CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8580|Reply: 97

About Sifu M Nasir - Update : Konsert Di Stadium Negara 25/7 (P4)

[Copy link]
Post time 16-1-2009 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Konsert solo M Nasir
Oleh Elrafaei Sapi


TERMETERAI...Hishamuddin (depan kiri) bertukar dokumen
perjanjian dengan Ali sambil diperhatikan (dari kiri) Aziz,
Anthony, M Nasir dan Bob Lokman.


KUALA LUMPUR: Impian peminat menyaksikan konsert solo komposer dan penyanyi terkenal, M Nasir pada tahun ini menjadi kenyataan apabila ia akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 27 Februari ini.

Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) tampil sebagai akhbar rasmi Konsert Alam Muzik M Nasir yang diadakan selama tiga hari berturut-turut.

Satu majlis menandatangani perjanjian antara NSTP bersama penganjur, Boxoffice (M) Sdn Bhd berlangsung di Balai Berita di sini semalam.

Kumpulan NSTP diwakili Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hishamuddin Aun manakala Boxoffice diwakili Ali Abu Bakar bertukar dokumen perjanjian sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang, Pengerusi Air Asia, Datuk Aziz Bakar, M Nasir dan pelakon Mohd Hakim Lokman atau Bob Lokman.

Turut hadir, Ketua Perundangan & Kesetiausahaan NSTP, Zafrul Shastri Hashim dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.

Hishamuddin berkata, pembabitan Kumpulan NSTP sebagai akhbar rasmi konsert ini tanda sokongan pada karyawan seni seperti M Nasir yang disegani dan diminati ramai.

Malah, akhbar terbitan Kumpulan NSTP iaitu News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro akan menyiarkan berita di sebalik tabir dan perkembangan terkini konsert berkenaan.

揔umpulan NSTP berbesar hati menjalinkan kerjasama ini dengan Boxoffice yang menganjurkan konsert ini

揗enerusi kerjasama, ia dapat membantu Tabung Kebajikan NSTP ditubuhkan pada 27 Mei 1991,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2009 08:17 PM | Show all posts
aku dah sambar 2 tix...tapi tix mahal lah....paling murah RM 45...lepas tu row belakang2 kat upper circle....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 09:27 PM | Show all posts
aku tak kira, aku nak belanja sakan utk konsert ni, 3 days in the row aku nak pegi, semahal mane pun tiket depan stage tu aku akan beli...
geram aku weh, almost 10 years m.nasir tak buat konsert grand

patutnya konsert ni buat oktober tahun lepas, tapi terpaksa postpone sebab takde penaja..bodoh, orang bangang je yg ingat m.nasir takde peminat
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 09:57 AM | Show all posts

Reply #3 iscol_klang's post

Alhamdulillah...at least ada pihak yg buka mata nak sponsor concert m.nasir nih.....

ada sesetengah local artist nak buat concert susah nak dptkan sponsorship..... to major sponsors...they r so prejudice to our local artist.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2009 12:59 PM | Show all posts
ya tuhan...mintak2 mintaklah aku dapat pegi konsert neh(tengah doa bersungguh-sungguh neh)
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 12:41 AM | Show all posts
arghhhh...tekanan tekanan....aku dh plan nk p langkawi ngn family time tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2009 12:50 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

harap M. Nasir nyanyi lagu2 dari album Sang Pencinta..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 01:48 PM | Show all posts
pakaian kene formal ke nak masuk IB ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2009 06:45 PM | Show all posts

Reply #8 zaipen's post

pakai kemas aje.. boleh pakai jeans..  t shirt tapi biar kemas casual -

saya gerenti pergi  baru aje last year jumpa m nasir dengan marlia
masa dia datang tempat kerja .. lama juga kita borak2 -

a down to earth guy... saya minat dia lama dah -- walau tak seminat
jamal.. tapi hampir sama juga...  dia memang berkarisma -

suka lagu2 ciptaan dia --
harap dia nyanyi lagu tanya sama itu hud hud -
juga dari album mula2 dia dulu
suatu masa  dua insan (kalau yunizar ada juga mesti gempar ni..) -

rasa2 dia nak tak jemput 2 orang ex kembara tu --
nyanyi 2-3 lagu.. hati emas, express rakyat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 06:48 PM | Show all posts
18 penaja tak layan
Oleh Elrafaei Sapi


KONSERT solo penghibur terkenal M Nasir, Konsert Alam Muzik M Nasir sepatutnya dijadualkan Oktober tahun lalu, namun, atas beberapa faktor ia terpaksa ditunda.

Selepas tiga bulan, tanda tanya bila tarikh sebenar konsert ini akan diadakan akhirnya diketahui apabila penganjur, Boxoffice (M) Sdn Bhd memaklumkan ia berlangsung selama tiga hari bermula 27 Februari depan.


Sebagai penggiat seni yang berpengalaman hampir tiga dekad, tentunya persembahan berkenaan dinantikan ramai peminatnya.

M Nasir yang dikenali sebagai penyanyi, komposer, pelakon dan pengarah filem dijangka menarik perhatian ramai peminat untuk menyaksikan konsert julung kalinya di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bagi M Nasir, impian mengadakan konsert solo adalah satu peluang untuk dia dan peminat berhibur dalam suasana yang lebih eksklusif.

Berbanding konsert penyanyi lain, dia lebih gemar menonjolkan diri sendiri dalam persembahan tanpa membabitkan penyanyi undangan lain.


Katanya, dia tidak terlalu memikirkan soal penaja dalam membantu jualan tiket konsertnya, malah berjanji akan meneruskannya walaupun sukar mendapat sokongan penaja sejak awal lagi.

揔ejayaan sesebuah konsert diukur pada persembahan yang memberi kepuasan dan sokongan peminat yang hadir. Konsert ini adalah terjemahan manifestasi muzik saya. Muzik adalah falsafah. Sejak mula berkecimpung dalam seni dengan merangkak, hingga sekarang saya mencuba pelbagai genre muzik berbeza.

揝aya pernah terbabit menghasilkan album rock penyanyi dan juga irama Malaysia dan terbaru bersama Malique Too Phat menerusi lagu Mantera Beradu.

揂pa yang dapat dilihat pada persembahan untuk konsert solo saya ini adalah perjalanan seni saya. Walaupun saya tidak tahu bila penamat karier seni saya ini, yang pasti ia masih diteruskan.

揝aya gambarkan muzik saya seperti cat yang dilemparkan di atas kanvas yang membentuk corak sendiri. Dalam diri, saya juga berasa risau sama ada saya bergerak terlalu jauh dan laju hingga tidak dapat ikut rentak. Namun, saya sukakan benda baru yang menyuntik muzik saya.

揝aya berharap elemen hiburan dalam persembahan ini sampai pada penonton. Dalam persembahan ini yang dijangka mengambil masa lebih dua jam, saya akan membawakan pelbagai lagu saya sendiri.

揗ungkin sebagai kelainan, saya akan nyanyikan lagu Tan Sri P Ramlee,
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 11:27 PM | Show all posts
yess..aku boleh pegi....trip ke langkawi batal....

20 lagu je?mane cukup....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 11:47 AM | Show all posts

Reply #9 dexa's post

yunizar
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 03:35 PM | Show all posts
Gua dah beli 2 tiket kat istana budaya tadi.....RM88 X 2.

Sifu...gua pergi 28/02/2009

tiket kat tpt2 best (kat tepi row, depan) , kebanyakan dah abis org booking...hehehehehehe.........
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 03:50 PM | Show all posts
wow... best la korang.. aku syibuk lak masa tu.. mmg hebat bakat M Nasir ni.. kalau lagu2 dia nyanyi sendiri rentak sekian.. tp lagu utk penyanyi lain dia boleh buat sesuai dgn artis tersebut.. mmg sgt2 hebat karya ciptaan M nasir
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 04:12 PM | Show all posts
20 lagu? eh cukup la tu...
banyak2 kang lupa lirik plak.
Aku pun miant jugak nak pegi. Harap2 sifu tak lupa lirik macam persembahannya kebelakangan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 06:41 PM | Show all posts

Reply #15 pak_dogo's post

a ah...dlm beberapa tahun kebelakangan nih die selalu blank time tgh nyanyi...

harap konsert kali ni dpt mengulangi pencapaian konsert akar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 03:18 AM | Show all posts

Balas #9 dexa\ catat

thanks mod dexa...penjelasan anda sgt2 dihargai...

tapi ade ke tiket lg?huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:19 AM | Show all posts

Reply #17 zaipen's post

hah tiket dah takde ke?
matilah aku belom booking lagi

any way aku harap dia nyanyi lagu yg jarang dia nyanyi sebelum neh.
lagu2 cam mentera semerah padi,tanya sama itu hud2,juwita dll tu wat medley jer boley tak.
dah selalu sangat ....cam boring lak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 06:25 AM | Show all posts
bagi peminat setia ... biarlah lagu2 yang dinyanyikan tu diulang2 seperti
di konsert sebelumnya .. dah nama pun M Nasir .. kompom lah lagu2 dia
yang meletop2 dulu pasti kena nyanyi ...

pendapat kau orang album M Nasir yang terbaik ? yang tak berapa baik ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 12:34 PM | Show all posts

Reply #19 mc_art's post

lagu2 wajib sblm neh buat medley udahla, nyanyi jugak kekdahnya kan
album terbaik susah nak pilih antara saudagar mimpi,canggung mendonan.
album paling hazab-sang pencinta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.063974 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list