CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3937|Reply: 30

Deism...

[Copy link]
Post time 15-12-2008 02:13 AM | Show all posts |Read mode
Deism..

Deism is the belief that a supreme natural God exists and created the physical universe, and that religious truths can be arrived at by the application of reason and observation of the natural world.Deists generally reject the notion of supernatural revelation as a basis of truth or religious dogma. These views contrast with the dependence on divine revelation found in many Christian[1], Islamic and Judaic teachings.

Deists typically reject most supernatural events (prophecy, miracles) and tend to assert that God (or "The Supreme Architect";)has a plan for the universe which he does not alter either by intervening in the affairs of human life or suspending the natural laws of the universe. What organized religions see as divine revelation and holy books, most deists see as interpretations made by other humans, rather than as authoritative sources.

sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Deism#Pandeism

Salam sejahtera buat semua forumist di laman ini..

Di sini saya ingin mengajak anda semua memperbincangkan tentang satukepercayaan bahawa wujudnya Tuhan yang Maha Esa tetapi tidak percayakepada mana2 agama serta Kitab suci. Kepercayaan dan keimanan kepadaTuhan boleh dizahirkan melalui kajian, justifikasi dan pemikiran kritikal terhadap segala kejadian alam ini.

Bagaimana pendapat anda tentang kepercayaan ini? Saya secaraperibadinya amat tertarik dengan konsep yang diutarakan pemahaman deism kerana rasional akal digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan keEsaanTuhan dan kehebatanNya, bukan hanya dogma semata-mata.


Seorang ahli biologi dan atheist terkemuka, Richard Dawkins pernah memperkatakan bahawa" Religion is the root of all evil". Dari satu sudut, ada benarnya pandangan Dawkins itu, lihat sahajalah apa yang berlaku di RSF. Forumist di sana sering bertengkar tentang kebenarandan kesucian agama mereka masing2 sehingga jatuhnya nilai moraliti yangbagi saya sepatutnya wujud dalam diri orang2 yang beragama.Mereka di sana sering bergaduh seolah-olah "Agama aku lebih benar dan kamu adalahsesat", "Tuhan aku lebih hebat, Tuhan kamu lemah dan tidak berupaya"dan lain2 lagi sehingga sampai ke tahap yang amat menjengkelkan. Dan tidak perlulah saya nyatakan apa yang sudah,sedang dan akan berlaku di dunia ini akibat pergaduhan antara pebagai penganut2 agama yang mengakibatkan pembunuhan dan kesengsaraan yang tidak terkata kejinya.


Deism mengetepikan segala perbezaan di antara agama, ritual tapi mengakui dan mempercayai kewujudan dan keEsaan Tuhan yang boleh dinilai dan difahami melalui 'reasoning' dan pemikiran kritikal serta rasionaliti terhadap seluruh alam semesta ini.Ianya dilihat sebagai 'Universalism of faith', tanpa mengira kepelbagaian yang dimiliki oleh setiap individu.Ianya seakan-akan sufism cuma tiadanya ritual tertentu untuk memahami dan menghayati keagongan Tuhan yang Maha Esa.


Bolehkah saya sebagai Muslim bertukar ke kepercayaan ini? Akidah tetap sama yakni keimanan terhadap Tuhan Yang Esa, cuma tiadanya atau tidak percaya kepada ritual2 seperti solat,puasa, haji dll.

Apa pandangan kamu semua??

p/s: Saya dah letakkan thread ini di RSF, cuma saya ingin tahu pandangan anda yakni Muslim tentang kepercayaan ini.

[ Last edited by  Neraka Bulan at 15-12-2008 02:19 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 08:12 AM | Show all posts

Reply #1 Neraka Bulan's post

Islam memang menggalakkan penggunaan reasoning dan pemerhatian alam sebagai hujah keimanan tetapi perlu berpandukan wahyu dan syiar para Nabi. Tanpa panduan wahyu, kesesatanlah jadinya.

Dan tidak semestinya pandangan "Deism" ini akan menyelesaikan masalah "Religion is the root of all evil" yang anda sokong itu, sebab in the end, deism itself will probably end up as a religion as well. Give it a hundred years max.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 08:48 AM | Show all posts
Bolehkah saya sebagai Muslim bertukar ke kepercayaan ini? Akidah tetap sama yakni keimanan terhadap Tuhan Yang Esa, cuma tiadanya atau tidak percaya kepada ritual2 seperti solat,puasa, haji dll.


Bertukar kepada kepercayaan ini kerana ingin mengelakkan ber'tengkar' dengan orang dari agama lain atau kerana nak 'senang'kan diri sendiri?

Dalam sejarah hidup manusia, manusia ini sentiasa mencari jalan untuk kembali pada fitrah manusia teragung. Semua orang nak dunia ni jadi idealistik. Tapi kenapa sejarah manusia sentiasa memperlihatkan keadaan yang sebaliknya?

Bermula dari peristiwa pembunuhan Qabil oleh Habil (or the other way round?)... Pembunuhan nabi-nabi Allah oleh kaumnya yang derhaka. Diikuti pula oleh usaha mengkorupkan agama samawi (Yahudi, Nasrani dan Islam)... Senarai kejahatan yang dilakukan oleh manusia itu teramatlah panjang...

Ada orang yang jadi jahat walau apapun label agamanya.. Ada orang Islam yang jahat, ada orang Buddha yang jahat, ada orang Kristian yang jahat, ada juga orang Yahudi yang jahat, hatta orang atheis yang dikatakan bukan "root of all evil" tu pun ada yang jahat...

Apapun, adalah sesuatu yang ironi apabila agama tu dikatakan "root of all evil" sedangkan dalam agama itu sendiri menekankan kepada kasih mengasihi sesama manusia dan setiap kejadian Tuhan..

Katakan le saudara Neraka Bulan terjumpa dengan keesaan Tuhan melalui pemerhatian tu (wah, seperti kisah Nabi Ibrahim nampaknya!), apa tindakan seterusnya? Sedangkan awal-awal lagi saudara sudah menolak sebarang bentuk 'ritual' (Yang mana lebih tepatnya adalah ibadat. Ia hanya dipanggil 'ritual' bila kita tidak menghayati apa yang terkandung dalam ibadat itu sendiri). Bagaimana saudara ingin mengakui keagungan dan keEsaan Tuhan Yang Maha Kuasa tu kalau takde sebarang bentuk pengorbanan masa dan tenaga?

Mungkinkah kita ini layak digelar hipokrit kalau kita mengatakan cinta, tapi tidak menzahirkan kecintaan tu dalam sebarang bentuk manifestasi? Orang yang cintakan ilmu akan sentiasa mengejar ilmu-ilmu baru. Orang yang cintakan harta akan sentiasa berusaha menambahkan hartanya. Adakah cintakan Tuhan Yang Maha Kuasa hanya cukup sekadar mengakui ke-Esa-an diri-Nya?

Idea DEISM ni memang baik dan brilliant, tapi sedarkah kita yang idea ni telah dimulakan dalam sejarah manusia oleh Nabi Ibrahim a.s? Dari usaha beliau itu maka Tuhan menurunkan agama-agama langit lain sehinggalah ke Islam. Solat umat Islam pada hari ini adalah expansion dari solat Nabi Ibrahim. Back to square one nampaknya kita...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 09:21 AM | Show all posts

Balas #2 always_typo\ catat

yup point yg baguih, deism juga adalah diakhiri dengan 'ISM', seperti judaism , budhism dan lain2 agama....

ia menunjukkan deism akan berakhir dgn ia menjadi satu agama....

seperti mana yg berlaku pada bahai yg cuba mengelak menjadi bahaism tetapi memang akhirnya menjadi bahaism juga....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 09:27 AM | Show all posts

Balas #3 juwaini\ catat

yup betui tu juwaini,  perkara ini begitu menjadi satu persoalan besar dalam hidup saya baru2 ini....

namun dari post saudara, jelas menunjukkan kita tidak boleh lari dari hakikat Islam Is The Best Way Of Life.....

yang mana bukan didasari oleh zaman modern saja, tetapi juga based on kehidupan manusia di seluruh zaman.....termasuk mengambil kira pengajaran zaman2 terdahulu....

bukan zaman ini saja....

silap kita, kita sentiasa memandang zaman sekarang sebagai pencapaian terbaik manusia, sebanr hanya dalam bidang teknology bahan semikonduktor, itu yg membezakan zaman kita dgn zaman lain....

tetapi dalam zaman lain, mereka juga hebat dan ada ilmu yg hebat....

jadi jangan ingat konsep tentang agama pada zaman modern adalah terbaik, padahal hal ini sudah difikirkan beribu-ribu tahun dahulu....

dan ia sudah pun dilengkapkan.. pada zaman Muhammad.....

itu kata Tuhan....

wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 09:31 AM | Show all posts

Balas #1 Neraka Bulan\ catat

neraka bulan, saya percaya apa yg anda fikirkan adalah lumrah manusia yg berfikir....ia bukan merapik malahan sangat berasas bagi org2 yg reti berfikiaq.....

namun, susah nak tolak hakikat Islam sebenarnya sudah lengkap....

makna kata, kita yg reti berfikir pasti akan berakhir dgn Islam....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2008 10:06 AM | Show all posts

Reply #2 always_typo's post #3juwaini

Owh tunggu tunggu, jangan silap paham. Niat saya membuka topik ini adalah untuk diperbincangkan secara bersama, bukannya saya benar2 bermaksud untuk menukar pegangan daripada Islam kepada mana2 agama/kepercayaan yang lain. Bukanlah saya meyokong sepenuhnya kata2 dan pegangan atheist yang terkenal itu.Saya cuma berdrama sebagai devil's advocate, tidak lebih daripada itu jadi janganlah kaitkan saya dengan peristiwa yang berlaku terhadap Nabi Ibrahim A.S, tajam sungguh sindirin anda itu Juw..

Terdetik saya membuka topik ini adalah tatkala memikirkan betapa jauhnya jarak kemajuan/ketamadunan di antara masyarakat Islam secara keseluruhannya dengan masyarakat barat. Seperti mana yang kita tahu, apa yang berjaya dikecapi oleh masyarakat barat sekarang ini lahirnya dari 'zaman enlightenment' ,yakni zaman penentangan masyarakat eropah terhadap sikap pihak gereja yang amat menekankan autoriti agama terhadap pengalaman individu serta aktiviti rasionailiti.  Agama ataupun lebih tepat jika kita menggelarkannya 'Dogma' pada ketika itu, amat membantutkan pemikiran rasional dan logik akal malah pihak autoriti agama menindas mana2 individu yang kelihatan cuba menentang arus yang dicipta oleh pihak gereja eropah. Juwaini,anda sebagai peminat Dan Brown tentunya tahu tentang buku terbaiknya,' Angels and Demons' jadi anda tentu dapat bayangkan seba sedikit tentang apa yang telah berlaku pada zaman gelap eropah dahulu( anda juga yang rekemen buku itu tehadap saya).

Jika dilihat pada zaman ini, adakah umat Islam belajar daripada peristiwa zaman gelap eropah? Yakni masyarakat membiarkan diri mereka dikawal dan dikuasai oleh para autoriti agama sehingga membantutkan  bakat2 yang terpendam dalam setiap individu. Kita umat Islam rata2nya melihat agama hanya sebagai sumber hukum hakam/kisah2 ghaib, sehinggalah timbul isu2 yang popular seperti  pengharaman yoga, status halal makanan sehinggakan ikan rebus jadi isu, isu salib pada biskut, isu jawab salam bagi non-Muslim dll. Tidak lupa juga keasyikkan masyarakat Islam terhadap tarikh imam Mahdi muncul, kisah2 bidadari di syurga, meramal tarikh kiamat, dajjal mata satu, mimpi bertemu Rasullah dan lain2 lagi sehingga saya sendiri tak paham apa yang mereka maksudkan. Perbalahan di antara agama, baik sesama sendiri ataupun dengan agama2 yang lain amatlah popular,lihat sahaja di sub-board ASWJ,Syiah,Wahabi... dan board RSF

Jadi timbulnya persoalan di dalam diri saya, apakah yang kita amalkan ini layak digelar agama(way of life) ataupun hanya dogma semata-mata. Kita sering diwar-warkan umat Islam adalah umat pilihan Allah, tetapi secara zahirnya saya nampak kurangnya kualiti sabagai umat yang benar2 dirahmati Allah. Jauh sangat bezanya antara kita dan masyarakat lain yang sering kita gelar sebagai kafir, dan saya tak nampak bagaimana kita mampu mengejar mereka.

Mereka,yakni masyarakat2 dunia pertama yang maju tidaklah memandang agama sebagai sesuatu elemen yang penting di dalam kehidupan, tetapi mereka mampu mengecapi kejayaan dan kemajuaan yang amat hebat sehinggakan mampu meneroka ke bulan dll lagi. Malah kita berbincang di sini pun adalah 'ihsan' daripada mereka yang bertungkus-lumus mencipta kemajuan demi kesenangan semua pihak.

Mengapa kita, yakni orang2 yang beragama gagal ataupu kurang mampu bersaing dengan mereka?. Dunia Islam, masyarakat Hindu di India, negara2  Kristian amerika latin serta masyarakat Afrika yang memandang agam sebagai sesuatu yang tinggi rata2nya hanya dinilai sebagai negara dunia ketiga, dan amat sukar untuk kita menafikannya. Mengapa kita sebagai orang2 yang bergama sering bertengkar tentang perbedaan tanpa memikirkan kesamaan yang kita ada yakni kepercayaan terhadap Tuhan yg Esa? Mengapa, mengapa dan mengapa???

Dari sini timbulnya isu Deism untuk saya perbincangkan bersama-sama anda semua.

[ Last edited by  Neraka Bulan at 15-12-2008 10:12 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 15-12-2008 09:21
yup point yg baguih, deism juga adalah diakhiri dengan 'ISM', seperti judaism , budhism dan lain2 agama....

ia menunjukkan deism akan berakhir dgn ia menjadi satu agama....

seperti mana yg  ...


Menarik jugak, adakah athesim juga akan dilihat sebagai satu agama tidak lama lagi?

Secular, secular humanist, agnostism, feminism dll ism nampaknya ada 'bakat' untuk menjadi agama untuk masyarakat masa depan kelak.. :cf:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 10:19 AM | Show all posts
atheis memang macam satu agama pun,...


dan maafkan saya kalau anda tersalah anggap saya tentang 'ism' itu membawa maksud agama.....

maksud saya , sesiapa saja buleh mewujudkan satu fahaman universal dan claim mereka tidak mahukan perbalahan tetapi hakikatnya, fahaman mereka juga satu fahaman....sebab tu belakang dia ada ism yg menunjukkan satu fahaman....

maka yg tak bersetuju tetap akan jadi satu geng yg lain...

[ Last edited by  ussopp at 15-12-2008 10:30 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 15-12-2008 10:19
atheis memang satu agama,...

dan maafkan saya kalau anda tersalah anggap saya tentang 'ism' itu membawa maksud agama.....

maksud saya , sesiapa saja buleh mewujudkan satu fahaman universal  ...


Tapi saya rasa pihak atheist tentu membangkang sama sekali pendapat anda jika anda mengutarakan ini kepada mereka...

Bagi mereka, asas atheist adalah tidak percaya kepada Tuhan dan agama, bagaimana mereka hendak menguruskan kehidupan terpulanglah kepada pilihan masing-masing...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 10:36 AM | Show all posts

Balas #10 Neraka Bulan\ catat

okay la, kita anggap mereka tak kisah lah....takpa.

lagipun tak da kena mengena dgn deism....sebab deism mempercayai Tuhan yg satu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 15-12-2008 10:25 AM


Tapi saya rasa pihak atheist tentu membangkang sama sekali pendapat anda jika anda mengutarakan ini kepada mereka...

Bagi mereka, asas atheist adalah tidak percaya kepada Tuhan dan ag ...


Atheist sendiri seringkali berkata ayat-ayat yang provokatif pada penganut agama seperti "agama itu adalah candu", "agama itu punca segala kejahatan", "agama punca kemunduran" dan segala macam lagi ayat... Habis tu bila agaknya masalah "my father is stronger than yours" ni akan selesai?

Agama itu secara definisi kasarnya adalah "cara hidup"... Makanya kita boleh menafsirkan atheism sebagai satu bentuk 'agama'. Sebab mereka memilih cara hidup yang tidak percaya pada konsep-konsep spiritualiti.

Sapa kata atheist tak bertuhan?
Kalau mereka mengejar moral teragung, mereka bertuhankan moral.
Kalau mereka mengejar material, mereka bertuhankan material.
Kalau mereka mengejar kasih sayang, mereka bertuhankan kasih sayang.

Tuhan itu adalah "apa yang kita cari dalam hidup kita"...   (Secara peribadinya, 'tuhan' yang saya cari adalah keamanan dan hati yang baik sesama manusia)

Neraka Bulan pernah dengar kisah orang yang masih inginkan seks dengan pelacur beberapa jam sebelum dia mati? Sedangkan masa tu dia sakit tenat. Tapi kenapa dia masih berkeinginan pada seks? Kerana itu yang dia cari sepanjang hidupnya.. Maka seks itulah tuhannya...

Neraka Bulan pernah dengar kisah atheist yang menyebut "O Lord, O Lord!" sebelum tiba ajalnya? Maknanya dia mencari-cari tuhan di sepanjang hayatnya, walaupun sepanjang hidupnya dia bertegas dengan prinsip "tuhan manusia" dan menolak kewujudan kuasa yang lebih besar di atas sana...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 10:48 AM | Show all posts

Balas #7 Neraka Bulan\ catat

hmmm, bab umat Islam tak maju adalah satu bab yg lain.....
zaman berzaman punya masalah....

bukan ISlam itu puncanya, tetapi umatnya....kerana Islam di zaman keagungannya tak perlu macam eropah yg perlu mensisihkan agama baru boleh maju....

itu bukti yg cukup fahaman Islam itu bukan punca....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 15-12-2008 10:06 AM
Owh tunggu tunggu, jangan silap paham. Niat saya membuka topik ini adalah untuk diperbincangkan secara bersama, bukannya saya benar2 bermaksud untuk menukar pegangan daripada Islam kepada mana2 agama/kepercayaan yang lain. Bukanlah saya meyokong sepenuhnya kata2 dan pegangan atheist yang terkenal itu.Saya cuma berdrama sebagai devil's advocate, tidak lebih daripada itu jadi janganlah kaitkan saya dengan peristiwa yang berlaku terhadap Nabi Ibrahim A.S, tajam sungguh sindirin anda itu Juw..

Sindiran?
Mana ada sindiran. Itu memang cara saya menulis. Orang yang kenal saya secara personal, memang faham la perangai saya ni..

Terdetik saya membuka topik ini adalah tatkala memikirkan betapa jauhnya jarak kemajuan/ketamadunan di antara masyarakat Islam secara keseluruhannya dengan masyarakat barat. Seperti mana yang kita tahu, apa yang berjaya dikecapi oleh masyarakat barat sekarang ini lahirnya dari 'zaman enlightenment' ,yakni zaman penentangan masyarakat eropah terhadap sikap pihak gereja yang amat menekankan autoriti agama terhadap pengalaman individu serta aktiviti rasionailiti.  Agama ataupun lebih tepat jika kita menggelarkannya 'Dogma' pada ketika itu, amat membantutkan pemikiran rasional dan logik akal malah pihak autoriti agama menindas mana2 individu yang kelihatan cuba menentang arus yang dicipta oleh pihak gereja eropah. Juwaini,anda sebagai peminat Dan Brown tentunya tahu tentang buku terbaiknya,' Angels and Demons' jadi anda tentu dapat bayangkan seba sedikit tentang apa yang telah berlaku pada zaman gelap eropah dahulu( anda juga yang rekemen buku itu tehadap saya).

Apakah saudara lupa bahawa dalam novel yang sama, saintis yang berjaya memperoleh anti-jirim tu digambarkan sebagai seorang yang taat beribadat dan mempercayai kewujudan Tuhan?
Apakah saudara lupa pada zaman keemasan Islam, orang yang berjaya dalam ilmu wahyu juga menguasai ilmu sains dan perubatan? Tak perlu saya nak senaraikan mereka tu kerana nanti bunyinya akan jadi terlalu klise.. Pada masa kini juga, telah wujud trend kelahiran golongan profesional + agama...

Jika dilihat pada zaman ini, adakah umat Islam belajar daripada peristiwa zaman gelap eropah? Yakni masyarakat membiarkan diri mereka dikawal dan dikuasai oleh para autoriti agama sehingga membantutkan  bakat2 yang terpendam dalam setiap individu. Kita umat Islam rata2nya melihat agama hanya sebagai sumber hukum hakam/kisah2 ghaib, sehinggalah timbul isu2 yang popular seperti  pengharaman yoga, status halal makanan sehinggakan ikan rebus jadi isu, isu salib pada biskut, isu jawab salam bagi non-Muslim dll. Tidak lupa juga keasyikkan masyarakat Islam terhadap tarikh imam Mahdi muncul, kisah2 bidadari di syurga, meramal tarikh kiamat, dajjal mata satu, mimpi bertemu Rasullah dan lain2 lagi sehingga saya sendiri tak paham apa yang mereka maksudkan. Perbalahan di antara agama, baik sesama sendiri ataupun dengan agama2 yang lain amatlah popular,lihat sahaja di sub-board ASWJ,Syiah,Wahabi... dan board RSF

Manusia itu sendiri adalah berbeda-beda. Ada yang suka pada sesuatu yang superficial. Ada plak yang suka pada sesuatu yang empirik (boleh diukur dan dihitung)... Di situ la timbulnya pertembungan antara "man of faith VS man of science VS man of philosophy".... Pertembungan inilah yang mencantikkan dunia dan memvariasikan ilmu...

Jadi timbulnya persoalan di dalam diri saya, apakah yang kita amalkan ini layak digelar agama(way of life) ataupun hanya dogma semata-mata. Kita sering diwar-warkan umat Islam adalah umat pilihan Allah, tetapi secara zahirnya saya nampak kurangnya kualiti sabagai umat yang benar2 dirahmati Allah. Jauh sangat bezanya antara kita dan masyarakat lain yang sering kita gelar sebagai kafir, dan saya tak nampak bagaimana kita mampu mengejar mereka.

Sebab itu Islam menekankan pada keseimbangan dalam semua aspek (wasatiah)...
Bila orang terlalu tumpukan pada fekah, sebab tu depa bangkitkan perkara titik benget seperti "hukum makan pisang berbajakan tahi babi", "hukum makan ikan bilis tak buang tahi"...
Bila orang terlalu tumpukan pada sains, mereka akan mula melakukan perkara yang mencabar had keupayaan manusia. Saya tahu, Einstein ada berkata yang "imaginasi adalah ibu segala penciptaan". Tapi kita sendiri tahu secara matematik dan secara sainsnya yang ada keterbatasan dalam setiap perkara di dunia...

Mereka,yakni masyarakat2 dunia pertama yang maju tidaklah memandang agama sebagai sesuatu elemen yang penting di dalam kehidupan, tetapi mereka mampu mengecapi kejayaan dan kemajuaan yang amat hebat sehinggakan mampu meneroka ke bulan dll lagi. Malah kita berbincang di sini pun adalah 'ihsan' daripada mereka yang bertungkus-lumus mencipta kemajuan demi kesenangan semua pihak.

Mengapa kita, yakni orang2 yang beragama gagal ataupu kurang mampu bersaing dengan mereka?. Dunia Islam, masyarakat Hindu di India, negara2  Kristian amerika latin serta masyarakat Afrika yang memandang agam sebagai sesuatu yang tinggi rata2nya hanya dinilai sebagai negara dunia ketiga, dan amat sukar untuk kita menafikannya. Mengapa kita sebagai orang2 yang bergama sering bertengkar tentang perbedaan tanpa memikirkan kesamaan yang kita ada yakni kepercayaan terhadap Tuhan yg Esa? Mengapa, mengapa dan mengapa???

Dari sini timbulnya isu Deism untuk saya perbincangkan bersama-sama anda semua.

Benarkan sedemikian? Sedangkan kalau berdasarkan pembacaan saya dalam jurnal-jurnal luar, mereka melihat trend masa kini adalah manusia mula berbalik kepada agama. Satu jurnal menulis bahawa Islam adalah agama paling pesat berkembang di Eropah.. Saya tak dapat nak bagi angka, tapi inilah trend yang saya dapat perhatikan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 15-12-2008 10:48


Atheist sendiri seringkali berkata ayat-ayat yang provokatif pada penganut agama seperti "agama itu adalah candu", "agama itu punca segala kejahatan", "agama punca kemunduran" dan segala maca ...


Hmmm, menurut satu kenyataan yang saya baca/lihat di youtube, antara sebab pihak atheist lantang bersuara adalah kerana adanya serba sedikit hak2 mereka yang dinafikan di dalam sistem pentadbiran(Amerika). Sebagai contoh kecil, tak silap saya atheist, agnostic dan homo tidak dibenarkan menyertai persatuan pengakap muda di amerika, jadi sebab itu mereka agak 'bising' demi mempertahankan hak mereka sebagai warganegara.

Err tuhan yang mereka percaya seperti yang dinyatakan oleh anda tidak lebih daripada 'tuhan', yakni berbeda daripada Tuhan a.k.a The Supreme Being, The Intelligent Designer,etc sepertimana yang diimani oleh para pengikut agama2 di dunia ini. Tiada salahnya 'tuhan' mereka percaya itu, cuma jika ianya dibawa sebagai point untuk berdebat dengan pihak atheist tegar, saya rasa mereka cuma akan pandang enteng ataupun sekurang-kurangnya melihat ianya tidak lebih daripada ayat puitis.

Mengenai kisah Oh lord itu, pada pendapat saya adalah menjadi naluri setiap manusia untuk merasai kewujudan satu 'kuasa di atas' yang menjadikan dan mengawal segala2nya yang berlaku di alam realiti dan alam sana. Masyarakat purbakala menjadikan entiti2 seperti matahari,bulan, bintang sebagai 'tuhan' untuk dipuja dan melihat kejadia nalam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, ribut petir sebagai 'kemarahan tuhan' terhadap mereka, lantas budaya pengorbanan nyawa manusia dijadikan sandaran untuk meredakan 'kemarahan tuhan' itu. Sebab itu ada yang berpendapat bahawa tiadanya insan yang benar2 100% tidak percayakan Tuhan, cuma mungkin pengalaman hidup, sejarah manusia dan lain2 elemen yang menyebabkan mereka kecewa dengan Tuhan,lantas memilih untuk tidak percaya kepadaNya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 15-12-2008 12:15 PM Hmmm, menurut satu kenyataan yang saya baca/lihat di youtube, antara sebab pihak atheist lantang bersuara adalah kerana adanya serba sedikit hak2 mereka yang dinafikan di dalam sistem pentadbiran(Amerika). Sebagai contoh kecil, tak silap saya atheist, agnostic dan homo tidak dibenarkan menyertai persatuan pengakap muda di amerika, jadi sebab itu mereka agak 'bising' demi mempertahankan hak mereka sebagai warganegara.

Salah satu rukun dalam pengakap (kalau tak silap saya) adalah mempercayai Tuhan... Kalau orang tak boleh nak conforming pada guideline yang terkandung dalam sesuatu organisasi, bukan tempat mereka di situ la kan?
Errr... Kenapa agaknya atheist tak masuk Red Cross ke, Bulan Sabit Merah ke, Kadet Remaja ke?

Err tuhan yang mereka percaya seperti yang dinyatakan oleh anda tidak lebih daripada 'tuhan', yakni berbeda daripada Tuhan a.k.a The Supreme Being, The Intelligent Designer,etc sepertimana yang diimani oleh para pengikut agama2 di dunia ini. Tiada salahnya 'tuhan' mereka percaya itu, cuma jika ianya dibawa sebagai point untuk berdebat dengan pihak atheist tegar, saya rasa mereka cuma akan pandang enteng ataupun sekurang-kurangnya melihat ianya tidak lebih daripada ayat puitis.

Apa itu 'The Supreme Being'?
Zat yang paling agung ke? Entiti yang terpaling berkuasa?

Kalau itu takrifan The Supreme Being, maknanya layaklah kita golongkan wang, pangkat, material, seks sebagai suatu bentuk 'kuasa' yang agung. Sebab obsesnya manusia dalam dunia ni sampai sanggup berbunuhan kerana ingin mencapai/memiliki semua tu...

Kalau dalam sufi, ala-ala macam mencapai makrifat tertinggi la kot...

Mengenai kisah Oh lord itu, pada pendapat saya adalah menjadi naluri setiap manusia untuk merasai kewujudan satu 'kuasa di atas' yang menjadikan dan mengawal segala2nya yang berlaku di alam realiti dan alam sana. Masyarakat purbakala menjadikan entiti2 seperti matahari,bulan, bintang sebagai 'tuhan' untuk dipuja dan melihat kejadia nalam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, ribut petir sebagai 'kemarahan tuhan' terhadap mereka, lantas budaya pengorbanan nyawa manusia dijadikan sandaran untuk meredakan 'kemarahan tuhan' itu. Sebab itu ada yang berpendapat bahawa tiadanya insan yang benar2 100% tidak percayakan Tuhan, cuma mungkin pengalaman hidup, sejarah manusia dan lain2 elemen yang menyebabkan mereka kecewa dengan Tuhan,lantas memilih untuk tidak percaya kepadaNya.

See?
Macam yang saya sebut mula-mula tadi pada saudara, back to square one...

Dalam Bahasa Melayu tak standardnya, "pi mai pi mai tang tu"...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 01:21 PM | Show all posts
Amboi, banyaknya soalan hang...
Originally posted by ussopp at 15-12-2008 01:00 PM
juwaini, maknanya tidak hairanlah Islam itu dikatakan syariat terakhir kan.....?

Kalau ikut yang aku tau, Islam adalah agama langit terakhir yang diturunkan untuk manusia.. Kalau ada sesapa jumpa agama langit yang lebih terbaru (kecuali agama Ayah Pin dan pengikut fahaman Rashad Khalifa), habaq mai kat aku cepat...

sebab jika kita bergantung pada proses akal ini, segalanya akan berulang2.....pi mai2 tang tu......

adakah sebab tu Islam adalah guideline terakhir, ?sebab tu kita umat istimewa...? dimana  semua proses akal ini telah dilengkapkan....

Dalam sains sendiri pun ada satu teori yang menyatakan bahawa "jangan cipta semula roda". Maknanya, kita bina idea baru berdasarkan fundamental yang sudah kukuh dan yang sudah sedia ada...

Macam tu jugak dengan agama di dunia ni. Agama samawi mula diturukan pada Nabi Ibrahim. Kemudian diperhalusi oleh Nabi Musa. Kemudian dikembangkan kepada Nabi Isa. Akhir sekali dimurnikan dan ditamatkan pada Nabi Muhammad SAW. Even solat kita hari ni sebijik macam yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dulu. Mungkin ada lebih kurang dari segi sebutan dalam solat dan juga bahasa yang digunakan masa bersolat tu. Tapi apa yang nak disampaikan  adalah, "don't reinvent the wheel"...

namun rasa cam tak sedap jugak, sebab pencarian Tuhan secara tasawuf/kebebasan berfikir adalah cara menemukan Tuhan yg diamalkan oleh nabi2 dan wali Tuhan.....dan nampak lebih efektif dari islam ikut-ikutan.......

kerana Islam ikut-ikutan melemahkan daya fikir sedangkan malas berfikir dikatakan adalah jenayah paling besar di muka bumi ini....

jadi mana satu?

Hang nak pi Kuala Terengganu naik apa?
Naik bas ke, naik flight ke, back packing ke? Semua tu adalah bergantung pada pilihan hang sendiri... Setiap pilihan ada baik ada buruknya..

Kalau hang berjalan kaki, maybe masa Malaikat Israfil meniup sangkakala kedua kot baru hang sampai. Tapi dari segi advantagenya, hang kenal setiap inci jalan menuju ke Kuala Terengganu..

Soalnya, sanggup ke?

adaklah Islam cara hidup yg mempercepatkan kemahiran berfikir ?

kekadang keliru, cara mencari diri yg sebenar?  kerana nabi2 mencari hidayah melalui kaedah berfikir yg panjang....

tetapi kita semuanya ikut2 saja.....

sebenarnya akhir2 ini saya dalam kebingungan mengapa kita perlu stick kepada satu pegangan sedangakan berfikir adalah hak milik setiap manusia........

mungkinkah Islam adalah full stop kepada proses pemikiran manusia nie.....dimana ia memberi satu npanduan absolute hasil dari kecelaruan manusia dalam zaman2 sebelum nie....?

Islam takde mempercepatkan atau melambatkan cara berfikir manusia. Tapi Islam membenarkan imaginasi manusia untuk bergentayangan tanpa had. Kalau hang imaginasi benda baik, untung la hang. Kalau hang imaginasi benda buruk?

Sebab tu (pandangan aku), garis panduan Islam yang dibuat pada masa kini sudah memadai untuk golongan layman. Orang buta boleh buat, orang miskin boleh, orang kaya pun boleh... Kalau hangpa rajin dan mampu untuk pilih/cipta jalan sendiri, sila teruskan. Takde sapa larang...

Struggle kita pada saat ini adalah untuk mencari kebenaran...

Tapi adakah sapa yang gagal tu secara mutlaknya gagal?

Sedangkan dalam buku teks sains tingkatan satu ada cakap... Kalau satu teori tu berjaya dipatahkan, kita dapat ilmu baru. Kalau teori tu tak berjaya dipatahkan, kita akan mengukuhkan kepercayaan kita pada teori tersebut. Either way, kita untung...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 01:23 PM | Show all posts
Aik, mana pi posting usoppppp?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 15-12-2008 12:25

Salah satu rukun dalam pengakap (kalau tak silap saya) adalah mempercayai Tuhan... Kalau orang tak boleh nak conforming pada guideline yang terkandung dalam sesuatu organisasi, bukan tempat mer ...


Err janganlah desak saya sebegitu, saya bukanlah seorang atheist, saya masih percayakan kewujudan dan keEsaan Tuhan. Cuma, jika saya cuba bayangkan dari sudut seorang atheist di negara2 sekular, jawapan yang saya akan berikan adalah; Agama dan spiritualiti tidak harus dicampur-adukkan di dalam sistem pentadbiran sesuatu organisasi(melainkan ianya satu organisai agama). Lagipun, aktiviti2 yang dilakukan di dalam persatuan pengakap muda amerika tidak relevan langsung dengan kepercayaan terhadap Tuhan dan agama, ianya cuma mendidik anak2 bekerjasama secara berpasukan, melatih untuk berdikari, memupuk semangat kepimpinan, bala bla bla etc etc. Jadi tidak adil untuk mewujudkan perbedaan tersebut..

p/s: Pengakap muda amerika sebuah persatuan swasta, sebab itu kadang2 timbulnya ironi itu...

Tapi kan, ada seorang atheist di negara ini menulis di dalam blognya;kepercayaan kepada Tuhan adalah perkara pertama dalam rukun negara, yakni asas untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Dia mempersoalkan jika dia yang tidak percaya kepada Tuhan, adakah dirinya tidak layak digelar sebagai warganegara yang bertanggungjawab?

Ada benarnya juga katanya itu..

Apa itu 'The Supreme Being'?
Zat yang paling agung ke? Entiti yang terpaling berkuasa?

Kalau itu takrifan The Supreme Being, maknanya layaklah kita golongkanwang, pangkat, material, seks sebagai suatu bentuk 'kuasa' yang agung.Sebab obsesnya manusia dalam dunia ni sampai sanggup berbunuhan keranaingin mencapai/memiliki semua tu...

Kalau dalam sufi, ala-ala macam mencapai makrifat tertinggi la kot...


Hmm saya kurang pasti apa yang anda cuba sampaikan..

Kerana Tuhan yang saya maksudkan adalah "Maha Pencipta", 'sole deity' di dalam pemahaman agama2 monotheism. Saya tidak bermaksud untuk memperluaskan perbincangan mengenai konsep ketuhanan, demi mempermudahkan perbincangan ini(walaupun tujuan anda baik kerana ianya mampu memupuk pemikiran yang kritis)

See?
Macam yang saya sebut mula-mula tadi pada saudara, back to square one...

Dalam Bahasa Melayu tak standardnya, "pi mai pi mai tang tu"...


Ianya benar tetapi kita masih memperbincangkan tentang pemahaman yang masih percayakan Maha Pencipta, cuma tidak setuju dengan segala konsep wahyu, kitab suci, mukjizat dll...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 05:58 PM | Show all posts

Reply #12 juwaini's post

Atheist sendiri seringkali berkata ayat-ayat yang provokatif pada penganut agama seperti "agama itu adalah candu", "agama itu punca segala kejahatan", "agama punca kemunduran" dan segala macam lagi ayat... Habis tu bila agaknya masalah "my father is stronger than yours" ni akan selesai?

Agama itu secara definisi kasarnya adalah "cara hidup"... Makanya kita boleh menafsirkan atheism sebagai satu bentuk 'agama'. Sebab mereka memilih cara hidup yang tidak percaya pada konsep-konsep spiritualiti.

Sapa kata atheist tak bertuhan?
Kalau mereka mengejar moral teragung, mereka bertuhankan moral.
Kalau mereka mengejar material, mereka bertuhankan material.
Kalau mereka mengejar kasih sayang, mereka bertuhankan kasih sayang.

Tuhan itu adalah "apa yang kita cari dalam hidup kita"...   (Secara peribadinya, 'tuhan' yang saya cari adalah keamanan dan hati yang baik sesama manusia)

Neraka Bulan pernah dengar kisah orang yang masih inginkan seks dengan pelacur beberapa jam sebelum dia mati? Sedangkan masa tu dia sakit tenat. Tapi kenapa dia masih berkeinginan pada seks? Kerana itu yang dia cari sepanjang hidupnya.. Maka seks itulah tuhannya...

Neraka Bulan pernah dengar kisah atheist yang menyebut "O Lord, O Lord!" sebelum tiba ajalnya? Maknanya dia mencari-cari tuhan di sepanjang hayatnya, walaupun sepanjang hidupnya dia bertegas dengan prinsip "tuhan manusia" dan menolak kewujudan kuasa yang lebih besar di atas sana...


yea, saya setuju dengan ju

saya pernah belajar tentang Aqidah Tauhid dalam Islam, tentang tiga asas Tauhid-Rububiyyah, Uluhiyyah dan al-Asmaa' was Sifaat

tentang erti sebenar Ilah dan tuntutannya (Ilah itu bukan semata-mata tuhan atau dewa, atau semata-mata satu watak tertinggi macam dalam cerita, tapi Ilah lebih luas lagi maknanya dari semua perkara, harap ada orang boleh jelaskan pasal ini)

kalau telah faham perkara di atas, tak timbul rasanya persoalan menolak Tuhan (Atheism) atau ingin menerima Tuhan tanpa 'ritual' ini (Deism)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.203712 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list