View: 8794|Reply: 27
|
fossil dinosaur ada kat pahang!!!
[Copy link]
|
|
Rangka dinosaur ada di Pahang?
Banjaran Titiwangsa mungkin menyimpan fosil haiwan purba itu
FOSIL dinosaur yang ditemui di Khon Kaen, Thailand
pada tahun 1976.
TENTUNYA ramai masih mengingati filem sains fiksyen Jurassic Park arahan Steven Spielberg.
Sememangnya haiwan gergasi itu sering menarik perhatian manusia. Malah penemuan fosilnya dianggap sesuatu yang mengujakan.
Profesor Mohd. Shafeea Leman (gambar), 52, seorang pakar paleotologi (kajian fosil) yang mengkaji fosil dari 1979 sehingga kini memberitahu Kosmo! Ahad, terdapat kemungkinan dinosaur pernah wujud di negara ini.
PENEMUAN rangka dinosaur mampu memberi sumbangan dari aspek pelancongan.
- Gambar hiasan
" Perkara ini tidak mustahil berdasarkan penemuan fosil dinosaur di Thailand. Secara geografinya kita berada di benua yang sama kerana bercantum sejak berjuta tahun dahulu.
"Lapisan batu yang mungkin menyimpan fosil haiwan itu juga sama. Jika ia ada di Thailand, China, Laos dan Vietnam, tidak mustahil negara kita pernah dihuni haiwan purba itu," ujar pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.
Fosil dinosaur ditemui di Thailand pada tahun 1976 oleh Sutham Yaemniyom, seorang pengkaji mineral ketika sedang melakukan kajian bahan kimia uranium di Khon Kaen.
Beliau menjumpai rangka fosil tulang besar jenis Sauropod dengan lengkap empat kaki, serta leher dan ekor yang panjang.
Menurut Shafeea Leman, beliau percaya berdasarkan kajiannya lebih 30 tahun terdapat fosil dinosaur di sekitar Banjaran Titiwangsa, Semenanjung Malaysia.
"Saya percaya dinosaur pernah menghuni Pahang, Terengganu atau Kelantan. Cuma kita kekurangan dana untuk melakukan pengkajian yang menyeluruh.
"Jika kajian ini dilakukan dengan komprehensif, kemungkinan fosil itu akan ditemui. Ini sekali gus menarik ramai pelancong ke negara kita sebagai antara punca industri pelancongan negara," katanya.
Bicaranya lagi, kebanyakan fosil dinosaur ditemui secara kebetulan.
"Sebagai contoh, di Australia mereka menemuinya semasa menggali pasir. Jika terus mengkaji, kita akan menemui hasilnya nanti," katanya yakin.
wowzieeeeeeeeee ini kira sudah baik nih!!!.... tak yah ler pi montana, arizona nak carik fossil dinosaur nih ekkkk.... sepelaung kat pahang ajer.... bley tengok benda2 bersejarah nih..... cayer ler mesia!! :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
satu kemungkinan yang susah. Sebab usia batuan di Malaysia setakat ni yang aku tahu paling tua 65 juta tahun. Zaman dinosaur tu antara 200-65 juta tahun dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
ni nak mintak geran nak kaji la nih.... tah ye tidak... hahah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak ikut tu memang ada...cuma buat masa ni kebanyayakan penemuan fosil dijumpai di latitude yang agak tinggi....
BTW ada ke peningkatan pelancongan yang signifikan kalau ada fosil...ada ke pelancongan fosil? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 1-2-2009 09:13 AM
satu kemungkinan yang susah. Sebab usia batuan di Malaysia setakat ni yang aku tahu paling tua 65 juta tahun. Zaman dinosaur tu antara 200-65 juta tahun dahulu.
last dinosaur to extinct about 65 million years ago... jadik aku rasa chances fossil ni fossil dinosaur quite good gak.... cuma.. setahu aku.. kalu baca sejarah fossil ni.. masa last extinct tu depa berkumpul kat satu tempat di badland..... however, ada kemungkinan several badland at that time gak tu.....
satu penemuan bersejarah pada archeologist dan palaentologist nih!!! :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
negeri aku nih.....
ptg karang aku nak korek tanah blakang umah... mana tau, jumpa fosil pahangdektyrosmonstrosos ke.... kaya aku |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by geng_tx at 1-2-2009 04:55 PM
negeri aku nih.....
ptg karang aku nak korek tanah blakang umah... mana tau, jumpa fosil pahangdektyrosmonstrosos ke.... kaya aku
ayamosaurus ada la kot....
itekusaurus,
ikanosaurus, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 geng_tx's post
share 50-50 dengan aku kalu ko dapat profit nanti wokeyyy tx!!! :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pengimbas at 1-2-2009 06:45 PM
ayamosaurus ada la kot....
itekusaurus,
ikanosaurus,
janji fosil..... wa ka ka....
Originally posted by amazed at 1-2-2009 06:46 PM
share 50-50 dengan aku kalu ko dapat profit nanti wokeyyy tx!!! :victory:
bisa di atur....... |
|
|
|
|
|
|
|
"ayamosaurus" tu sama dengan ayamas ke? |
|
|
|
|
|
|
|
koi nak sewa jcb la gitu, kot-kot ade fosil dinosor kat blakang umah leh jual ke muzium
tak pun fosil tu da jd minyak ker |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 aizverus\ catat
ntahnya heran aku, duit minyak sangat banyak, tp negara mcm miskin
mana pergi semua duit tu |
|
|
|
|
|
|
|
simpan la untuk hari tua...ape da soklan |
|
|
|
|
|
|
|
pasai per la kite dok percaya yg tu fosil dinasour????sedangkn di ketahui umumnya rangka lengkapnya tak panh ditemui oleh sesiapa...kdg2 jupe tulang blkang..kdg2 jupe tlg kaki..kdg2 jupe rangka muka..kulit pon tak tau warna ape..knpa tak ikut hadis Rasullulah SAW yg zaman dulu mnusia sume bersaiz besor?tak terpikir ke kita bahawa rangka2 itu sbnrnya adalah rgka manusia(spesies semcam manusia la..walau tak sume cam manusia..)???dan ada pndpt ulama mgatakan ada mkhluk sblum adam diturunkan dgn di beri nama RAM dan HAM..mkhluk ni la yg mmbuat kerosakan kat rupe bumi.. |
|
|
|
|
|
|
|
fosil2 sumpahan kelembai....................per mcm?....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 tinbeskut's post
tapi dinosaur tu tak lepak kat belakang rumah2 ko dan sedara ko tuh... tu yg ko tak kan jumpa tu, tin weyyy |
|
|
|
|
|
|
| |
|