View: 10932|Reply: 55
|
Pesaing & Persaingan Di Dalam Perniagaan
[Copy link]
|
|
Wonbin bosan pada hujung minggu ini maka timbul idea nak bincang pasal PESAING & PERSAINGAN di dalam bisnes.
Dalam pasaran, kita bukan sorang sahaja yang berniaga sesuatu barang. Gerenti ada pesaing.
- Berapa ramai pesaing?
- Bangsa Melayu atau Cina?
- Siapa dia, adakah orang yang berpengaruh di tempat tersebut?
- Syarikat atau kedai mereka lebih hebat daripada kita punya?
- Boleh tak kita nak bersaing dengan mereka?
- Cukup kuat tak untuk bersaing?
- Perniagaan mereka maju ke?
- Boleh tak kita nak lawan ke?
Namun ada jugak tempat yang takda pesaing langsung.
Jangan melompat yahoo dulu wooitt
Takde pesaing? Ini belum tentu good news tau ! Kenapa takde pesaing? Kawasan mati kah, kawasan kubur kah atau apa-apa aje. Tiada pesaing tidak bermakna berita baik, tidak juga bermakna berita buruk. Ada tempat yang baru dibukak maka belum ada orang bukak kedai. Namun ada jugak tempat yang sudah established dan ada penduduk tetapi takda pesaing kat situ. Kalau takda orang berani bukak bermaksud permintaan kat situ agak rendah. Kalau bukak kedai pun masih ada orang beli tetapi tak lah sampai beratur panjang. Bisnes boleh hidup tetapi tak lumayan sebab pembeli tak ramai.
Persaingan ini lebih menjurus kepada tak sihat. Pasal harga........ jika ramai pesaing, harga mesti lawan kaw-kaw punya kecuali peniaga Cina di mana mereka ada persatuan. Harga minima mereka dah sepakat. Sama sahaja harga seperti handset. Boleh jual mahal tetapi jangan cantas harga sampai rosak harga market. |
|
|
|
|
|
|
|
Takda orang nak balas ker |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu dulu...
nanti ada la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam wonbin..best baca tuilisan bro..banyak input yg mmg xleh nak dpt kat mana2 buku pun..ini kalau tulis dlm buku 555 pun bagus jugak as guide pada yg nak baru start meniaga mcm saya ni oklah..saya reply mana yg boleh utk hangatkan thread ni..pesaing atau persaingan..pendapat saya dlm hal ni,yg penting adalah strategi kita..dlm bab ni saya kasi 2 kes dlm bidang retail dan jugak service.
dalam segment retail bukan harga yg mainkan peranan utama tp faktor product tu sendiri and of course everything ada price dia tersendiri..apa yg perlu utk bersaing adalah kita sendiri..mcm mana kita punya customer sevice,knowledge kita pasal product tu dan apa yg kita boleh offer pada customer kalau diorang beli...maybe kasi free service ke,delivery ke,discount on other product ke etc..ini yg kita perlu kalau nak bersaing.. maybe ada cakap kedai runcit pun retail jugak tp still kena lawan harga..yes..betul tp adakah kita lawan semua harga ?kenapa pulak ada kedai runcit chinese yg mahal dari kita pun org berpusu pusu datang ?
ok..kalau bidang service pulak mcm dobi contohnya..persaingan misalnya mesti pada banyak point sbb apa yg kita buat maybe pesaing kita boleh buat jugak...maybe kita cepatkan service kecepatan ke,tambah wangi ke,ada sistem 10 kali hantar dpt free sekali cuci ke,ada pakej istimewa utk org bujang ke etc.pada saya persaingan ini mesti creative dan bukan pada harga sahaja..kalau pesaing offer satu barang rm10 kita pun offer rm 10 tp bila customer dtg ngan anak dia,kita kasi gula2 ke..ini yg org kata value added..sentuh bab gula2 ni,mmg satu benda yg simple tp ramai org lepas pandang..kadang2 anak sendiri nnt tanya kenapa beli kat kedai ni,kenapa x beli kat kedai X yg kasi gula2 itu hari ?
small things can make a big different |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 speedy's post
bagus idea.. bleh dilaksanakan dikedai aku nanti... huhuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sinar_inspirasi at 19-1-2009 07:44 PM
bagus idea.. bleh dilaksanakan dikedai aku nanti... huhuh...
yg mana satu? bg gula2??... |
|
|
|
|
|
|
|
cantas pelanggan satu hal,
yang derang ke tempat supplier kita kendian selidik harga supplier bg kat kita apa kes?
dan derang balik siap kutuk2 kita lagi yg modal kecik ni [konon...] berangan jer kita..
pesaing yg tak sihat lagi adalah pesaing yg tak suka lihat kita jual apa yg kita jual sama dengan derang
sengal, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
fuh............ pengalaman ngeri nampak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 elle_gogo's post
Jangan pulak Elle kata Abang Wonbin bijak bermain dengan kata-kata |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ajarkan satu petua:
Tanya diri anda secara jujur: Adakah kedai aku atau company aku diperlukan oleh pelanggan di tempat itu???
contoh:
Sudah ada 7 Eleven tetapi kita tahu bahawa 7 Eleven ni cekik darah harga mahal seperti Coke pun RM1.80 sen satu tin sedangkan kita boleh jual pada harga RM1.50 sen satu tin. Kita juga boleh isi banyak baranng penuh sampai syiling sedangkan 7 Eleven terhad sahaja barangnya.
Sudah ada 3 penjual nasi campur tetapi semua tak sedap dan lauk ada sikit sahaja. Kita punya memang sedap dan ada 20 lauk. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah... pesaing yg ada skrng aku bleh lagi bersaing secara sihat..walaupun ada pesaing yg kurang sihat...
ada satu pesaing aku... hari2 datang kedai aku ( gitu laa lebih kurang ) tgk apa brg aku jual... sebolehnye dia nak tiru..( mmg kedai dia tu pun tiru kedai aku ) kalau aku tak de dia kritik n komplen laa sikit2 kat pekeja aku.. ckp berlagak tp byk lelong brg... huhuhu...
yg tak bestnye.. kawasan tu yg dia tolak borong brng... dan kawasan tu jugak dia lelong brng yg sama lebih murah dia tolak kat pelanggan dia... sangat melawak laa...
aku dengar dia la yg runtuhkan dulu harga dari kalangan para pesaing...
begitu lah ceritanya.... dan di situ la bermulanye pelanggan kata kat tempat lain lebih murah dari brg kita sedangkan sama....
kadang tu2 pelanggan yg kedekut ( sayang duit ) nak beli brng pastu dok kata kat tmpt lain lebih murah.. padahal kualiti pun dah lain... maybe tak reti tgk kualiti dan brand...
begitu lah idup bersaing sesama penjual dan pembeli... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 sinar_inspirasi's post
Kau kena lebih creative contohnya setiap kali stok baru sampai, kau MMS kepada pelanggan tetap. Setiap kali ada pelanggan baru, kau mintak nombor handset dan email mereka. Mesti selalu MMS dan sms mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm strategi aku...
aku akan buat benda lain yg takde kat pesaing aku.. dan benda tu pun pesaing aku tak perasan atau hairan apa benda yg kita buat.. smpai org dok mai kedai kita..
itu cara paling best.. tp benda2 ni cara kita nak berfikir ialah..
berfikir di luar kotak pemikiran biasa.. nanti kita akan dpt idea2 yg baru dan menguntungkan.
contoh..
kita bukak kedai runcit.. ada kedai runcit yg lain.. mmg kalo ikutkan kasteme.. kedai runcit semua lebih kurang je.. cuma mungkin susunan kedai dan harga barang kat kedai tu yg menentukan..
tapi apa faktor lain selain tu.. ialah perkhidmatan tambahan yg kita jalankan.. of course perkhidmatan tu pesaing kita tak tahu dan tidak buat..
so bila dah jumpa idea tu.. highlight kan idea tu dikalangan kasteme kita sahaja.. such as masukkan perkhidmatan tambahan tu dlm plastik beg ke.. atau bg by hand bila kasteme masuk kedai kita ke..
so hanya kasteme kita sahaja yg tau.. market buat permulaan mmg kecik.. tp mulut manusia ni diibaratkan mulut tempayan.. susah nak tutup.. kalo perkhidmatan tu bagus.. ia akan diceritakan oleh jiran2.. dan benda2 ni yg akan meramaikan kedai anda..
mesti pesaing anda hairan.. mcmana kedai kita ada kasteme tetap.. ? dan ramai pulak tu..
drpd psikologi kita dan menang.. drpd segi sales.. tu semua atas diri kita sendiri.
[ Last edited by Alt-F4 at 21-1-2009 12:45 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 Alt-F4's post
tetapi faktor bersaing bagi sebuah kedai runcit ialah barang yang banyak penuh sampai ke syiling.
Akan tetapi untuk letak sampai ke syiling, adakah ramai pembelinya? Jika pembeli sedikit, bankrupt kau jika cuba susun barang sampai ke syiling. banyak modal jem sebab slow. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 hazel23's post
Saya dah jatuh skarang Kak.............. supply stationary dan apa sahaja barang yang diorang mahu sementara tunggu biz plan baru dan loan baru berjalan..... cerita kat thread kegagalan bisnes tu cerita benar..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|