
Bagi individu berkenaan, peristiwa hidup yang paling lazim menghimpit perasaan mereka ialah masalah dengan pasangan intim mereka. Kejadian kehidupan lain ialah masalah kewangan, perundangan dan yang berkaitan dengan kerja.
Ini berbeza sekali dengan mangsa bunuh diri wanita, kerana berdasarkan analisis gender, 16 daripada 31 yang direkodkan adalah bujang sementara sembilan yang lain sudah berkahwin.
"Kebiasaannya, lelaki lebih nekad apabila mahu membunuh diri. Wanita tidak begitu, jadi mereka ini masih boleh diselamatkan. Bagaimanapun, trend ini perlu dikaji dengan lebih mendalam dan diperhatikan untuk tempoh yang lebih panjang.
"Laporan sulung NSRM ini hanya meliputi tempoh enam bulan," demikian kata Dr Nor Hayati Ali, penyiasat utama NSRM dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya baru-baru ini.
Beliau turut memberi contoh, data dari Amerika dan Taiwan menunjukkan bahawa bukanlah status 'berkahwin' yang menjadi risiko, tetapi masalah rumah tangga seperti perpisahan sementara atau perceraian yang akan meningkatkan risiko itu.
Dr Nor Hayati menjelaskan bahawa data yang terkandung di dalam laporan NSRM 2007 dikumpulkan melalui usaha bersepadu membabitkan jabatan forensik di hospital di bawah Kementerian Kesihatan.
Dr Nor Hayati berkata data itu secara beransur-ansur akan diperluas untuk meliputi hospital di bawah Kementerian Pelajaran.
OPERASI NSRM
Menurut beliau, NSRM ditubuhkan secara rasmi pada awal 2007 untuk mengumpul data kematian akibat "tindakan mencederakan diri sendiri secara sengaja dan membawa maut" menerusi rangkaian perkhidmatan forensik.
Ia membabitkan pelbagai peringkat kakitangan di jabatan forensik atau unit masing-masing dan kes akan disahkan oleh Pakar Perubatan Forensik.
Pengumpulan data yang dibuat pada 2007 adalah cubaan awal, jelasnya.
Projek NRSM ini, kata Dr Nor Hayati dapat diusahakan setelah menerima peruntukan penyelidikan daripada Kementerian Kesihatan pada tahun yang sama. Ia ditaja oleh Perkhidmatan Perubatan Forensik serta Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental. Kepakaran teknikal pula disediakan oleh Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC).
Pada 2008, Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan menyertai usaha ini untuk melakukan penyelidikan lanjut dalam bidang berkaitan.
"Matlamat NSRM ialah untuk menyediakan statistik lengkap bunuh diri di Malaysia dengan mewujudkan satu sistem di seluruh negara bagi merekod data mengenai mangsa bunuh diri di negara ini.
"Maklumat ini penting bagi pengendalian urusan kesihatan dan mengenal pasti bidang yang perlu diberi perhatian oleh penyedia perkhidmatan kesihatan," kata Dr Nor Hayati yang juga Pakar Perunding Psikiatri dan Ketua Jabatan, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kajang.
ANALISIS DATA
Menurut Dr Nor Hayati, berdasarkan 113 kes yang didokumen oleh NSRM, kebanyakan mangsa bunuh diri (95 orang atau 87 peratus) ialah rakyat Malaysia sementara selebihnya orang asing termasuk warga negara Nepal (3), Indonesia (6), Filipina (1), Singapura (1) and Myanmar (1).
Dalam kalangan rakyat Malaysia itu, katanya, kaum Cina paling ramai, (47 orang atau 43 peratus), diikuti India (31 orang atau 27 peratus) dan Melayu (12 orang atau 11 peratus) diikuti kumpulan pribumi dari Malaysia Timur (sembilan orang atau 8 peratus) dan lain-lain (10 orang atau sembilan peratus).
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa angka-angka yang dipetik ialah "angka mutlak" yang tidak setepat "kadar bunuh diri".
Menurut beliau lagi, data daripada penyelidikan terdahulu secara konsisten menunjukkan kadar bunuh diri paling tinggi dalam kalangan masyarakat India, ekoran daripada kes bunuh diri yang tinggi di sebalik jumlah penduduknya yang lebih kecil.
"Kadar bunuh diri hanya boleh dikira apabila kita mempunyai data untuk satu tahun penuh yang NSRM boleh sediakan daripada data 2008," katanya.
Dr Nor Hayati memberitahu Bernama bahawa berdasarkan Laporan NSRM 2007, majoriti mangsa bunuh diri (57 peratus) ialah mereka yang bekerja, sementara 27 peratus lagi menganggur.
Selebihnya sama ada bekerja separuh masa atau pekerja sambilan, bersara, menerima pencen ilat sementara 3 peratus lagi adalah suri rumah, katanya.
LAGI DATA
Menurut Dr Nor Hayati, analisis NSRM seterusnya menunjukkan sembilan pelajar (enam perempuan dan tiga lelaki) ialah dalam kalangan 113 mangsa bunuh diri.
"Hanya seorang Melayu, berusia 22 tahun sementara yang lainnya lima berketurunan India, dua Iban dan seorang Murut (umur antara 12 hingga 17 tahun).
"Masalah sekolah dikatakan sebagai punca bunuh diri di dalam dua kes, masalah pasangan intim di dalam dua lagi kes, sementara yang lainnya, tidak ada kejadian kehidupan yang dikenal pasti," tambahnya.
Kata beliau, daripada 113 kes bunuh diri, 88 peratus "Meninggal Dunia Ketika Dibawa" (BID) oleh polis untuk pemeriksaan bedah siasat, 11 peratus meninggal dunia di wad dan 1 peratus meninggal dunia di jabatan kecemasan.
"Mereka yang meninggal dunia di wad dan unit kecemasan ialah mereka yang melalui proses pemulihan semula (resusitasi) dan kebanyakan daripada kes ini menggunakan kaedah pengambilan racun.
"Mereka tidak menemui ajal serta merta dan dihantar ke hospital oleh waris mereka. Bagaimanapun, akibat komplikasi tindakan membunuh diri itu, organ penting di dalam tubuh mereka gagal berfungsi dan ini kemudian menyebabkan mereka meninggal dunia," jelasnya.
FAKTA BUNUH DIRI
Seramai 73 daripada 113 mangsa bunuh diri di kediaman sendiri dengan seorang lagi berbuat demikian di rumah teman wanitanya sementara seorang yang lain, di rumah jirannya.
Lokasi lain termasuk ladang, bangunan komersil, sekolah, tanah perkuburan dan jalan raya/lebuh raya.
"Kemungkinan besar sebab mereka membunuh diri di kediaman sendiri, mungkin kerana akses mudah dan jaminan tiada gangguan.
"Memandangkan kejadian kehidupan yang paling lazim ialah masalah pasangan intim, kediaman sendiri mungkin menjadi lokasi pilihan membunuh diri kerana di situlah keperitan masalah ini paling teruk dirasakan," kata Dr Nor Hayati.
KAEDAH BUNUH DIRI
Dari segi kaedah bunuh diri, data NSRM melaporkan kaedah bunuh diri yang menjadi pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah menggantung diri, menjerut dan kelemasan.
Daripada 113 kes, 58 (47 lelaki, 11 wanita) menemui ajal dengan kaedah yang disebutkan tadi, diikuti meminum racun serangga (11 lelaki, 7 wanita) dan melompat dari tempat tinggi (10 lelaki, 6 wanita).
Kaedah lain bunuh diri yang dianalisis termasuk terdedah kepada gas dan wap lain (asap, api), mati lemas, melompat atau berbaring di hadapan objek yang bergerak, objek tajam dan refal atau senapang patah.
"Dari segi kaedah dibandingkan kaum, data menunjukkan kaedah membunuh diri paling lazim bagi semua kumpulan etnik (Cina, India dan Melayu) ialah dengan menggantung diri.
"Ini mungkin kerana akses mudah dan senang untuk menggantung diri. Kaedah kedua paling lazim yang dipilih oleh mangsa bunuh diri keturunan Cina dan Melayu ialah terjun dari tempat tinggi. Mangsa bunuh diri keturunan India pula lebih cenderung meracun diri," kata Dr Nor Hayati.
Beliau berkata berdasarkan temu ramah dengan 'pemberi maklumat', 72 kes daripada 113 tidak menunjukkan sebarang tanda atau memberitahu sesiapa yang mereka mahu menamatkan riwayat hidup mereka.
Menurut beliau lagi, hanya 20 peratus ada menyatakan niat untuk membunuh diri dan kaedah yang paling kerap digunakan ialah secara lisan.
Tambahnya, jumlah kes mungkin nampak kecil kerana NSRM memberi fokus kepada kes-kes yang mempunyai "banyak bukti" yang menunjukkan kecederaan itu dilakukan sendiri.
Beliau berkata terdapat juga kes yang "niat tidak dapat ditentukan" yang tidak dimasukkan ke dalam pangkalan data.
"Data mengenai kategori kematian ini mungkin boleh dikumpul pada masa depan sekiranya Malaysia mempunyai sistem melapor kematian bukan semula jadi peringkat kebangsaan.
"Di samping itu, dengan penambahbaikan beransur-ansur khidmat forensik, sebagai contoh dengan mempunyai kakitangan yang dilantik untuk mengendalikan dokumentasi kematian serta prasarana lebih baik seperti menyediakan tempat khas untuk keluarga di temu bual dan kualiti data boleh diperbaik," jelasnya.
FAKTOR BERISIKO UNTUK BUNUH DIRI
Menurut Dr Nor Hayati, berdasarkan kajian terdahulu mengenai kematian akibat membunuh diri, beberapa faktor berisiko dikenalpasti mempunyai kaitan dengan risiko bunuh diri, iaitu sejarah cubaan bunuh diri, penyalahgunaan dadah, penyakit fizikal yang kronik, penyakit mental dan peristiwa hidup yang penting.
"Ramai individu mengalami faktor berisiko yang disebutkan tadi tanpa menimbang mahu membunuh diri. Justeru, faktor berisiko ini berguna untuk mengenal pasti kumpulan sasaran untuk program pencegahan bunuh diri tetapi bukan menentukan individu mana dalam kalangan kumpulan itu yang akhirnya akan maut akibat membunuh diri.
"Kes-kes yang dikenalpasti NSRM pada 2007 menunjukkan kebanyakan mangsa bunuh diri tidak mempunyai sebarang sejarah cubaan bunuh diri terdahulunya," katanya.
"Ini mungkin kerana hakikat ramai di antara pemberi maklumat atau waris tidak berhubung rapat dengan simati dan tidak tahu-menahu tentang tingkah laku atau cubaannya untuk membunuh diri sebelum itu," katanya.
PENYAKIT MENTAL DAN FISIKAL
Menurut Dr Nor Hayati, apabila membandingkan pelbagai jenis punca, kecelaruan mental secara konsistennya ditemui dalam kes mereka yang berjaya membunuh diri.
Jelasnya banyak kajian mengenalpasti kecelaruan mood terutamanya kemurungan sebagai kecelaruan paling banyak dialami oleh mereka yang menemui ajal dengan membunuh diri, dari 30 hingga 70 peratus.
"Kecelaruan lain yang banyak dikesan dalam kalangan mereka yang berjaya membunuh diri berbanding penduduk am termasuk penyalahgunaan dadah dan skizofrenia.
"Malahan bagi individu yang memang menghidapi gangguan mental, gejala penyakit itu tidak semestinya menjadi penyebab utama mereka membunuh diri," jelasnya.
Sebaliknya, kata Dr Nor Hayati, kadar bunuh diri yang tinggi dalam kalangan pesakit psikiatri dikaitkan dengan faktor sosial, umpamanya, kerap menyendiri dan penyalahgunaan dadah berbahaya.
Katanya, dari satu sudut lain, aspek didiagnos dengan masalah kesihatan mental mungkin ada kaitan.
KESAN NEGATIF PELABELAN
Kajian mengenai stigma, jelas beliau, mencadangkan bahawa reaksi terhadap orang lain serta peminggiran masyarakat yang berpunca daripada pelabelan negatif mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental adalah amat penting.
Menurutnya, keengganan dilabel sebagai "sakit mental" mungkin menjelaskan mengapa hanya 7.1 peratus mangsa bunuh diri dilapor mengidap sakit mental, dua lagi mangsa mengalami kemurungan dan seorang mengidap skizofrenia.
Dr Nor Hayati berkata meskipun sesetengah pemberi maklumat menyedari mangsa suka menyendiri atau 'tidak boleh bekerja dengan betul' sebelum kematian mereka, mangsa tidak mendapatkan sebarang rawatan formal psikiatri.
Majoriti mangsa bunuh diri (79 atau 69.9 peratus) dilapor tidak mempunyai sejarah keluarga penyakit mental.
Beliau menjelaskan bahawa bagi penyakit fizikal, kajian di Amerika Syarikat menunjukkan hubungan kuat wujud antara penyakit 'terminal' atau yang boleh membawa maut dengan bunuh diri. Bagaimanapun, menderita penyakit terminal bukanlah punca yang mencukupi untuk membunuh diri.
Kumpulan individu berkenaan, kata Dr Nor Hayati, mengalami kemurungan, berpunca akibat dipinggirkan masyarakat dan tekanan menghidap penyakit terminal.
"Meskipun NSRM cuba bertanyakan kepada pemberi maklumat berhubung kehadiran penyakit fizikal, ia hanya dilaporkan dalam 6.2 peratus kes dan itu pun sebenarnya penyakit kronik, contoh diabetes dan penyakit jantung," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Agama Boleh Bendung Cubaan Bunuh Diri
Ini ialah bahagian kedua daripada tiga siri rencana.
Oleh Melati Mohd Ariff
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Krisis bunuh diri mungkin menimpa individu yang mengalami penderitaan emosi atau fizikal.
Bagi golongan ini, mereka tidak lagi sanggup menanggung penderitaan atau yakin tidak ada lagi jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi. Mereka juga mungkin merasakan masalah itu tidak akan berakhir.
Demikian pandangan Dr Nor Hayati Ali, penyiasat utama Daftar Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM). Beliau juga merupakan pakar perunding dan ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kajang.
Dr Nor Hayati menjelaskan bahawa individu yang sudah tidak sanggup menanggung penderitaan berada dalam situasi di mana penderitaan emosi atau fizikal sudah sampai kepada paras yang dia tidak lagi sanggup menahannya.
"Bagi golongan ini mereka percaya tidak ada jalan penyelesaian bagi derita emosi atau fizikal yang dialami, mereka sudah tidak nampak jalan keluar untuk merungkai masalah yang mendatangkan penderitaan kepada mereka.
"Individu yang mengalami derita emosi atau fizikal yang agak lama pula menjangka keadaan yang mendatangkan penderitaan tidak akan berubah dengan sendiri.
"Ini mencerminkan rasa putus asa yang juga pencetus risiko bunuh diri," kata Dr Nor Hayati dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di Hospital Kajang baru-baru ini.
PERANAN AGAMA
Pakar psikiatri ini berpendapat pegangan agama dan keimanan individu boleh melindungi seseorang itu daripada terdorong untuk membunuh diri.
"Agama menekankan tingkah laku yang soleh dengan kepercayaan bahawa Tuhan akan sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan. Ini sudah tentunya menjadi penawar kepada sebarang perasaan kecewa atau putus asa.
"Bagaimanapun, sekiranya seseorang pesakit itu mengalami kecelaruan mental atau satu kejadian kehidupan yang amat hebat, ini mungkin akan menjejaskan kemampuannya untuk membuat pilihan," jelasnya.
Pada peringkat ini, kata Dr Nor Hayati, anggota keluarga, kawan rapat serta masyarakat mempunyai peranan utama untuk memastikan individu berkenaan tidak merasa terpinggir atau disisih.
"Individu ini amat memerlukan perhatian dan bantuan segera," katanya.
MENCEGAH BUNUH DIRI
Dr Nor Hayati menjelaskan seterusnya bahawa kajian telah menunjukkan satu daripada kaedah pencegahan bunuh diri yang berpotensi yang boleh diketengahkan dikenali sebagai latihan 'gatekeeper'.
'Gatekeepers', katanya adalah mereka yang mungkin bertembung atau bersemuka dengan individu yang mahu membunuh diri, dalam urusan kerja mereka seharian seperti pegawai polis, guru agama, pegawai penjara, guru dan kakitangan sekolah, pekerja kebajikan dan doktor.
Sering kali, individu berkenaan menerima latihan yang sedikit atau tidak mendapat sebarang latihan khusus dalam mengenal pasti risiko bunuh diri dan bagaimana mereka boleh membantu individu tertentu.
"Latihan Gatekeeper ini bukan sahaja membabitkan maklumat mengenai cara menilai risiko serta pengendalian segera individu yang mempunyai naluri bunuh diri.
"Ia juga secara umumnya menyediakan maklumat mengenai perujukan serta bantuan yang boleh diperoleh daripada perkhidmatan lain dalam kalangan masyarakat mereka, termasuk rawatan untuk kemurungan, ketagihan arak dan penyalahgunaan najis dadah," katanya.
Dr Nor Hayati turut memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah perlu ke arah pencegahan bunuh diri, satu daripadanya ialah dengan menggalakkan pihak media supaya menyiarkan laporan yang lebih bertanggungjawab.
"Individu yang mungkin terdahulunya pernah menyimpan niat untuk membunuh diri tetapi menukar fikiran apabila memikirkan kesan negatifnya, boleh terpengaruh apabila melihat satu-satu kes bunuh diri yang dipaparkan oleh media dengan begitu hebat, seolah-olah tindakan membunuh diri itu diterima media," katanya.
Fenomena ini dipanggil sebagai "peniru bunuh diri" atau "kesan berjangkit".
Oleh itu adalah amat penting bagi akhbar tidak menjadikan bunuh diri sebagai satu berita sensasi atau menyiarkan laporan yang terlalu terperinci mengenai kes cubaan bunuh diri atau kes bunuh diri, katanya.
MINDA ANDA KESIHATAN ANDA
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan sebagai keadaan lengkap fizikal, mental dan kesejahteraan sosial dan bukan semata-mata tiada penyakit.
Justeru, menurut Dr Nor Hayati, kesihatan mental yang merujuk kepada fungsi minda adalah komponen penting kesihatan seseorang individu.
"Individu yang mempunyai kesihatan mental yang baik sering merasa seronok dengan dirinya. Mereka juga merasa senang dengan orang lain termasuk dalam jalinan hubungan peribadi serta mampu memenuhi tuntutan hidup," jelasnya.
Beliau berkata individu yang mempunyai kesihatan mental yang tidak memuaskan biasanya merasa tidak gembira, berada dalam keadaan lemah dan sangsi dengan kehidupan semasa juga masa depan mereka.
Katanya individu itu juga mempunyai rasa harga diri yang rendah di samping merasa diri terpinggir daripada masyarakat.
Individu-individu berkenaan juga merasa terhimpit dengan kejadian kehidupan yang buruk dan sering merasa tekanan hidup yang tidak dapat dikawal.
"Kemurungan adalah penyakit fizikal yang menjejaskan otak, menyebabkan ketidakseimbangan kimia di kawasan yang mengawal fungsi biologikal dan sosial," katanya.
Menurut beliau, kajian dalam "kualiti kehidupan" menunjukkan kemurungan mempunyai impak yang lebih serius ke atas kemampuan seseorang untuk berfungsi, seperti mengingati sesuatu, membuat keputusan atau pergi bekerja apabila dibandingkan dengan penyakit kronik yang lain.
Dr Nor Hayati berkata jika seseorang itu terlalu uzur untuk mengenal pasti kesulitan yang dialaminya, keluarga dan rakan individu itu disarankan agar membantu beliau mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
DAPATKAN RAWATAN
Dr Nor Hayati juga mengakui bahawa persepsi negatif terhadap orang yang mengalami kesukaran kesihatan mental mungkin menyebabkan orang berkenaan enggan tampil mendapatkan bantuan.
Bagaimanapun, keadaan itu dijangka beransur-ansur berubah kerana lebih banyak bukti saintifik menunjukkan kecelaruan mental mempunyai asas biologikal di dalam otak, dan ia bukan setakat 'kelemahan kerohanian'.
"Dalam kebanyakan kes, mereka boleh didiagnos dan dirawat. Kebanyakan kemudahan kesihatan di Malaysia mempunyai pelbagai jenis ubatan yang boleh digunakan untuk merawat kemurungan. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mendatangkan penderitaan bukan sahaja kepada individu berkenaan tetapi juga keluarga dan masyarakat," katanya.
Dr Nor Hayati menasihatkan: "Sekiranya orang yang berhasrat mahu membunuh diri datang kepada anda untuk mendapatkan bantuan, kemungkinannya individu itu percaya anda adalah lebih penyayang dan anda lebih mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi kesukaran hidup.
"Mereka juga mungkin menjangkakan bahawa anda mampu untuk merahsiakan apa yang mereka ingin kongsikan. Walaupun apa yang diluahkan kepada anda mungkin begitu teruk dan negatif, individu itu tetap mempunyai pandangan yang positif terhadap anda."
Menurut beliau terdapat banyak langkah kecil yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka yang mahu membunuh diri dan untuk memudahkan mereka mendapatkan bantuan.
"Biarpun kecil, langkah-langkah ini boleh menyelamatkan banyak nyawa dan mengurangkan penderitaan manusia," kata Dr Nor Hayati.
MASING-MASING BERPERANAN
Dalam menangani isu bunuh diri, Dr Nor Hayati percaya setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan.
Beliau turut menyokong usaha Kementerian Kesihatan yang menjalin kerjasama dengan agensi-agensi lain yang menawarkan bantuan kepada mereka yang mahu membunuh diri seperti pertubuhan bukan kerajaan 'The Befrienders'.
"Dengan lebih banyak data dihasilkan oleh NSRM, diharapkan kita dapat menyebarkan pemahaman asas terhadap faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang sakit mental.
"Maklumat itu juga boleh membantu memahami faktor yang menyebabkan meningkatnya risiko untuk seseorang itu membunuh diri di Malaysia," katanya.
Menurut Dr Nor Hayati, pengetahuan tertentu perlu juga disediakan mengenai ke mana orang yang berisiko tinggi perlu dihantar untuk mendapatkan penilaian dan rawatan lanjut serta pentingnya menjalani rawatan susulan.
"Membantu orang untuk mempelajari kemahiran menyelesaikan masalah dan konflik serta mengendalikan pertelingkahan tanpa membabitkan sebarang unsur ganas juga menyumbang kepada pencegahan bunuh diri," jelas beliau.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
perghhh bunuh diri.. seram2...
semoga Allah memelihara kita semua daripada perkara terkutuk ini...
bunuh diri tuh putus asa daripada Allah sehh..
Iblis pun tak putus asa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 gunblade712's post
sebenarnya iblis lah yg berputus asa dgn ALLAH SWT ... cuma tindakan iblis & manusia jer yg berbeza ...
WALLAHU A'LAM ... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn bunuh diri
kalu bunuh diri nanti masuk neraka jahanam kan ?
Dah la sakit kat dunia pastu lepas mati lagi la sakit...
so.. jangan bunuh diri... bunuh diri adlah keputusan tak ceghedik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 gunblade712's post
Betul tu....bila sampai ajal sema orang akan mati...
Membunuh diri bukan satu jalan penyelesaian.... semua tu
godaan iblis kalau tak kuat iman, tak fikir panjang gitulah jadinya...
Semoga kita terpelihara dari semua tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 sirri_khafi\ catat
bukan ke Iblis pernah berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dan meminta pendapat apa yang patut dia buat supaya Allah tidak murka.
Allah perintah kat dia suruh sujud kat kubur Nabi Adam a.s., lepas tuh Iblis tuh boleh pulak taknak sujud..
Pendapat peribadi saya, Iblis sendiri tidak berputus asa dalam menyesatkan manusia, walaupun bermacam2 kelebihan telah Allah beri kepada umat Muhammad s.a.w... |
|
|
|
|
|
|
| |
|