CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3532|Reply: 12

ciri2 rakan kongsi berniaga

[Copy link]
Post time 25-12-2008 10:17 PM | Show all posts |Read mode
sajer la bukak thread ni.

yg dah ada experience boleh la share dgn mereka yg merancang nak berakan kongsi.

bagi saya rakan kongsi yang terbaik - adalah suami / isteri kita

rakan kongsi yang patut dielakkan - adik beradik/ahli keluarga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2008 10:13 AM | Show all posts
berdasarkan pengalaman sendiri, kalau nak pasang rakan kongsi, pastikan ada B&W sign dan matikan stamp... pastu, pastikan setiap orang sumbangkan modal ikut apa yg dijanjikan.. kalau ada rakan kongsi yg kata modal tu nanti diorang keluarkan, berhati2lah coz bila dah lama kelamaan mmg tak akan dapat punya...

dalam B&W perlu ada syarat2 dan perjanjian sumpah... kot ada yg mencuri ke larikan duit ke barang ke, kita leh sita harta dia ke apa ker

at the moment, aku takde rakan kongsi selepas kena tipu dgn rakan baik aku... laki aku cuma rakan kongsi pada nama jer... dia byk sumbangkan tenaga dan aku sorang yg sumbangkan modal

meskipun aku bekerja dgn adik beradik, tapi mereka bukan rakan kongsi aku... mereka aku jadikan pekerja ... kalau mereka nak jadi rakan kongsi, aku suruh mereka buat bisnes lain dari bidang yg lain dan aku tetap support
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 10:39 AM | Show all posts
kalo kes adik beradik jadi partner dlm bisness..tp sebagai slleping partner dan dia ada sumbangkan modal..mcmana agak2 kiraan % yang kita patut bagi..secara monthly atau mcmana?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by hazel23 at 25-12-2008 10:17 PM
sajer la bukak thread ni.

yg dah ada experience boleh la share dgn mereka yg merancang nak berakan kongsi.

bagi saya rakan kongsi yang terbaik - adalah suami / isteri kita

rakan kongsi y ...


nak cari rakan kongsi ni senang...tapi nak bertahan tu yang payah...


tapi kalo nak sangat berbisnes partner...guna cara ni

guna indicator base on personality and characteristic

ada 4 jenis karektor manusia sebenarnya...

1-choleric
2-melancholy
3-senguine
4-phlagmatic

defining concept-

choleric-orang yang suka direct person...dikatakan sebagai the conquerer
melancholy-org yang suka mengikut...dikatakan sebagai the engineer
senguine-orang yang pakar dalam bersembang...kalo bercakap memang penuh gelas kat meja kedai mamaks
phlagmatic-orangy yang bersikap pasrah manjang...kalo ada masalah yang timbul orang macam ni akan tenang dan menurut

matching concept-
senguine sesuai ngan melancholy
choleric sesuai ngan phlagmatic

problem-
dalam satu firm kena tau sapa yang mewakili karektor di atas

intervention-
try memahami diri melalui kekuatan dan kelemahan masing2

p/s:macam aku...senguine/choleric:victory:

sistem ni ada indicator nya...tapi xtau mana tah pegi material nya....kalo ada nanti aku bagi tau

[ Last edited by  monashis at 26-12-2008 12:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 12:33 PM | Show all posts
pasal pembahagian persen profit tu ikut agreement korang ler...

contoh :

modal keseluruhan 100 000
kakak (sleeping partner jer) bagi 80 000
ko lak bagi 20 000 dan ko kena uruskan company
adik jadi tukang jaga kedai, tak kuar modal dalam bentuk duit
abang jaga logistik, tak kuar modal dalam bentuk duit

dari 100% nilai profit bersih selepas tolak segalanya, mungkin ko leh bagi 80% kat akak, manakala 20% kat ko...dan ko dapat gaji sbg manager ke apa ke sbb ko uruskan...  contoh jer yer...

si adik dan abang lak, diaorang tak layak dapat profit.. diorang cuma layak dapat gaji...

[ Last edited by  tuna_sandwic at 26-12-2008 12:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 05:11 PM | Show all posts
pastikan jugak share partner tu betul2 minat meniaga dan 100% boleh bekerja bersama anda. Elakkan dr ber partner ngan org makan gaji....nnt semua benda kita kena buat, dan partner kita tu ala2 sleeping gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2008 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by ann_9027 at 26-12-2008 05:11 PM
pastikan jugak share partner tu betul2 minat meniaga dan 100% boleh bekerja bersama anda. Elakkan dr ber partner ngan org makan gaji....nnt semua benda kita kena buat, dan partner kita tu ala2 sl ...



Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 05:37 PM | Show all posts
bahaya sleeping partner yg terang2 bagitau nak profit tapi tak nak buat keje... nanti kalau company bangkrap dia akan tuduh kita memacam..

seeloknya, elakkan sleeping partner...
seeloknya ada partner yg sama2 dapat profit dan sama2 dapat gaji bekerja memajukan syarikat

tapi... semua terpulang pada target sendiri la... nak jadi apa... nak buat apa...

cuma aku suka kalau aku pegang saham terbesar coz aku leh buat apa aku suka... at the moment mmg aku tak share dgn sapa2... so sapa2 nak marah aku ke nak kutuk aku ke.. jatuh bangun tetap aku sorang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2008 12:27 AM | Show all posts

Reply #1 hazel23's post

setuju sesangat kalau nak kongsi jangan le kongsi dengan adik beradik,
ct sendiri serik sampai mati!!
seeloknya ambil mereka yg tak pernah kenal pun
takpun kongsi je dengan hb sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 12:31 AM | Show all posts
bagi aku... bisnes tanpa partner... aku tak kemana...

itu kelemahan yg ketara aku... so aku perlukan partner... alhamdulillah.. setakat ni semua terurus... tak berkira...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 01:11 PM | Show all posts
aah la...

selalu biz partner adik beradik mesti end up dgn bad result... but i think sebab attitude adik beradik tu not becoz of biological relationship tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2014 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 syok la berpartner ni.. tp lama lama klu kawan partner ko malas nk mampus. Tau nk duit untung je... ko rasa fedup. At the moment ko tersedar baik ko mulakn sorg2 je. Biarla lambat sikit asalkan ko xsakit hati. Kejis sgt partnership yg terhegeh2 nk masuk tp kerja xnk buat. Yela kita dah start awal... bila tgk ada potensi terus nk join. Konon bg duit la pastu nan hado xtolong marketing pun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 05:11 PM | Show all posts
jika berminat nak membuat bisnes fulltime atau parttime, boleh WhatsApp/SMS sy Khai 0133332502. Lokasi di KL-selangor. boleh jana income lebih RM2000. surirumah,cikgu,guru,engineer,arkitek,peniaga pasar malam,uptown,executive,pengurus salun,ejen insuran,keje kilang,mekanik,promoter pasaraya ramai dah join.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.057538 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list