CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26388|Reply: 30

bukti manusia zaman dulu; 1.83 juta tahun, dijumpai!!!

[Copy link]
Post time 29-1-2009 09:40 PM | Show all posts |Read mode
Evidence of 1.83 million-year human existence discovered
By : Melissa Darlyne Chow


GEORGE TOWN, Thurs:

Universiti Sains Malaysia's Centre for Archaeological Research Malaysia has found evidence of early human existence in the country dating to 1.83 million years ago. The evidence was obtained through the discovery of artefacts in Bukit Bunuh, Lenggong, Perak.
The centre director Associate Professor Mokhtar Saidin said the evidence found included stone-made tools such as handaxe and chopping tools.

The artefacts were found embedded in suevite rock, formed as a result of the impact of meteorite crashing down at Bukit Bunuh.

The suevite rock, reputedly the first found in Southeast Asia, was sent to the Geochronology Japan Laboratory three months ago and carbon dated using the Fission Track dating method.

Mokhtar said the results were sent back to USM two weeks ago and it showed the rock was dated to 1.83 million years ago.
He said based on current studies there was fresh evidence of human mobility coming from Asia and Southeast Asia, and not just out of Africa.

"This discovery may make the rewriting of the 憃ut of Africa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2009 09:44 PM | Show all posts
dia buat carbon test la tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:09 PM | Show all posts
1.83 juta tahun dulu...phewww!!zaman bila tu? confuse aku ...manusia sebelum Nabi Adam or selepas Nabi Adam??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2009 11:29 PM | Show all posts

Reply #3 cyborq's post

good question cy... bila ler tu agaknya... ni yang datang theory  manusia jaman PURBA sumer nih......  
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 12:09 AM | Show all posts
Originally posted by cyborq at 29-1-2009 11:09 PM

1.83 juta tahun dulu...phewww!!zaman bila tu? confuse aku ...manusia sebelum Nabi Adam or selepas Nabi Adam??


1.83 juta tahun dulu .. tu zaman 'homo erectus" .. kaum yg sebelum "Nabi Adam" kita ..

rasanya pernah post pasal eorang homo erectus neh dulu .. kat thread "orang purba berkepala besar"

(cek kat sini : http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=385805)

check aa kat sana kalau berminat ndak taw lebey lanjut
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 01:07 AM | Show all posts
Mana HIGHLANDER ?????


Dah nak jadi macam teori Hindu pulak .... bumi ini adalah recycle .... proses berulang ..... lepas kiamat, tuhan buat pulak Adam yang baru .... kiamat ... kemudian buat lagi ....... Jika tidak, lepas kiamat, dah takda lagi lah orang sembahyang kat Allah? Betul tak? Sebab tu kena buat Adam yang baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2009 05:47 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 29-1-2009 09:40 PM

The centre director Associate Professor Mokhtar Saidin said theevidence found included stone-made tools such as handaxe and choppingtools.



Pengarah Penyelidikan Arkeologi Malaysia Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Mokthar Saidin menunjukkan artifak kapak genggam yang ditemui di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak


Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (kanan) bersama Pengarah Penyelidikan Arkeologi Malaysia USM, Prof Dr Mokthar Saidin menunjukkan artifak batu yang ditemui di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak



+ cuba ndak carik gambor site tuh .. tapi tak jumpa plak lagik ..
tingin aa plak ndak tengok camne ke ghopenye
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 05:58 AM | Show all posts
Penempatan awal di Bukit Bunuh

PULAU PINANG 29 Jan. - Pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membuktikan penempatan awal manusia wujud di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak iaitu kira-kira 1.83 juta tahun dahulu.

Ini berdasarkan penemuan artifak alat batu seperti kapak genggam dan alat repehan iaitu pisau yang melekat pada batuan oleh sekumpulan penyelidik USM di kawasan tersebut pada Jun tahun lalu.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin berkata, pengesahan tarikh batu dibuat melalui kaedah kesan belahan oleh makmal geokronologi di Tokyo, Jepun selama tiga bulan.

''Pada dua minggu lepas, kami menerima pengesahan daripada makmal itu bahawa artifak tersebut wujud pada tarikh sekitar 1.83 juta tahun sekali gus menolak teori Movius Line yang mengatakan tidak wujud alatan tersebut di rantau ini.

''Tarikh itu juga membuktikan alatan kapak genggam itu terlebih dahulu wujud di negara ini berbanding penemuan pertama yang direkodkan wujud di Olduvaigeorge, Tanzania di Afrika sekitar 1.6 juta tahun dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas mengumumkan penemuan terbaru itu yang dipengerusikan oleh Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di sini hari ini.

Penyelidikan yang dikenali sebagai Kajian Kuartenari Hulu Perak dan Sabah Timur di kawasan itu bermula pada tahun 2000 dan mereka berjaya menemui bukti kewujudan kebudayaan Paleolitik berusia 40,000 tahun pada tahun 2003.

Turut ditemui, bukti jatuhan meteorit yang menyebabkan batuan asal melebur dan membentuk batuan baru iaitu suevit dan bukti impak meteorit ditunjukkan dengan hasil penemuan batuan kuarza, anomali geofizik dan geomorfologi kawah.

Pada tahun lalu pula, para penyelidik itu berjaya menemui artifak alat batu seperti kapak genggam dan alat repehan di dalam batu suevit, batuan yang wujud akibat hentaman meteorit sebelum dihantar ke Jepun untuk pentarikhan.

Mokhtar berkata, hasil penemuan itu juga memberi bukti baru terhadap bukti dunia yang mengatakan manusia terawal wujud di luar Afrika hanya bertapak di Dmanisi Georgia sekitar 1.8 juta tahun dahulu.

''Manusia terawal di dunia yang dikenali sebagai Homohabilis telah dibuktikan wujud di Afrika pada 2 juta tahun dahulu menakala kumpulan manusia terawal keluar dari negara itu yang dikenali Homoerectus telah ditemui di Georgia.

''Jadi, dengan penemuan itu, sudah jelas kumpulan manusia Homoerectus sudah wujud di Bukit Bunuh sebelum ia bertapak di Dmanisi di Georgia (1.8 juta) Sangiran di Jawa Indonesia (1.2 - 1.7 juta) dan Yuanmou dan Longgupo di China (1.7 - 1.8 juta) seperti yang direkodkan," ujarnya.

Beliau berkata, penemuan batu suevit yang pertama seumpama itu di rantau Asia Tenggara ini juga tidak menolak kemungkinan manusia awal yang wujud di Sangiran di Jawa, Indonesia berasal dari Bukit Bunuh yang berpindah ekoran kemusnahan oleh impak meteorit.

Dalam pada itu, Mokhtar memberitahu, hasil penemuan itu juga telah ditunjukkan dua orang pakar arkeologi dari Universiti Oxford di United Kingdom dan Universiti Pensylvinia di Amerika Syarikat baru-baru ini.

''Kita juga sedang giat mencari bukti lain seperti tulang atau gigi manusia di kawasan tersebut bagi mengesahkan asal-usul manusia yang memulakan penempatan di situ sekali gus mencari lebih banyak bukti.

''Saya juga bercadang untuk memuatkan semua hasil penemuan yang memberi impak kepada dunia ini dalam sebuah jurnal tidak lama lagi bagi membolehkan ia menjadi rujukan kepada generasi akan datang," jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2009 09:45 AM | Show all posts
wah..menakjubkan ..!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 11:44 AM | Show all posts
Hidup Ketuanan Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 12:22 PM | Show all posts
Jadi teori evolusi darwin nampaknya benarlah nyek?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 02:53 PM | Show all posts
penin aku.bukan nabi adam tu manusia pertama di bumi ke.ade ke manusia lain seblom adam
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 03:34 PM | Show all posts

Reply #14 aizverus's post

pandai aiz buat tamsilan ye..kena tukar RAM la nampak gayanya..kita ni suka bersangka2 tak tau buat macam tau segala..kena kaji banyak2 ..ilmu Allah tu Maha Luas
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 04:45 PM | Show all posts

Balas #15 miftahuljamilah\ catat

betul tu. Macam mana nak bincang pasal evolution theory vs intelligent design? Tak pasal2 jadi atheist kalau bagi fakta lemah mengenai Nabi Adam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 07:26 PM | Show all posts

Balas #13 MetalFire\ catat

Lebih banyak info yang kita tau membawa kpd lebih banyak info yang kita tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 30-1-2009 13:05
tak jugak...

kes ni akan masuk pada persoalan..adam sebelum adam...
bukan cam reincarnation hindu ya

kalu korg jumpa org sufi, diaorg akan jelaskan benda ni
pernah dulu, dalam satu kisah  ...


Hmmm, kalau  berdasarkan Quran tentang perbincangan para malaikat dan Allah S.W.T,maka aku meamng percaya bahawa sudah wujud 'manusia' sebelum Nabi Adam(rujuk kepada pertanyaan malaikat kepada Allah tentang justifikasi untuk mewujudkan manusia)..

Tetapi berdasarkan kisah sang salik yang diceritakan oleh  para sufi yang kau berikan itu,maka ianya bukanlah satu sumber yang kukuh bagi umat Islam,yakni ianya sangat boleh dipertikaikan...

[ Last edited by  Neraka Bulan at 30-1-2009 08:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 10:55 AM | Show all posts
RAHSIA KETUHANAN, RUANG DAN WAKTU

Sesungguhnya ruang dan waktu adalah ciptaan Allah.

Allah tidak perlu berada di dalam ciptaannya untuk wujud, kerana Allah itu wujud tanpa ruang dan waktu. Tanpa ruang dan tanpa waktu, Allah tetap wujud. Kepala hotak korang boleh bayangkan bagaimana situasi tanpa ruang dan tanpa waktu?

Wujud di luar ruang dan waktu bererti tiada permulaan dan tiada akhir. Oleh itu wujud konsep Allah kekal abadi.

(Agama yang sembah tokong dan kata tuhan itu trunity dan ada anak tu memang bangang dan sesat )

BAGAIMANA WUJUD ALLAH WUJUD TANPA RUANG DAN WAKTU?

Oleh itu di dalam Quran, Allah itu dikatakan kekal abadi dan maha besar.


Ada mana-mana Paderi, Sami nak cabar aku?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:07 AM | Show all posts
Aku jatuh terduduk semasa cuba memahami konsep kekuasaan Allah kerana aku sedar ruang angkasalepas ini pun amat luas tidak terhitung ..........



Apakah kiamat?


Jika bumi dan semua planet hancur, masih ada lagi ruang kosong yang hitam dan gelap di angkasa lepas. Selagi ada ruang, belum lagi kiamat..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by naen at 30/1/2009 04:58
Penempatan awal di Bukit Bunuh

PULAU PINANG 29 Jan. - Pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membuktikan penempatan awal manusia wujud di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak iaitu ki ...


Penelitian dengan keseimpulan akhir yang sangat mengada-ada ... Mengapa nggak sekalian bilang bahwa Adam juga berasal dari Bukit Bunuh, Lenggong Perak itu dan kemudian menyebar ke seluruh muka bumi ini ...      

Mengapa yang di-tes karbon hanya pada artefaknya doang ... Mengapa bukan pada fosil manusia-nya ?  Metodologi penelitiannya seperti apa ?

For your info ... jika yang ditemukan adalah betul-betul fosil manusia purba yang berusia 1.8 juta tahun .. maka penemuan ini pasti akan menjadi BERITA BESAR di seluruh dunia ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:52 AM | Show all posts
Habis lah Ketuanan Java Man
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.614703 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list