View: 6646|Reply: 43
|
Catatan Faizal Tahir @ Bintang Popular (B*Pop)
[Copy link]
|
|
Bermulanya era penulisan Faizal Tahir
[email protected]
ASSALAMUALAIKUMdan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dan selawatke atas Nabi Muhammad SAW di atas kesempatan dan peluang yang diberikankepada saya untuk menulis dalam ruangan ini.
Tidak sangka. Peluang ini tidak mungkin dapat diperoleh tanpakepercayaan dan sokongan yang diberikan pihak pengurusan Berita HarianSdn Bhd (BHSB), lebih-lebih lagi pasukan akhbar sisipannya, BintangPopular (B*Pop) yang tidak henti-henti menjemput saya menjadi kolumnismereka.
Sejujurnya sewaktu pertama kali saya ditawarkan untuk menjadipenulis jemputan untuk ruangan ini, saya berasa amat terharu danmenganggapnya sebagai satu penghormatan cukup besar dalam kerjaya senisaya yang baru berusia setahun jagung ini.
Bayangkan ketika tawaran itu datang bertandang,saya sedang sibuk melayan rakan media yang mengucapkan tah niah ataskejayaan saya menang beberapa trofi dalam Anugerah Industri Muzik Ke-14di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Pada post party malam itu, tiba-tiba Pengarang Kumpulan BHSB, Datuk ManjaIsmail dan Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau KakCham melontarkan hasrat mahu menjadikan saya kolumnis dalam akhbarsisipan ini. Awalnya, saya tidak mengambil endah perkara itu keranamungkin mereka cuma bergurau dengan saya.
Selang beberapa minggu kemudian, Kak Cham menelefon kembalidan menyampaikan hasrat itu. Ya Tuhan... ini bukan gurauan, bisik hatisaya. Pada mulanya, memang berat hati saya untuk menerima pelawaan ini.Bukannya apa, tetapi sebagai seorang yang masih `hijau' dan baru dalamindustri hiburan tanah air, terasa sangat diri ini masih banyak yangperlu dipelajari dan diharungi.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan dalam industri hiburanyang penuh cabaran ini, banyak yang sudah saya pelajari dan lalui dalamtempoh sesingkat dua tahun ini. Memang saya mengambil waktu yang agaklama untuk membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidakpelawaan ini. Sehinggakan ketika minum petang bersama Kak Cham,Pengarang BiPop, Akmal Abdullah dan Penolong Pengarang Hiburan, ZainuriMisfar, minggu lalu, saya masih mengharapkan bahawa ini cuma satumimpi.
Oh tidak! Mereka serius rupa-rupanya. Melihat wajah merekayang sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya yang saya ceburi, minatidan cintai, mana mungkin saya berkata "tidak".
Lagipun dalam usia saya dalam industri ini, bukanlah satualasan untuk saya menolak tawaran ini. Sudah pasti saya melihat inisebagai satu cabaran dan tanggungjawab besar yang akan saya pikuldengan sebaik mungkin.
Seperti mana juga muzik saya, tiga elemen yang memainkanperanan yang amat penting dalam apa jua kerja yang saya lakukan adalahdiri saya sendiri, industri hiburan kita dan juga masyarakat disekeliling. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza. Tidakpernah ada salah untuk sesiapa pun memberikan pandangan tersendiri,malah lebih banyak pandangan yang dapat kita kumpul, lebih besarperatus untuk kita memperbaiki sesuatu keadaan itu.
Inilahyang dapat saya lihat melalui tugasan baru yang saya terima ini. Hariini, saya membuka lembaran baru bersama semua pembaca setia B*Pop danindustri hiburan tanah air.
Harapan saya, nukilan yang saya anggap sebagai 'ice-breaker'ini dapat membawa kita semua untuk bersatu memperjuangkan danmeningkatkan martabat industri hiburan kita. Jika ini langkah bagi sayamenyumbang kepada kebaikan industri, maka saya mulakan tugasan barusaya ini dengan lafaz `Bismilla hirrahmanirrahim'.
Insya-Allah, kita bertemu lagi dengan topik sulung saya dalamnukilan seterusnya. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada BHSB di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya ini.Wassalam.
[ Last edited by Syd at 25-1-2009 11:21 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peminat bagaikan 'nyawa' artis
Oleh Faizal Tahir
[email protected]
ASSALAMUALAIKUM dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, saya kembali menulis minggu ini dengan satu topik yang saya fikir penting untuk kita semua ambil tahu. Selepas hampir dua tahun berkecimpung dalam industri muzik, pelbagai cabaran dan situasi sudah saya lalui. Ada pahit, manis, susah dan senang. Ini pasti dilalui setiap insan bergelar public figure, malah ia sebahagian kehidupan mereka. 'It's all part and parcel' kehidupan kita.
Namun, dalam setiap cabaran, dugaan atau apa saja situasi yang ditempuh seseorang artis itu, mungkin ramai terlepas pandang 'orang kuat' atau orang penting yang membantu mempengaruhi naik turunnya mereka. Apa yang saya maksudkan ialah kelompok peminat seseorang artis. Terlalu banyak contoh insiden atau situasi yang melanda seseorang artis boleh kita bangkitkan. Tidak perlu pergi jauh, malah saya sendiri pernah menghadapi saat getir dan menghampakan dalam perjalanan seni saya.
Peminat seperti `nyawa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MTV Asia Awards iktiraf industri muzik Malaysia
Oleh Faizal Tahir
Kehadiran MTV Asia Awards 2008 di negara ini memang tepat pada masanya, ketika industri kita sedang berkembang dengan baiknya
ASSALAMU'ALAIKUM dan Salam Sejahtera. Minggu ini saya mahu membicarakan mengenai penganjuran MTV Asia Awards 2008 yang pertama kali berlangsung di Malaysia. Ketika saya menulis kolum ini pada 31 Julai lalu, kurang dari 48 jam majlis pengiktirafan berprestij itu akan berlangsung di Kota Keriangan - Genting Highlands.
Kita semua tentunya tahu bahawa ini satu acara yang cukup berprestij kerana membabitkan artis ternama di seluruh dunia.
Menariknya, walaupun MTV Asia Awards 2008 lebih bertumpu kepada pengiktirafan kelompok artis dari Asia, namun artis terkenal dari Barat turut `turun padang� untuk memberikan sokongan mereka terhadap acara itu, Contohnya, Jared Leto dari kumpulan muzik popular, 30 Seconds To Mars, selain Leona Lewis, Linkin Park, Nicole Scherzinger, Panic At The Disco dan ramai lagi. Ini hanya membuktikan satu perkara - muzik mampu menyatukan kita tidak kira apa bangsa sekali pun dan dari ceruk mana kita datang.
Penganjuran MTV Asia Awards 2008 di Malaysia adalah satu kejayaan cukup besar buat negara kita khususnya bagi industri hiburan tanah air. Ia mencatatkan sejarah baru kerana inilah pertama kalinya kita berjaya menganjurkan satu acara yang membawa satu 'brand name' yang cukup besar dan sinonim dalam dunia muzik.
Bagaimanapun, saya tidak mungkin mengatakan bahawa MTV Asia Awards 2008 adalah acara terunggul untuk anak-anak seni kita. Kita masih mempunyai acara dan anugerah tersendiri yang cukup berprestij dan mempunyai satu tahap boleh saya katakan `in a class of it's own�.
Contoh terbaik adalah seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Era. Namun yang penting dalam penganjuran MTV Asia Awards adalah peluang terbuka kepada industri kita untuk membuktikan kredibiliti dan kemampuan anak seni tempatan.
Dalam erti kata lain, inilah waktunya untuk kita membuka mata dunia terhadap bakat dari Asia, terutama Malaysia.
Kehadiran MTV Asia Awards 2008 di negara ini memang tepat pada masanya, ketika industri kita sedang berkembang dengan baiknya. Lupakan mengenai penjualan album yang lembap. Lupakan pasal kehadiran artis luar yang memonopoli pasaran muzik kita. Lihat sendiri anak-anak seni kita yang telah membuktikan kehebatan mereka seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, Jaclyn Victor, Anuar Zain, Reshmonu, Dayang Nurfaizah, Suki, Aizat dan Stacy.
Ini cuma segelintir daripada mereka yang saya percaya mampu mengharumkan nama Malaysia jika diberi peluang untuk melebarkan sayap mereka ke luar... this our time to shine!. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Industri muzik kita belum merdeka
Oleh Faizal Tahir
[email protected]
ASSALAMU'ALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca setia B*Pop. Harapan saya supaya anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Alhamdulillah, sekali lagi saya berpeluang menulis dan berkongsi pandangan dengan anda semua minggu ini.
Jika sebelum ini saya lebih banyak menulis mengenai perkara umum berkaitan dunia hiburan, kali ini saya rasa kita semua patut mengambil tahu satu isu di kalangan artis dan karyawan muzik tanah air baru-baru ini.
Selasa lalu, satu perhimpunan khas diadakan membabitkan penyanyi, komposer, ahli muzik dan penggiat industri muzik. Antara nama besar yang hadir termasuklah M. Nasir, Aidit Alfian dan tidak ketinggalan artis popular seperti Hujan, Dayang Nurfaizah, Neves Pretty Ugly, Fazli Zainal dan Spider.
Ia yang dianjurkan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertujuan mendapatkan tandatangan artis dan ahli muzik sebagai memorandum untuk diserahkan kepada kerajaan bagi meminta kuota penyiaran lagu tempatan dilebihkan berbanding lagu artis luar.
Pelbagai hujah dikeluarkan sehingga berlaku pertengkaran kecil antara beberapa tetamu yang hadir. Wajarkah situasi sebegini berlaku? Ya, demi kebaikan industri kita. Pertengkaran yang mampu menaikkan taraf dan kualiti industri kita, yang mampu menyatukan kita semua. Namun, pertengkaran yang mampu menyatukan orang dalam industri ini jarang berlaku.
Sebaliknya wujud 'puak' antara kita. Ini sangat merisaukan saya dan orang dalam industri ini. Perkara sebegini bukan baru. Tidak kiralah apa yang ingin kita perjuangkan, perbetulkan atau perbahaskan. Pada saya, semuanya bergantung kepada mentaliti atau cara kita berfikir. Cerminlah diri sendiri dulu. Tepuk dada tanya selera. Dalam apa jua masalah, faktor paling penting yang harus diteliti adalah akar umbi sesuatu situasi itu.
Dalam konteks ini, akar umbinya adalah diri sendiri. We need to get to the roots. Apa yang kita mahukan? Ke manakah hala tuju kita? Matlamat? Semuanya bermula dengan diri sendiri. Karyawan meminta kuota lagu yang dimainkan di radio dirombak semula kepada 90 peratus lagu tempatan dan cuma 10 peratus untuk lagu luar. Ini bagi saya satu langkah baik. Bagaimanapun, untuk memajukan industri hiburan ini bukanlah semudah setakat merombak semula kuota siaran lagu di radio.
Malah, banyak perkara lain yang harus diteliti termasuk kualiti penulisan lagu, produksi, strategi pemasaran, penjenamaan dan banyak lagi.
Adakah kita tidak mempunyai komposer yang cukup bagus dan mampu menghasilkan lagu berkualiti? Adakah proses produksi kita tidak secanggih mereka? Adakah kita silap dalam strategi memasarkan muzik kita? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gangstarz berjaya capai matlamat
Oleh Faizal Tahir
[email protected]
One Nation Emcees pamer persembahan memukau untuk muncul juara Gangstarz Muzim Ke-2.
ASSALAMU'ALAIKUM dan salam sejahtera. Bertemu kembali dalam nukilan saya minggu ini. Alhamdulillah, Ahad lalu selesai sudah Konsert Final Gangstarz Musim Ke-2 yang berlangsung dalam suasana penuh meriah di Stadium Malawati, Shah Alam. Saya rasa sungguh bertuah kerana terbabit dalam rancangan berkualiti, khusus dalam mencungkil bakat baru bidang nyanyian yang popular di peringkat serantau.
Jutaan terima kasih kepada semua warga kerja Gangstarz musim ini, khususnya mereka yang menaruh kepercayaan kepada saya yang masih baru dalam dunia hiburan ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan kerana membenarkan dan memberi kepercayaan kepada saya selama dua musim berturut-turut sebagai pengacara bersama rancangan ini. Juga terima kasih kepada teman pengacara saya, Fara Fauzana, yang begitu profesional dan bekerjasama dengan cukup baik bukan hanya dengan saya, tetapi dengan seluruh warga kerja Gangstarz.
Juaranya kita sudah tahu... One Nation Emcees. Tahniah kepada mereka. Saya rasa tidak perlu ada pertikaian lagi dalam pemilihan mereka sebagai juara kali ini. Namun, yang penting adalah hala tuju dan perancangan mereka selepas bergelar juara ini. Kalau bijak, mereka sudah tentu tahu apa yang patut dilakukan. Kalau tidak, ramai yang sentiasa terbuka untuk membantu menunjukkan jalan. Saya selalu berfikiran, untuk berjaya kita harus tahu apa yang kita mahukan.
Yang paling penting, kita harus tahu apa yang kita lakukan... never do something just because you have to do it. Saya masih ingat lagi bagaimana begitu banyak persepsi yang kurang positif terhadap keputusan Gangstarz Musim Ke-2 untuk menyerapkan dua lagi negara tambahan kali ini.
Akhirnya, dengan strategi betul dan tenaga kerja cukup kuat bekerja, musim kedua rancangan ini berjaya membuktikan ia mampu menyumbangkan satu impak positif kepada industri muzik kita. Setiap yang baru itu harus menghadapi saat getir untuk mencapai sesuatu yang positif. Saya percaya kehadiran kumpulan dari Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura membuka mata banyak pihak dan menyedarkan kita sebenarnya ada bakat muda yang mampu bersaing. Alhamdulillah.
Di sini juga, saya ingin menyatakan bahawa berakhirnya Gangstarz Musim Ke-2, maka berakhirlah juga kerjaya singkat saya sebagai seorang pengacara. Jangan salah faham. Bukan saya tidak suka dengan kerja ini. Namun, saya harus berterus terang dan menyatakan ia bukanlah tujuan saya menceburkan diri dalam dunia hiburan ini. Saya pernah merasa tidak yakin menjadi seorang pengacara. In other words, it's just not my thing.
Bagi mereka yang tertanya-tanya, saya hanya mampu menjawab yang saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya muzik saya. Ketika mula-mula membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam bidang ini, niat dan matlamat saya adalah untuk memberi sumbangan sebanyak dan sebaik mungkin kepada industri muzik tanah air.
Saya tidak nampak apa yang saya katakan tadi sewaktu saya menjadi pengacara. Saya sering tertanya-tanya, apakah sumbangan yang sudah saya berikan kepada industri muzik kita dengan kerja saya sebagai pengacara?
With all due respect, hosting is a very high-profile and respectable job . Percayalah, bukan mudah menjadi seorang pengacara yang begitu baik seperti Aznil Haji Nawawi, Farah Fauzana, Ally Iskandar, Faizal Ismail, Cheryl Samad dan AC Mizal. Namun pada setiap minggu naluri saya mengatakan bahawa saya yang mahu dipanggil ke atas pentas itu untuk membuat persembahan dan menghiburkan penonton semua. That is how passionate i am with music .
Bagaimanapun, saya harus mengakui bahawa selama dua tahun menjadi pengacara Gangstarz, ia banyak membantu meningkatkan tahap keyakinan diri saya. Insya'Allah, apa yang saya dapat sewaktu bergelar pengacara akan saya gunakan untuk memperbaiki kelemahan diri selama ini.
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang menyokong dan tahniah sekali lagi kepada semua kumpulan yang telah memberikan yang terbaik sewaktu Gangstarz Musim Ke-2. Saya doakan industri muzik kita berkembang maju seiring sambutan kemerdekaan ke-51 negara kita.
Selamat Hari Kebangsaan ke-51 kepada semua dan juga selamat mengharungi Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga ibadah kita dalam bulan mulia ini pada tahun ini membawa lebih banyak keberkatan daripada Allah SWT.
Sehingga bertemu lagi, Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jangan hanya salahkan pihak luar
Oleh Faizal Tahir
Kualiti produksi, lagu, lirik dan strategi pemasaran muzik kita perlu dipertingkat
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca setia B*Pop. Alhamdulillah, sudah dua minggu umat Islam menyambut Ramadan al-Mubarak. Semoga ibadat puasa serta semua amalan kita di bulan yang mulia ini diterima dan mendapat keredaan Allah SWT.
Selalunya, bagi golongan artis, Ramadan adalah bulan yang kurang sibuk dan inilah waktunya untuk kami menumpukan perhatian kepada perkara yang mungkin tidak dapat kami lakukan sebelum ini. Malah, Ramadan juga adalah waktu artis mengambil kesempatan berehat daripada kerja seni dan melebihkan masa dengan amal ibadat yang tidak dapat dicari dalam bulan lain khususnya puasa dan solat tarawih.
Bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud dunia hiburan kita terus menyepi begitu saja tanpa berita menarik atau isu semasa yang tidak kurang mendapat perhatian. Antaranya, usaha Persatuan Karyawan Malaysia yang masih memperjuangkan hak ke atas siaran lagu tempatan yang harus dilebihkan berbanding lagu luar. Saya pernah memberi pandangan saya mengenai isu ini dan tidak perlulah mengulanginya lagi.
Cuma seperti pernah dikatakan sebelum ini, tidak usahlah berlebih dengan isu ini. Bukan saya tidak sokong, cuma langkah itu bukanlah penyelesaian 100% kepada isu industri muzik kita semakin kelam. Banyak perkara lain harus diteliti. Contohnya kualiti produksi kita, karya penulisan lagu dan lirik kita, strategi pemasaran dan banyak lagi, semuanya di tangan `orang muzik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memori indah beraya di rumah peminat
Faizal seronok bertemu keluarga peminatnya, Wan Farahdiani Mohd Pakharudin di Klang, Selangor.
ASSALAMU扐LAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca setia B*Pop. Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dalam bulan Syawal selepas sebulan berpuasa sepanjang Ramadan lalu.
Terasa agak lama juga sejak kali terakhir saya menulis dalam ruangan ini, malah saya tidak sedar langsung yang hari raya sudah dua minggu berlalu. Begitu cepat sekali waktu berlalu. Lebih-lebih lagi buat diri saya yang memang sentiasa sibuk mengisi waktu dengan aktiviti berkaitan karier muzik saya.
Ini adalah kali ketiga saya beraya sebagai seorang artis dan tidak banyak perubahan saya rasakan berbanding raya terdahulu. Jika pada bulan puasa lalu saya sibuk di studio rakaman untuk projek khas saya seterusnya, minggu pertama Syawal dilihat sebagai waktu untuk saya berehat sebentar daripada kerja muzik saya.
Bagaimanapun, jadual saya sudah mulai penuh bermula minggu ini. Maklum sajalah, banyak yang perlu dibereskan selepas sebulan berehat dari melakukan sebarang persembahan pentas. Bagi mereka yang terlintas untuk menceburi bidang seni, inilah kehidupan yang perlu ditempuhi seorang anak seni.
Bukan mudah seperti yang dilihat mata kasar. Semua terpulang kepada kemahuan dan kehendak individu sama ada sanggup atau tidak.
Namun begitu, apa yang membuatkan raya saya lebih bermakna pada tahun ini adalah kerana saya dapat beraya bersama dengan peminat saya secara lebih dekat, dalam suasana penuh eksklusif. Bagaimana? Terima kasih banyak-banyak kepada Pepsi dan Hot FM kerana menganjurkan aktiviti `Super Raya Bersama Faizal Tahir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perkahwinan bukan penamat aktiviti seni
Masyarakat kita semakin bijak menilai seseorang artis berdasarkan bakat bukan status
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Dalam kita tidak sedari, Syawal yang cukup bermakna ini bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Begitu cepat sekali waktu berlalu pergi. Apabila difikirkan cepatnya masa berlalu, kadang-kadang terasa sedih dan ada juga rasa seronok.
Banyak kenangan manis yang bakal berlalu yang tidak mungkin kita lalui lagi. Namun, banyak pula perkara baru yang akan kita tempuhi, yang pasti membawa cabaran baru dan mematangkan diri kita untuk masa hadapan.
Yang penting, kita mesti selalu pandang ke hadapan dan jadikan apa yang telah berlalu itu sebagai rujukan atau teladan.
Bercakap mengenai perubahan masa, saya tertarik dengan cerita mengenai pengumuman dari artis lelaki paling popular kita pada waktu ini. Pada 21 Oktober lalu, Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani atau Mawi, mengumumkan tarikh pernikahannya dengan pilihan hati, Norashikin Rahmat (Ekin), yang akan diadakan pada 20 Disember ini.
Alhamdulillah... syukur kepada Allah. Mawi dan Ekin akhirnya mendedahkan kepada media status hubungan mereka selepas sekian lama merahsiakannya. Malah, mereka menepati janji kepada media untuk mengumumkan tarikh itu selepas raya sebelum ini.
Tahniah saya ucapkan kepada teman saya ini dan saya doakan agar segala persiapan akan berjalan dengan lancar sehinggalah ke tarikh penting itu. Sudah pastinya ini menjadi satu keputusan dan juga acara yang sangat penting dalam kehidupan kedua-dua insan ini.
Namun yang lebih penting, Mawi dan Ekin perlu bersedia dari segi mental selepas berkahwin nanti kerana pembabitan dalam bidang seni bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri yang berstatus bintang.
Banyak hati yang perlu dijaga, malah dalam industri seni ini, peminat memainkan peranan penting dalam naik turunnya nama seseorang artis. Bukan untuk menakutkan sesiapa tetapi kita selalu sangat mendengar khabar mengenai artis yang jatuh merudum popularitinya selepas berkahwin.
Bagaimanapun, saya secara peribadi tidak bersetuju dengan pendapat ini, lebih-lebih lagi saya sendiri sudah menempuh alam perkahwinan dan berkeluarga.
Hakikatnya, bernikah itu adalah antara perkara paling baik dan digalakkan dalam mana-mana agama pun, terutama Islam. Apabila sudah dinyatakan begitu, sudah pastinya ada hikmah dan kebaikan selepas melakukan perkara yang sangat digalakkan dalam agama.
Yang penting, kita harus ingat bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Kadang kala, saya sendiri tidak faham dengan soalan yang diajukan kepada mana-mana yang ingin menamatkan zaman bujang mereka.
Antara soalan lazim itu ialah, `Dah bersedia ke nak kahwin? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Stesen radio penting untuk bantu kerjaya artis
Oleh Faizal Tahir
[email protected]
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Diharapkan semua pembaca setia B*Pop berada dalam keadaan sihat hendaknya. November antara bulan paling sibuk bagi saya. Namun, saya percaya bukan setakat saya seorang sibuk dengan aktiviti seni, rakan artis lain juga semuanya sibuk dengan aktiviti masing-masing.
Ini satu kebiasaan selepas berakhirnya Ramadan dan Syawal yang lebih digunakan untuk berehat. Antara acara menarik bakal mendapat perhatian industri seni tanah air kita dalam masa terdekat ini ialah pengumuman pencalonan lagu bagi peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, Konsert Ulang Tahun Ke-3 Fly FM , pementasan teater Impak Maksima - The Musical, selain Anugerah Skrin 2008 yang baru saja selesai malam kelmarin.
Ini membuktikan dunia seni hiburan kita tidak pernah sunyi dan pendokong industri kita sentiasa mahu menyajikan yang terbaik untuk menaik taraf industri ini. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Hot FM kerana berjaya menjadi stesen radio yang semakin meningkat jumlah pendengarnya. Sudah pasti harapan saya agar Hot FM dapat memartabatkan lagi dan membantu menaikkan taraf muzik tanah air.
Ini sudah pasti satu pencapaian yang cukup bermakna bagi Hot FM, tetapi harus diingat setiap kejayaan itu tidak datang dengan mudah dan tidak mungkin kekal tanpa usaha dan kerja keras bagi menyediakan khidmat bermutu. Tidak salah saya mengatakan stesen radio memainkan peranan penting dalam membantu kerjaya artis kita.
Baru-baru ini juga berlangsungnya sidang media konsert Ulang Tahun ketiga Fly FM atau 3rd Flyniversary. Konsert ini akan berlangsung pada 15 November ini bertempat di Central Park One Utama bermula jam 8 malam. Apa yang menarik perhatian saya ialah pemilihan artis untuk persembahan pada malam itu.
Saya cukup berbangga dengan usaha Fly FM kerana menampilkan barisan artis apabila 80 peratus daripadanya terdiri daripada kumpulan baru yang sedang mencipta nama. Antaranya Estranged, Meet Uncle Hussein, Bunkface, One Buck Short, Transient Vortex, Bittersweet, Twilight Action Girl, Bass Agents dan Seven Collar T-Shirt. Saya dan Jaclyn Victor juga akan turut membuat persembahan pada malam itu nanti.
Ini membuktikan bahawa walaupun Fly FM stesen radio berbahasa Inggeris dan lebih menumpukan kepada lagu berbahasa Inggeris untuk diputarkan, namun mereka prihatin dengan keadaan industri tempatan dan turut membantu dalam membuka peluang kepada anak seni tempatan yang baru untuk mempamerkan bakat mereka.
Saya harap bukan diri saya saja yang berfikiran begini tetapi apa yang dapat saya lihat, industri muzik kita sedang meningkat dengan begitu baik dan ini jawapan industri kita kepada isu artis luar memonopoli pasaran muzik tempatan. Jika pintu tidak dibuka kepada anak muda, maka sudah pasti keadaan industri dan kualiti muzik kita akan sentiasa berada di takuk yang lama.
Sama-samalah kita memberi sokongan kepada industri hiburan dengan minda terbuka. Insya-Allah kita bertemu lagi dengan topik lain. lupa untuk datang memeriahkan konsert Fly FM 3rd Flyniversary! Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tidak salah untuk bermimpi
Kerja kuat, keikhlasan mampu bawa perubahan dalam hidup
ASSALAMU'ALAIKUM dan salam sejahtera. Diharapkan semua pembaca setia B*Pop berada dalam keadaan sihat walafiat. Seperti biasa, jadual saya dipenuhi aktiviti muzik seperti undangan menyanyi, menulis lagu dan lirik dan menerbitkan lagu baru ciptaan saya. Dalam kesibukan bekerja, masih ada waktu untuk saya bertegur sapa dengan peminat di majlis undangan menyanyi.
Sudah pasti pada waktu begini diambil peluang oleh peminat bertanyakan soalan yang sudah lama hendak diajukan. Kadangkala terdapat soalan daripada peminat yang memang tidak kita jangka dan cukup bernas. Namun, ada satu soalan yang pernah diajukan kepada saya yang memang menarik perhatian dan saya rasa perlu saya kongsi bersama jawapannya bersama semua di sini.
Alhamdulillah, tahun ini banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam hidup saya sebagai seorang anak seni. Banyak perkara yang mematangkan saya dan meninggalkan impak pada kerjaya seni saya. Insya扐llah, semuanya akan saya gunakan untuk memberikan yang lebih baik, jika bukan yang terbaik pada masa hadapan. Itulah matlamat saya. Bagi saya, perkara paling memberi makna dan saya hargai adalah apabila saya tahu diri saya dan kerja saya dihargai dan ini dapat dilihat apabila orang sekeliling peka dan mengambil tahu mengenai apa yang sedang berlaku pada kerjaya saya.
Lebih mengagumkan apabila mereka peka dengan apa yang saya perkatakan. Kalau diimbas kembali, sewaktu saya naik ke pentas untuk mengambil anugerah pada Anugerah Planet Muzik dan Anugerah Industri Muzik baru-baru ini, saya ada menyebut ` It抯 time to go international |
|
|
|
|
|
|
|
Industri muzik ramai pelapis berpotensi
Oleh Faizal Tahir
[email protected]
Kenangan manis barisan pemenang Juara Lagu TV3 edisi ke-22 yang berlangsung awal tahun ini.
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan ini. Dalam tidak sedar, kita sudah berada dalam bulan terakhir 2008. Betapa begitu pantasnya masa berlalu tanpa kita sedari.
Bulan ini juga menyajikan kita dengan satu acara tahunan yang dinanti-nantikan khususnya bagi penggiat dan juga peminat industri muzik tanah air. Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) akan muncul lagi dan sekarang ini berada di peringkat separuh akhir.
Alhamdulillah, dengan kepercayaan yang diberikan kepada saya oleh pihak Muzik-Muzik serta peminat semua dan juga berkat limpah kurniaNya, saya berasa cukup bertuah kerana sekali lagi dicalonkan dalam peringkat separuh akhir AJL23.
Lagu Sampai Syurga dan Cuba kali ini dipertaruhkan dalam kategori Balada. Apa yang membuatkan dua lagu ini lebih bermakna pada saya adalah kerana ia sebahagian daripada lagu kolaborasi Audi Mok dan saya berjaya mara ke peringkat separuh akhir kali ini.
Ketika saya menulis artikel ini, saya baru saja selesai sesi latihan bersama 10 rakan artis lain yang turut sama dicalonkan dalam kategori Balada pada peringkat separuh akhir ini. Antaranya, pasangan adik beradik - Anuar Zain dan Ziana Zain, selain Aizat, Bob AF, Spider, 6ixth Sense, Ayu, OIAM, Dafi, Dina dan Nubhan.
Jadi, yang sebenarnya, ketika saya menulis artikel ini, saya masih belum lagi mengetahui keputusan lagu yang telah berjaya ke peringkat akhir AJL23! Terus terang saya katakan, setiap lagu yang dipertandingkan pada peringkat separuh akhir ini semuanya ada kekuatan tersendiri dan mempunyai peluang yang cukup cerah untuk mara ke peringkat akhir.
Namun, apa yang harus diingat ialah AJL adalah lebih kepada memartabatkan hasil ciptaan komposer dan penulis lirik tempatan. Kalau dilihat, senarai penyanyi yang terbabit dalam saingan separuh akhir ini, semuanya berbakat cukup besar dan mampu memartabatkan industri muzik Malaysia.
Tahniah saya ucapkan kepada semua komposer, penulis lirik dan penyanyi yang berjaya mara ke peringkat akhir AJL23 nanti.
Apa yang cukup membanggakan dalam saingan separuh akhir AJL23 kali ini, kita dapat menyaksikan pembabitan atau kemunculan ramai komposer, penulis lirik dan penyanyi baru yang bakal mewarnai dan menentukan masa depan industri muzik tanah air.
Ini cukup untuk membuktikan bahawa kita sudah mempunyai golongan pelapis yang berkaliber untuk menerajui industri hiburan kita dalam masa yang terdekat ini.
Sebelum saya terlupa, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya ke peringkat akhir dalam kategori Etnik Kreatif AJL23.
Semoga berjaya juga kepada mereka yang akan bertanding dalam peringkat separuh akhir AJL23 kategori Pop Rock yang akan berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Jumaat yang akan datang.
Jutaan terima kasih sekali lagi kepada pihak produksi separuh akhir AJL23 dan semua yang terbabit bagi menjayakan program ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir pada malam itu khususnya fan club saya, The Rockensteiners.
Harapan saya, semoga mutu dan kualiti muzik kita akan mencapai satu tahap yang kita semua mampu banggakan dengan penganjuran AJL23 ini, insya-Allah.
Sehingga bertemu lagi, sokonglah industri muzik tempatan. Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bakat baru cetus revolusi muzik
Oleh Faizal Tahir
Kehadiran bakat baru mampu mengubah persepsi masyarakat tempatan dan juga luar yang pesimistik dengan kualiti muzik
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Diharapkan pembaca setia B*Pop berada dalam keadaan sihat walafiat. Pejam celik, pejam celik, 2009 bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Kalau disingkap kembali, banyak pengalaman pahit dan manis saya lalui selama bergelar anak seni sepanjang tahun ini.
Namun, yang pasti setiap apa yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah di sebaliknya.
Apa yang penting, 2009 bakal membawa semangat baru kepada diri saya dalam mempertingkatkan prestasi saya sebagai anak seni serta memberi sumbangan kepada industri hiburan Malaysia.
Jumaat lalu, kita sudah menyaksikan Muzik Muzik 2008 Separuh Akhir yang terakhir iaitu bagi kategori Pop Rock bagi memilih lagu dan artis yang akan berentap dalam Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
Ini bermakna keputusan telahpun dibuat untuk memilih finalis dari ketiga-tiga kategori terbabit - Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Tahniah diucapkan kepada semua artis, komposer dan penulis lirik yang berjaya ke AJL23.
Tiga lagu dari kategori Etnik Kreatif, enam lagu (Balada) dan lima lagu (Pop Rock) akan bersaing pada 18 Januari depan bagi merebut gelaran Juara Lagu Ke-23. Perkara yang menarik perhatian saya adalah dominasi kumpulan muzik baru dalam kategori Pop Rock. Ini membuktikan bahawa industri muzik kita sedang melalui perubahan yang besar dengan penerimaan masyarakat terhadap kumpulan baru, dengan muzik mereka yang begitu menyegarkan minda.
Jika dulu, kita pernah melalui zaman di mana kumpulan rock mendominasi arena muzik tanah air, namun zaman itu sudah lama berlalu dan kita sedang melalui satu era yang menyaksikan penyanyi solo memonopoli pasaran muzik.
Sebagai seorang yang bergiat aktif dalam bidang muzik, saya berasa cukup bangga dengan pencapaian dan perubahan yang dibawakan kumpulan muzik seperti Meet Uncle Hussein, Estranged, Hujan. Pop Shuvit, Sofaz dan banyak lagi dalam industri ini.
Ia satu petanda yang baik bagi industri muzik kita. Lebih membanggakan, anak-anak muda ini juga berbakat besar dalam penggubahan lagu dan penulis lirik, malah berkebolehan menerbitkan sendiri album mereka.
Tidak salah sekiranya saya katakan kita sebenarnya sedang mengalami satu revolusi muzik tempatan. Apa yang saya harapkan, kehadiran bakat baru ini mampu mengubah persepsi masyarakat tempatan dan juga luar yang bersikap pesimistik dengan kualiti muzik tempatan sebelum ini.
Saya percaya ini hanya satu permulaan yang bakal mencetuskan banyak lagi pembaharuan khususnya dari aspek mentaliti dan persepsi masyarakat kita.
Kalau sebelum ini masyarakat kita banyak dihidangkan dengan konsert percuma, namun adakah dengan kehadiran muzik nafas baru ini dapat menarik perhatian peminat muzik tanah air untuk menghadiri konsert berbayar?
Kami sebagai anak seni hanya mampu melakukan yang terdaya dengan menghidangkan muzik kami kepada masyarakat. Namun yang selebihnya adalah di tangan peminat dan pendengar.
Diharapkan, tahun baru nanti bakal membawa satu era baru dalam memartabatkan industri muzik negara.
Kepada teman-teman rakan artis, teruskan perjuangan kerana kita mampu melakukannya.
Sebagai artikel terakhir saya pada tahun ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Berita Harian dan semua teman wartawan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan yang paling penting, kepercayaan kepada saya sebagai penulis jemputan B*Pop.
Saya memohon ampun dan maaf di atas segala salah silap dan diharapkan segala penulisan saya dapatlah serba sedikit membantu dalam mengenali dan menaik taraf industri muzik tempatan. Insya Allah kita berjumpa lagi di tahun hadapan. Wassalam! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
x abes ek tulisam ft kat bpop ni..
dah xde pun mingu lps2 nyer
tp las wik maya karin tulis jerk..
ade kot nx week |
|
|
|
|
|
|
|
faizal tahir dah berhenti menulis ker untuk ruangan bi-pop?
bersara jugak ker sebagai penulis tamu?
kalau betul ..... mencatat sejarah penulis tetamu paling terpendek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Syd's post
TQ syd ...
mak oiii panjang nyer
jab aku cont baca |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Syd's post
Saya sangat bertuah dan tidak salah sekiranya saya mengatakan saya mempunyai peminat dan penyokong terbaik yang boleh diharapkan oleh seseorang artis itu dan mungkin 'the best and strongest fan club I can imagine'... Inilah 'Rockensteiners'!
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Syd's post
Kehadiran MTV Asia Awards 2008 di negara ini memang tepat pada masanya, ketika industri kita sedang berkembang dengan baiknya. Lupakan mengenai penjualan album yang lembap. Lupakan pasal kehadiran artis luar yang memonopoli pasaran muzik kita. Lihat sendiri anak-anak seni kita yang telah membuktikan kehebatan mereka seperti Hujan, Meet Uncle Hussain, Jaclyn Victor, Anuar Zain, Reshmonu, Dayang Nurfaizah, Suki, Aizat dan Stacy.
wahhh faizal pun iktiraf kehebatan stacy
mmg
[ Last edited by cikgu_murni at 1-2-2009 10:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|