View: 18322|Reply: 22
|
Stesen Keretapi Pertama - Port Weld -
[Copy link]
|
|
Jasa Port Weld dilupakan
Oleh Mohd Azis Ngah
PAPAN tanda 'Port Weld' yang asal terletak di depan
sebuah kedai kopi di Kuala Sepetang.
Tiada usaha kekalkan nilai sejarah laluan kereta api pertama negara
TAIPING: Laluan kereta api pertama Tanah Melayu antara Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) kini hanya tinggal nama kerana landasan berusia 123 tahun itu terbiar tanpa usaha mengekalkan nilai sejarahnya, malah jeti dan bekas tapak Stesen Kereta api Port Weld termasuk rel landasan diceroboh setinggan kebanyakannya nelayan.
Landasan sepanjang lapan batu (12 kilometer) itu adalah yang paling awal di Tanah Melayu dibuka pada 1885 dan beroperasi selama 58 tahun sebelum ditutup pada 1943 ketika tentera Jepun menewaskan British pada Perang Dunia Kedua.
Jeti yang menempatkan gudang Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Kuala Sepetang kini dijadikan gudang serta pangkalan mendaratkan hasil tangkapan laut oleh nelayan tempatan. Ada antaranya yang sudah diubah suai termasuk membina jeti konkrit.
Tinjauan Berita Minggu di kawasan itu mendapati, hanya tinggal satu papan tanda diperbuat daripada simen dan batu yang tertulis Port Weld manakala tulisan kecil di bahagian bawah dalam tulisan Jawi, Mandarin dan Tamil.
Papan tanda itu dikatakan sudah dialih dari kedudukan asal selepas tiangnya patah. Penduduk tempatan mengambil inisiatif membina semula tiang konkrit baru setinggi kira-kira dua meter dan diletakkan di depan Kedai Kopi Guang Ming, kira-kira 20 tahun lalu.
KEADAAN laluan kereta api Port Weld yang
dirakam pada 1985.
Asalnya, kedai itu adalah Stesen Kereta api Port Weld menempatkan bilik pejabat, kaunter tiket tetapi kini dijadikan kedai kopi. Bagaimanapun, struktur asal bangunan itu masih dikekalkan termasuk tiang kayu utama yang dicat semula.
Mungkin dalam tempoh lima tahun, sejarah itu akan hilang dan yang tinggal sekadar rekod membuktikan tempat dan laluan itu pernah wujud.
Sehingga kini, semua rel landasan sudah dibongkah, saki baki yang ada sudah tenggelam di dalam simen bangunan, gudang dan deretan rumah kedai di pekan kecil Kuala Sepetang.
Rel landasan di depan bekas stesen itu juga hilang dan dijadikan pasar basah menjual bekalan ayam, babi dan sayur. Banyak bangunan konkrit didirikan sepanjang landasan dan sekitarnya hingga sukar untuk mengetahui bahawa kawasan itu sebenarnya bekas landasan kereta api bersejarah negara itu.
GUDANG Nombor-1 yang digunakan nelayan tempatan.
Difahamkan, setiap landasan milik KTM Berhad (KTMB) mesti mempunyai tanah rizab seluas 20 kaki (6.6 meter) di kedua-dua belah rel. Ini bermakna, semua bangunan dan deretan rumah serta kedai di situ dibina di atas tanah milik KTMB.
Bagi mencari jejak atau bekas landasan itu cukup sukar, terpaksa menjenguk di celah-celah bangunan, rumah atau gudang. Rel yang ada di depan itu pun sudah disimen, tenggelam di dalam tanah atau dipotong dan dijadikan pasar basah menjual keperluan harian.
Apa yang ditemui hanya dua batang rel sepanjang kira-kira 10 sentimeter yang tertanam di dalam longkang kecil di sebuah premis membungkus ikan di situ. Itupun secara tidak sengaja mereka terpaksa mengekalkan kedudukan besi berkenaan sebagai laluan air.
Bekas pegawai Muzium KTMB, Kamalul Arifin Muhamad, 56, yang turut meninjau keadaan di situ terkejut melihat perubahan di situ.
"Saya pernah datang ke Port Weld empat tahun lalu. Besi itu memang ada di sini, tetapi sekarang sudah hilang. Terlalu banyak bangunan baru dan hasilnya warisan sejarah sudah pun hilang. Ia tinggal sekadar cerita lisan," katanya.
Seorang pengusaha ikan, Ong Poh Chai, 55, mengakui memang batang besi itu ada di situ, bersebelahan kedai kopi tetapi sudah dialihkan atau tenggelam di sebalik susunan bata-bata.
Bahkan, gudang Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang dinamakan Gudang Nombor 1 juga sudah hampir reput, tetapi masih digunakan oleh segelintir nelayan tempatan untuk berehat dan memunggah barangan di tepi jeti.
***************************************************************************************
ingat lagi belajar sejarah malaysia - laluan keretapi pertama di tanah melayu antara port weld dgn taiping
1885 - sepatutnya kekalkan sejarah tu... sebab memang ianya bermula sejarah sistem pengangkutan
dengan steam engine ni - (masa tu dah start IR di UK) - dan tanah melayu dapat tempias sebab kita
adalah british colony - hopefully now ada yang brought it up - something will be done to ensure
sejarah tu dikekalkan - KTMB kena ambil berat tentang warisan tu - |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
my kampong...
tp aku x suke sgt kampong ni tak lawo... |
|
|
|
|
|
|
|
inche dex,sila bagi kredit untuk inche naen kirana gambar2 lama ni... |
|
|
|
|
|
|
|
antara fakta2 pasal ketapi port weld ..
+ landasan sepanjang 12.8 km
+ construction bermula pada tahun 1882 - tapi tertangguh sbb tak cukup tenaga kerja
+ terpaksa mengimport bantuan pekerja dari Ceylon (pioneer corps) utk completekan kerja pembinaan
+ 12 februari 1885 - maiden journey - dirasmikan oleh sir cecil clementi smith (gabenor) & frank swettenham
+ mula dibuka & digunakan pada 1 jun 1885
+ lokomotif pertama yg digunakan (enjin steam) - dibuat oleh ransome and rapier england pada tahun 1881 - dengan no plate "No.1"
+ landasan tu sebenarnya (hampir) dalam kedudukan lurus/tegak; & ada 2 intermediate stations - kat matang & simpang
+ dalam tahun 1890, masalah start timbul - salah satunya sbb taburan hujan yg berat kat area larut
+ pelombong2 cina start berpindah ke area kinta pulak & seterusnya pusat perlombongan bijih yg utama bukan lg larut, tapi kinta
+ pada 1895, landasan baru dibina menghubungkan ipoh & tapah road, yg bersambung dgn landasan teluk anson (teluk intan) & terus ke arah selatan
+ kesan amat buruk terhadap port weld (kat utara); sbb kebanyakan perjalanan keretapi masa tu bertumpu & menuju ke arah selatan
+ last2, teluk anson yg jadi pusat utama pengumpulan & tumpuan pelombong2
+ pada 1902, landasan taiping-prai pulak yg dibuka .. dan by 1920 - port weld bukan lagi jadi port untuk eksport bijih timah
+ disebabkan tu, port weld jadi port ntok eksport getah pulak
+ masa zaman jepun pulak, landasan asal port weld dikorek & dibawa ke siam (ntok jadi landasan 'railway of death'); tapi kendiannya digantikan balik aa landasan2 tu
+ lepas zaman jepun, hasil ternakan & arang pulak yg diangkut guna keretapi port weld (sehari skali jek)
+ ada yg kata, perkhidmatan ketapi port weld digunakan sampai awal 1970s .. tapi pastu stop terus sbb landasannya dah rosak
+ sekarang ni, kesan2 & landasan tu hampir takde lagik - banyak yg dah dikorek/dibuang ntok tujuan pembangunan & pembentungan
+ muzium ketapi yg dibukak kat stesyen ketapi tepen (dibina 1985 - ulangtahun ke 100 landasan tu) pun dah ditutup sbb maintenance amat aa teruk
+ model miniature lokomotif (plat "No.1" tu) ada kat muzium perak .. tapi lokomotif yg asal tu 'hilang' - tak dapat dikesan & takde siapa tau mana peginya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada cerita menarik pasal hari 'maiden journey' ketapi port weld ni (12 februari 1885)
dikatakan, pemandu lokomotif tu 'mabuk', dia terlupa nak sambungkan lokomotif tu dgn gerabak belakang
actually, ada bawak 1 gerabak je aa .. gerabak belakang tu yg bawak semua tetamu VIP tu ..
nak jadikkan citer - pemandu mabuk tu tak sedar, dia tros berlepas & mencicirkan gerabak VIP tu kat port weld
sampai je kat taiping - dimana dah disetkan ada welcoming party yg dihadiri pegawai2 british yg lain,
tetengok, yg sampai tu kepala keretapi je! bwahahaha ..
so pemandu yg mabuk tu gostan aa balik ke port weld ntok bawak gerabak tu ke tepen |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by razhar at 30-11-2008 01:33 PM
inche dex,sila bagi kredit untuk inche naen kirana gambar2 lama ni...
err puan razhar.. saya tak boleh la bagi sebab ni bukan board saya -
tapi boleh pm pada mod2 kat sini... kalau depa tak baca thread ni -
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 naen's post
nasib baik tak ada lagi undang undang dont drink and drive
masa tu.. - kalau tak naya aje -
tak tahu pula cerita tu - mungkin myth aje atau mungkin
betul dan ada tertulis sejarahnya -
apa2 pun.. memang pembinaan kereta dari port weld ke taping ni
satu sejarah la
macam juga waktu IR bila mana pembinaan keretapi pertama
dari stockton ke darlington 25 miles pada 1825 - yang impactnya
sampai satu dunia - termasuk tanah melayu at that time - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 30-11-2008 09:17 AM
Jasa Port Weld dilupakan
Oleh Mohd Azis Ngah
http://www.bharian.com.my/Sunday/Nasional/20081130001448/mainpix
PAPAN tanda 'Port Weld' yang asal terletak di depan
sebuah kedai kopi di Ku ...
landasan keretapi yg pertame?
ermm cube tengok fakta nih
landasan keretapi gunung johor baru ke gunung pulai dibine lagi awal dari port weld..
ia lebih dikenali sebagai keretapi kayu...
bertujuan untuk pelancongan..
dihentikan sebab banyak serangan anai anai pade landasan ketapi
yg nih petikan dari laman web arkib
Perkhidmatan keretapi Johor sebenarnya telah bermula dari tahun 1866 lagi apabila landasan Johor Bahru - Gunong Pulai telah dibuka pada zaman Sultan Abu Bakar dan diikuti dengan projek keretapi di Muar, tetapi kedua-dua perkhidmatan ini tidak kekal lama sehinggalah satu usaha baru dijalankan oleh Residen General, Federated Malay State, Frank Swettenham yang mengemukakan cadangan membina jalan keretapi di Johor.
link http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=1112
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dari wikipedia :
IMPORTANT DATES
* 1885 - The first railway line in Malaya between Taiping and Port Weld is officially opened on 1 June.
* 1886 - Opening of line between Kuala Lumpur and Klang.
* 1888, July - The first train crash in the country occurred in Sungai Kerawai near Teluk Anson, Perak.
* 1891 - Opening of the line between Seremban and Port Dickson.
* 1893 - Teluk Anson to Tapah Road line opened.
* 1896 - Federated Malay States Railway created, merging the operations of the initial four lines.
* 1900 - Opening of the Victoria Railway Bridge across Perak River in Perak.
* 1903 - Line between Tank Road and Woodlands in Singapore opened for service.
* 1909 - The West Coast Line between Prai in Penang state and Johor Bahru completed and opened.
* 1910 - The first stretch of the East Coast Line between Gemas and Bahau is opened.
* 1923 - First train carrying goods travels across the Malaysia-Singapore Causeway on 17 September, followed by the first passenger train on 1 October the same year.
* 1931 - East Coast Line between Tumpat and Gemas completed with the opening of the last stretch between Gua Musang and Kuala Gris in Kelantan.
[ Last edited by naen at 1-12-2008 06:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by naen at 30-11-2008 06:57 PM
+ model miniature lokomotif (plat "No.1" tu) ada kat muzium perak ..tapi lokomotif yg asal tu 'hilang' - tak dapat dikesan & takdesiapa tau mana peginya
ni dia gambor model mini lokomotif kat muzium perak tu :
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 naen's post
bwahahaha ..
citer tuh memang takder dicatat dalam mana2 buku sejarah
tuh citer lisan .. cuba tanya orang2 lama kat tepen,
mungkin ada yg tau atau ingat citer tu ..
btol ataupun tidak, tuh tak tau aa kan
so - kiranya tu semua cerita kambeng la - |
|
|
|
|
|
|
|
Gajah serang kereta api
Tiga gerabak tergelincir selepas dirempuh gajah jantan yang naik minyak
ZAMAN sebelum dan selepas merdeka, ketenteraman negara sering diganggu, termasuk ancaman pengganas komunis yang menuntut hak untuk memerintah negara melalui kekerasan dan kekejaman.
Mereka melakukan pelbagai ancaman seperti memusnahkan harta benda, kemudahan awam, perhubungan seperti jalan raya, jambatan serta laluan kereta api. Semuanya bertujuan menakutkan rakyat serta melumpuhkan kekuatan pasukan keselamatan.
Namun, di sebalik kejadian itu, sistem perkhidmatan kereta api yang kini dikendalikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pernah beberapa kali melalui 憇erangan luar jangkaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 naen's post
kesian pada gajah ni... dia tak bersalah....
dia hanya binatang yang be at the wrong place
at the wrong time...
dia naik minyak pun.. mungkin sebab dia tension and stuff...
dan sedih sebab anak dia mati dilanggar kereta...
so.. mungkin dia nak revenge ke... --
nantilah.. kalau pergi taiping lagi.. nak pergi muzium dia lagi
nak tengok skull gajah ni... -
wonder apa jadi pada tusk dia ye.... tu ivory tu.....
boleh buat senjata and stuff -
anyway - speaking of keretapi... first time saya naik keretapi
pergi parit buntar... lamaaaaaaa nya nak sampai
naik malam - sampai pagi... tapi okay la juga tu masa kecil -
dulu.. berebut2.. sapa lambat naik.. kena berdiri la jawabnya
ada yang sampai ke tangga pintu keretapi lagi.. - |
|
|
|
|
|
|
|
saya suka keretapi. big fan.
kat atas tu peta laluan ketapi thai-msia-spore
mesia ada dua route, main line dengan jungle line
titik pertemuan adalah di gemas.
currently, laluan tumpat - takbai ditutup , dah lama dah sebenarnya. kalau pergi ke tumpat. boleh tengok turntake/turntable zaman british.
perbincangan ktmb dengan com thai utk buka laluan tumpat tak pernah selesai. masing masing ego dengan hak utk beroperasi.
gabenor wilayah selatan, tak bai, juga selalu menjemput pihak pihak tertentu dari mesia utk menyambung perbincangan. tetapi tak berjaya sampai sekarang.
hopefully, selepas terbina loji penapisan di pantai senak, laluan ketapi ini akan dibuka semula. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dex.. takder gambor kerr... nak gak tgk camna port weld neh... |
|
|
|
|
|
|
| |
|