CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4042|Reply: 5

Syiling Emas 1300 Tahun Dijumpai di Baitulmaqdis -

[Copy link]
Post time 25-12-2008 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Duit syiling emas 1,300 tahun ditemui


ROSS menunjukkan sebahagian duit syiling emas
yang ditemui di Baitulmaqdis kelmarin.



BAITULMAQDIS - Sejumlah duit syiling emas berusia lebih 1,300 tahun ditemui di bawah tapak kawasan meletak kereta di Baitulmaqdis, kata Pihak Berkuasa Antikuiti Israel kelmarin.


Ahli-ahli arkeologi menyatakan sebanyak 264 duit emas ditemui di tapak runtuhan sebuah bangunan lama pada abad ketujuh Masihi. Ia merupakan penemuan paling besar pernah ditemui setakat ini.

"Kami pernah menemui barang-barang tembikar, kaca tetapi tidak seperti ini," kata seorang ahli arkeologi Britain, Nadine Ross yang menemui duit itu Ahad lalu.

Terdapat wajah mirip seorang maharaja yang memakai pakaian ketenteraan dan memegang salib di tangan kanan pada satu bahagian duit syiling itu.

Pakar-pakar arkeologi menyatakan duit syiling itu dicetak pada permulaan pemerintahan Heraclius sebelum tentera Parsi menakluk Byzantine yang menguasai Baitulmaqdis pada 614 Tahun Masihi.


Menurut dua pengarah di tapak penggalian, Doron Ben-Ami dan Yana Tchekhanovets, sebelum penemuan itu, hanya lima duit syiling emas ditemui di Baitulmaqdis. - Reuters


****************************************************************************************

bestnya dapat jumpa wang emas ni -
dah la emas mahal.... lagi pula yang dah usia 1300 ni
antique betul -
malang sikit pada malaysian - kita tak boleh pergi ke
baitulmaqdis lagi... -- kalau ada rezeki someday -
insyaallah palestine dapat balik negara depa - dan
kita boleh visit baitulmaqdis... mungkin syiling ni
dipamerkan kat muzium di sana - kalau ada muzium pun -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2008 08:56 AM | Show all posts
x blh gi baitulmaqdis eh??? x tau plak. ni musti kes x amik tau hal luar. tp mmg best kn klu dpt jumpa duit emas. klu jual, musti kaya raya. tp too bad about malaysian. klu jumpa harta karun kt mesia, otomatik jd hak milik kerajaan wlupn kte yg jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 09:19 AM | Show all posts






Bestkan kalau leh gi nengok
Tapi aku terpikir cam diaorang saja je nak cari alasan supaya diaorang leh meneruskan usaha jahat mereka jer
cuba nengok kawasan yang dikorek tu
nanti sumer tempat leh diaorang bua gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 09:28 AM | Show all posts
besar gak eh yg dikorek tue...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 10:01 AM | Show all posts
byk gak syling yg dorang jmp ni tp sesuai la dgn tempat yg dikorek.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2008 11:08 AM | Show all posts
mah aih, bestnyer...dpt sekeping wat kenang2an pun ok gak...dpt bnyk lg le horey
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.428053 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list