View: 2357|Reply: 0
|
Fiji Catastrophe: 8 mati ribut besar landa fiji
[Copy link]
|
|
Jumlah korban ribut di Fiji meningkat kepada 8 orang
| penduduk Naqali menyelamatkan diri dengan menaiki rakit selepas kampung mereka ditenggelami air dalam banjir yang sehingga kini meragut lapan nyawa di Fiji.
- AFP
|
SUVA 12 Jan. - Jumlah korban akibat ribut di Fiji meningkat kepada lapan orang, semalam.
Ratusan yang lain terpaksa meninggalkan rumah mereka, berikutan amaran kecemasan dan perintah berkurung yang dikenakan di beberapa tempat di negara ini, hari ini.
Ribut yang melanda Viti Levu sepanjang minggu lepas mulai reda hari ini, sementara beberapa kawasan masih terjejas teruk dan tidak dapat dilalui.
Pegawai kaji cuaca memberi amaran ribut yang membawa hujan lebat dan angin kencang bakal melanda negara kepulauan tersebut sekali lagi.
"Banjir besar dan sederhana dijangka berlaku apabila kebanyakan air di sungai utama dan sungai kecil dijangka melimpahi tebing pada Rabu dan Khamis ini," kata Pengarah Meteorologi, Rajendra Prasad.
Jurucakap Perdana Menteri, Frank Bainimarama berkata, kerajaan telah melakukan segala yang termampu dalam menghadapi bencana itu, yang disifatkan sebagai yang terburuk sepanjang dekad ini.
Menurutnya, bandar Nadi, Ba dan Sigatoka akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan perintah berkurung.
"Tujuan perintah berkurung ini untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda. Kita juga mahu mengelak berlaku kegiatan jenayah," kata Menteri Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri, Ratu Epeli melalui laman web FijiLive.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan, Dr. Isimeli Tukana menasihati mangsa banjir supaya berhati-hati kemungkinan menular wabak penyakit seperti cirit-birit dan kepialu.
Dalam pada itu, ratusan pelancong asing masih terkandas di resort popular di Pulau Denarau, sementara perkhidmatan penerbangan tergendala dan jalan raya ditutup.
Banjir tersebut juga menghanyutkan jambatan dan merosakkan jalan raya serta menyebabkan beberapa daerah yang berfungsi sebagai pusat perniagaan lumpuh.
- Reuters
aku ada sorang kawan dari fiji gak... duk kat suva... mmg kengkadang fiji dilanda angin ribut kuat... tapi yg ni tak sangka besaq mcm ni sekali... sampai dah 8 mati... masalah banjir ni bukannya aper... paling teruk kena cholera.. tu yg selalu outbreak!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|