|
Tukar konsep album selepas kahwinOleh NOR FADZILAH BAHARUDIN [email protected]
| ALBUM terbaru Mawi, Qasidah Allah Habeebi akan berada di pasaran Januari depan.
- Gambar WAHIDAH ZAINAL ARIPIN
|
TINGGAL beberapa hari sahaja lagi penyanyiidaman Malaya, Asmawi Ani akan menamatkan zaman bujangnya bersama Nora'Ashikin atau Ekin.
Mengharapkan agar segalanya berjalan lancar, namun pelantun lagu popular, Kian ini masih lagi sempat menyiapkan album qasidah keduanya berjudul Qasidah Allah Habeebi.
Bakal berada di pasaran sekitar Januari depan, Mawi yakin sokonganpara peminatnya tidak akan berbelah bahagi meskipun status dirinya akanberubah tidak lama lagi.
"Ini semua rezeki dan saya yakin para peminat akan menyokong kariersaya meskipun saya sudah berkahwin. Lagi pun album ini sangat istimewadan penghasilannya juga mengambil masa yang sangat panjang," katanyaketika ditemui pada majlis pradengar album terbarunya itu, di pejabatMaestro Talent, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menyambung perbualan terang anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai,Johor ini, kelewatan album tersebut yang sepatutnya diedarkan padapenghujung tahun ini berlaku kerana pemilihan material untuk album tersebut sangat terperinci.
"Kita tak mahu selitkan lagu-lagu yang tidak bermutu. Oleh keranaitu, proses mencari lagu sahaja telah memakan masa yang lama. Malah,mutu penghasilan album qasidah kedua ini lebih dititikberatkan agar iamampu menarik minat bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja,"ujarnya tenang.
Jelas Mawi, kos album tersebut juga lebih tinggi berbanding album-albumnya yang lain.
"Hampir RM60,000 kos dibelanjakan untuk album ini, malah kesemuanya menggunakan peralatan muzik live string itu yang menyebabkan ia lebih mahal berbanding album-album terdahulu," katanya.
Qasidah Allah Habeebi memuatkan lapan buah lagu antaranya berjudulAllah Habeebi, Hijab, Sujud kolaborasi bersama KRU, Seroja dan TemanHakiki.
Bercerita lanjut tentang dua buah lagu iaitu Sujud dan Seroja,sambil tersenyum kata Mawi: "Saya sukakan muzik KRU kerana apabila kitadengar sahaja sesebuah lagu itu, kita boleh tahu itu lagu mereka.
"Seroja pula saya rakamkan semula kerana ramai sangat yang meminatilagu itu. Apabila pergi buat persembahan, ramai yang minta sayanyanyikan lagu tersebut.
"Jadi apa yang boleh saya katakan, dalam album ini tidak terlalu kearah nasyid tetapi ia lebih kepada etnik kreatif sebab kita hendaktarik minat orang muda."
Akui Mawi, sekiranya peminat mengharapkan sesuatu yang baru daripadanya, semua itu akan berlaku selepas perkahwinannya kelak.
"Insya-Allah, selepas kahwin saya akan menukar konsep lagu-lagunyanyian saya. Cukup berbeza daripada yang sedia ada. Memang saya adaniat untuk mencuba konsep muzik yang baru serta lain daripada nasyiddan etnik kreatif. Tunggu sahajalah di mana semuanya masih dalamperancangan," jelas lelaki berbintang Virgo ini. |
|