CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9677|Reply: 36

Nabi Adam menelan anak syaitan.

[Copy link]
Post time 4-12-2008 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Syaitan Khannas
Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam. Suatu hari si Ibu Syaitan ternampak anaknya yang bernama Khannas. Lalu di panggilnya “Khannaz…. mari sini ikut mak…” Lalu di pun pergi menuju ke rumah Nabi Adam dan Siti Hawa.

Ketika itu, Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggal lah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya di ketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa lalu dia bertanya “Siapa kamu..” Ibu Syaitan menjawab “Tolong jagakan anak saya… nanti saya akan datang untuk ambil dia balik” Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui apa-apa terus memberi pertolongan.

Apabila Nabi Adam pulang, baginda terperanjat dan bertanyakan Siti Hawa “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam berfikir dan berkata “Ini tentu anak Syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…”

“Apa yang harus kita lakukan sekarang..?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam menjawab “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita… Nanti apabila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”

Keesokkan pagi, Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja, “Mana anak aku…” Tanya Ibu syaitan pada Siti Hawa, Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut.

“Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan, lalu  kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana…” terang Siti Hawa.

“Oh… benarkah?” jawab Ibu Syaitan dengan selamba.
Kemudian Ibu Syaitan memanggil anaknya “Khannasss….!!!”
Tiba2 daging2 khannas yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khannas kembali…. Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. Apabila Nabi Adam pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama  Khannaz itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.

Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita..” kata Nabi Adam.
“Apa harus kita lakukan…”tanya Siti Hawa.
“Beginilah..kita bakar anak Syaitan ini dan abu nya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu Ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam.

Keesokan paginya datanglah Ibu Syaitan ini bertanyakan anaknya Khannas ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja.

“Mana anak aku?” tanya Ibu Syaitan.
“Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!” jawab Siti Hawa.

“Oh benarkah? Kata Ibu Syaitan lalu sekali lagi memanggil anaknya “Khannas!!!”
Kemudian bercantumlah kembali daging Khannas dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk menjaga Khannas.

Apabila Nabi Adam pulang, baginda mendapati anak Syaitan itu masih juga berada di rumah nya

“Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita” kata Nabi Adam.
“Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa.
“Begini sajalah… kita belah dua anak syaitan ini.. kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam.

Keesokan hari, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam sudah keluar bekerja.
“Mana anak aku” tanya Ibu Syaitan.
“Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..”jawab Siti Hawa dengan penuh yakin
“Kenapa?” tanya Ibu Syaitan.
“Anak kamu telah kami telan.!!” Jawab Siti Hawa dengan tegas
“Oh Benarkah? Lalu Ibu Syaitan memanggil anaknya… Khannas !!!
Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa…
“Bagus anakku.. kamu duduk sana, jangan sesekali keluar…” Ibu Syaitan memberi arahan
Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hingga hari kiamat.

Syaitan Khannas ini tugasnya:-
- Bila kita makan dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti
kita buat dia akan menyertainya JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya KITA BERASA WAS-WAS, sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat tu tiba-tiba sahaja tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Kadang-kadang bila buat kerja kita keliru dan ingat-ingat lupa “Eh! dah buat ke belum yer..?” ubatnya banyakkan dengan BERISTIGHFAR…
- Syaitan Khannas ini akan belari / bermain dalam darah kita…Ubatnya…banyakkanlah
Zikir…

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas
ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BISMILLAH dan Doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH.
Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah. Dan mana yang sudah menjadi Suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Bacalah BISMILLAH dan doa-doa. Nanti Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta. Lihatlah bagaimana Syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam..

Dalam Surah An-Naas juga ada menceritakan hal Syaitan bernama Khannas yang sentiasa  buat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

Waullahu’alam….


TERPULANG KEPADA KITA UNTUK MEMBUANG ATAU BERKAWAN DENGAN SYAITAN ITU..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2008 10:42 PM | Show all posts
dimulakan dgn bismillah disudahi dgn alhamdulilah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 09:49 AM | Show all posts
tak penah lak aku dga cite nih...

tapi klau dari sumber yang sahih bagus la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 10:40 AM | Show all posts
Pernah ker baca artikel ni..........

KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAM...
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang
yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap
Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour
etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan
dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke
rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai
bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk
dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

[ Last edited by  syazmin_husna at 5-12-2008 10:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 12:21 PM | Show all posts
terima kasih...kite belajar sesuatu ari nie...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 01:34 PM | Show all posts

Reply #1 doden's post

satu lagi yg belum penah aku dengar..arini byk mende dapat dipelajari
teruskan lagi doden
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2008 01:28 AM | Show all posts
bagus article ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 09:32 AM | Show all posts
alhamdulillah.. terima kasih banyak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2008 05:53 AM | Show all posts
Kalau tak silap aku lah, peristiwa ini ada berkaitan dengan melontar di tiga jamrah.Nabi Adam membaling batu sebanyak 3 kali untuk mengusir syaitan
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 05:59 PM | Show all posts

Balas #9 doden\ catat

Nabi Adam ke yang lontar?Anda pasti?.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 07:50 PM | Show all posts
terima kasih
info yg sangat menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 7-2-2009 05:59 PM
Nabi Adam ke yang lontar?Anda pasti?.



samada ingat-ingat lupa.Iye memang benar bahawa ibadat haji di mulakan sejak Nabi Ibrahim, tetapi 3 kali peristiwa Nabi Adam melontar batu kepada syaitan itu juga tidak menolak sebarang kemungkinan itu sejarah melontar di tiga jamrah.

Bukankah Nabi Adam dengan Hawa bertemu di tanah arab?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 10:00 PM | Show all posts
Salam dan salawat ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w. dan para sahabat r.a.

Cerita-cerita seperti yg dikemukakan oleh saudara/i doden seperti di atas adalah tidak sahih. Ia tidak terdapat di dalam mana-mana sumber yg sahih dan tidak boleh dipertanggungjawabkan. Kisah-kisah seperti ini banyak yg berunsur Isra'iliyyat dan mengandungi unsur-unsur yg bercanggah dengan nas dan aqal sejahtera manusia. Ia banyak termuat di dalam buku-buku berbentuk targheeb dan tarheeb (Galakan dan Ancaman terhadap sesuatu perbuatan) yg banyak digunapakai sebagai bahan bacaan luar dan tambahan sahaja.

Pada hemat saya, cerita seperti ini dibaca boleh tetapi hendak diyakini itu perlulah diamati dan diteliti terlebih dahulu kerana apa yg dikataka dan diceritakan itu adalah berhubung insan-insan mulia iaitu nabi-nabi dan rasul-rasul salaamullah 'alaihim ajma'in.

Wassalaam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 10:20 PM | Show all posts

Balas #13 Tie_Nan_Aima\ catat

Salaam,

Untuk memastikan sahih atau tidak rujuk pada Al Quran, memandangkan baginda nabi tidak tahu perkara ghaib kecuali yang diwahyukan sahaja.... maka perkara/peristiwa masa lampau pun adalah sesuatu yang ghaib maka ianya bertentangan dengan Al Quran.... oleh itu saya berpendapat ianya tidak Sahih. Namun jika ada mesej yang baik tidak salah untuk direnungi.... tapi tidak boleh diyakini..... sama macam pendapat saudara.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2009 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by Tie_Nan_Aima at 7-2-2009 22:00
Salam dan salawat ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w. dan para sahabat r.a.

Cerita-cerita seperti yg dikemukakan oleh saudara/i doden seperti di atas adalah tidak sahih. Ia tidak terdapat  ...


Awak nie golongan ahli hadis ke?

unsur-unsur yg bercanggah dengan nas dan aqal sejahtera manusia

apa yang awak cuba maksudkan.Apa yang bercanggah dengan nas dan aqal sejahtera manusia?

[ Last edited by  doden at 5-4-2009 15:25 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2009 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by anakmacho at 7-2-2009 22:20
Salaam,

Untuk memastikan sahih atau tidak rujuk pada Al Quran, memandangkanbaginda nabi tidak tahu perkara ghaib kecuali yang diwahyukansahaja.... maka perkara/peristiwa masa lampau pun adalah sesuatu yangghaib maka ianya bertentangan dengan Al Quran.... oleh itu sayaberpendapat ianya tidak Sahih. Namun jika ada mesej yang baik tidaksalah untuk direnungi.... tapi tidak boleh diyakini..... sama macampendapat saudara.

Terima kasih.



Silap tu pada pandangan saudara apa-apa cerita atau untuk memastikan sesuatu itu dari sumber yang sahih atau tidak, hadis yang sahih atau tidak;mesti merujuk kepada al-Quran. Tidak semestinya, Jika tidak, kita akan tergolongan dalam golongan yang menolak sebahagian hadis yang lain.Menolak sebahagian hadis yang lain, dan menerima pakai sebahagian hadis yang lain itu tidak elok saudara apatah lagi di atas kepentingan dan selera tekak dan kepentingan tertentu.Memang saya tidak menolak mengenai Israilliyat.Itu tidak elok sama sekali.Orang-orang yang menolak hadis-hadis kononnya tidak ada kaitan dengan ayat-ayat al-Quran ini juga apalah bezanya dengan golongan anti hadis seperti yang di nyatakan oleh golongan jumhur ulama masa kini?Orang-orang ini makin bertambah 'besar kepala' apabila turut menfitnah sahabat-sahabat Nabi Muhammad kononnya golongan munafik(nauzubillahminzalik) iaitu golongan yang berpura-pura beriman.Mereka memutar belitkan ayat al-Quran dan membuat tafsiran ikut kepala sendiri di atas prinsip tak payah berpegang kepada hadis-hadis atau cerita-cerita yang tidak ada sumbernya dengan ayat al-Quran.Apalah bezanya golongan yang mencela sahabat-sabahat Nabi Muhammad ini dengan mendakwa sekian dan sekian dengan hadis sahih Nabi Muhammad mengenai tanda-tnada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan yang akan mencela sahabat Nabi?Apakah bezanya?Dan jika 10 sahabat yang selalu berdamping dengan Nabi Muhammad itu telah di jaminkan syurga mereka golongan-golongan yang berpegang hadis yang ada nampak dalam al-quran ini menuduhkan kononnya golongan ini adalah dari golongan fasic, munafik, bersumberkan dengan hadis-hadis yang tidak sesuai dnegan selera dan hawa nafsu mereka meskipun menjadi sahih di kalangan jumhur ulama, golongan ini sebenarnya siapa sebenarnya?Kenapa perlu ada golongan begini?

[ Last edited by  doden at 5-4-2009 15:32 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2009 04:22 PM | Show all posts

Reply #9 doden's post

hmm? Prophet Adam , rasanya Prophet Ibrahim A.S kot ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 05:10 PM | Show all posts

Balas #15 doden\ catat

kalu ado dalam hadis, habaq mai sat riwayat dio....
ang musti takajut kalau cerita ni wujod dalam kitab torat kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2009 05:15 PM | Show all posts

Balas #15 doden\ catat

dio bukan anti hadis, tapi salapi, yang hanyo berpogang kapada alquran dan asunah, tadak men la israeliyat2 nih
anti hadis nuh yang di ataih ang tuh, dio berpogang kapada alquran saja, tadak men la asunah hadis bagai nih, apotah lagi israeliyat

dunia Isle sunggoih warna warni, semua betui, semua akirnya poie ka jalan yang satu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2009 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by nanat87 at 5-4-2009 17:10
kalu ado dalam hadis, habaq mai sat riwayat dio....
ang musti takajut kalau cerita ni wujod dalam kitab torat kan


tidak juga sebab ada juga cerita yang sama juga ada di dalam mana-mana kitab di dunia ini
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.077463 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list