View: 6662|Reply: 59
|
♥♥ KEMPEN! KEMPEN! JOM BUSINESS ♥♥
[Copy link]
|
|
Topik ni khas untuk mereka yang belum mengorak langkah lagi utk menjadi usahawan.
Jom ikuti langkah2...
Soalan 1)
Bagaimana hendak memulakan berniaga tanpa modal?
Jawapan 1)
Bermula lah dengan apa yang ada...
Memang tidak dinafikan, tiada perniagaan yang dapat dimulakan tanpa modal. Setiap perniagaan mesti memerlukan modal. Cuma yang membedakan ialah saiz modal. Ada modal kecil dan ada modal besar!
Apabila sebut sahaja modal, semua kita hanya nampak WANG. Modal ialah wang dan wang ialah modal! Dan kalau tidak cukup modal kita kena pinjam wang, kita kena berhutang. Dan keperluan wang itu sangat mendesak, langsung tidak boleh ditanguh atau ditunda. Akhirnya, terjebaklah dalam perangkap ALONG.
Ramai di antara kita tidak nampak modal dalam bentuk yang lain. Berapa orangkah yang nampak bahawa kita sebenarnya telah pun memiliki banyak modal tetapi tersimpan dan tersembunyi di dalam rumah masing2?? Modal perniagaan terbahagi kepada dua iaitu:
a) Modal nampak
wang, tanah, bangunan, mesin, dan bahan mentah.
b) Modal tak nampak
kesihatan, penampilan, kemahiran, keterampilan, hubungan dengan kawan2, kesabaran dan ketekunan.
Masalahnya, bagi mereka yang tidak ada "Mata Usahawan", modal ketara yang iaa miliki pun gagal dilihat.
Berikut adalah cth modal ketara :
- tanah - banyak tanah pusaka yang terbiar
- rumah - semua jenis rumah. kita boleh jadikan office dan tempat memulakan perniagaan
- kuali
- periuk
- sudip dan senduk
- pisau
- meja lipat
- motorsikal
- dapur
- penapis
- timba
- penyepit
Andaikata kita hendak berniaga pisang goreng atau cucur udang di hadapan rumah atau ditepi tangga rumah pangsa bukan kah kita memerlukan peralatan itu? Itu adalah modal.
Rumah kita walau sekecik mana pun saiznya tetapi boleh dijadikan pengkalan perniagaan. Rumah boleh dijadikan tempat memproses air soya, tau fu faah dan cendol untuk mereka yang baru hendak memulakan perniagaan.
Biarlah perniagaan membesar dengan sendirinya, melalui sumber sendiri. hasil pendapatan daripada perniagaan tersebut dilaburkan semula sedikit demi sedikit dengan penuh kesabaran. Inilah prinsip " Biar kecil asalkan berhasil" (Rujukan : Buku biar kecil asalkan berhasil. Oleh Chef li)
p/s : Kepada kengkawan yang dah lama menapak dalam dunia perniagaan.. mari kita sama2 menjana ekonomi bangsa kita. Galakkan mereka menjadi usahawan. Jom share peniagaan yang memerlukan modal sedikit mungkin ini dapat memberi idea kepada mereka. Mereka mungkin bertatih sekarang. Tapi, mereka akan berlari di masa akan datang.. Insyallah..
[ Last edited by elle_gogo at 1-12-2008 05:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bagus ni... soalan 2?... dan jawapannya erk? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 hazel23\ catat
sila2.. otai kontraktor bagi cadangan anda pula |
|
|
|
|
|
|
|
yea, yea, otai2 - silakan, elle dah jual pantun tu..
cuba citer pasal pemasaran pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 hazel23\ catat
heheh..
bagi elle. untuk mereka yang baru nak menapak. jangan pinjam dulu. mulakan je dengan apa yang ada.
sebagai cth : nasi lemak. Cari 10 stesyen minyak.
satu stesyen minyak = 50 bungkus nasi lemak
untung bersih sebungkus nasi = 1.50
10 stesyen minyak habis terjual = rm75 x 10 = 750 sehari.
kalau 25 hari = 18,750
itu sebagai cth. banyak lagi sebenarnya yang anda boleh lakukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa nyer idea dah ade cuma pengetahuan terhadap bidang perniagaan tu kurang...minta le otai2 ker senior2 ke share.....
cadangan: Ape kate terangkan satu-satu perniagaan...contoh: jual kain atau pakaian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 durian_siam2002\ catat
kena tanya pada yang arif.
saya sendiri baru menerokai bidang pakaian ini.
sekarang di cabang yang berbeza.
awak kena jumpe sinar n farid kot 13hb ni. ada perjumpaan nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by durian_siam2002 at 1-12-2008 02:33 PM
biasa nyer idea dah ade cuma pengetahuan terhadap bidang perniagaan tu kurang...minta le otai2 ker senior2 ke share.....
cadangan: Ape kate terangkan satu-satu perniagaan...contoh: jual kain ata ...
pengetahuan tu boleh dipelajari dalam pelbagai bentuk, cth
1. melalui penerangan dari mereka yang arif
2. pembelajaran sendiri - pembacaan, pemerhatian
3. pengalaman sendiri
baguslah tu kalau nak minta pandangan dari yang arif,- sebagai panduan sajer..
tapi kalau idea tu datang dari diri sendiri, perniagaan itu lebih terasa manis jika yang empunya diri libatkan diri dari pencarian stok hingga ke tangan pembeli.
dalam perjalanan itu, anda akan menjumpai pelbagai pengalaman yang anda sendiri tak terfikir ana mampu menanganinya.
yang penting "THINK BIG" dan percaya pada diri sendiri... JOM BISNES:victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 elle_gogo's post
Nak kena baik ngan tokey stesen minyak lah ni...
agak2 depa layan x.. |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu... bagus thread nih.... tp aku tak de idea nak bagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 inspiron4545\ catat
boleh... marketing kena kuat..
kalau tak kantin2 dan restaurant kan ada |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 sinar_inspirasi\ catat
|
|
|
|
|
|
|
well...aku memang nak meniaga...modal tu ade la skit...
cuma aku tak tahu cam ner nak cari pembekal kain dan baju..kertas kerja dah siap...aku dah nampak prospek kedai aku skit2....lokasi kedai pun dah kenal pasti...sekrg dlm pemilihan kedai...cuma tu laaa....mane aku nak dpt supplier yg betul2 bole bagihg borong utk kedai aku tu....lagi satu penentuan harga...ada formula tak yg otai2 gunakan? |
|
|
|
|
|
|
|
kena .... 'THINK OUT OF THE BOX' ....
perlu .... 'TEBALKAN MUKA' ....
Nak citer pengalaman saya.....
Memula start niaga takde modal. So, cakap kat customer deposit kena bayar adalah deposit utk fabrik. Start dari situ saya kumpul modal sikit2. Itu bab takde modal....
Nie bab marketing lak....Saya tebalkan muka pegi ke setiap jabatan utk submit company profile. So, dari situlah saya dapat projek2 dari jabatan kerajaan. Selebihnya ada laa contact. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 lady_lily's post
bagus... salah satu caranya...... |
|
|
|
|
|
|
|
hehe.. betul2.. elle mula2 nak niaga pun takde modal.
mencari sesuatu produk yang tidak memerlukan modal yang banyak.
dulu elle buat cleaning services utk rumah.
pekerja permulaan hanya 4 org.
time tu kerja makan gaji lagi. gaji masa tu cuma 2500 je.
buat part time boleh dapat 7000 sebulan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
anda cuma perlukan permulaan 4 org pekerja utk peringkat permulaan.
keuntungan sehari = 400
keuntungan sebulan = 400 x 25 = 10,000.00
tolak gaji pekerja 2400 = 7600.00
ini tidak termasuk tender2 atau kontrak2 yang lain.
sebagai cth sahaja untuk membuka minda2 mereka yang takut utk memulakan perniagaan.
rezeki berada dimana2 . banyak benda boleh dimulakan utk berniaga. jangan sempit kan minda anda.
jangan buka kedai gah serta merta. bermulalah dari bawah. elle dapat kumpul duit utk modal niaga dari hasil business jugak..buat masa ni belum dapat ape2 lagi pinjaman...
skg ni pun elle nak beralih arah krn terlalu penat. tumpukan pada tender dan kilang sahaja. dan tak larat di saat business ku mula memuncak..
kepada yang berminat dengan cleaning services utk rumah. boleh jumpe elle nanti. bumiputra only!
elle bagi contact2 number client rumah. sebab elle dah tak buat lagi...tak larat..
[ Last edited by elle_gogo at 2-12-2008 01:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
cuba wat marketing ke sekolah2.. atau pejabat2... dengan produk yg senang jual.. agak2 laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 sinar_inspirasi\ catat
sinar.... ade pakcik ni tolak produk belacan dekat elle...
hehehe. nak rasa tak? belacan dia mmg sedap... dia buat sendiri. takde pengawet..
elle beli 4 kilo. ingat kan nak bagi test kat korang.
sedap ooo.. suruh bini hang masak sambal belacan.. nyum nyum nyum |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 elle_gogo's post
huh.. wat pakprek siam sedap nih... |
|
|
|
|
|
|
|
tentukan harga
untuk biz trading ni..biasanya tentukan harga dari harga jualan akhir...cth 10.00...bwak ke belakang...camtu baru bleh tau nak tambah modal / tambah harga / tambah perbelanjaan lain / untung...kalau nak kira kos / perancangan perniagaan..memang kena kira dari belakang, bahan mentah+kos= harga jualan...
lagi satu..jangan pandang pada jumlah keseluruhan..maksudnya..jumlah pukal..pecahkan kepada sehingga terkecil...30,000 bahagi 30 hari bahagi berapa hari meniaga bahagi 24 jam bahagi ( berapa jam meniaga ) bahagi berapa minit, baru kita tau dalam 1 jam berapa jualan yang perlu kita buat..
kalau nak pembekal..kami dalam KOPRUM ada pembekal...boleh bantu...sebabnya tujuan koperasi bukan untuk ekonomi sahaja tapi sosio + ekonomi...tu yang penting...tanggungjawab mesti ada... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|