CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5531|Reply: 20

SAYAP JIBRIL

 Close [Copy link]
Post time 16-1-2009 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 12:38

Sebuah pondok kecik terdiri di celah-celah pokok di sebelah kiri jalan yang merentasi Azimpur menuju ke jalan Peelkhana.  Dinding pondok itu yang diperbuat daripada lumpur tidak begitu kukuh lagi akibat dimakan hari, dihakis hujan dan angin.  Melalui lubang-lubang di tingkap tin yang berkarat,  masih dapat melihat tompokan langit yang biru.


Ibu dan seorang anak lelaki terbaring di atas tikar.  Petang itu Haleema telah memukul Nabi dengan teruk sekali.  Budak lelaki itu kini berusia tujuh tahun dan bekerja sebagai perantis di kedai bidi untuk menyara hidupnya.  Bapanya meninggal ketika dia masih bayi lagi.  Untuk menyara hidup mereka,  kadangkala Haleema terpaksa duduk meminta sedekah berdekatan pintu pagar tanah perkuburan apabila pendapatannya yang tidak tetap sebagai pembantu rumah sementara tidak mencukupi untuk keperluan mereka.


Sekali-sekala orang yang datang menziarah kubur kaum keluarga mereka akan memberinya beberapa keping wang syiling.  


Nabi tidak mendapat apa-apa upah kerana dia masih seorang perantis.  Pemilik kedai memberinya makan tengahari,  itulah sahaja.  Nabi akan menerima upah lima rupee sebulan dengan syarat dia belajar membuat rokok daun bidi hingga mahir.  Tetapi sejak kebelakangan ini Nabi sering ponteng.  Dia akan meninggalkan kedai dengan sesuatu alasan atau sebagainya untuk pergi ke suatu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.  Dia tidak akan kelihatan sehingga waktu senja.  Setakat ini pemilik kedai itu telah mengadu tiga kali kepada Haleema.  Pada hari ini lelaki itu datang untuk memberi amaran kepadanya bahawa dia akan memberhentikan Nabi kerana budak liar seperti itu tidak berguna kepadanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2009 08:48 AM | Show all posts
adesss  kisah yg  bkisar khidupan sensara ni yg buat juliet tak tahan sebak nanti ni......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 02:36 PM | Show all posts
Penat taip, bila post semua hilang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 02:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 12:42

Sepanjang petang itu kemarahan Haleema begitu membara atas perbuatan anaknya yang tidak mendengar kata.  Hatinya kian gundah mengenangkan  masa depan anaknya itu.  Kerana tidak ada tempat untuk melepaskan kemarahannya,  dia terus memendam rasa.  Lagi pun buat apa anak yang tidak berguna itu perlu bekerja!  Bukankah ibunya ada untuk meminta sedekah,  untuk bekerja sebagai orang gaji untuk membesarkanya!


Sebaik-baik sahaja dia melihat Nabi memasuki rumah pada petang itu,  Haleema memukulnya sekali lagi.  Dia mendesak anaknya supaya memberitahunya ke mana dia pergi,  tetapi tiada jawapan yang diperolehi dari budak itu.  Anaknya hanya menangis teresak-esak.  Sejurus kemudian,  dia pun tertidur tanpa menjamah makanannya.  Haleema duduk makan tetapi selepas beberapa suap yang ditelan dengan paksa,  dia pun bangun.  Dia perasan anaknya membuka mata lalu segera menutupnya kembali,  apabila dia merayu supaya Nabi makan.


Dia duduk di atas tikar,  matanya melihat langit menerusi dinding yang pecah,  tangannya pula membelai anaknya yang sedang tidur.  Malam ini hatinya terasa pilu rawan apabila mengenangkan perbuatannya memukul anaknya tadi,  bahkan ada kalanya dia tidak sedikit pun berasa sesal walaupun kayu yang digunakan untuk memukul anaknya itu patah.  Dia sedar dia tidak sepatutnya menyalahkan anaknya yang masih kecil dan jujur.  Dia tidak dapat menahan perasaan sedih mengenangkan tanggungjawab yang terpaksa dipikulnya sebagai ibu dan bapa kepada anaknya.  Dia merenung masa depan anaknya,  bagaimana Nabi akan menyara hidupnya apabila dia tiada lagi di dunia ini.  Dengan linangan airmata dia mencium dahi anaknya.  Nabi membuka mata dengan tiba-tiba,  menunjuk ke arah pintu lantas menjerit;   

"Mak,  siapa tu?"


"Mana?"   Tanya Haleema,  kehairanan.

"Tu dia!"   Nabi mengangkat tangan kanannya dan sekali lagi menunjuk ke arah orang yang tidak dikenali itu pergi.

"Tak ada sesiapa pun,"   kata Haleema.

"Kenapa mak nak sembunyikan daripada saya?"   Nabi berasa marah.   "Kan saya nampak lelaki yang kacak itu?  Betapa berseri-serinya wajahnya, mak.. dan pakaiannya pun hebat!"

"Lelaki kacak?"   Haleema terus kebingungan.

"Ya,"   kata Nabi dengan mata yang terbeliak.   "Dia membawa manisan,  bukankah ada pada mak?"

"Ya,  mak percaya cerita kau,"   keluh Haleema dengan sedih,  hatinya pilu mengenangkan cara Nabi berkhayal untuk memenuhi hajat hatinya.   "Tidurlah,  Nabi.  Pagi esok kau boleh makan manisan itu."

"Orang itu datang dari mana,  mak?  Mak nampak sayapnya?"

"Sayap?"
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 03:52 PM | Show all posts


mula la ni bila dbayangkan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 08:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 13:25

Dalam keadaan bilik itu yang separuh gelap disinari cahaya yang samar-samar,  dia merenung Nabi dengan pandangan resah dan kebingungan.


"Ya,  sayap...  begitu indah! Macam bulu merak."


Haleema mendakap anaknya dan sambil membelai belakangnya,  dia bersuara lembut;   

"Mungkin malaikat yang datang.  Malam ini malam shabe-barat,  malam penentuan nasib seseorang.  Malaikat pergi dari rumah ke rumah untuk melihat kehidupan setiap orang."



Badan Nabi bergetar penuh harapan.  Kerana terlalu gembira dia terus bangun meninggalkan tempat tidur.  Malam itu sungguh indah sekali.  Bumi bermandikan cahaya bulan yang terang dan keperakan.  Walaupun hari sudah jauh malam namun suara orang mengaji Quran masih kedengaran dari masjid berhampiran.  Tanah perkuburan masih dipenuhi oleh orang ramai.  Oleh sebab mereka yakin dapat berhubung dengan roh orang mati,  semua orang tidak tidur,  semua orang berdoa kepada Allah dan memohon agar mereka memperolehi kebahagian hidup dan segala harapan serta hasrat terlaksana.  Hanya Nabi dan Haleema sahaja yang tidur dan tidak memanfaatkan waktu malam sedangkan para malaikat melintasi pintu mereka tanpa diberitahu akan keperluan dan keinginan mereka.  Haleema menyalakan lampu pelita agar dapat memerhatikan air muka dan pergerakan Nabi dengan lebih jelas.


"Sayang,  kau tak lapar?  Mari kita makan sekarang,"   dia berkata tanpa mendapat sebarang jawapan.  


Nabi sudah terlupa akan perutnya yang lapar,  sebaliknya dia memasang angan-angan yang indah tetapi sukar dicapai.  Sekiranya malaikat membawa berita kepada Tuhan,  sudahkan malaikat memberitahu-Nya tentang dirinya dan ibunya?



"Adakah mak beritahu apa-apa kepada malaikat tadi?"   Nabi bertanya.  Haleema hanya mendiamkan diri dan merenung padanya.

"Dia melintasi pintu kita dan mak tak beritahu apa-apa.  Kenapa mak tak panggil saya?"   Suaranya tersekat dan penuh kehampaan.

"Kau dah gila!"   Kata ibunya lagi dan marah.  "Buat apa malaikat nak dengar doa kita?  Mereka mendengar permintaan orang kaya.  Kalau ada malaikat melintasi pintu rumah kita,  itu hanyalah kerana malaikat itu hendak pergi ke rumah orang kaya."

"Mengapa mak tak berdoa?"   Nabi bertanya dengan nada suara yang angkuh dan kurang enak didengar,  selepas lama berdiam diri.

"Apa yang kita dapat dengan berdoa?"   Suara haleema membayangkan kebencian yang amat sangat.

"Kenapa mak cakap macam ni?"   Nabi naik darah.   "Malaikat hanya masuk ke dalam rumah orang yang berdoa!  Dan Tuhan juga mendengar kata-kata mereka"

"Tidak,  Nabi,  tidak!"   Haleema hampir menjerit.   "Hanya doa orang yang kaya dengan emas dan perak didengari Tuhan.  Doa kita orang biasa tidak dipedulikan."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2009 09:15 AM | Show all posts
nak lagi bintang...klu de ksempatan tu smbung la pnjng2 sikit ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2009 12:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 14:06

Nabi kian bingung,  memikirkan jika apa yang dikatakan oleh ibunya itu benar maka orang miskin tiada sesiapa yang dapat diharapkan.  Tanpa emas dan perak,  segala keinginan mereka tidak akan tercapai.  Dengn itu jelaslah kepadanya mengapa begitu ramai orang miskin yang selalu berdoa tetapi tidak pernah kaya dan mengapa yang kaya pula makin lama makin kaya.  Tetapi jika Tuhan yang mencipta segala-galanya,  mengapa berlaku ketidakadilan ini?  Apakah Dia tidak kesihan kepada orang miskin?


Walaupun fikiran ini memenuhi benaknya,  Nabi masih tidak dapat melupakan malaikat dengan wajah yang berseri-seri tadi,  dengan sayap yang berwarna-warni seperti bulu merak,  dan bau badannya yang harum mewangi.  Dia dapat membayangkan kuda putih dengan buntut berayun membawa malaikat itu.  Kalaulah dia terjaga pada waktu itu,  sudah tentu dia akan menghalang perjalanan malaikat itu dan memaksanya mendengar kisah sedihnya yang tidak berkesudahan.  Kalaulah malaikat itu tidak berminat,  dia akan berpaut pada sayapnya sehingga dia dibenarkan berjumpa Tuhan,  yang pastinya mendengar jeritannnya.


Sejurus kemudian Nabi tidur semula,  fikirannya dipenuhi pelbagai perkara.  Haleema juga tidur semula selepas memadamkan lampu.  Walaupun dia tidak dapat melihat Nabi dalam gelap,  dia sedar anaknya masih belum tidur dan dalam keresahan.  Sambil membelai belakang badannya,  Haleema berkata;   

"Dah jauh malam, sayang.  Tidurlah."   


Nabi memerhatikan langit dengan senyap sementara otaknya ligat mencari jalan penyelesaian terhadap masalahnya itu.  Walaupun cahaya bulan terang namun hari tetap gelap.  Tiba-tiba dia melihat pancaran kilat.  Kini dia sudah mendapat jawapannya.  Dia akan mengikat tali pada tiang singgahsana Tuhan dan menggoncangkannya.



Pada keesokan harinya, selepas memakan sisa-sisa nasi malam semalam dengan air,  dan selepas didesak oleh ibunya,  Nabi pun keluar bekerja dengan hati yang berat.  Haleema menasihatinya;   

"Kau harus berusaha mencari kekayaanmu sendiri.  Hanya memohon kepada Tuhan tidak mencukupi."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2009 12:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 14:44

Sewaktu dia bekerja membungkus daun bidi bersama dengan budak lelaki yang lain,  fikiran Nabi melayang ke hutan Peelkhana yang sunyi yang dibatasi oleh pokok renek Phani Manasha.  Setiap hari dia menyusup ke luar kedai untuk bermain layang-layang di sana.  Tiada sesiapa yang mengetahui perbuatannya ini.  Selalunya dia akan mengadu sakit perut sebagai alasan untuk lari keluar dari kedai itu.  Pada hari ini dia lebih resah daripada biasa.


Apabila dia sampai di rumah,  dia cukup gembira kerana ibunya sudah keluar.  Dengan ketiadaan ibunya,  dia mengambil peluang menyelongkar periuk belanga yang kosong dan menemui dua anna yang merupakan seribu rahmat kepadanya.  Sambil menggenggam erat hasil penemuannya,  Nabi terus berlari ke Nawabganj,  membeli sedikit benang,  dan mula berlari semula dengan harapan menggunung tinggi di dada bahawa sesuatu yang hebat akan berlaku.


Di dalam hutan itu tinggal sebuah masjid yang sudah rosak.   Dari celah rekahan yang gelap,  dia mengeluarkan layang-layang dan buku benang.  Layang-layang inilah yang sering membawanya ke alam yang lebih luas.  Walaupun dia selalu becok bercerita tentang kegiatannya yang lain,  tetapi dia tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang layang-layang ini.


Tidak lama kemudian dia pun tiba di suatu sudut yang sunyi yang ditumbuhi oleh pokok renek Phani Manasha berduri di Peelkhana.  Selepas menyambung benang lama dengan yang baru,  dia pun menaikkan layang-layangnya.  Layang-layang naik kian lama kian tinggi dan perasaan gembira yang tak terhingga membuatnya kian resah.  Senyumnya kian melebar dan matanya bercahaya dengan sinar kegembiraan.


Pada hari ini dia dapat merasakan bahawa dia akan sampai di tiang singgahsana Tuhan.


Layang-layang itu kian lama kian kecil dan dia sedar benangnya akan habis.  Dia merasa sedih kerana layang-layang itu masih kelihatan walaupun benangnya sudah habis.  Mungkin singgahsana Tuhan tidak sedekat itu  Mungkin Tuhan berada nun jauh daripada pandangan insan.  Untuk sampai kepada-Nya,  Nabi memerlukan lebih banyak benang tetapi dia tidak mempunyai wang.  Adakah ini bermakna kedukaaan mereka tak akan berakhir?  Nabi mengeluh kecewa.  Selagi bermain layang-layang hanya menjadi hobinya,  dia mendapat keseronokan yang tidak berbelah bagi.  Tetapi kini layang-layang itu mempunyai makna yang istimewa kepadanya dan tidak hanya memberi keseronokan semata-mata tetapi sebaliknya turut membuat dia berasa kesedihan yang tidak terperikan.



~  (* 1 rupee = 16 anna)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2009 03:52 PM | Show all posts
Terimakasih mod, di atas pemberian kredit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2009 04:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 14:50

Nabi menggulung benang yang ada lalu menyimpan layang-layang itu semula di tempatnya.  Dia sedar kalau dia meminta wang daripada ibunya,  tentu teruk dia dibelasah sehingga menggelupas kulit belakangnya.  Dia takut mengenangkan nasibnya kalau ibunya mengetahui dia mencuri wang dua anna itu.  Dia memujuk hatinya dengan memikirkan bahawa demi mengubah nasib mereka,  mereka perlu berbelanja lebih sedikit,  kadangkala mengalami kerugian.  Semasa ketiadaan ibunya dia menyelongkar periuk belanga dan bungkusan baju buruk.  Tetapi dalam usaha ibunya bekerja keras mencari sesuap nasi,  dia telah membelanjakan setiap sen duit yang diperolehi sebagai orang gaji dan peminta sedekah.  Berjimat cermat memang tidak mungkin.



Nabi mendapat satu idea yang bijak,  iaitu dia akan pergi ke stesen kereta api untuk mencari wang sebagai pengangkat beg.  Selepas menunggu beberapa lama,  Nabi melihat kereta api datang menghampiri.  Dia terpesona melihat begitu ramai penumpang dengan pakaian mereka yang beraneka fesyen.  Orang menjerit untuk mendapatkan khidmat pengangkat beg.  Nabi tidak bernasib baik,  dia tidak dapat menarik perhatian seorang penumpang pun.  Dengan mata yang segera bergenang air dan tangan menadah pada penumpang,  maka ramai yang tersalah anggap dia peminta sedekah.  Ada yang sampai berkhutbah kepadanya tentang kemurnian bekerja sendiri dan keaiban meminta sedekah.  Ada seorang dia menolaknya ke tepi tanpa perasaan belas kesihan.



Apabila kereta api beredar pergi,  Nabi duduk dengan perasaan kecewa,  memikirkan hari-hari depan mereka terpaksa berlapar,  tentang ketidakupayaan mereka memakai pakaian baharu setahun sekali.  Mereka masih lagi memakai pakaian lama yang sudah beratus kali ditampal dan dijahit,  pakaian yang dibeli oleh bapanya.  Dinding pondok mereka hampir roboh,  hujan yang sedikit sahaja akan menyebabkan air bertakung di lantai.  Kalaulah keinginan mereka dapat disampaikan kepada Tuhan maka sudah tentulah penderitaan mereka akan berakhir.  Tetapi Haleema tidak pernah sembahyang dan Nabi tidak pernah berpeluang belajar mengaji.  Kerana itulah,  fikirnya,  Tuhan tidak pernah mendengar permintaan mereka.



Apabila sejam kemudiannya sebuah lagi kereta api sampai,  hatinya girang kembali.  Tertarik dengan tangan tegap yang memakai jam tangan,  dia sampai di depan gerabak kelas satu.  


Lelaki itu menunjuk ke arah beg serba guna dan beg bimbitnya sambil berkata;   "Boleh kau tolong bawa beg-beg ini ke bilik menunggu?"

"Sudah tentu,  tuan,"  Nabi menjawab dengan yakin,  "kalau boleh tolong letakkan di belakang saya."

"Berapa kau nak bayarannya?"   Tanya si penumpang sambil tersenyum.

"Saya memerlukan banyak wang.  Berapa tuan boleh bagi?"

Pandangan lelaki itu nampak tajam.  Sambil merenung nabi dia berkata;   "Ganjil betul budak ni.  Apa kau nak buat dengan duit banyak-banyak tu?"

"Tentulah saya akan beli benang dengan banyak sekali untuk layang-layang saya,"   katanya, amat terkejut dengan pertanyaan lelaki itu.

Lelaki itu terus ketawa sambil meletakkan begnya di belakang Nabi.  Apabila mereka tiba di bilik menunggu,  penumpang itu pun mengeluarkan empat anna dan bukan satu anna seperti selalu,  lalu berkata,   "Nah!  Sekarang kau boleh beli bertimbun benang."

"Tak mahu."   Nabi mencampakkan duit itu ke atas lantai.   "Apa gunanya empat anna.  Saya nak beli banyak benang.  Layang-layang saya mesti sampai ke hujung dunia."

Lelaki itu mengutip duit tadi lalu bertanya sambil berjenaka;   "Apa gunanya kalau layang-layang itu sampai ke sana?"

"Hah,  sudah tentulah saya akan tarik singgahsana Tuhan.  Mengapa Dia hanya mendengar permintaan tuan dan tidak permintaan kami?"

Nabi berkata-kata dengan perasaan marah.  Tiba-tiba suasana di dalam bilik menunggu sunyi sepi.  Tiada sesiapa yang bersuara.  Lelaki itu memberinya lapan anna.  Mata Nabi memancarkan sinar kegembiraan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 10:24 AM | Show all posts
smpai mcmtu skali ekk pmikiran nabi smata nak smpaikan hasrat hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2009 12:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 14:54

"Bila kami dah ada banyak duit,  tuan mesti datang ke rumah kami.  Saya akan penuhkan saku tuan dengan duit syiling,"   kata budak lelaki itu dengan penuh kejujuran.  


Akhirnya penumpang itu ketawa.   

"Sudah tentu saya akan datang.  Kami semua akan datang pada hari itu,"   kata lelaki yang menderma kepada Nabi penuh semangat.



Nabi tidak menunggu untuk mendengar kata-kata lelaki itu selanjutnya.  Apabila dia pulang ke rumah selepas membeli benang,  hari sudah malam.   Dia telah menyembunyikan benang itu di celah-celah rekahan masjid lama bersama dengan layang-layangnya.  Haleema sedang menanak nasi yang dibeli dengan duit meminta sedekah.  Sambil mengesat mata dia bertanya,   "Kau ke mana,  nak?"


Suara yang lembut menyenangkan hati Nabi,  dia tertanya-taya dalam hati sama ada ibunya ada mencari wang simpanannya.  Apabila dia merasa yakin ibunya tidak mempunyai masa berbuat begitu,  dia mengucap syukur kepada Tuhan dengan diam-diam.


"Saya pergi berjalan-jalan,  mak,  selepas habis bekerja di kedai."   Dia berbohong dengan senang hati.


Haleema memasukkan beberapa batang kayu api ke dalam dapur lalu berkata,   "Kau jangan lari lagi dari kedai itu,  nanti kau akan dapat banyak duit,  sayang... selepas kau bekerja.  Kita tak ada cara lain nak,  kecuali ini saja."   Kemudian sambil memandang mukanya Haleema bertanya dengan bimbang,   "Kau lapar,  anakku?"


Nada suara ibunya yang lemah lembut seolah-olah membuat dia terlupa akan perutnya yang lapar.  Perasaan puas hati kerana dapat membeli semua benang yang diingini,  dan layanan manis yang tidak diduganya daripada ibunya benar-benar membuat Nabi tidak dapat melupakan hari itu.


"Tidak mak,  saya tidak lapar.  Saya dah makan di kedai tadi,"   katanya sambil tersenyum.

''Baguslah.  Baik juga kau jangan makan banyak sangat makanan hasil mak meminta sedekah.  Itu hanya akan memburukkan nasibmu"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2009 09:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 14:57

Tetapi selepas makanan siap dimasak,  mereka pun makan nasi yang hasil dari meminta sedekah itu dengan penuh nikmat.  Pada keesokan hari,  Nabi keluar rumah lebih awal,  atas desakan hendak pergi ke kedai.  Cuaca nampak sesuai dengan kegiatan yang dipilihnya dan jumlah benang yang banyak yang ada dalam simpanannya menambah keyakinannya bahawa dia akan menjangkau langit.  Dengan hati yang berdebar-debar,  dia mendakap layang-layang itu erat ke dadanya.  Layang-layang itu naik melayang-layang dibuai angin,  kian lama kian tinggi dengan penuh berani dan mata Nabi kian terbukan luas dibuai perasaan.


Degupan jantungnya kian pantas,  bibirnya menguntum senyuman yang aneh.  Anak matanya cerah mengikuti pergerakan layang-layangnya.  Apabila dia merasakan buku benangnya tidak lagi bergerak,  yang bermakna benang itu sudah habis,  sekali lagi dia hampir-hampir menangis.  Benang sudah habis digunakan semuanya,  sedangkan layang-layang itu masih lagi kelihatan!


Dia terpaksa menariknya turun.  Dia tertanya-tanya mengapa Tuhan berada begitu jauh?  Mungkin kerana dia tidak mahu diganggu.  Apakah tidak ada benang yang mencukupi di dunia ini untuk menemuinya?  Kini keinginannya yang terhalang membuat dia memberontak.  Selepas menyimpan kembali layang-layang itu di dalam masjid,  dia pergi semula ke stesen kereta api untuk mencari lebih banyak duit untuk membeli lebih banyak benang yang akan digunakannya untuk menemui Tuhan supaya Dia mendengar rintihan manusia biasa.


Dia hanya dapat mengumpulkan dua anna yang langsung tidak mencukupi untuk membeli lebih banyak benang yang diperlukannya.
Dengan pendapatan yang diperolehinya setiap hari,  dia terus membeli benang baru dan menyambungnya pada benang yang lama.  Sudut yang sunyi di Peekhana kini menjadi milik peribadinya.  Kebelakangan ini setiap kali dia ke tempat itu,  hatinya terasa amat sayu kerana benangnya masih tidak mencukupi.  Tetapi dia tidak akan putus asa dan melupakan niatnya itu.  Keazamannya kian bertambah apabila dia teringat akan kejayaan yang pasti tercapai.  Setiap sen yang diperolehi di stesen atau di pasar bekerja sebagai pengangkat beg dibelanjakannya untuk membeli benang yang makin lama makin panjang kerana setiap hari disambung.  Dia langsung tidak ada apa-apa hubungan dengan kedai yang digunakan sebagai alasan baginya keluar rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2009 03:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 15:00

Pada suatu hari apabila layang-layang itu menjadi titik hitam dan tidak kelihatan lagi di langit,  Nabi menggigil sambil memerhatikannya.  Senyuman pilu penuh harapan menguntum di bibir budak itu manakala dahinya berpeluh-peluh dan jantungnya hampir berhenti dek terlalu gembira.  Nampaknya seolah-olah sedang berlaku perebutan antara langit dengan bumi.  Tangannya, yang berpegang kuat pada benang, terasa sangat tegang seolah-olah ada seseorang yang tidak dapat dilihat sedang menarik di hujung sana dan membuat urat tangannya timbul.



Pada hari ini dia tertekad tidak akan menggulung benang itu,  dia akan membiarkan layang-layang itu terbang melayang-layang di langit dengan bebas dan sesuka hati.  Apabila layang-layang itu tersangkut pada singgahsana Tuhan,  tentulah dia akan terasa tarikan yang terik dari atas,  dan Nabi akan membalasnya dengan merentapnya turun dengan kuat,  lantas menggoncangkan singgahsana Tuhan dengan kuat.  Dengan itu Tuhan akan memerhatikan umat manusia dan mendengar keluhan insani.



Pandangannya terpaku pada titik benang itu membelah langit,  menjadi jambatan antara langit dengan bumi. Awan putih, hitam dan berwarna-warni menyelubunginya,  dan benang itu bergegar dibuatnya.  Dia melihat awan terbelah oleh benang.  Walaupun dia tidak tahu di mana letaknya singgahsana Tuhan,  dia dapat merasakan dia telah melayangkan bendera pemberontakannya ke arah singgahsana-Nya yang mungkin berada tidak berapa jauh lagi.  Dia lupa akan kelaparan dan kewujudan ibunya.  Dia terus berpaut pada buku benang,  walaupun selepas hari gelap.  Benang itu masih belum tersangkut pada apa-apa.  Selepas beberapa lama dia menarik layang-layang itu turun dan mendakapnya dengan erat.  Sambil membongkok memerhatikan layang-layang itu dia membelainya dengan lemah lembut.  Layang-layang terasa lembap dan berbau aneh.  Dia gembira memikirkan Tuhan telah mendengar keluhannya.  Oleh sebab itu dia tidak perlu lagi menarik singgahsana Tuhan kerana Tuhan sudah pun mendengar rintihan makhluk-Nya. Nabi berasa yakin penderitaan mereka akan berakhir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2009 04:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 15:04

Apabila dia pulang ke rumah,  dia mendapati ibunya terbaring di katil,  sedang demam.  Ibunya pulang tengahari itu tanpa memperolehi sesen pun.  Sekali lagi keraguan menguasai dirinya:  Kalau Tuhan mendengar rintihannya mengapa ibunya harus demam dan mengapa mereka tidak ada makanan?  Kalau begitu bukan Tuhan yang mendengar keluhannya tetapi syaitan.  Syaitan memang sentiasa menjadi batu penghalang terhadap setiap niat manusia untuk merapatkan diri dengan Tuhan!  Mungkin dia memerlukan lebih banyak benang untuk membelah tujuh lapisan langit seperti yang diceritakan dalam kitab suci.


Pada keesokan harinya,  walaupun dia masih belum sihat,  Haleema bangun mencari makanan untuk anaknya.  Apabila dia pulang dia tidak ikut serta makan bersama Nabi.

"Emak tak makan sama?"

"Tidak,"   kata Haleema dengan suara perlahan.   "Kau makanlah dan kemudian pergi ke kedai itu."


Nabi memakan bubur yang dibawa oleh ibunya hasil meminta sedekah.  Haleema tersenyum sedih tetapi dia tidak berkata apa-apa.  Apabila Nabi keluar rumah dengan lemah longlai,  Haleema tidak menyangka anaknya akan ke stesen keretapi dahulu dan kemudia pergi ke tempat kesukaannya untuk bermain layang-layang.


Tidak ada apa-apa yang akan menghalang Nabi sekarang.  Dia mengangkat tangan berdoa.


Pada suatu petang sekembalinya di rumah dia mendapati ibunya begitu girang.  Dia memakai kain sari baru dan menunggunya dengan hidangan nasi dan kuah dalam pinggan.  Nabi segera duduk makan dan bertanya,   "Dari mana mak dapat semua ni?"


"Kau tak ingat isteri tuan tanah Kahertuli meninggal baru-baru ini? Mereka memberi sedekah wang dan pakaian baru."  Walaupun badannya panas,  Haleema segera berasa sihat melihat Nabi makan dengan gelojoh sekali.


"Lihat,  mak ada minta kain lungi untuk kau."







* Kain lungi = kain sarung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2009 07:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 15:07

Apabila dia menunjukkan kain itu kepada Nabi,  anaknya berasa yakin bahawa Tuhan benar-benar telah mendengar rintihannya.  


Dengan linangan airmata dia berteriak;   "Mak,  kan saya dah kata,  kita takkan hidup miskin selama-lamanya."



Haleema tidak pernah mempedulikan sangat ingauan anaknya,  tetapi hari ini dia terdorong untuk mempercayai kata-kata anaknya itu apabila melihat sinaran harapan yang cerah dalam renungan matanya.


Tetapi apabila kehidupan mereka kembali susah sehingga mereka hampir-hampir tidak makan,  Nabi sekali lagi berasa ragu-ragu dan susah hati.  Adakah Tuhan mempermain-mainkan makhluk-Nya?


Pada suatu hari apabila dia begitu mengharapkan lebih banyak benang,  tiba-tiba dia teringat akan malaikat yang membawa pesanan kepada Tuhan.  Mengapakah mereka menyepi sedangkan mereka dengan mudah boleh membawa layang-layang kepada Tuhan?


Pada hari isnin Nabi keluar rumah dengan perut kosong.  Langit mendung.  Apabila tekanan pada benang itu membuat badannya bergetar,  dia sekali lagi berasa amat gembira hingga tak terucapkan,  khayalan melayan seperti burung helang emas.  Tiba-tiba dia ternampak burung besar mengelilingi titik hitam yang merupakan layang-layangnya.  Kadang-kadang burung helang itu hilang ditelan awan dan kemudian muncul semula dengan sayapnya yang besar.  Benang Nabi tersimpul pada bulunya dan dia berasa rentapan yang kasar.  Ketakutan menguasai dirinya apabila dia menyaksikan burung itu terbang tinggi dan pantas bersama dengan layang-layangnya.


Tiba-tiba Nabi terasa benang yang kendur jatuh ke bawah sementara layang-layang itu terus berpusing-pusing bersama sang burung.  Dia sedar impiannya untuk menggegarkan singgahsana Tuhan tidak akan tercapai.  Dia memerhatikan layang-layang dengan linangan airmata,  bersendirian tanpa teman di tempat yang kosong.  Layang-layang yang kelihatan seperti  titik hitam terus melayang mengikut sang burung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 08:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 15:11

Tiba-tiba tergerak di fikiran Nabi bahawa yang datang itu bukan burung tetapi malaikat Jibril yang menyamar sebagai burung untuk membawa layang-layangnya kepada Tuhan.  Kini dia mengalirkan airmata kesyukuran dan wajahnya berseri-seri dengan senyuman penuh harapan.  Dia berasa malu dengan kebodohannya dan kekecewaan yang dirasainya tadi.


Akhirnya malaikat datang menyempurnakan niat hatinya sementara dia menangisi layang-layangnya yang hilang.  Apabila dia memandang ke atas sekali lagi selepas mengesat airmata,  dia mendapati burung dan layang-layang sudah hilang di pandangan.  Yang kelihatan hanyalah cebisan langit biru yang cerah di celah-celah awan.


Haleema sedang membersihkan sayur yang dipilih untuk makan malam.

"Emak!"   Jerit Nabi sambil menerjah ke ribaan ibunya.  Wajah Haleema muram,  dia menggigit bibir lalu mencekik leher Nabi.

Nabi tidak faham kenapa ibunya marah-marah,  dan dia terus menyampaikan berita gembira kepada ibunya.   "Mak,  hari ini saya melihat Jibril.  Segala penderitaan kita..........!"


Sebelum dia sempat menamatkan kata-katanya,  Haleema mula memukul belakang badannya.   "Aku tak peduli dengan Jibril,"   katanya.   "Adakah malaikat akan memberi kita makan sedangkan kita duduk di rumah tidak berbuat apa-apa?"


"Mak,  tolonglah mak,  jangan marahkan Jibril.  Berdosa mak.  Tuhan marah!"   Nabi membantah.


Kerana marah ditegur oleh anaknya,  Haleema terus memaki hamun Nabi menyebabkan Nabi menggigit tangannya.



Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 09:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2009 12:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 3-2-2011 15:13

Pemilik kedai bidi datang siang tadi untuk memberitahu Haleema bahawa sekali-sekala Nabi pergi ke stesen kereta api dan bermain-main layang-layang sepanjang hari.  Dengan kemarahan yang membara di dada Haleema menunggu anaknya pulang.


Kini dia mencapai kayu tajam lalu memukul kepala,  tangan dan belakang badan Nabi.


"Anak tak mengenang budi,  sia-sia aku bersusah payah untuk membesarkan kau.  Kau tipu mak.  Jibrillah yang akan datang membawa makanan untuk kau apabila aku mati nanti!"


Belakang badan Nabi luka berdarah,  menyebabkan dia menjerit kesakitan lalu menggigit badan Haleema sehingga berdarah juga.  Kemudian dia tidak sedarkan diri lalu terjelepok ke atas lantai.


Malam itu Haleema demam panas.  Nabi belum makan sebutir nasi pun.  Dia hanya terbaring di satu sudut,  wajahnya monyot dan berkerut dan sekali-sekala dia menjeling tajam pada ibunya.  Apabila dia tertidur,  dia bermimpikan jibril terbang bersama layang-layangnya di celah awan.  Langit biru terbelah untuk memberi laluan kepadanya.  Kemudian awan menutup laluan itu semula.  Sebaik-baik sahaja pintu langit keenam terbuka,  sayap jibril terbakar tetapi dia terus terbang bersama dengan layang-layang.  Kemudian dia membuka pintu langit ketujuh,  menyebabkan cahaya yang terang-benderang dan bersilau-silau memantul keluar sehingga hampir membuka mata Nabi.  Sambil menutup matanya dengan tangan,  dia menjerit,   "Mak!  Mata saya terbakar!"



Apabila Nabi bangun sambil mengesat-ngesat matanya,  sinar mentari yang panas terik yang masuk di celah-celah rekahan dinding pondok itu mengenai mukanya.






                                                       *** TAMAT ***





Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.264461 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list