CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19783|Reply: 30

♥ ADA MASA MATA dan wajahmu menghiasi laman majalah ♥

[Copy link]
Post time 7-11-2007 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Koleksi Media & Article dalam Majalah atau paper - PART II

Tahun baru......album baru
Jadi rasanya amat sesuailah kalau thread baru dibuka
thread lama pun dah mengandungi banyak artikel sjak 2005 lagik

So...silalah kongsi artikel artikel perihal CT di sini

HANYA PASTE ARTIKEL...
JANGAN BERBORAK DI SINI....


UNTUK DISCUSS PASAL ARTIKEL TERSEBUT.....boleh bukak lagi satu THREAD

SESAPA RAJIN ..INSYAALLAH ADA HABUAN.....

ikut budi bicara mod...hehheehehhe

Untuk membaca koleksi berita yg lama dalam thread SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah
Sila click sini
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=167149&extra=page%3D1





[ Last edited by  ColbyRaikkonen at 18-1-2009 03:42 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2008 10:10 PM | Show all posts
Mawi mahu Siti dan Rossa


ROSSA

--------------------------------------------------------------------------------



NAMPAKNYA tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi, penyanyi lelaki popular, Mawi akan menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya, Ekin.

Apa yang Papa dapat tahu Mawi dan Ekin kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka yang dikatakan akan menjadi wedding of the year itu.

Jangan ingat Mawi yang sentiasa sibuk itu tiada masa nak luangkan masa untuk memastikan perkahwinannya berjalan lancar.

Lagi satu berita baru yang Papa dapat tahu sewaktu menghadiri rumah terbuka kawan baik Papa hujung minggu lalu, khabarnya juga, majlis persandingan Mawi yang akan diadakan di Hotel Palace of the Golden Horses pada 11 Januari depan akan diadakan dengan cukup meriah dan gilang-gemilang sekali.

Selain daripada beberapa nama tokoh ternama yang diundang oleh Mawi, khabarnya juga, Mawi mahukan Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi seberang, Rossa untuk menyanyi pada majlis persandingannya itu nanti.

Lagu apa yang akan dinyanyikan oleh dua orang penyanyi jelita itu masih belum diputuskan lagi.

Tapi Mawi bimbang seandainya Siti tidak dapat hadir pada majlisnya itu nanti kerana seperti yang kita semua sedia maklum, tarikh itu merupakan hari jadi Siti.

Seperti mana yang Papa tahu, kalau sekalipun Siti mahu mengadakan majlis sambutan hari jadinya, dia selalu akan menyambutnya sehari sebelum tarikh hari jadinya. Jadi, rasanya, tiada masalah untuk Siti hadir dan menghiburkan tetamu pada majlis Mawi nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 10:13 PM | Show all posts
KRU lamar bintang No. 1

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]

SEPERTI yang semua ketahui, trio adik-beradik KRU sememangnya antara artis yang mempunyai visi dan matlamat dalam pembangunan karier seni mereka dan seterusnya meletakkan mereka sebagai artis yang cukup disegani.

Baik dari segi muzik mahupun filem, mereka sentiasa mahukan yang terbaik serta produk mereka itu diterima dengan baik oleh rakyat negara ini.

Filem Cicak-Man misalnya, telah mencipta satu fenomena baru dalam industri penerbitan filem tempatan sehingga berjaya mengutip kutipan box office melebihi RM5 juta apabila ditayangkan pada 2006.

Malah, sekuelnya, Cicak-Man 2: Planet Hitam yang akan ditayangkan tidak berapa lama lagi juga dikatakan mampu mencipta kejutan luar biasa memandangkan ia dikatakan lebih hebat daripada yang pertama.

Sememangnya tidak dapat disangkal lagi, mereka bertiga tidak pernah kekeringan idea kreatif untuk terus melahirkan karya yang mampu memikat hati masyarakat.

Apabila dikhabarkan, KRU Studios akan menerbitkan sebuah filem muzikal fantasi berjudul Magica yang menyaksikan gabungan artis-artis besar bakal membintanginya, sudah dapat dibayangkan kehebatan filem berkenaan apabila mula menjalani penggambaran bermula Januari 2009.

Artis yang dikatakan membintangi Magica bukanlah calang-calang kerana ia membabitkan nama-nama besar dalam industri hiburan antaranya penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Mawi.

Selaku orang kuat KRU Studios, Norman Abdul Halim tidak berselindung tentang perkara tersebut sebaliknya, mengakui, sudah pun menawarkan watak-watak yang bersesuaian dengan bintang-bintang ternama tersebut.

“Tawaran sudah diberikan kepada mereka dan hanya menunggu masa sahaja untuk mendapatkan pengesahan mereka. Perbincangan masih lagi berjalan.

“Biasalah, untuk mendapatkan mereka bukannya mudah, terutama sekali Siti yang sememangnya cukup sibuk dan jadualnya yang sentiasa padat.

“Memang, kalau boleh, kami mahukan Siti berlakon dalam Magica kerana watak yang kami ciptakan untuknya dilihat amat bersesuaian dengan dirinya iaitu Puteri Gunung Tahan. Kita tunggulah sahaja bagaimana perkembangannya nanti,” kata Norman tersenyum ketika ditemui pada majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah adiknya, Edry yang terletak di Kajang, Selangor malam Jumaat lalu.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka berkenaan adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob serta anak beliau, Dafi serta beberapa artis lain seperti Maya Karin, Lisa Surihani, Farid Kamil dan kumpulan Rabbani.

Magica yang diinspirasikan daripada kisah dongeng Alice In Wonderland dan Charlie and the Chocolate Factory itu mengisahkan pengembaraan dua adik-beradik di alam fantasi dan sepanjang perjalanan, mereka akan bertemu dengan watak-watak penting dalam mitos masyarakat Melayu.

Jelas Norman lagi, 12 buah lagu yang akan dimuatkan dalam filem berkenaan juga sudah siap sepenuhnya oleh Edry.

Sebagaimana dua filem Cicak-Man yang begitu sarat dengan teknik imej penjanaan komputer (CGI), pastinya Magica yang menelan belanja RM1.8 juta itu juga tidak akan terlepas daripada diselitkan dengan elemen itu yang pasti akan memberikan sesuatu yang menarik untuk filem berkenaan.

Bercerita tentang Cicak-Man 2: Planet Hitam jelas Norman, promosi untuk filem berkenaan akan diteruskan sehingga ditayangkan kelak dan pihaknya bertuah kerana mendapat bantuan penajaan daripada beberapa pihak yang melancarkan lagi promosi filem berkenaan.

“Kami juga akan membawa Melly Goeslaw dan Tamara Bleszynski untuk membantu mempromosikan Cicak-Man 2 kelak pada akhir bulan November kelak,” jelas jejaka berumur 36 tahun ini lagi.

Dalam perkembangan lain, Norman juga menjelaskan filem terbaru terbitan KRU Studios iaitu My Spy akan menjalani penggambaran minggu ini di Langkawi selama 26 hari manakala sembilan hari lagi di sekitar Lembah Kelang.

My Spy yang mempertaruhkan genre aksi komedi menampilkan pengarah kreatif, Afdlin Shauki sebagai sutradara dan AC Mizal serta Harun Salim Bachik.

Sebagai ahli perniagaan, Norman bersama adik-beradiknya mahu terus mengukuhkan empayar yang telah mereka bina sebaik sahaja menjadi artis pada tahun 1992.

Hanya bermula dengan menyewa di Taman Melewati pada tahun 1992, KRU akhirnya memiliki bangunan sendiri iaitu Wisma KRU yang mula beroperasi pada tahun 1996 di Jalan Jelatek.

Untuk memperluaskan lagi legasi mereka itu, KRU akan berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa di Cyberjaya sekitar tahun hadapan.

“Perpindahan ini adalah kerana kami mahu meluaskan lagi perniagaan kami. Pejabat kami yang ada sekarang ini tidak berapa sesuai dengan apa yang kami usahakan sekarang ini di samping dengan beberapa kemudahan yang agak terhad.

“Bukan itu sahaja, pejabat baru kami kelak juga akan menempatkan sebuah sound stage studio untuk mempermudahkan lagi penghasilan filem kami. Buat masa ini, kami harus menyewa dan kosnya agak tinggi.

“Jadi, kami memutuskan untuk memiliki sendiri sound stage tersebut dan kami juga akan membukanya untuk penerbit filem yang lain. Ini juga adalah cara kami untuk membantu karyawan seni yang lain,” katanya.

Bukan itu sahaja, dengan lokasi yang cukup strategik serta berhampiran dengan Universiti LimKokWing, KRU juga mahu membuka peluang pekerjaan kepada bakat muda yang berminat dalam bidang animasi dan grafik.

Ditanya tentang kos pembinaan pejabat baru KRU itu, sambil tergelak, Norman hanya memberitahu: “Semuanya akan diumumkan pada bulan November kelak. Waktu itu, segala-galanya akan terjawab.”
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 10:19 PM | Show all posts
Siti tolak pelawaan KRU?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]



TEGUH... Siti bersama sebahagian daripada peminat setianya yang tidak pernah berhenti menyokong kerjaya seninya.

--------------------------------------------------------------------------------



HAMPIR 13 tahun mendamba diri menjadi anak seni, hampir kesemua penerbit filem atau drama cuba untuk menyunting penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk berlakon di bawah produksi mereka.

Baik semasa masih lagi anak dara sehinggalah sudah menjadi isteri orang, mereka tetap tidak putus mencuba mahu Siti berlakon bersama mereka.

Bukan mudah untuk melembutkan hati biduanita muda negara ini untuk menonjolkan bakat lakonannya walaupun dia pernah beraksi di pentas teater menerusi pementasan P. Ramlee The Musical musim pertama tahun lalu.

Namun pun begitu, wanita berusia 29 tahun ini, tetap dengan pendiriannya bahawa hatinya belum terbuka untuk bergelar pelakon.

Beliau hanya akan menimbangkan seandainya watak yang diberikan kepadanya bersesuaian dengan imejnya serta skrip yang dirasakan mampu memberikan mesej yang berguna kepada penonton.

Apabila KRU Studios menawarkan watak Puteri Gunung Tahan kepada Siti untuk filem terbaru terbitan mereka, Magica yang akan menjalani penggambaran tahun hadapan, Siti menjelaskan, dia masih belum memutuskan memberikan sebarang jawapan.

"Tawaran yang diberikan oleh pihak KRU Studios itu memang menarik dan saya sendiri sudah membaca skripnya. Malah, mereka juga sudah memberitahu saya jalan ceritanya namun, saya belum lagi memberikan jawapan saya.

"Ini kerana saya harus memikirkan beberapa perkara sebelum saya mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam produksi ini.

"Seperti yang kita tahu, berlakon bukannya mudah kerana ia memerlukan waktu yang agak lama di lokasi.

"Bukan itu sahaja, apabila berlakon, ia memerlukan komitmen yang tinggi serta penumpuan yang menyeluruh dalam memberikan hasil yang terbaik," jelas Siti penuh hemah sewaktu ditemui pada majlis rumah terbukanya bersama peminat di Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur petang Ahad lalu.

Namun, satu yang pasti kata Siti, dia sudah menyatakan persetujuannya untuk terlibat dalam filem animasi arahan sutradara kreatif, Mamat Khalid berjudul Kelip-Kelip yang kini berada di peringkat pra produksi.

Bukan sekadar terlibat menyumbang suara untuk salah satu watak yang dicipta untuknya, malah Siti juga memberitahu, dia akan menyanyikan lagu tema filem tersebut.

"Melihatka
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 10:28 PM | Show all posts
Tuah Siti Nurhaliza


SITI NURHALIZA

--------------------------------------------------------------------------------




SEKARANG ini heboh orang bercakap tentang penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang dikatakan mula berjinak-jinak menceburi bidang lakonan.

Sejak biduanita muda ini menjadi penyanyi hampir 13 tahun lalu, rasanya semua penerbit di negara ini mahukan Siti berlakon di dalam produksi mereka.

Namun, Siti menolak dengan baik dan memberitahu dia tidak bersedia untuk bergelar pelakon.

Sampai ada satu ketika sekitar tahun 1999, Siti telah ditawarkan RM1 juta untuk membintangi sebuah filem yang mahu menggandingkan beliau dengan pelakon popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan.

Bukan itu sahaja, Papa juga masih ingat lagi apabila watak Laila yang dilakonkan oleh Fazura dalam filem Qaisy & Laila sebenarnya dicipta khusus untuk Siti oleh penerbitnya, Habsah Hassan. Namun, Siti tetap juga menolaknya.

Kini, apabila Siti dikatakan akan menjadi seorang pelakon, ramai yang mencuba untuk menawarkannya untuk berlakon.

Mungkin sudah menjadi rezeki Siti. Siapa kata apabila Siti berhijrah imej, ia akan menyekat peluangnya dalam bidang seni tetapi yang berlaku sebaliknya pula.

Apa yang Papa dengar, sutradara kreatif, Mamat Khalid sudah pun melamar Siti untuk memegang watak dalam filem terbarunya tetapi bukan sembarangan filem okey.

Filem terbaru abang Mamat kita kali ini merupakan sebuah filem animasi yang berjudul Kelip-Kelip yang kini berada di peringkat pra produksi.

Bukan sekadar menyumbang suara untuk salah satu watak dalam filem berkenaan, malah, Siti juga dikatakan tidak mempunyai masalah untuk menyanyikan lagu tema filem berkenaan apabila ditawarkan Mamat.

Bukan itu sahaja, ada sumber yang berbisik ke telinga Papa mengatakan Siti juga ada menerima lamaran untuk menyanyikan lagu tema untuk siri televisyen antarabangsa.

Khabar yang sampai ke telinga Papa menyebut, Siti diberi pilihan untuk menyanyikan lagu tema drama bersiri Heroes musim ketiga atau drama terhangat masa kini, 90210 yang akan menemui penonton sekitar November nanti.

Wah, bertuahnya Hajjah Siti.

Kalaulah ia menjadi kenyataan, maka, Siti bolehlah diletakkan sebaris dengan Nidji yang pernah menyanyikan lagu tema Heroes pada musim terdahulu.

Papa pasti hasilnya tidak akan mengcewakan kerana mengenali Siti, lagu yang tidak sedap pun akan menjadi sedap apabila dia mengalunkan vokal magisnya itu.

Kepada Siti, kalau sudah mengesahkan pembabitannya, jangan lupa telefon Papa okey.

Boleh Papa kongsi berita gembira itu dengan pembaca-pembaca Papa dan peminat Siti pula.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 10:33 PM | Show all posts
selingan sikit...hehehe........




Mana ada agensi modelling!



khalid Mohamad Jiwa dan isteri tercinta, Siti Nurhaliza Tarudin.

--------------------------------------------------------------------------------



KALAU ada yang berkesempatan membaca gosip dalam akhbar sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia Ahad lepas (5 Oktober), pasti ada yang teringat dengan laporan gosip Datuk K buka agensi modelling di Paris?

Artikel berkenaan melaporkan usahawan ternama, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang juga suami artis terkenal, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengusahakan agensi peragaan (modelling) berpusat di kota fesyen terkemuka dunia, Paris, Perancis.

Berikutan itu, Papa cuba mengintai sejauh mana kebenaran gosip yang disampaikan oleh sumber kami.

Sayang sekali, Papa difahamkan, Datuk K tidak pernah ada sebarang rancangan untuk mengusahakan perniagaan itu seperti yang didakwa sumber itu.

Papa diberitahu ahli perniagaan yang kaya dengan senyuman itu tidak pernah terfikir untuk mengusahakan perniagaan sedemikian.

Bahkan, Papa juga dimaklumkan, Datuk K sangat sedih kerana namanya terus dikaitkan dalam gosip yang tidak berasas itu.

Sehubungan itu, Datuk K mengharapkan pihak-pihak yang suka menyampaikan berita-berita tidak berasas itu menghentikan melakukan perkara-perkara sedemikian kerana ia hanya akan menjejaskan nama baiknya sebagai ahli perniagaan.

Sebagai orang berpengaruh, Papa faham sangat kenapa Datuk K berduka apabila namanya terus dilibatkan dalam laporan-laporan gosip.

Kalau begitu, Papa mengharapkan Datuk K terus bersabar dan bertenang dengan laporan sedemikian.

Sebagai penulis gosip, Papa faham tulisan itu dibuat kerana ia mempunyai nilai berita yang sangat tinggi kerana Datuk K adalah usahawan berjaya yang berkahwin dengan artis wanita popular.

Inilah yang dikatakan sebagai ujian. Sekali lagi, Papa mengharapkan Datuk K terus bersabar kerana seperti mana yang Datuk K pernah sebut sebelum ini, itulah harga yang beliau terpaksa bayar kerana mengahwini seorang artis sepopular Siti.

Papa percaya Datuk K seorang yang sangat rasional dan boleh menerima setiap ujian dan cabaran dengan begitu tabah sekali.

Jangan marah-marah ya Datuk. Senyum selalu tau. Senyum itu sedekah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2008 11:02 PM | Show all posts
KRU lamar Siti, Mawi untuk Magika
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
Filem muzikal berskala besar ambil inspirasi filem Hollywood, Alice In Wonderland

BELUMPUN sempat filem terbaru terbitan mereka, Cicak-Man 2 ditayangkan di pawagam, sudah terdengar desas-desus mengatakan trio adik beradik popular, KRU bakal menghasilkan sebuah filem berskala besar berkonsepkan muzikal.

Lebih menarik perhatian, filem arahan Edry ini akan menggunakan khidmat penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007, Mawi.
Barangkali berita ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu peminat kedua-dua penyanyi ini kerana maklumlah bukan mudah untuk menyaksikan dua gergasi dalam industri hiburan ini disatukan dalam layar perak.

Dan andai ini menjadi realiti, tidak mustahil filem ini mampu meletup di pawagam kerana aura yang dimiliki kedua-dua penyanyi ini mampu menarik sebahagian besar peminat mereka berkunjung ke pawagam.

Namun, sejauh manakah kebenaran khabar yang bertiup kencang ini? Apakah ia sekadar satu fantasi atau bakal menjadi realiti?
Bertemu penerbit eksekutifnya, Norman Abdul Halim pada majlis rumah terbuka KRU di kediaman Edry di Country Heights Kajang malam Sabtu lalu memberi peluang kepada media mendengar sendiri perkhabaran terbaru daripada lelaki yang lebih dikenali sebagai Abang Long kepada adik beradiknya itu.

Sambil mengukir senyuman kerana perancangan yang sepatutnya menjadi rahsia itu begitu pantas dihidu media, Norman berkata, pihaknya sememangnya sedang merancang menghasilkan filem muzikal itu yang bakal menggunakan judul Magika.

"Ya, memang kami sedang merancang untuk menghasilkan sebuah filem bercorak muzikal berjudul Magika. Konsep filem ini lebih kurang sama dengan filem animasi Alice In Wonderland di mana dalam filem ini nanti ada dua adik beradik yang tersesat dalam sebuah dunia fantasi.

“Dunia baru yang mereka terokai itu nanti akan mempertemukan mereka dengan watak mitos dan legenda yang pernah diceritakan kepada kita sejak turun temurun seperti nenek kebayan, badang dan juga Pak Pandir.
"Memandangkan ia sebuah filem fantasi, kami akan menggambarkan dunia baru yang akan mereka terokai itu nanti bersifat berbeza dengan yang asal di mana keadaan di situ mungkin berwarna-warni. Senang cerita, ia menyamai konsep filem lakonan Johnny Depp iaitu Charlie and Chocolate Factory.

“Filem ini nanti mengutarakan tema kekeluargaan kerana di penghujungnya nanti kedua adik beradik tadi akan lebih memahami makna sebuah perhubungan itu," ujar Norman panjang lebar.

Sambil menafikan filem ini adalah sebuah filem seram gara-gara menampilkan watak misteri seperti nenek kebayan dan alam bunian, Norman berkata, dia memilih genre muzikal kerana mendapati konsep seperti itu semakin diminati ramai.

"Sambutan memberangsangkan yang kami lihat diberikan penonton terhadap teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan P Ramlee The Musical sebelum ini memberikan kami inspirasi untuk menghasilkan filem bercorak muzikal. Jika penonton sudah boleh menerima konsep muzikal dalam teater, bermakna mereka juga boleh menerima konsep muzikal dalam filem.

"Berbanding filem lain yang kebanyakannya menampilkan pelakon utama sebagai watak utama, namun dalam Magika kami akan menggunakan pelakon baru. Pun begitu untuk watak dalam dunia fantasi, kami akan menggunakan pelakon ternama dan mereka juga boleh menyanyi," ujar Norman tanpa mendedahkan siapakah nama pelakon yang ditawarkan mereka untuk membintangi filem itu.

Ditebak apakah filem itu nanti bakal menyaksikan penampilan istimewa Siti Nurhaliza seperti pernah dinyatakan dalam akhbar mingguan B*Pop sebelum ini, Norman hanya tergelak besar sebagai reaksi terhadap jawapan itu.

"Memang kami ada menawarkan Siti untuk memegang salah satu watak iaitu sebagai Puteri Gunung Tahan. Kami sudah pun memberikan skrip padanya dan masih menunggu kata putus daripadanya, manakala yang lain ada yang masih mempertimbangkan tawaran berkenaan.

“Namun saya tidak melihat perkara itu sebagai satu masalah besar buat mereka kerana kebanyakan watak mereka dalam filem ini tidak memerlukan mereka berada terlalu lama di lokasi. Lagipun saya faham mereka ini juga mempunyai jadual cukup padat," katanya sambil memaklumkan jika segala-galanya berjalan lancar, filem itu bakal menjalani penggambaran sekitar Januari tahun depan.

Tambahnya dengan kepakaran Edry yang berpengalaman dalam menghasilkan klip video serta ditunjangi lagu yang menarik, Norman yakin filem ini mampu memberi impak dalam dunia perfileman tempatan.

"Skrip sudah pun siap, begitu juga dengan lagu. Terdapat 12 lagu dalam filem ini yang kesemuanya adalah hasil ciptaan baru. Pemilihan Edry adalah kerana dia mempunyai pengalaman dalam menghasilkan klip video.

“Dan itu tidak banyak beza kerana filem ini juga bercorak muzikal. Untuk mencantikkan lagi filem ini, kami juga akan menggunakan teknik Imej Janaan Komputer (CGI) terutama apabila membabitkan babak kemunculan Naga Tasik Chini," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 04:48 PM | Show all posts
Beri kucupan setiap pagi

Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]



WALAUPUN dilanda pelbagai kontroversi yang boleh meruntuhkan kebahagiaan rumah tangga mereka, tautan cinta antara Datuk Siti Nurhaliza (Siti), 30, dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) ini, 47, sedikit pun tidak goyah.

Majlis sambutan ulang tahun Siti ke-30 yang diadakan di kediaman mewah mereka di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu, cukup membuktikan betapa kasihnya Datuk K terhadap penyanyi nombor satu negara itu.

Rasa terharu jelas sekali terpancar di raut wajah si jelita yang baru saja melancarkan album tradisional, Lantera Timur, apabila dia memaklumkan kepada media majlis itu adalah anjuran suami tercinta.

“Terima kasih kepada suami serta keluarganya kerana menganjurkan majlis ini. Mulanya, saya fikirkan majlis kecil saja tapi tidak sangkalah pula siap berbelon,” katanya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan buat kedua-dua kakak iparnya, Kak Tun (Zaiton Mohd Jiwa) dan Rozie (Rozie Abdul Razak) yang menguruskan majlis itu.
Sambung bicara wanita yang dilahirkan pada 11 Januari 1979 ini, dia berasa amat bertuah mempunyai suami penyayang, melayani dan menghargainya sebagai seorang wanita. Meskipun rumah tangganya sering ditabur fitnah gara-gara orang yang cemburu atau tidak senang melihat kebahagiaan mereka.

“Saya bertuah mempunyai suami penyayang dan melayani saya dengan baik. Biarlah, orang lain tidak tahu kebaikan Datuk K, saya sebagai isteri amat bahagia dengannya.

“Dia suami romantis dan selalu buat saya rasa tersentuh meskipun pada perkara kecil yang mungkin bagi sesetengah lelaki tidak penting,” katanya.
Sama seperti pasangan lain, Siti dan suaminya turut mempunyai cara memupuk kasih sayang setiap hari. Jelas Datuk K, setiap kali bangun tidur dia akan mengucup pipi Siti dan perkara sama turut dilakukan Siti.

“Tidak kisah siapa yang dulu memulakan namun, itu adalah cara kami memupuk kasih sayang supaya sentiasa subur. Selain selalu mengungkapkan ‘I love you’ untuk mengingatkan diri masing-masing tidak kira ketika berbual di telefon mahupun SMS.

“Bagi saya, ucapan cinta perlu diungkap setiap hari dan diamalkan dalam rumah tangga bukan ketika zaman bercinta saja,” katanya.
Beralih pada peningkatan usia, jika kebanyakan wanita bimbang meninggalkan usia 20-an namun tidak bagi Siti yang begitu teruja menyambut ulang tahun ke-30.

“Sesetengah orang takut pada angka, tetapi entahlah saya rasa tidak sabar untuk menyambut ulang kali ini. Angka itu bagai membawa saya melangkah ke satu lagi frasa kehidupan yang lebih matang. Sekarang saya melihat diri sebagai wanita yang sebenar.

“Pastinya seiring kematangan usia saya mahu lebih berjaya dalam hidup, menjadi seorang ibu bukan saja kepada anak Datuk K menerusi perkahwinannya sebelum ini tetapi juga mempunyai anak sendiri. Selain mahu menjadi ahli perniagaan yang berjaya bukan saja dalam bidang muzik tetapi juga dalam bidang lain.
“Dari sudut insani saya mahu mempertingkatkan keimanan, ketakwaan, menjadi isteri, ibu dan anak yang baik serta artis yang dihormati masyarakat,” katanya.

Jika tahun lalu, Siti dikatakan menerima hadiah sebuah kereta sport ‘Mercedes Benz’ daripada suaminya, tahun ini hadiah istimewa diterima wanita berbintang Capricon ini adalah seutas jam tangan berjenama.

“Datuk K ada bertanya apa hadiah saya inginkan sempena ulang tahun ke-30 tempoh hari, adakah saya mahukan jam tangan atau barang kemas. Ikhlas dari hati saya katakan kepadanya saya tidak mahukan apa-apa.

“Cuma yang saya harapkan, sebagaimana dia menjaga dan menyayangi saya sekarang ini begitulah juga, dia akan melayan saya untuk hari seterusnya dan sampai bila-bila,” katanya.

Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis itu diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan; Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Amrin Awaluddin dan isteri, serta Ketua Perniagaan Bahagian Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Selain itu Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail dan isteri Noorzita Abdul Samad; Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh.

Malam bertemakan putih dan merah jambu itu turut diserikan dengan acara nyanyian daripada Siti sendiri, adiknya Siti Sairah manakala penyanyi kelahiran Singapura Imran Ajmain menyampaikan dua lagu antaranya satunya Seribu Tahun, pelakon jelita Diana Danielle serta pasangan suami isteri Syed Sobri dan Azie. Siti memotong kek kira-kira jam 11 malam.
Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Sharudin Mustafa
dan wartawan hiburan Berita Harian, Farihad Shalla turut mendedikasikan lagu khas buat Siti.

Sementara itu, Datin Seri Tiara Jacquelina antara kenalan rapat yang mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun kepada Siti malam itu.
“Siti penghibur tersohor yang banyak mencipta kejayaan sama ada di negara ini mahupun peringkat antarabangsa. Setinggi manapun dia terbang, Siti ibarat resmi padi makin berisi makin menunduk dan itulah perkara yang paling saya kagumi mengenai Siti.

“Dia sangat merendah diri, tidak pernah lupa asal-usul, penuh kesederhanaan dan sentiasa tenang. Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari jadi Siti, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 05:06 PM | Show all posts
'Saya layan Siti bagai permaisuri'

Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]


Hadiah kucupan, ungkapan cinta yang tak pernah kering di bibir membuatkan cinta mereka masih segar seperti awal perkenalan dulu

BUANGKAN segala prasangka buruk itu jauh-jauh. Terimalah dengan hati yang terbuka bahawa penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa kini sedang enak mendakap bahagia. Getar cinta mereka masih sama seperti di awal perkenalan mereka dulu.

Malah, semakin hari perasaan sayang, cinta dan kasih antara mereka semakin bercambah dan mekar umpama bungaan yang segar di taman. Mungkin akan ada yang ceritakan di sini, namun percayalah melihat kemesraan Siti dan Khalid, sukar untuk mempercayai bahawa rumah tangga pasangan ini sedang berada di ambang kehancuran.

Kasih sayang Khalid terhadap Siti masih lagi utuh dan tanpa rasa segan atau silu, di hadapan sekumpulan wartawan Khalid mengaku yang dia amat mencintai Siti setulus hati.

“Sepanjang perkahwinan ini, kami tidak pernah bergaduh. Siti seorang isteri yang baik jadi mana mungkin saya boleh melukakan hatinya. Saya amat mencintai Siti dan saya bahagia bersamanya. Saya sayangkan perkahwinan ini dan saya akan menjaganya sehingga ke akhir hayat," demikian pengakuan jujur Khalid mengenai perasaannya terhadap Siti.


KUCUPAN dan ayat-ayat cinta menjadi pengukuh kasih sayang Khalid dan Siti.

Justeru apabila gosip mengenai kisah perceraian mereka ditimbulkan di internet serta khidmat pesanan ringkas, tidak mustahil perkara itu menimbulkan perasaan marah dalam diri usahawan terkenal itu.

"Bukannya saya tidak boleh menerima gosip kerana apabila saya memilih untuk mengahwini Siti, maka saya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Malah sewaktu di awal perkenalan kami, ada juga wartawan yang usik saya tetapi saya tidak pernah melenting.
"Tetapi apa yang membuatkan saya marah adalah apabila gosip yang ditulis itu keterlaluan seolah-olah mendoakan yang tidak baik untuk perkahwinan kami. Harus diingat, saya seorang ahli perniagaan dan bukannya artis. Apabila timbul cerita seperti ini, kesannya sudah tentu kepada saya. Apabila saya menjalankan urusan perniagaan, saya dapat rasakan ramai yang memandang serong kepada saya seolah-olah saya seorang suami yang jahat. Saya tak mahu gara-gara gosip ini, reputasi saya tercalar," tegas Khalid ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun Siti yang ke-30 di kediamannya di Bukit Antarabangsa, malam kelmarin.

Pintanya selepas ini, jika masih ada gosip panas yang membabitkan rumah tangga, media harus merujuk kepada mereka terlebih dulu sebelum membuat sebarang spekulasi yang boleh mengelirukan khalayak.


BERSAMA keluarga tersayang yang menjadi tempat Siti mengadu saat susah dan senang.

Lebih dua tahun melayari kehidupan berumah tangga dengan Siti, Khalid berkata, dia amat bahagia dengan penyanyi nombor satu negara itu. Jadi apabila timbul gosip yang mengatakan rumah tangga mereka berantakan, perkara itu amat mengecewakannya.

"Saya melayani Siti bagaikan permaisuri. Setiap hari, selepas bangun pagi, sama ada saya atau dia pasti akan melafazkan ucapan keramat saya cintakan kamu terlebih dulu sambil memberikan kucupan. Dan itulah juga ayat yang sering kami ucapkan setiap kali selepas berbual di telefon.

“Bukan kami sengaja mahu menceritakan perkara ini sebab tak mahu orang salah sangka dan menyangkakan kami hendak menunjuk-nunjuk tetapi itulah hakikat sebenar," ujar Khalid sambil dipersetujui Siti yang setia berada di sisinya.

Biarpun ramai yang menuding jari, menuduh suami kesayangannya itu curang, Siti menyangkal dakwaan itu sambil menyifatkan Khalid seorang lelaki yang baik dan dia tidak pernah mencurigai suaminya itu.

"Siti percaya pada suami dan Siti tidak pernah mencurigainya. Mungkin orang tak nampak apa yang kami lalui tapi jujur Siti akui, kami amat bahagia ketika ini. Dia menjaga saya dengan baik.

“Dia ibarat seorang pelindung buat Siti dan sering membelai Siti dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah, Siti bersyukur dengan apa yang Siti jalani ketika ini," ujar si pelantun Bukan Cinta Biasa ini.
Sedangkan lidah tergigit, inikan pula suami isteri dan bagi Siti sendiri perselisihan faham adalah perkara biasa dalam alam rumah tangga.

"Biasalah rajuk-rajuk manja. Tapi seboleh mungkin kami akan cuba menyelesaikannya di kamar tidur. Sebelum tidur tu kita bincanglah supaya perkara itu tak melarat-larat sehingga keesokan harinya," ujar Siti malu-malu.

Mengulas kembali kenyataannya sebelum ini yang pernah menyuarakan hasratnya supaya isterinya mengundurkan diri dalam bidang nyanyian gara-gara gosip yang menimpa mereka, Khalid berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang muktamad.

"Saya beri saranan itu selepas kecewa dan tertekan dengan gosip yang tersebar. Bagi saya, jika kerana Siti masih dalam bidang ini membuatkan gosip tak henti-henti melanda kami jadi biarlah Siti bersara terus dari bidang nyanyian.

“Mungkin cara itu mampu menutup mulut orang ramai dari memperkatakan mengenai diri kami. Namun, apabila kenyataan itu keluar di akhbar, pagi tadi sewaktu Siti mengadakan perjumpaan bersama peminatnya, ramai antara mereka yang merayu pada saya supaya tidak meneruskan hasrat itu.

“Mereka mahu saya terus membenarkan Siti menyanyi. Dan saya faham, Siti bagaikan khazanah negara dan mempunyai ramai peminat. Mana mungkin saya boleh menyuruhnya berhenti menyanyi? Cuma luahan itu adalah kerana saya begitu tertekan dengan kata-kata orang yang tak memahami keadaan sebenar," dedah Khalid.

Jam tangan sebagai hadiah

BERTEMAKAN rona putih dan merah jambu, kediaman mewah pasangan ini dari jauh lagi sudah kelihatan terang benderang disimbah kerlipan cahaya menandakan ada majlis sedang berlangsung.

Bukan itu saja, jumlah kereta yang diletakkan di seberang jalan juga membuktikan rama tetamu yang diundang sudah mula memenuhi ruang bagi meraikan acara ulang tahun yang ke-30 penyanyi kesayangan ramai ini.

Muncul dengan kurung moden warna merah jambu dan si suami pula mengenakan pakaian serba putih, Khalid dan Siti ramah melayan tetamu yang hadir. Hidangan enak menyelerakan terhidang di depan mata sambil telinga dihiburkan dengan persembahan nyanyian pasangan suami isteri, Azie dan Syed Sobrie.

Mencecah angka 30, barangkali bukanlah sesuatu yang indah kerana ia menggambarkan bahawa usia tua sedang menjengah. Namun perkara ini tidak berlaku kepada Siti. Malah dia menyambut kedatangan usia itu dengan hati yang terbuka.

"Bagi Siti sendiri, usia 30 adalah yang paling Siti nanti-nantikan kerana inilah usia yang melambangkan kematangan. Alhamdulillah, Siti bersyukur kerana dalam mencapai usia 30 tahun ini, Siti sudah berjaya mencapai impian apa yang Siti mahukan sebelum ini iaitu menunaikan fardu Haji bersama suami tersayang. “Harapan Siti moga tahun ini Siti akan lebih berjaya dalam kehidupan berumah tangga dan juga karier. Dikurniakan cahaya mata, rumah tangga yang aman damai dan berjaya dalam perniagaan yang bukan saja tertumpu dalam bidang hiburan tetapi juga perniagaan lain,” doa Siti di hari ulang tahunnya.

Jika tahun lalu Siti dihadiahkan kereta mewah pemberian suami tercinta, tentunya tahun ini ramai yang tertanya-tanya apakah yang bakal diterima Siti sebagai hadiah hari jadi. Tanpa berselindung Khalid memberitahu hadiah itu berupa jam tangan.

"Saya memang suka jam dan membuat koleksi jam tangan. Dan saya sudah pun membuat pilihan jam bagaimana yang ingin saya hadiahkan kepada Siti. Buatan Switzerland," ujar Khalid sambil tersenyum.

Mengulas hadiah mewah itu, Siti berkata dalam peringkat begini, hadiah dan juga kemewahan bukan lagi sesuatu yang menjadi dambaan.

"Pada Siti cukup sekadar ingatan dan kasih sayang suami yang diberikan selama ini. Macam majlis ini pun, pada awalnya ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan bersama saudara terdekat. Tetapi apabila suami kata sudah alang-alang membuat majlis, jadi itu yang kami jemput semua teman perniagaan, media dan rakan artis. “Perancangan dan perjalanan majlis ini pun semuanya dilakukan keluarga sendiri," cerita Siti yang kelihatan cukup anggun malam itu.
Majlis itu turut dihadiri ramai rakan artis antaranya Datin Seri Tiara Jacquelina, Diana Danielle, Erma Fatima, Fara Fauzana, Raja Azmi dan Imran Ajmain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:20 PM | Show all posts
"Saya terlalu menyayangi Siti" - Datuk K

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN [email protected]



UCAPAN 'I love u' (aku cinta padamu) setiap pagi sebaik bangun dari tidur merupakan amalan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa atau Datuk K buat isteri tercinta, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin.
Bahkan, setiap kali ada kelapangan, Khalid cuba untuk tidak lekang daripada mendampingi wanita yang bertakhta di hatinya itu.

"Saya terlalu menyayanginya dan mahu perkahwinan saya dengan Siti kekal sehingga ke akhir hayat kami," ujar Khalid dalam nada tenang kepada wartawan ketika diminta mengulas mengenai spekulasi liar mengenai perkahwinan beliau dan Siti.

Khalid yang ditemani Siti pada pertemuan itu sempena majlis sambutan ulang tahun ke-30 penyanyi pop itu di kediaman mereka hujung minggu lalu kesal kerana cerita-cerita kurang manis disebarkan tanpa fakta yang kukuh.

Mengakui semakin hilang sabar dengan segala fitnah yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, Khalid menegaskan, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang masih belum puas untuk cuba merosakkan nama baik dia dan isteri.

"Saya harap mereka akan berhenti daripada terus nak buat cerita. Kalau tak saya tak teragak-agak akan mengambil tindakan. Saya sendiri dah hilang sabar dengan semua ini," tegasnya lagi.

Mengulas mengenai dakwaan beliau meminta Siti berundur daripada bidang seni semata-mata mahu mengelakkan rumah tangga mereka daripada terus menjadi mangsa fitnah, Khalid mengakui, pernah terfikir untuk berbuat demikian.

"Memang pada mulanya saya mahu buat begitu. Tapi apabila tersiarnya cerita tersebut saya ada terjumpa dengan peminat Siti dan mereka sendiri merayu agar Siti jangan bersara.
"Saya faham keadaan tersebut kerana Siti ini umpama khazanah negara yang disayangi ramai."

Menurut Khalid, ketika ini kehidupan mereka berdua sangat bahagia, beliau secara peribadi hairan bagaimana boleh tercetus spekulasi-spekulasi nakal yang boleh menggugat kerukunan rumah tangga beliau dan Siti.

Siti tak takut umur meningkat

Lazimnya, setiap wanita akan berasa resah dan gelisah apabila melewati usia 30-an.
Bahkan, ada yang tidak sanggup dan seboleh-bolehnya enggan menghadapi situasi sebegitu.
Tetapi tidak bagi penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza.

Sebagai seorang yang realistik, Siti yang baru dua hari menginjak ke usia tersebut dapat menerima situasi tersebut dengan baik.
Terang anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini tiada apa yang perlu dirisaukan malah dia sendiri bersyukur kerana dalam usia tersebut dia sudah mengecapi segala-galanya yang terbaik dalam hidup.

"Saya tak takut dengan angka 30 tahun. Tapi macam tak percaya dah masuk ke usia itu. Saya sendiri teruja untuk menyambut hari jadi kali ini.
"Kalau nak kata takut mungkin kalau masuk usia 40-an mungkin takut sikit agaknya," jelasnya yang semakin anggun dan langsing.

Tambah Siti, dia berterima kasih kepada Ilahi kerana telah mengizinkannya mengecapi semua perkara yang baik dalam hidupnya sebelum usia 30 tahun.
"Saya berhasrat pergi haji bersama suami sebelum usia 30 tahun, dah terlaksana. Saya mahu ada suami yang jaga saya dengan baik pun saya dah dapat.
"Saya mahu seorang pelindung dan sentiasa di belai pun saya dah dapat. Mungkin orang tak nampak semua itu, tapi hanya saya sahaja yang mengetahuinya," katanya sambil tersenyum dan memandang suaminya di sisi.

Menurut penghibur yang baru muncul dengan album Lentera Timur, pada masa ini kehidupannya semakin tenang.
"Hidup saya bahagia dan tenang. Mak dan abah saya pun dah tak risau kerana ada orang jaga anak dia dengan baik. Dan saya berharap saya akan lebih berjaya selepas ini," ujarnya lagi.

Sambutan hari jadi meriah

Sementara itu, majlis sambutan hari lahir Siti yang ke-30 berlangsung dalam keadaan yang meriah.
Diadakan di banglo mewah pasangan itu di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, ia dihadiri oleh ahli keluarga pasangan itu, rakan-rakan perniagaan dan pihak media.

Tidak ketinggalan rakan-rakan artis seperti Datin Seri Tiara Jacquelina, Erma Fatima, Hans Isaac, Imran Ajmain, Diana Danielle, Fara Fauzana dan ramai lagi.
Bertemakan putih dan merah jambu, Siti sendiri terkejut dengan sambutan majlis tersebut.
Kata Siti: "Tak pernah saya sambut hari jadi siap ada belon-belon. Tapi ini semua idea suami dan saya sangat gembira."

Bercerita tentang hadiah pula sambil tersenyum manis jelas Siti, dia akan menerima seutas jam tangan berjenama daripada suaminya.
"Suami saya akan bagi jam, tapi masih belum dibeli. Dia memang suka jam dan suka bagi Siti jam kerana senang dipakai dan nak ingat waktu," ujarnya manja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 02:52 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza Dengar I Love You Setiap Pagi

Jakarta Memasuki tahun ketiga pernikahan, penyanyi Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk K masih tetap mesra. Malah setiap pagi, Datuk K tak pernah absen mengucapkan 'I love you' pada Siti.

"Saya terlalu menyayanginya dan mau perkawinan saya dengan Siti kekal hinga ke akhir hayat kami," ujar pria dengan nama lengkap Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa itu, seperti detikhot kutip dari Utusan, Selasa (13/1/2009).

Ucapan Datuk K itu seolah terlontar untuk menepis isu adanya orang ketiga dalam pernikahannya dengan Siti. Mengenai gosip-gosip yang terus menerpanya dan Siti, Datuk K berusaha bersabar. Namun kalau gosip tersebut makin keterlaluan, ia akan mengambil tindakan.

"Saya harap mereka akan berhenti daripada terus nak buat cerita. Kalau tak saya tak teragak-agak akan mengambil tindakan. Saya sendiri dah hilang sabar dengan semua ini," tegasnya.

Sempat berhembus kabar, Datuk K meminta Siti berhenti berkarir di dunia hiburan agar terbebas dari gosip. Namun kabar tersebut dibantah oleh Datuk K.
"Memang pada mulanya saya mahu buat begitu. Tapi apabila tersiarnya cerita tersebut saya ada terjumpa dengan peminat Siti dan mereka sendiri merayu agar Siti jangan bersara," ujar pria yang menikahi Siti pada 21 Agustus 2006 itu.

(eny/eny)
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 01:15 PM | Show all posts
Hati Siti tersentuh
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]



GOSIP keretakan rumah tangganya sudah pun reda diperkatakan orang. Malah, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menganggap selepas penjelasan diberikannya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, semuanya sudah selesai.

Bagi Siti yang menyambut hari lahirnya yang ke-30 tanggal 11 Januari lalu, penderitaan rakyat Palestin terutama kanak-kanak tidak berdosa yang menjadi mangsa kekejaman Israel di Semenanjung Gaza lebih menyentuh hati dan perasaannya berbanding gosip rumah tangganya yang tidak berasas itu.
"Saya mengikuti perkembangan penduduk Palestin yang menderita di Semenanjung Gaza menerusi berita dilaporkan media cetak dan elektronik saban hari.
"Saat melihat kekejaman itu, hati terdetik untuk berdoa semoga Tuhan turunkan bencana besar kepada tentera Israel itu. Saya juga berharap umat Islam di seluruh dunia juga berdoa perkara sama," katanya.

Siti berkata, dia juga menyokong usaha memboikot produk Amerika Syarikat jika didapati menyalurkan wang kepada tentera Israel.
"Saya juga meminta semua artis tempatan di luar sana untuk sama-sama membantu usaha ini. Saya percaya, jika semua umat Islam di seluruh dunia bersatu untuk memboikot barangan terbabit, tentera Israel akan merasai keperitannya," katanya.
Siti ditemui ketika pelancaran album kontemporari tradisionalnya, Lentera Timur di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Siti menyumbangkan RM2,000 untuk Tabung NSTP Untuk Gaza kelolaan The New Strait Times Press (M) Bhd (NSTP). Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar menerima sumbangan berkenaan mewakili kumpulan NSTP.
Kata Siti lagi, sumbangan itu dibuat atas nama syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP).
"Sebenarnya, SNP memang mempunyai peruntukan untuk program kebajikan setiap tahun. Mungkin jumlah ini tidak seberapa tapi ia sumbangan ikhlas daripada syarikat.

"Saya dan suami juga bercadang memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa nanti.

Selain itu, saya juga terbabit dalam konsert amal untuk membantu penduduk Palestin yang juga projek naungan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 31 Januari ini.

"Saya juga berharap artis lain di luar sana sama-sama membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin mengikut kemampuan mereka. Mungkin mereka tidak mampu membantu dari segi wang tetapi sekurang-kurangnya menerusi persembahan amal untuk mengutip dana dianjurkan pihak tertentu," katanya.
Pada sidang media petang itu, Siti juga berkongsi cerita mengenai bingkisan album barunya, Lentera Timur yang menjengah pasaran sejak 26 Disember lalu.

"Album ini cukup bermakna buat saya dan peminat kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, saya hanya menghasilkan album berkonsep pop selama beberapa tahun. Lentera Timur bermaksud lampu atau Cahaya Timur.
"Pemilihan judul ini memainkan peranan penting kerana misi saya ingin mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus pemodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik Nusantara atau timur," katanya.

Siti mengakui, album itu adalah antara bingkisan terbaiknya buat peminat.
"Kos album ini juga mencecah ratusan ribu ringgit. Selagi mampu, apa salahnya saya keluarkan bajet lebih sedikit untuk album ini. Apa yang penting, saya ingin menjaga kualiti album dihasilkan. Maklumlah, peminat sudah menanti selama empat tahun untuk melihat album ini di pasaran. Justeru, kepuasan diri dan peminat cukup diutamakan.

"Album ini juga berjaya merealisasikan Impian saya untuk menghimpunkan nama besar dalam bidang penciptaan lagu dan penulisan lirik. Sembilan lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia bersama Siti Nurhaliza, Januari lalu.
"Saya amat berpuas hati dengan komitmen penerbit album ini. Saya amat berharap Lentera Timur dapat mengembalikan kegemilangan lagu tradisional sekali gus memartabatkan industri muzik Malaysia. Selain itu, impian saya untuk buat semua lagu dalam 'live strings' juga tercapai dalam album ini," katanya.
Bagaimanapun, Siti tidak ingin peminat membandingkan album Lentera Timur dengan album tradisionalnya sebelum ini.

"Album ini berkonsep tradisional kontemporari dan muziknya tidak terlalu berat. Ia juga berbeza dengan album Sanggar Mustika. Ia ada elemen moden dan tidak ada masalah untuk stesen radio tempatan memutarkannya. "Dari segi susunan lagu, saya memang puas hati dan ia juga sesuai dengan perkembangan industri muzik semasa. Orang memang nak dengar lagu tradisional seperti ini dan saya juga buat album yang orang nak dengar.

"Walaupun rangkaian lagu dalam album ini berentak tradisional tetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman sekarang iaitu mendapat sentuhan muzik moden.
"Jati diri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan setiap lagu. Saya berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari saya dapat mencari peminat baru atau remaja untuk mencintai
muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu baru dalam lagu Melayu masa kini," katanya. Yakin dengan kekuatan album Lentera Timur, Siti juga mensasarkan, ia bakal mencecah kutipan sebanyak 100,000 unit dalam tempoh enam bulan.

"Setakat ini, Lentera Timur sudahpun terjual lebih 10,000 unit dan sudah ada tempahan untuk cetakan kedua.
Saya juga sedar keadaan pasaran album merosot sekarang. Saya berharap kemunculan album ini akan dapat menaikkan kembali industri muzik tanah air.
"Saya sudah bersyukur jika ia dapat terjual sebanyak 50,000 unitpun. Tapi kalau dapat capai 100,000 unit, ia pencapaian membanggakan," katanya.
Siti berkata, dia percaya impian itu boleh dicapai menerusi kerja keras dan promosi yang lebih meluas membabitkan kerjasama stesen radio tempatan.

"Mungkin saya boleh turun padang untuk mempromosikan album ini sekaligus mendekatkan diri dengan peminat seperti dulu. Mungkin, ia boleh direalisasikan dengan program kerjasama dengan pihak Jusco dan saya boleh terus mempromosikan sekali album baru ini," katanya.

Sebelas lagu yang dimuatkan dalam album terbitan SNP dan edaran Suria Records ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh/Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar) Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad), Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan) dan Di Taman Teman ( Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun).

Dua lagi lagu yang dipilih ialah Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah) dan Cinta ini, ciptaan penyanyi dan komposer Indonesia Katon Bagaskara.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 01:32 PM | Show all posts
Fakta menarik sejarah Juara Lagu



- Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza mengikut jejak langkah Aishah apabila berjaya menjuarai AJL sebanyak tiga kali iaitu Jerat Percintaan (1996), Cindai (1999) dan Balqis (2000).

- Siti Nurhaliza juga menjadi artis yang paling kerap layak ke AJL bermula dari tahun 1996 sehingga 2008. Bilangan lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza adalah paling banyak iaitu sebanyak 18 buah lagu.

- Siti Nurhaliza mencipta rekod tersendiri apabila memenangi Persembahan Terbaik sebanyak lima kali iaitu Jerat Percintaan (1996), Aku Cinta Padamu (1997), Ya Maulai (2001), Nirmala (2002) dan Ku Milikmu (2004).

SUMBER : UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 05:19 PM | Show all posts
Hati Siti mudah tersentuh
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]


Sedih bukan kerana gosip, tetapi melihat budak kecil jadi mangsa kekejaman Israel

HATI kecilnya begitu mudah tersentuh sejak kebelakangan ini. Bukan kerana gosip keretakan rumah tangganya tetapi kesedihannya itu berpunca apabila melihat serta mengenangkan sikap manusia ketika ini yang lebih kejam dari binatang.

Melihat wajah si isteri yang kehilangan suami, ibu kematian anak dan kanak-kanak kecil yang tidak berdosa menangis ketakutan dan kebingungan menjadi mangsa bedilan bom dan peluru tidak bermata gara-gara kekejaman tentera Israel di Semenanjung Gaza, membuatkan perasaan penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza semakin dibuai pilu.

“Memang setiap hari saya mengikuti perkembangan penduduk Palestin yang menderita di Semenanjung Gaza menerusi berita dilaporkan media cetak dan elektronik. Tidak dapat dinafikan setiap kali melihat wajah kanak-kanak yang tidak berdosa itu menjadi mangsa, Siti sedih sangat sehinggakan Siti berdoa semoga Tuhan turunkan bala buat tentera Israel itu sebagai balasan atas kekejaman mereka itu,” ujar Siti yang baru saja menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 11 Januari lalu.

Nyata, keprihatinan Siti terhadap isu itu bukanlah sekadar ikut-ikutan semata-mata tetapi penyanyi berdagu lekuk ini membuktikannya dengan menyokong usaha kerajaan memboikot produk Amerika Syarikat yang didapati menyalurkan bantuan kewangan kepada tentera Israel.

“Macam Siti sendiri, Siti turut memulaukan beberapa barangan yang sebelum ini Siti gunakan dalam kehidupan seharian. Dan kesempatan ini Siti ingin menyeru kepada rakan artis di luar sana untuk sama-sama membantu usaha ini.


Siti bersama komposer dan penulis lirik yang menyumbangkan karya dalam album Lentera Timur.

“Siti percaya, jika semua umat Islam di seluruh dunia bersatu untuk memboikot barangan terbabit, tentera Israel akan merasai kesannya,” kata Siti bersungguh-sungguh.

Jelas Siti lagi, usahanya itu tidak akan berhenti setakat itu. Katanya lagi, dia juga akan terbabit dalam sebuah majlis amal yang akan di adakan di Istana Budaya, 31 Januari ini bagi mengutip tabung untuk membantu mangsa kekejaman di bumi Palestin itu.
“Projek ini adalah naungan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan saya harap akan lebih ramai lagi rakan artis menyokong projek ini. Membantu rakyat Palestin bukan saja dari segi pemberian wang ringgit tetapi mereka boleh membabitkan diri dalam persembahan amal bagi mengutip dana,” katanya.

Siti yang anggun dengan busana mewah rona hijau, hitam rekaan Amir Luqman itu ditemui pada majlis pelancaran album album kontemporari tradisionalnya, Lentera Timur di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Rabu lalu.

Sebagai tanda prihatinnya juga, Siti menerusi syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP) menyumbangkan RM2,000 untuk Tabung NSTP Untuk Gaza kelolaan The New Strait Times Press (M) Bhd (NSTP).

Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar menerima sumbangan berkenaan mewakili kumpulan NSTP.
“Setiap tahun syarikat Siti memang ada peruntukan sejumlah wang untuk membantu mereka yang memerlukan. Walaupun jumlahnya mungkin tak seberapa tapi syarikat ikhlas memberikannya.
“Mungkin selepas ini Siti dan suami juga akan menderma secara peribadi iaitu menerusi yayasan kami iaitu Yayasan Nur Jiwa nanti,”katanya.

Sanggup turun padang demi Lentera Timur

BARANGKALI tentu ada suara nakal yang akan mempertikaikan kenyataan penyanyi terkenal ini sanggup turun padang terutama di luar bandar semata-mata ingin mempromosikan album Lentera Timur.

Iyalah, mana mungkin Siti yang kini sudah berada di tahap diva masih ingin membuat persembahan seperti itu.

Bagaimanapun, menurut si empunya diri, dia tidak kisah untuk berbuat demikian asalkan buah tangan terbarunya itu berjaya mendapat sambutan.

“Mungkin Siti boleh bekerjasama dengan Jaya Jusco dalam soal ini. Lagipun tak salah rasanya untuk Siti berbuat demikian kerana inilah juga kesempatan Siti untuk bertemu peminat Siti yang sebelum ini begitu sukar untuk berjumpa Siti.

“Dalam keadaan pasaran album yang kurang memberangsangkan ini, Siti kena fikir banyak perkara dan andai benda itu mampu menarik minat pembeli, tak mustahil untuk Siti lakukannya,” kata Siti yang mensasarkan jualan Lentera Timur sebanyak 100,000 unit dalam tempoh enam bulan.

Album terbitan SNP dan edaran Suria Records ini turut menampilkan lagu seperti Di Kayangan Kita (Johari Teh/Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar) Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad), Bulan Yang
Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/ Zubir Ali),
Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan) dan Di Taman Teman ( Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun).Dua lagi lagu yang dipilih ialah Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah) dan Cinta
ini, ciptaan penyanyi dan komposer Indonesia Katon Bagaskara.

“Adalah menjadi impian Siti untuk menghimpunkan nama besar dalam album ini dan Alhamdulillah impian itu menjadi kenyataan dalam Lentera Timur.

“Siti juga berpuas hati dengan apa yang mereka hasilkan dan yang lebih membanggakan sembilan lagu dari album ini adalah ciptaan komposer dan penulis lirik terkenal tanah air menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia bersama Siti Nurhaliza, Januari lalu,”cerita Siti lagi.

Ditanya apakah usahanya bagi memastikan lagunya itu disiarkan di stesen radio tempatan yang diketahui sejak kebelakangan ini tidak lagi memutarkan lagu berirama tradisional, Siti berkata dia sudah pun menyusun strategi bagi berdepan dengan perkara itu.

“Album ini berbeza dengan album tradisional Siti sebelum ini. Ia berkonsepkan tradisional kontemporari dan kebanyakan lagunya mempunyai sentuhan pelbagai. Walaupun melodinya berkonsepkan tradisional tetapi susunan muziknya tetap ada sentuhan moden,” kata Siti yang menggunakan “live strings” dalam album in
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 05:26 PM | Show all posts
Siti suka, Datuk K pun suka
Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]



Mengujakan. Bagi peminat yang sudah pun mendapatkan naskhah terbaru kontemporari tradisional Lentera Timur kepunyaan penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza, pasti mereka tertarik dengan kulit albumnya yang mempesonakan.

Jika hendak tahu, ada cerita di sebaliknya. Pemilihan gambar-gambar yang dimuatkan dalam album itu sebenarnya merupakan pilihan hati suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau terkenal dengan gelaran Datuk K.

Enggan berselindung, Siti sendiri 'membocorkan' rahsia itu sewaktu ditemui pada majlis pelancaran albumnya yang diadakan di Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur Khamis lalu.

Tampil anggun dalam busana rona hitam dan hijau tua rekaan Amir Luqman, Siti mengakui gambar yang dipotretkan oleh Ikram Ismail itu amat disukai oleh Datuk K.

"Suami saya sempat melihat himpunan gambar yang dirakam, malah dia amat berpuas hati dengan penghasilan gambar itu.

"Secara kebetulan, saya sendiri suka hingga mempengaruhi fikiran saya untuk memuatkan gambar-gambar yang diambil dalam album terbaru saya.
"Saya suka, Datuk K pun suka. Macam sehati sejiwa pula. Rangkaian gambar yang ada, memang menjadi kesukaan kami," jelas Siti terang-terangan memperlihatkan keharmonian yang dikecapi dalam berkongsi hidup bersama Datuk K.

Gagal berkolaborasi dengan Aidit Alfian

Sesuatu yang istimewa ialah lagu-lagu yang dimuatkan album itu dihasilkan daripada Bengkel Cipta Ekspres Berirama Malaysia Bersama Datuk Siti Nurhaliza menerusi kerjasama Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) yang diadakan setahun lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan.



SEHATI SEJIWA. Impak kasih sayang yang bergabung menjadi satu, Datuk K turut sudi mengabadikan daya kreativitinya terhadap karya terbaru seni isteri tersayang.

Sebanyak 12 buah lagu idea komposer-komposer terkenal tanah air telah dihasilkan, tetapi hanya 10 dipilih Siti untuk album itu.
Siti tanpa berselindung mengaku menggemari semua lagu yang dihasilkan.

Membuat pilihan yang terbaik di antara yang terbaik memang menyukarkan Siti. Lantaran itu, ada beberapa lagu tidak dapat 'menembusi' tembok kukuh sekali gus tidak tersenarai dalam Lentera Timur.

Siti sepatutnya menyanyikan sebuah lagu gubahan komposer popular, Aidit Alfian. Namun harapan Siti bertukar menjadi kecewa kerana lagu yang diimpikan sudah tertulis untuk dilagukan penyanyi lain.

"Saya pernah bertanya kepada Aidit mengapa lagu miliknya tidak dapat dimasukkan ke dalam album Lentera Timur.

"Awal-awal lagi Aidit memohon maaf sambil menjelaskan bahawa dia telah memberikan lagu itu kepada orang lain.

"Saya pun tidak boleh hendak berbuat apa-apa. Saya anggap tiada rezeki untuk bekerjasama dengan Aidit," beritahu Siti pasrah.

Diberi suntikan baru



Tidak dinafikan, ritma dan alunan karya yang berkumandang dalam Lentera Timur pantas sahaja menarik perhatian telinga.

Bukan ibarat karya tradisional klise lain yang menampilkan sepenuh konsep tradisional asli, sebaliknya Lentera Timur dibikin dalam bentuk bervariasi agar peminat tidak mudah bosan tatkala mendengarnya.

Album terbaru Siti yang dipasarkan penghujung Disember lalu merupakan album studionya yang ke-13, manakala ia merupakan album kelima untuk diskografi tradisionalnya selepas penghasilan Cindai (1997), Seri Balas (bersama Noraniza Idris) (1999), Sahmura (2000) dan Sanggar Mustika (2002).

Setelah puas menanti penuh sabar selama enam tahun, maka tiada yang lebih menggembirakan Siti apabila album idaman berhasil muncul menemui khalayak seluruh negara. Pada awal Mac nanti, album itu bakal memasuki pasaran Indonesia.

Ada riak gembira yang sukar terbendung pada wajah Siti. Perkara itu memang tidak mampu disembunyikan lagi saat dirinya diwawancara pihak media.

Menyingkap sejarah sebelum kelahiran Lentera Timur, Siti berdepan dengan situasi yang cukup menyulitkan apabila dia sukar untuk mencari lagu-lagu berentak etnik tatkala industri seni kini menunjukkan situasi suram.

"Memang susah saya hendak mencari lagu-lagu yang ingin dimasukkan ke dalam album Lentera Timur.

"Saya harap album ini dapat memberi sinaran cerah untuk bidang muzik terutama lagu-lagu yang berjiwa tradisional.

"Ia menampilkan banyak kelainan berbanding album tradisional lain. Ia mempersembahkan pelbagai rentak bersesuaian dengan peredaran zaman hingga album ini mampu memikat hati semua pendengar tanpa mengira usia.

"Memang saya gembira tidak terhingga dapat melahirkan album Lentera Timur," jawab Siti penuh keyakinan.

Demi kepuasan untuk peminat tersayang yang tidak pernah berhenti menyokong Siti selama 13 tahun mengabdikan diri dalam lapangan seni, Siti turut menampilkan elemen strings menerusi semua lagu dalam album yang dipimpin oleh Eddie Marzuki itu.

"Suntikan baru yang diperkenalkan menerusi album ini bakal memberi nafas baru yang lebih segar dalam seni tradisional.

"Lagipun, sudah menjadi impian saya bagi memperdengarkan alunan strings dalam album sebelum ini, cuma saya belum lagi berpeluang.

"Album Lentera Timur akhirnya menunaikan cita-cita saya untuk muncul dengan sebuah album yang dihasilkan dengan bunyi-bunyian strings," kata Siti yang ingin muncul dengan muzik orkestra pula selepas ini jika berpeluang.

Komposer yang telah mewarnai album Lentera Timur dengan ilham kreatif mereka ialah Johari Teh untuk lagu Di Kayangan Kita, Johan Nawawi (Bintang Malam), Khairil Johari Johar (Bulan Yang Mesra dan Rasa Antara Kita).

Selain itu, Lentera Timur tidak terkecuali memuatkan lagu berjudul Ada Masa Mata yang merupakan ciptaan M. Nasir,
Senyum Minang Manis (Zul Mahat), Joget Menanti Kasih (S. Atan), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan) dan Di Taman Teman (Fauzi Marzuki).

Lentera Timur juga menyaksikan kembalinya komposer yang cukup sinonim dengan pembabitan Siti melalui lagu-lagu etnik iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau terkenal dengan gelaran Pak Ngah yang menyumbangkan lagu Jelmakanlah Ayumu.

Siti juga menyelitkan sebuah lagu ciptaan komposer seberang, Katon Bagaskara berjudul Cinta Ini yang memberi nafas baru apabila muzik tradisional dan moden digabungkan oleh Aubrey Suwito yang bertindak sebagai penerbit untuk lagu tersebut.

Album bermutu yang diterbitkan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. (SNP) dan diedarkan oleh Suria Records Sdn. Bhd. (SRC) itu sudah pun berada di pasaran sejak 29 Disember lalu dengan harga RM29.90.

Khusus buat individu yang 'berkiblatkan' Siti, jangan lupa untuk mendapatkan album Lentera Timur kerana anda pasti akan mendapat kepuasan melalui keindahan seni warisan tradisi Malaysia yang semakin jauh ditinggalkan hari demi hari.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 07:25 PM | Show all posts
GOSIP keretakan rumah tangganya sudah pun reda diperkatakan orang. Malah, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menganggap selepas penjelasan diberikannya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, semuanya sudah selesai.

Bagi Siti yang menyambut hari lahirnya yang ke-30 tanggal 11 Januari lalu, penderitaan rakyat Palestin terutama kanak-kanak tidak berdosa yang menjadi mangsa kekejaman Israel di Semenanjung Gaza lebih menyentuh hati dan perasaannya berbanding gosip rumah tangganya yang tidak berasas itu.
"Saya mengikuti perkembangan penduduk Palestin yang menderita di Semenanjung Gaza menerusi berita dilaporkan media cetak dan elektronik saban hari.
"Saat melihat kekejaman itu, hati terdetik untuk berdoa semoga Tuhan turunkan bencana besar kepada tentera Israel itu. Saya juga berharap umat Islam di seluruh dunia juga berdoa perkara sama," katanya.

Siti berkata, dia juga menyokong usaha memboikot produk Amerika Syarikat jika didapati menyalurkan wang kepada tentera Israel.
"Saya juga meminta semua artis tempatan di luar sana untuk sama-sama membantu usaha ini. Saya percaya, jika semua umat Islam di seluruh dunia bersatu untuk memboikot barangan terbabit, tentera Israel akan merasai keperitannya," katanya.
Siti ditemui ketika pelancaran album kontemporari tradisionalnya, Lentera Timur di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Siti menyumbangkan RM2,000 untuk Tabung NSTP Untuk Gaza kelolaan The New Strait Times Press (M) Bhd (NSTP). Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar menerima sumbangan berkenaan mewakili kumpulan NSTP.
Kata Siti lagi, sumbangan itu dibuat atas nama syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP).
"Sebenarnya, SNP memang mempunyai peruntukan untuk program kebajikan setiap tahun. Mungkin jumlah ini tidak seberapa tapi ia sumbangan ikhlas daripada syarikat.

"Saya dan suami juga bercadang memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa nanti.

Selain itu, saya juga terbabit dalam konsert amal untuk membantu penduduk Palestin yang juga projek naungan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada 31 Januari ini.

"Saya juga berharap artis lain di luar sana sama-sama membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin mengikut kemampuan mereka. Mungkin mereka tidak mampu membantu dari segi wang tetapi sekurang-kurangnya menerusi persembahan amal untuk mengutip dana dianjurkan pihak tertentu," katanya.
Pada sidang media petang itu, Siti juga berkongsi cerita mengenai bingkisan album barunya, Lentera Timur yang menjengah pasaran sejak 26 Disember lalu.

"Album ini cukup bermakna buat saya dan peminat kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika, saya hanya menghasilkan album berkonsep pop selama beberapa tahun. Lentera Timur bermaksud lampu atau Cahaya Timur.
"Pemilihan judul ini memainkan peranan penting kerana misi saya ingin mengangkat muzik budaya bangsa dalam arus pemodenan supaya terus menjadi cahaya kepada muzik Nusantara atau timur," katanya.

Siti mengakui, album itu adalah antara bingkisan terbaiknya buat peminat.
"Kos album ini juga mencecah ratusan ribu ringgit. Selagi mampu, apa salahnya saya keluarkan bajet lebih sedikit untuk album ini. Apa yang penting, saya ingin menjaga kualiti album dihasilkan. Maklumlah, peminat sudah menanti selama empat tahun untuk melihat album ini di pasaran. Justeru, kepuasan diri dan peminat cukup diutamakan.

"Album ini juga berjaya merealisasikan Impian saya untuk menghimpunkan nama besar dalam bidang penciptaan lagu dan penulisan lirik. Sembilan lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia bersama Siti Nurhaliza, Januari lalu.
"Saya amat berpuas hati dengan komitmen penerbit album ini. Saya amat berharap Lentera Timur dapat mengembalikan kegemilangan lagu tradisional sekali gus memartabatkan industri muzik Malaysia. Selain itu, impian saya untuk buat semua lagu dalam 'live strings' juga tercapai dalam album ini," katanya.
Bagaimanapun, Siti tidak ingin peminat membandingkan album Lentera Timur dengan album tradisionalnya sebelum ini.

"Album ini berkonsep tradisional kontemporari dan muziknya tidak terlalu berat. Ia juga berbeza dengan album Sanggar Mustika. Ia ada elemen moden dan tidak ada masalah untuk stesen radio tempatan memutarkannya. "Dari segi susunan lagu, saya memang puas hati dan ia juga sesuai dengan perkembangan industri muzik semasa. Orang memang nak dengar lagu tradisional seperti ini dan saya juga buat album yang orang nak dengar.

"Walaupun rangkaian lagu dalam album ini berentak tradisional tetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman sekarang iaitu mendapat sentuhan muzik moden.
"Jati diri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan setiap lagu. Saya berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari saya dapat mencari peminat baru atau remaja untuk mencintai
muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu baru dalam lagu Melayu masa kini," katanya. Yakin dengan kekuatan album Lentera Timur, Siti juga mensasarkan, ia bakal mencecah kutipan sebanyak 100,000 unit dalam tempoh enam bulan.

"Setakat ini, Lentera Timur sudahpun terjual lebih 10,000 unit dan sudah ada tempahan untuk cetakan kedua.
Saya juga sedar keadaan pasaran album merosot sekarang. Saya berharap kemunculan album ini akan dapat menaikkan kembali industri muzik tanah air.
"Saya sudah bersyukur jika ia dapat terjual sebanyak 50,000 unitpun. Tapi kalau dapat capai 100,000 unit, ia pencapaian membanggakan," katanya.
Siti berkata, dia percaya impian itu boleh dicapai menerusi kerja keras dan promosi yang lebih meluas membabitkan kerjasama stesen radio tempatan.

"Mungkin saya boleh turun padang untuk mempromosikan album ini sekaligus mendekatkan diri dengan peminat seperti dulu. Mungkin, ia boleh direalisasikan dengan program kerjasama dengan pihak Jusco dan saya boleh terus mempromosikan sekali album baru ini," katanya.

Sebelas lagu yang dimuatkan dalam album terbitan SNP dan edaran Suria Records ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh/Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar) Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad), Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan) dan Di Taman Teman ( Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun).

Dua lagi lagu yang dipilih ialah Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah) dan Cinta ini, ciptaan penyanyi dan komposer Indonesia Katon Bagaskara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 02:53 PM | Show all posts
Harapan Siti pada Lentera Timur
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]


MERIAH...Siti memotong pulut kuning sempena hari jadinya yang ke-30 sambil disaksikan suaminya, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (kanan); bapa Siti, Tarudin Ismail (kiri); ibunya, Siti Salmah Bachik (bertudung putih) dan ibu mertuanya, Zainab Hanapi (bertudung hitam).

LUPAKAN seketika tentang kisah rumah tangganya yang menjadi perhatian umum sejak beberapa minggu yang lalu.

Baik ditutup sahaja kisah itu kerana empunya diri sudah menjelaskan perkahwinannya yang dibina hampir tiga tahun atas dasar cinta itu masih lagi utuh dan masih lagi melayari bahtera cinta bersama suami tercinta.

Sebaliknya, adalah lebih baik seandainya cerita tentang album terbarunya, Lentera Timur yang dijaja kerana pemiliknya, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ada sesuatu yang ingin diperjuangkan menerusi album tersebut.

Kelahiran album Lentera Timur dilihat hadir pada waktu yang cukup tepat tatkala muzik etnik dan tradisional makin ditenggelami oleh muzik-muzik moden masa kini.

"Untuk itu juga, saya sebenarnya meletakkan harapan dan sasaran yang tinggi untuk Lentera Timur kerana album ini pada pandangan saya, cukup unik dan ia merupakan khazanah yang cukup berharga.

"Saya tahu bukan mudah untuk menghasilkan album sebegini di kala industri muzik semakin kelam namun, disebabkan jati diri dan semangat yang menebal untuk muzik warisan nenek moyang kita, saya teruskan juga.

"Tetapi, seharusnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) kerana dengan bantuan mereka, impian saya dapat direalisasikan," kata Siti penuh makna pada majlis pelancaran album berkenaan di ibu negara baru-baru ini.

Sepuluh buah lagu daripada 11 buah lagu yang dimuatkan dalam album Lentera Timur merupakan usaha komposer dan penulis lirik tempatan yang telah mengerah tenaga, idea dan keringat untuk Bengkel Cipta Ekspres - Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan pada pertengahan tahun lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sebuah lagi lagu adalah Cinta Ini ciptaan komposer seberang, Katon Bagaskara yang sudah lama disimpan Siti dan akhirnya dimuatkan dalam album Lentera Timur.

"Album ini tidak menampilkan irama muzik Melayu asli 100 peratus kerana saya begitu faham dengan senario industri muzik masa kini.
"Disebabkan itu, saya lebih suka menamakan album ini sebagai kontemporari tradisional kerana muziknya yang disulami dengan muzik moden.

"Namun pun begitu, jalur muzik tradisional masih lagi dikekalkan kerana saya mahu muzik sebegini terus dihargai dan dipelihara oleh masyarakat," jelasnya yang anggun mengenakan busana Amir Luqman pada petang itu.

Single pertama, Di Taman Teman yang merupakan kolaborasi komposer terkenal, Fauzi Marzuki dan Hairul Anuar Harun kini semakin mendapat perhatian peminat dan pendengar radio tempatan.

Dengan industri muzik yang kini semakin mencabar, apatah lagi dengan kerenah stesen radio tempatan yang begitu selektif dalam pemilihan lagu untuk disiarkan, bagaimana pula Siti perlu menyakinkan pihak yang berkenaan untuk memainkan lagu-lagu daripada album Lentera Timur sedangkan muzik etnik kini tidak lagi mendapat perhatian terutama radio swasta.

"Seperti yang saya katakan tadi, kesemua lagu dalam album ini telah disuntik dengan elemen muzik yang lebih moden dan segar seiring dengan perubahan muzik semasa.

"Inilah salah satu pendekatan yang saya ambil untuk menjadikan album Lentera Timur mendapat perhatian," kata penyanyi lagu Cindai berusia 30 tahun itu lagi.

Bukan itu sahaja, pengorbanan yang dilakukan untuk album ini bukannya sedikit kerana Siti dan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. telah mengeluarkan belanja melebihi RM100,000 untuk memasukkan elemen strings bagi memperindahkan kesemua 11 lagu dalam album ini.

"Saya tidak kisah mengeluarkan belanja yang begitu besar untuk album ini kerana kepuasan peminat adalah keutamaan saya. Ini juga kali pertama saya berbuat demikian.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki lagi selepas ini, saya akan meneruskan usaha menerapkan elemen strings dalam album yang akan datang. Selain itu, adalah menjadi impian saya juga untuk menerbitkan sebuah album penuh dengan diiringi muzik orkestra secara live," katanya bersungguh.

Demi memastikan Lentera Timur mendapat perhatian sewajarnya, penyanyi nombor satu negara ini juga menyatakan kesediaannya untuk turun padang untuk mempromosikan albumnya itu dalam usaha mencapai sasaran 100,000 unit.

Malah, berita gembira untuk Siti juga apabila tidak sampai dua minggu dipasarkan, Lentera Timur sudah mencapai jualan 10,000 unit dan telah diulang cetak.
Dalam perkembangan lain, Siti juga mengharapkan untuk muncul dengan sebuah konsert besar-besaran dan juga konsert tradisional.

"Kertas kerja sudah disiapkan dan hanya menunggu masa untuk mencari penaja. Saya berharap impian saya ini akan dimakbulkan sementelah sudah lama tidak beraksi dalam konsert

"Bukan itu sahaja, saya juga amat mengidamkan untuk mengadakan sebuah konsert istimewa di pentas Dewan Filharmonik Petronas," ujarnya tersenyum.
Menyentuh mengenai album Lentera Timur, apa yang pasti album ini merupakan antara yang terbaik di hasilkan sepanjang tahun 2008 dan Lentera Timur sebenarnya mampu mengangkat kembali muzik etnik yang semakin dipinggirkan.

Sudah menjadi adat, tidak semua album yang dilahirkan akan terus menangkap halwa telinga apabila kali pertama mendengarnya sebaliknya, ia perlu dihayati berulang kali dalam menilai dan meneliti komposisi muziknya.

Sungguh indah apabila mendengarkan muzik etnik yang disulami dengan elemen strings dan moden lantas menjadikan Lentera Timur sebuah album yang cukup gah.

Kesemua 11 lagu yang ditampilkan diperkuatkan lagi dengan vokal emas biduanita muda negara ini yang ternyata menjadi nadi Lentera Timur.
Vokal Siti juga semakin matang seiring dengan usianya kini malah, tidak keterlaluan dikatakan, Siti semakin bijak bereksperimen dengan vokalnya mengikut rentak dan jalan cerita lagu.

Percayalah, Lentera Timur mampu memberikan seribu kepuasan untuk anda yang dahagakan irama sebegini yang semakin tandus.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 12:46 AM | Show all posts


Cover Sensasi Singapore
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 09:33 AM | Show all posts


Rumah tangga kami tiada masalah – Siti Nurhaliza

SEBUT SAJA NAMA DATO’ SITI NURHALIZA PASTI SEMUA MENGENALINYA TAK KIRA MUDA MAHUPUN TUA. TAHUN-TAHUN YANG BERLALU SEPANJANG PENGLIBATANNYA DALAM BIDANG SENI MEMPERLIBATKAN PERUBAHAN DEMI PERUBAHAN PADA PENYANYI TERSOHOR TANAH AIR INI. DARIPADA KETIKA MASIH GADIS SEHINGGA BERGELAR ISTERI KEPADA AHLI PERNIAGAAN DATO KHALID JIWA.



Namun tahun 2008 yang baru berlalu diakui oleh Siti Nurhaliza tidak banyak memberi impak dalam hidupnya. Dia nyata dia lebih banyak memberi tumpuan dalam rumah tangga terutama selepas mengerjakan ibadah haji. “Siti akui tahun lepas tumpuan terhadap bidang seni agak perlahan kerana ketika itu Siti baru saja selesai mengerjakan haji bersama suami. Selain itu Siti juga ingin berehat jadi Siti kurangkan aktiviti persembahan buat seketika. Kiranya lebih banyak masa dihabiskan di rumah,” ujarnya yang tetap seperti dulu lebih senang membahasakan diri sebagai Siti.

Walaupun menyepikan diri seketika, sudah menjadi lumrah anak seni tidak lepas dari menjadi sasaran gosip. Di saat penyanyi bersuara lunak merdu ini bahagia di alam perkahwinan yang baru dua tahun dibina, dia dihadap dengan cerita kurang senang tentang keadaan rumah tangganya. Ketika ditanya mengenai gosip liar melanda dirinya bersama suami, Siti hanya tersenyum sambil memberitahu itu semua asam garam dunia seni yang terpaksa dilalui oleh semua artis termasuklah dirinya.



“Kalau sudah namanya artis tak boleh lari dari gossip. Hidup takkan sunyi dari gossip sejak sebelum kahwin sehinggalah sekarang. Tetapi Siti berharap tidak ada orang akan lempar fitnah yang bukan-bukan. Siti tahu ada pihak yang menulis cerita Siti di internet, tetapi dalam masa yang sama mereka harus tahu setakat mana yang boleh ditulis supaya tidak melampaui batas kerana ia boleh memberi masalah kepada orang lain. Mungkin bagi sesetengah orang, tak ambil peduli tetapi bagaimana jika ada yang tak sabar pasti ia mengundang perkara buruk. Jadi, Siti hanya boleh berdoa dan bersabar semoga mereka insaf dan diberi hidayah.

“Tetapi, mujurlah suami Siti sudah faham akan selok belok dunia artis sekarang, kalau dulu mungkin dia tak tahu bagaimana berhadapan tentang gosip sebegini tapi sekarang tak lagi. Dulu bila keluar cerita-cerita yang bukan-bukan, dia sampai tak boleh tidur malam tetapi kini dia sudah boleh tergelak bila membaca tentang gosip yang tersiar,” kata Siti yang mengakui rumah tangganya aman seperti biasa tanpa sebarang masalah. Dalam proses turun berat badan Berehat seketika dalam bidang seni pada tahun yang lalu sebenarnya memberi kesan terhadap penampilannya. Malah ramai yang mula memperkatakan bentuk tubuh Siti yang agak berisi bila gambarnya dirakam dalam beberapa majlis yang dihadiri.

“Masa lebih banyak di rumah jadi berat badan pun semakin naik sehingga mencecah 61 kilogram. Siti terpaksa diet semula dengan kurangkan makan. Sasaran Siti untuk turunkan berat hingga 55 kg tetapi hanya mampu sampai 56 kg. Mungkin Siti kena diet lagi untuk mencapai apa yang Siti sasarkan. “Kebetulan waktu itu bulan puasa jadi, Siti kawal makan ketika bersahur dan berbuka. Siti makan dalam kuantiti yang sedikit. Siti tak kisah dengan anggapan sesetengah pihak yang kata bila berat badan bertambah kononnya Siti sedang menghadapi masalah dengan suami.



Padahal kalau kurus pun orang akan bercakap juga, jadi Siti dah tak kisah dengan segala spekulasi yang di buat. Yang penting Siti amalkan pemakanan sihat dan tahu diri macam mana,” ujar Siti yang kembali langsing ketika ditemui dalam majlis pelancaran Butik Lord Tailor baru-baru ini. Album baru Setelah empat tahun sepi tanpa album baru, tahun ini penyanyi yang popular dengan lagu Cindai ini muncul semula dengan album baru. Album yang berkonsepkan irama tradisional kontemporari ini sudahpun berada di pasaran sejak penghujung tahun lepas.

“Siti ingin melakukan sesuatu yang sudah jadi darah daging dalam bidang ini seperti balada, pop dan juga tradisional. Cuma bezanya kali ini Siti menambah elemen kon¬temporari berbanding sebelum ini yang memberi fokus pada tradisional semata-mata. Masih mengekalkan komposer sebelum ini seperti Pak Ngah, Zul Mahat, M Nasir, Fauzi Marzuki dan ramai lagi. Malah album kali ini turut menampilkan komposer baru yang sudahpun terkenal cuma baru bekerjasama dengan mereka.

Siti harap, album Lantera Timur ini akan memberi cahaya kepada karier seni Siti pada masa akan datang,” ujarnya sambil memberitahu tajuk album berkenaan adalah hasil perbincangan bersama kakak iparnya, Rozie yang sememangnya gemar menggunakan Bahasa Melayu lama untuk pengetahuan orang ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 01:13 PM | Show all posts
MAJALAH INTREND PUN COVER GIRLNYE SITI....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.412550 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list