CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4017|Reply: 9

Batu Berusia 300 Juta Tahun -

[Copy link]
Post time 30-1-2009 05:53 AM | Show all posts |Read mode

Batu berusia 300 juta tahun
Oleh: NIZHA PERIASWAMY


DZULKIFLI (kanan) bersama Mokhtar menunjukkan artifak
batu yang ditemui di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak pada
sidang akhbar di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Siapa sangka, Bukit Bunuh, Lenggong di Perak bakal dijadikan lokasi bersejarah dunia!

Ini berikutan penemuan arkeologi yang paling bermakna untuk kajian kewujudan kehidupan manusia, bukan sekadar beberapa puluh ribu tahun tetapi lebih 1.8 juta tahun dahulu.


Perkara tersebut didedahkan oleh Profesor Madya Mokhtar Saidin dari Pusat Pengajian Arkeologi Malaysia (PPAM), Universiti Sains Malaysia (USM) yang turut disertai oleh Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Pada sidang media yang dipercayai paling bersejarah semalam, Mokhtar memberitahu, pasukan arkeologi terdiri daripada sembilan orang dari PPAM, USM yang dipimpinnya menemui sebuah kapak tangan (handaxe) berusia 1.83 juta tahun.

Menurut beliau, kajian lanjutan 'Kuarteneri Hulu Perak dan Sabah Timur' yang dijalankan pada Jun 2008 menemukan bukti baru kewujudan manusia awal itu.

"Buktinya adalah pada alat batu seperti kapak genggam ini," katanya sambil menunjukkan kapak tangan yang diperbuat menggunakan tangan manusia dan bukan semula jadi.

"Artifak (kapak tangan) itu ditemui melekat pada sejenis batu, suevit iaitu batu yang terbentuk akibat hentaman meteroit," katanya.


****************************************************************


rasanya untuk batu yang umur 300 juta tahun ni separate dgn topic kewujudan
manusia 1.83 tahun tu...

teringat ada dalam movie ke.. cakap - come on - it's just a 'rock'..
kalau tengok pun - batu aje.. tak tahu nak cakap tentang mystery
batu tu sendiri... - tapi sebenarnya ianya satu penemuan yang bersejarah
pada historian - especially yang study tentang sejarah tamaddun
manusia ni -

bukan selalu nak jumpa benda yang berusia berjuta juta tahun, eh -


[ Last edited by  dexa at 30-1-2009 05:57 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2009 06:18 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

berjaya gak jumpa gegambor kawasan bukit bunuh tuh .. tempat meke kekorek sakan

kredits ntok encik amerr (blogger)


Prof.Madya Dr Mokhtar sedang memberikan penerangan tentang paleoalam Bukit Bunuh. Dibelakangnya adalah lembah kesan titik kawah jatuhan meteorite 1.74 juta tahun yang lalu.


sekitar site tuh


sekitar site tuh


sekitar site tuh


Artifak batuan zaman paleolitik yang dijumpai : terdiri daripada choper, hand axe, batu pelantas dan alat batu lain dari jenis savite, rejang dan quarzit.


kapak batu (hand axe) yg ditemui


Encik Jefri sedang menerangkan cara penghasilan alat batu oleh orang zaman paleolitik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 06:27 AM | Show all posts

Reply #2 naen's post

ni untuk naen --
moral of the story...
nak baik dari 'that thing' -
kena cari gambar2 batu di bukit bunuh -

-- tak ada sedih lagi..  kan? sebab
akan merasa gumbera --

anyway - thanks dapat kan gambar2 tu
kalau mod tak bagi credit gak -
memang saya akan cekik sampai dia jadi
kambeng --
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 06:32 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 30-1-2009 06:27 AM

ni untuk naen --
moral of the story...
nak baik dari 'that thing' -
kena cari gambar2 batu di bukit bunuh -


errrr .. what 'thing'?

wOo .. orang carik ntok kepuasan sendrey & puas hati dapat share

orang sangat gumbera~ :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2009 06:38 AM | Show all posts

Reply #4 naen's post

dah faham dah kan --

anyway - nanti kalau ada forum members lain juga
yang jumpa lagi gambar2 tu - boleh la share -
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 07:08 AM | Show all posts
daerah hulu perak ni memang ramai orang overlook dan tak masukkan dalam senarai patut dilawati padahal di situ ada mcm2 yg patut kita pergi lawat ... di situ ada muzium arkeologi, ada tempat dijumpai Perak Man dan ada tasik yg cantik memukau dengan chalet yg boleh tahan juga dan ada hutan simpan Belum ...

tapi bila ckp pasal bercuti, balik2 org iterbayang nak pergi langkawi, penang dll . nah  sekarang jumpa lak kawasan jatuhnya tahi bintang ...

kerajaan negeri perak juga patut kasik promote lebih sikit la ... biar ramai org tahu mana duduk letaknya bukit bunuh, lenggong, grik semua ni ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2009 10:34 AM | Show all posts
ini menunjukkan Malaysia sendiri ada peninggalan arkeologi yg berharga

bukan negara lain jer ada, negara kita pun ada!!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 11:05 AM | Show all posts
nama bukit pun menggerunkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2009 04:30 PM | Show all posts

Balas #8 jofizo\ catat

bukit BUNUH, tempat orang zaman batu KENE BUNUH???

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2009 01:58 PM | Show all posts
jangan2 artifak2 ni ada kaitan dgn perkembangan kerajaan hulu perak mcm negeri reman tu tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.874893 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list