View: 2464|Reply: 1
|
VIETNAM : nahas bot, lebih 40 lemas, 5 hilang!!
[Copy link]
|
|
39 lemas, 5 hilang nahas bot di Vietnam
HANOI: Sekurang-kurangnya 39 lemas manakala lima lagi masih hilang apabila sebuah bot bertembung dengan sebuah kapal yang penuh sesak dengan orang ramai yang hendak ke pasar.
Laman berita internet VnExpress berkata, setakat ini 39 mayat sudah ditemui di lokasi kejadian di Sungai Gianh.
Pengerusi Rakyat Wilayah Quang Binh, Phan Lam Phuong, dipetik sebagai berkata, lima penumpang dipercayai masih hilang manakala 36 lagi berjaya diselamatkan. - AFP
aku tak taw ler nak cakap aper lagi... last week ferry sank kat sulawesi mati habis 250 worang... ni kat a vietnam accident bot ler pulak... cisssssss sian ku ngan penumpang2 tu...
[ Last edited by amazed at 26-1-2009 12:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih 40 dikhuatiri mati, lima hilang nahas feri karam di Hanoi
HANOI 25 Jan. - Lebih 40 terbunuh manakala lima lagi hilang apabila sebuah feri yang membawa lebihan penumpang karam di Vietnam, hari ini.
Laman web berita VnExpress yang memetik kenyataan mangsa yang terselamat melaporkan, feri berkenaan karam 20 kilometer dari tebing Sungai Gianh di tengah wilayah Quang Binh.
Pengerusi jawatankuasa masyarakat wilayah berkenaan, Phan Lam Phuong berkata, 39 mangsa berkenaan telah ditemui dan kebanyakan mereka adalah terdiri daripada wanita serta kanak-kanak.
"Bagaimanapun, lima mangsa masih hilang. Kejadian itu berlaku pada pukul 8 pagi (8 pagi waktu Malaysia) di sungai yang terletak di selatan bandar Vinh.
Seorang mangsa yang terselamat, Cao Thi Huong, 39, berkata, insiden itu berlaku apabila penumpang yang berada dalam feri berkenaan berebut-rebut untuk keluar daripada kapal ketika feri berkenaan menghampiri pelabuhan.
"Feri yang dibenarkan membawa 40 penumpang itu telah membawa seramai 80 penumpang," katanya.
Pihak polis telah menahan kapten dan pemilik feri berkenaan, Nguyen Xuan Quy, 44, sementara menyiasat insiden itu. - AFP
***************************************************************************************
kenapa lah tak belajar dari nahas ferry karam last year yang kat philippines tu -
bawa lebihan penumpang juga (cuma ada ribut taufan) dan menyebabkan
visibility tu poor.. dan extra passengers pun contribute gak -
simpati pada mangsa2 ni --
|
|
|
|
|
|
|
| |
|